selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Khamis, 29 September 2011

+ENTAH KENAPA?+

Assalamualaikum
lama benar saya menyepi
blog pom semakin suram

entah kenapa
saya sendiri tak tahu
semangat untuk memblog
semakin pudar ditelan perut membesar..hehhehe

sekarang saya hanya menjadi pembaca senyap
ada juga saya singgah kat blog-blog uolls
tapi sekadar membaca
saya sendiri pun sedih tau
saat kita semua akrab dalam alam siber
saya mula jadi begini

entry ini terbit kerana saya membaca entry di blog izan
terpanggil untuk melakar sesuatu dalam blog ini
supaya blog ini tidak terus menyepi sunyi

mungkin ini pembawaan perut kot..heheh
mana tahu lepas bersalin saya kembali menggegar!!!hahahaa
saya pun sebenarnya rindu mengaktifkan diri macam dolo-dolo
alangkah manisnya...

ok la uolls..
semoga semangat memblog saya
hadir sedikit demi sedikit
seperti semangat untuk makan-makan..hehe

p/s: saya rindu uolls semua ^__^

Khamis, 8 September 2011

+JAMBU BATU KAMPUNG+

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sudah kenyang makan pagi?

uolls suka makan tak jambu batu ini?

**gambar dr google**

saya biasa makan masa kecil-kecil dahulu
sebelum stat kelas mengaji
panjat dulu pokok rendang jambu ini
makan-makan barulah naik mengaji..hehe
itu zaman kecik-kecik dahulu

dan keinginan membuak-buak
untuk makan jambu ini datang lagi
ketika saya on de way balik ke rumah mak saya
sempena hari raya baru-baru ini
adalah sepanjang jalan melihat
sebatang dua pokok jambu ini

lantas saya menyuruh hubby bertanya
tuan punya pokok untuk dibeli atau diminta
tapi biasalah orang kampung
bagi free ajo..hehe
lagi pula saya lihat buah itu
jatuh terkulai tanpa ada yang memakannya
hambekkk...satu plastik dia bagi kat saya
puas hati makan

mungkin generasi sekarang
tak makan jambu batu kampung ini\
mereka hanya tahu makan jambu besar
yang dicicah dengan serbuk asam boi..hehe

apa-apa pun jambu ini
memang sodapppppp...
rangup manis masam sikit gtu..

p/s: jgn ngidam yang pelik2 suda..hehe

Rabu, 7 September 2011

+BUKU PINK+

Assalamualaikum
saya rindu dengan uolls semua!!!!

jika berkesempatan
saya akan singgah beraya rumah uolls!!

dan ini sajian juadah raya
dari rumah saya yang sudah lama bersawang..huhu


p/s: tunggu dua minggu lagi untuk 3 bulan agar kemabukan hilang..harap-harap

Jumaat, 26 Ogos 2011

-SALAM AIDIL FITRI-

Assalamualaikum semua
apa khabar?
hampir 3 hari tidak bersiaran rasanya
rinduuuuu!!!

esok saya akan balik ke kelantan
tak sabar rasanya hendak makan aye percik
sempat lagi tu..hehee

pada kesempatan ini
dengan kemabukan saya
yang masih menebal
maka dengan kreatifnya...hehee
saya mereka cipta kad raya sendiri
khas untuk uolls semua
sudi-sudilah tengok yer
hendak design yang canggih manggih
tak terbuat rasanya
yang penting mesej sampai...hehe


semoga kita semua
selamat pulang dan kembali beraya
dalam keadaan selamat semuanya

p/s: tgh pupuk mood untuk packing baju..huhu

Selasa, 23 Ogos 2011

-MISS SAHUR-

Assalamualaikum
saya sudah mula mahu aktif
cewah!!!!hehee

semangat mesti ada
banyak blog juga saya sudah bole singgah
yang saya belum singgah
macam biasa seperti dulu
tunggu deh..hehe

hari ini sudah 23 hari kita berpuasa
maka semalamlah kali pertama
saya miss sahur..huhu
selalunya saya gagahkan diri jugak
bangun dan buat apa yang patut
tapi dalam mabuk-mabuk itu
sempat jugak masak nasi goreng
masa sahur..hehehe
kasihankan untuk hubby dan 2 hero yang puasa

tapi semalam jam henpon bunyi kul 4.00am
saya off sekejap macam biasa
pastu camne bole terlelap dan bermimpi ntah hape2
itu yang sedar-sedar sudah jam 5.20am
selalunya terlelap jugak
tapi tersedar dalam sepuluh minit kendiannya

maka saya hanya kejut hubby bangun
dan sekejap berbunyi goreng sesuatu
makan sahur wedges ajo laki aku ngan 2 hero..huhu

jadi hari ini saya ingin masak nasi ayam
saya mesti kuat petang nanti
doakan saya deh...hehhee

p/s: yg saya belum singgah..jap agi saya dtg..

Isnin, 22 Ogos 2011

-BAJU RAYA?-

Assalamualaikum
rindu kat uolls weh..huhuhu

saya pasti minggu terakhir ramadan ini
sudah pasti uolls sudah selesai membeli
segala mak nenek persediaan raya kan

untuk saya semua tempahan
kuih main tunjuk-tunjuk sudah selesai
maklumlah hal ini mudah
main tulis dan sedia ongkos sahaja

yang saya risau sekarang
bekalan baju raya anak-anak saya..huhu
dengan kudrat saya yang mabuk pening bagai ini
rasanya tak larat hendak soping

jadi hal ini saya serahkan pada hubby
tapi memang tak selesai sebab
rupanya minggu akhir inilah
ramai yang pakat keluar soping

maka jalan jem sesakkkkk
cashier beratur panjang
dan hubby hanya pulang
dengan membawa barang keperluan lain sahaja

nasib baiklah sebelum puasa hari itu
saya adalah jugak membeli siap-siap
baju melayu 3 hero dan sepasang baju kurung mek sarah

manakala baju raya mak dan ayahnya????
saya pakai baju sekolah ajolah..huhu

p/s: saya hanya sempat menjengah dua tiga blog sahaja..huhu..tunggu hilang mabuk deh..hehe




Khamis, 18 Ogos 2011

-SARAH MAKIN CENGENG-

Assalamualaikum
bersawang benar blog kesayangan hamba ini..huhu

dengan keadaan saya sekarang
sarah semakin manja amat
mungkin dia tahu bahawa
dia akan menerima kedatangan orang baru

boleh malam-malam dia bangun
dan menangis macam mendapat mimpi ngeri..huhu
lepas itu mudah merajuk bagai nak rak
puas pujuk dan mangsanya ialah ayahnya

sedih saya melihat mek sarah
terasa dia masih kecil untuk ber"adik"
masih manja sangat lagi
sudahlah dia satu-satunya gugurl..huhu
sedih weh!!!!!huhuhu

dan entah kenapa juga
saya kadang-kadang pun
mudah cengeng..huhu
dengar lagu dalam kereta pun
boleh menangis..hehe
pembawaan betul kali ini

p/s: hapdet ringkas aje..rindu kat uolls..huhu :(

Isnin, 8 Ogos 2011

-LUAHAN PERASAAN-

Assalamualaikum
ada yang merindui saya ko?
huhuhu..perasan mak!!!

buat masa ini
saya berehatlah seketika
mungkin dalam seminggu
tidak setiap hari hapdet

jika ada cerita
saya akan kongsi
walaupun sekarang banyak cerita..huhuhu
mana-mana yang pernah alami seperti saya
pasti akan tahu rasanya

walau rindu pada blog memuncak
tapi kudrat untuk mengarang
itu kurang dan terus dibawa angin kipas

yang pastinya
setiap cerita uolls
saya pasti akan rindu
rindu untuk membaca
rindu untuk berkomen
seperti setahun yang aktif dahulu

kita tunggu kemabukan ini hilang deh..
saya pasti akan aktif semula

p/s: lambatnya 3 bulannnnnn..huhu

Jumaat, 5 Ogos 2011

-AYAM PERCIK KLATE-

Assalamualaikum
saya hendak makan ayam percik klate

tapi memandangkan kesusahan
untuk proses pembuatan
terutama dari segi pembakaran
maklumlah rumah saya tak ada mikrowave
lagi pula saya suka pembakaran
melalui arang jugak yang sedappppp

hendak buat sos percik
tidak menjadi hal
hendak membakar itu yang renyah
sebab agak sukar untuk hidupkan api..huhu
adoiiiiiii...

mahu beli di bazar ramadan
tak banyak pilihan
lagi pula lain rasanya
nampak gaya kena balik klate nih..wahahahhahaha

ingat nak tepek gambar
tapi dibatalkan kerana
menyebabkan menjadi terlalu terliur..huhu

p/s: tapi nak jugak layan gambar ayam percik kat blog2..huhu..cabarannnnnnn

Khamis, 4 Ogos 2011

-NASI ATAU KUIH?-

Assalamualaikum
selamat pagi semua

jika uolls kan
masa berbuka itu selepas makan kurma
makan nasi terus atau kuih-muih dahulu?
sesetengah orang suka makan kuih dahulu
kendian solat maghrib barulah makan nasi

jika saya dan famili
wajib makan nasi dahulu
kuih muih itu akan dimakan
selepas hubby balik terawih
atau antara waktu itu sebelum tidur

tapi sekarang kan..huhu
dengan keadaan saya ini
selepas berbuka sahaja
tanpa edisi mengemas bagai-bagai
semuanya hubby yang buat
saya terus mandi dan solat maghrib
kendian berdushunggggg...tidurrrrrrr
jikalau tidak..mulut mulalah hendak
mengeluarkan segala isi
sobarrrrrr..hehee

hari ini saya terasa semangat untuk masak
hendak masak ikan siakap stimlah..hehe
makan masam-masam memang elok utk keadaan sekarang

p/s: selamat berplan nak masak apa yer..hehe

Rabu, 3 Ogos 2011

-ALAMAK..GAS ABIS!!-

Assalamualaikum
sudah plan hendak masak
untuk juadah berbuka?
saya ke param aje kot

hari ini saya mc lagi
buat kali kedua
dalam plan hendak masak itu
jangan lupa pada gas untuk memasak
nati jadi macam saya semalam
tengah ralit dok hangatkan lauk
api dapur padam tiba-tiba
sah gas sudah abis..adoiii!!!

tak apa sebab saya ada stok setong lagi
sekali hendak ambil
laa.....sudah digunakan jugak
camne saya boleh terlupa untuk replace ni..huhu

maka semalam bersahur
hanya satu lauk yang sempat dihangatkan
satu lagi makan dalam kesejukan
kasihan anak-anak dan hubby saya..huhu

so uolls..peringatan jugak
check gas dapur tu..hehehee

p/s: rumah saya dua bulan baru gas abis..hehe [abis sb byk masak air ajo..huhu]

Selasa, 2 Ogos 2011

-ALAHAN-

Assalamualaikum
uolls camne sekarang?
dengan kemabukan saya ini
memang menduga keimanan

perkara yang saya minat
blog dan fb sudah makin menjauh
semakin ke laoootttt
pembawaannnnnnnn..heheee

dengan pengalaman preggy 4 orang anak
alahan saya ini mencecah jugak 4 bulan
bersalin saya masih bertahan
tetapi alahan yang teruk
aduyaiiiii!!!!!!!

apa-apa pun uolls
jika saya beronline
saya pasti menjengah
rumah uolls..hehee

p/s: mulut payau ajooo..huk huk :(

Isnin, 1 Ogos 2011

-REZEKI-

Assalamualaikum
selamat hari pertama puasa
guaner weh uolls semua?

setakat ini saya sudah rasa keketarannya
almaklumlah sekarang meksarah
akan berubah title menjadi kak sarah!!
jadi secara tak langsung
ramadan al mubarak kali ini
saya dapat puasa penuh
insyaAllah jika morning sickness
tidak terlampau..huhuhu

itulah rezeki pada bulan ramadan ini
rezeki itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk
bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit
tetapi dalam bentuk cahaya mata

yang pentingnya rezeki kita
untuk berbuka puasa pada hari ini
pilihan memasak atau meninjau juadah
di bazar-bazar ramadan yang tumbuh
seperti kulat pusu selepas hujan..heheh

uolls hari ini memasak
atau ke bazar ramadan?
rasanya saya baru sahaja memasang niat
untuk memaku memahat mood memasak
pada bulan ramadan ini..
tengok keadaanlah kan..hehe

p/s: mahu berhibernisasi sekejap!!huhu

Ahad, 31 Julai 2011

"SALAM RAMADAN 1432H"

Assalamualaikum
saya rasa bersawang sahaja
blog kesayangan saya ini
hukhuk..

saya ingin mengucapkan
selamat berpuasa kepada semua
yang pastinya ramadan kali ini
kita perbanyakkanlah amalan kita

*********

cerita tentang geder-geder kuantan kelmarin
memang HAPPENING!!!!!!
biasalah saya ini kan
tak membawa kamera..hehe
hendak ambil gambar guna henpon
cap hayam pun malas..hehe
kalangan kami banyak bawa dslr
nati saya kopi pastalah

p/s: mahu ke bandar..makan-makan petang..^__^

Jumaat, 29 Julai 2011

"AJK KESELAMATAN"

Assalamualaikum
wah!!!!baru dapat membuka blog..hehe

sejak petang semalam
saya terlibat sebagai "mak guard"
terlibat dalam program sekolah
maka seharian mesti berada
dengan pelajar..hehee
oppsss..bukan seharian
tetapi sehingga hari ahad

kesibukan dan kepenatan
maka sedikit pengabaian
terhadap blog telah berlaku
harap-harap bersikap sementara

semoga esok semangat
akan membara kerana
jam 3.00 petang di taman gelora
kami blogger kuantan akan berkumpul
buat kali kedua..yehaaa!!!!!

nasib baik shift sbg mak guard
untuk esok jam 3.00-11.00 malam
ada kawan yang take over..hehe
nati akan distori mori kendian!!

p/s: sesi berjalan rumah uolls skrg ^__^

Khamis, 28 Julai 2011

"STEAMBOAT!! | PUAS HATI (UPDATE)"

Assalamualaikum
wah..sudah mahu tengah hari

entry hari ini saja-saja hendak bagi uolls jeles
saya sebenarnya sudah lama amat
mahu makan steamboat yang best
punyalah susah hendak carikan
sejak dok mersing lagi..huhu

tapikan semalam
saya memang terasa
hendak makan sangat
terdetik di hati hendak menggoogle
lantas terjumpalah nama kedai steamboat
EAST COAST STEAMBOT
DI JALAN BESERAH dekat Alliance Bank
(dari bandar kuantan sebelah kiri)

saya rasa selalu gak saya lihat kedai itu
ingatkan kedai orang bukan Islam
rupanya tidak weh!!!!
maka semalam memang saya puas hati
walaupun terpaksa jugak menunggu
sehingga 10 minit untuk mendapatkan meja
punyalah ramai orang di kedai itu
lain kali memang kena boking dahulu tau..hehe

silalah jamu mata uolls deh!!!..hehe
dengan sekeping sajian ini
yang pastinya memang meletop!!
sekarang sudah tak susah cari kedai steamboat
hendak makan ajo..kita boking!!...hehe


p/s: harga amat berpatutan..hehe ^__^

Rabu, 27 Julai 2011

"DUIT SEPERTI AIR"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hujung-hujung bulan ini
semuanya menunggukan
maklumlah ada mende hendak masyukkkk
apa lagi kalau bukan GAJI
jika kakitangan gomen
dapat dalam sekitar 25/26hb
jika swasta saya kurang pasti
yang pastinya apabila dapat gaji
maka mengalirlah duit itu seprti air

sekejap sahaja dapat merasai kewangian note duit
kemudian duit itu akan mengalir ke mana-mana sahaja
bil domestik, telefon, berukben
bil nursery, bas skolah, KAFA
insentif untuk mak ayah
payment kereta dan rumah
dan bla..bla..bla..bla..bla
mahu cecah 5K sebulan
mok wey..banyaknya
pekebenda yang dibayar tuuu!!!
itu CONTOHlah yer..hahahha

kadang-kadang betullah peribahasa
besar periuk besarlah keraknya
tapi satu sahaja saya percaya
iaitu keberkatan rezeki kita
sedikit atau banyak rezeki yang kita peroleh
andai keberkatan yang kita dapat
pasti akan cukup malah boleh ditabung

p/s: bau duit memang wangi kan..hehehhee

Selasa, 26 Julai 2011

"JIKA DEMAM"

Assalamualaikum
selamat pagi ke tengah hari semua
sudah jam 11.35 sekarang
barulah saya bersiaran

hari ini saya ambil MC
untuk kali pertama bagi tahun 2010 dan 2011
selalu saya ambil CRK (cuti rehat khas)
kerana menjaga anak yang sakit
hari ini ambil MC kerana diri sendiri demam..huhu
bukan sebab durian saya rasa
sebab peralihan cuaca kot..hehe

teringat zaman kecil-kecil jika demam
mesti mak saya akan tanya hendak makan apa?
uolls macam tu jugak ke?
time demamlah dapat makan best-best!!
betul tak??
jika saya masa ni lah dapat makan anggur
(orang klate panggil ZABIT)
betul uolls..masa inilah jika hendak makan apa
cakap!!!!!hehehehhe
paling tinggi mak saya layan bagi NANAS dalam tin
yang potong kiub-kiub itu..huhu
sedak weh!!!!lama dah tak makan nanas gitu

sekarang demam ke selesema
kerja-kerja rumah tetap kena buat
memang SUPER DUPER MAK lah..hehe
itu pasal MAK jika sakit cepat SEMBUHkan
kebesaran Allah taala

sekarang dapat berehat kat rumah
dengan mek sarah dan najwan
masih terasa pening-pening
dan hidung masih soh seh soh seh..huhu

p/s: hendak jalan-jalan rumah uolls nih..sediakan BUAH ZABIT deh!!!

Isnin, 25 Julai 2011

"KITA SUPER DUPER!!"

Assalamualaikum
selamat malam semua

uolls tengok tak cerita
SUPERMAK di TV3 tadi?
menarik jugak cerita itu
sebab ada kena mengena
dengan kita para ibu
tinggal kita tidak gagah perkasa
macam SUPERMAK lakonan Nasha Aziz itu

secara kenyataannya bagi saya
seorang ibu atau mak atau mama atau mami
semuanya memang super duper kelazzzzz
jika tidak uolls dapat bayangkan
kekalutan ketongkangan pecah dan etc
yang berlaku dalam rumah kita
aduyaiiiii..

super duper seperti kita
tanpa kira bekerja atau tidak
memang NON-STOP ligat
ligat semua segi la kan
dari hal sekecil debu halus dalam rumah
sehinggalah selesai urusan rumahtangga

menjelang Ramadan yang mulia ini
super duper kita pasti akan bertambah
bangun seawal jam 4 pagi
dan selepas asar memasak untuk keluarga
bagi juadah berbuka

so uolls kita semua
memang super duper
salute untuk diri sendiri
cayalah!!!!!two thumbs up!!

p/s: saya demam wey..esok dapat MC..huk huk..tapi buat entry yang bersemangat agar cepat sembuh!!!!

"BERTUAHNYA DIA"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pendapat sayalah kan
sesiapa yang mendapat
suami yang mahir memasak
sangatlah bertuahkan
ini pendapat saya
uolls sependapatkah dengan saya?

hal ini kerana rentetan cerita
ada seorang kawan saya
memang mendapat suami
yang amat mahir memasak
dia selalu jugak bercerita
bahawa dia amatlah segan dengan suaminya
kerana apa..kerana kawan saya ini
kemahiran memasaknya sedang-sedang sahaja
banyak suaminya yang masak

jika tiba giliran dia
sangatlah dia risau
kerana menunggu komen
daripada suami tercinta
TAPI si suami tetap baik hati
tidak dikomen secara menjatuhkan air muka isteri
bahkan dicadangkan beberapa perkara
sehinggalah sekarang kawan saya amat mahir memasak

satu lagi yang saya hendak kongsi
lelaki/suami yang mahir memasak
jika dia ingin masak sesuatu mesti cukup lengkap
serba serbi rempah ratus
jika tak mereka tak akan masak

beza dengan saya contohnya
tak cukup satu dua bahan itu
belasah aja yang mana ada
janji MASAK dan SEDAPPPP!!!!!!

suami uolls mahir memasak ke?
suami saya mahir masak nasi ajo..hehehe
ayat POWER dia
"BINI ADA!!!"...hahhahahaha

yang pastinya
suami dan 4 anak saya
tak cerewet tentang makanan
apa sahaja yang saya masak
semua dimakan..hehee
gembiranya hati saya
dan itu pun dikira bertuah jugak kan..hehe

p/s: jom bekpes!!!!!!!!!!

Ahad, 24 Julai 2011

"TERIMA KASIH | HADIAH"

Assalamualaikum
selamat pagi ahad semua

tengah hari semalam
saya mendapat bungkusan
melalui pos laju disampaikan

saya dapat jangkakan
itu bungkusan daripada
blogger AMY - SinarRaudah

bagai tak sabar anak-anak saya
hendak membuka bungkusan itu
dan inilah yang terdapat dalam bungkusan itu
tara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


bukan mek sarah yer
yang berada dalam bungkusan itu
tetapi baju gaun berwarna merah itu la
sedang molek dan sesuai sangat
dengan mek sarah..
bolahlah jadi baju raya nati

terima kasih AMY
sumbangan saya tak seberapa kepada AMY
tapi hadiah AMY sungguh menarik

dan saya akan mendapat satu lagi hadiah
tungguuuuuu...daripada blogger femes tau

p/s: jam 3 ptg..saya akan ke skol..demi tugas!!

Sabtu, 23 Julai 2011

"BOLA ITU BULAT WEY!!!"

Assalamulaikum
selamat menonton bola
perlawanan antara malaysia vs singapura

sekarang sudah tamat
separuh masa pertama
dengan keputusan msia 1 dan singapura 4

saya teruja melihat siaran langsung ini
dek gol pertama msia oleh safi sali
seawal belum seminit rasanya..hebat

tapi itulah kan
bola itu bulat
padang itu luas
dan saya yakin
pasukan malaysia BOLEH!!!!

sementara menunggu separuh masa lagi
sempat lagi saya mengulas..hahahaha
minat saya terhadap bola ini
sejak piala FA final - kelantan vs trengganu dulu
minat itu semakin mendatang la pulok
tapi minat yang biasa-biasa aje lah
sekadar tengok di rumah ajo

saya salute betul GUGURL yang minat bola
saya ada kawan begitu
mak aihhh...minatnya memang membara
siap mengulas lagi depan kita..terer sungguh
saya ni pemain bola kenal pun sikit-sikit ajo..hehe
hak glemer kenal la..selebriti bola..ehhe..

so uolls..minat bola tak?
DIANA dan KALAMHATI minat tuuuu...hehe

p/s: sambung tengok lak..hehe :)

"FRIENDS (650)"

Assalamualaikum
selamat pagi sabtu semua
masih diulit kain selimut ka?
bangun weh!!lambat bangun pagi
rezeki lariiiiiiiiiiiiiiiii!!!

ada apa pada jumlah friends di fesbuk?
hendak menunjukkan kita ramai kawan?
tapi saya rasa sesetengahnya kita kenal gitu-gitu ajo

itu jumlah friends saya dalam fesbuk
jumlah ramai itu sebab saya kan cikgu yang glemer
opppsss cikgu yang baik hati..hik hik
jadi ramailah anak murid yang hendak berkawan
mengetahui cerita-cerita terkini cikgu dia ini

tapikan yang saya musykil
daripada 650 itu la kan
sekali saya buat status
hanya 3 atau 4 orang sahaja yang dok main berkomen
ke mana yang lain eh?
HIDE ALL BY ..... kot daripada wall mereka..hahhahahhaaa
sebab tak nak menyemakkan memenuhkan wall masing-masingkan

itulah fesbuk kan
ramai friends tidak menjanjikan
status kita meriah dengan komen-komen
ramai yang suka STALKER sahaja
sengeh sensorang membaca status
dan komen-komen yang kadang-kadang melalut
paling terik--->LIKESlah..hehe

fesbuk tetap diminati ramai
saya pun suka jugak
suka kerana boleh merelakkan minda
mengurangkan stress bekerja
jangan disalah guna sudahlah
kerana teknologi tak salah
kita yang kurang bijak mengurus

p/s: yang pasti..sabtu ahad fesbuk mesti kureng meriah..seme orang sibuk jalan-jalan realiti..ehhe

Jumaat, 22 Julai 2011

"KAWAN SEJATI"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semua orang mempunyai kawan
rasanya tak ada manusia
yang hidup seorang diri tanpa kawan
kawan banyak kategori
ada kawan masa makan
kawan masa sembang
kawan masa suka-suka
dan kawan masa duka lara
dan pelbagai jenis kawan
jangan berkawan dengan KAWAN MAKAN KAWAN sudahlah!!!

kawan sejati yang sukar dicari
kawan yang setia dalam semua masa
masa senang gembira ketawa berjaya
masa duka lara kecewa patah hati gagal

dalam hidup ini
kita wajib memerlukan kawan
jika sudah bersuami-->suami pun boleh jadi kawan kita
suami tempat meluahkan segala-galanya
sebab ada juga hal-hal tertentu
tidak kita luahkan kepada kawan sejati kita
sebaik-baiknya yang sama gender dengan kita
sebab hal begitu untuk mengelakkan fitnah

inilah kawan sejati saya------------------->
yang baru berjinak-jinak
dalam bidang memblog
teringat zaman saya mula-mula memblog..huhu
uolls bolehlah berkunjung ke blognya
kerana sekarang dia mempunyai masalah sikit
berilah cadangan uolls untuk membantu beliau
sharing is caring!!
klik SINI untuk ke blog beliau..

p/s: terima kasih uolls..EXORA ini kawan sejati saya sejak tahun 1986 lagi..heheh

Khamis, 21 Julai 2011

"TANDA-TANDA MAHU BERSALIN"

Assalamualaikum
selamat petang semua

cetusan idea daripada LydiaMiza
saya ingin berkongsi tanda-tanda
jika kita sudah dalam minggu mahu bersalin
kebiasaannya antara minggu 36-40

tanda-tanda ini saya sendiri yang rasa
kesemua anak saya lahir tepat
dengan tarikh yang dinyatakan
pada mesin ultrasound
alhamulillah sebab saya tak perlu
menunggu lama atau terbersalin dengan cepat

antara tanda yang saya pasti ialah
kandungan kita kan jatuh sedikit
maksud di sini akan ada ruang antara
bawah dada kita dengan kandungan
bagi ibu yang mengandung
mereka akan tahu sendiri

satu tanda lagi yang saya pasti
berdiri dengan tegak dan kepala tunduk ke bawah
sila lihat ibu jari kaki
jika tak nampak..hampir hendak bersalin la tu
jika masih nampak..itu belum lagi
tak ada kaitan dengan jari pendek atau tak..ehhhehe

dan jika sudah ada tanda-tanda begitu
bolehlah juga berjalan-jalan lagi
untuk memudahkan proses bersalin
dan jika mahu makan apa-apa yang diinginkan
makanlah sebab kalau sudah bersalin
kena pantang lah wey!!!!

TAPI jika sudah keluar tanda
seperti darah atau pecah air ketuban
janganlah berjalan-jalan di pasaraya
lebih baik slow walk kat hospital..ehhee

proses bersalin ada cara sebenarnya
hendak-hendak time push
jangan sepanjang masa aje hendak push
itu yang kita penat dan tak cukup tenaga
keadaan itu ada GESAnya-->ini bahasa klate..
maksudnya ada SIGN dia..
bila terasa GESA itu..masa itulah
gunakan seluruh kekuatan uolls
untuk push..dan insyaAllah pasti akan berjaya!!!!
saya bercerita melalui pengalaman

sebaik-baiknya bagi ibu muda
bertanyalah pada yang berpengalaman
untuk mendapatkan ilmu
ada banyak faedahnya..hehe

p/s: saya sudah cukup kuota..hehe..^^__^^

"MATA KECIL ITU"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hampir setiap hari bekerja
sekitar jam 4.30 - 5.00 petang
saya selalu melihat
mata-mata kecil mengintai
dari celahan cermin sliding door
dari celahan grill dan kain langsir

mata-mata itu pastinya
kepunyaan anak-anak di nursery
nursery mek sarah ditinggalkan
sementara saya dan ibu-ibu lain
bekerja mencari rezeki

hati kecil saya meruntun kadang-kadang
apabila terpandang mata kecil itu
saya bayangkan mata anak saya
taktala ada ibu lain datang mengambil anak mereka

jauh di sudut hati anak kecil ini
teringin ibunya cepat datang:
"datanglah mak...ambillah saya
saya mahu pulang ke rumah"

itulah mata yang sayu memandang
melihat dan menunggu kehadiran mak atau ayah
tapi apakan daya wahai semua mata kecil
semua ini untuk kalian juga
cabaran untuk ibu yang berkerjaya ^^

p/s: anak kita permata hati kita

Rabu, 20 Julai 2011

"BAU ITU..HUK HUK!!"

Assalamualaikum
masuk rumah terbau sesuatu
sangat menusuk hidung

saya sangat pelik
saya sangat cam bau ini

saya teruja akan bau itu
saya bersemangat membuak-buak
saya mengambil parang
parang yang tersangkut
saya cuba untuk menetak
dua tiga kali saya tetak
tepat di atas kepala
tetapi saya gagal

saya letih
saya capek
lantas saya biarkan
saya kecewa

gamaknya kena tunggu hubby
barulah saya dapat
DAPAT APA??????-------------------------------->
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*parang pun masih dengan duyan yang tak boleh nak tetak tu..huhuhu*

p/s: tak sabar nk makan weh!!!...hubbyyyyy..cepat balik..hehee

"BASIKAL DAN ANAK"

Assalamualaikum
pagi-pagi harus ada entry
bab mengarangnya waktu malam
dek kebizian melanda waktu siang

bagi yang ada anak
pasti membelikan basikal
untuk anak-anak mereka
inipun dikira satu alat permainan jugak

saya pun sama jugak
keempat-empat anak saya ada basikal
yang mek sarah pun sibuk jugak nak..huhu

memang kita selalu pesan
jangan bawa laju-laju
jangan main kat jalan besar
kawasan rumah saya bernasib baik
sebab jalan lebar dan bukan jalan utama
tapi kira jalan agak berbukit
tang tu agak bahaya sebenarnya

tapi sebenarnya uolls
memang bahaya tetap ada
bagi anak-anak main basikal
kerana anak-anak ini
bukan macam kita
hendak lintas jalan-->pandang kiri kanan sampai dua tiga kali
TETAPI anak-anak ini
PASTI tak melihat kiri kanan
mereka main redah ajo...

sebab itu jika lalu kawasan perumahan
kita sbg pemandu kereta atau motosikal
memang kena pandu slow dan hati-hati
kerana tiba-tiba sahaja
anak-anak yang bawa basikal melintas
terkezut gak kadang-kadang..huhu

alahai la anak-anak
itulah realiti mereka
apabila berbasikal
takut dibuatnya..huhu

DAN semalam saya menyaksikan sendiri
najwan menuruni bukit
dengan lajunya tanpa membrek
tanpa menoleh kiri dan kanan
nasib baik sahaja tiada kenderaan di jalanan
mengucap panjang saya..huuhu

p/s: on de spot..3 basikal hero dirantai..grrrrr!!!!!

Selasa, 19 Julai 2011

"TAIK KUCING"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

bayangkanlah........
uolls dan anak-anak masuk kereta
hidupkan enjin kereta pasang aircond
dan sedikit demi sedikit  semerbak harum
mencucuk lobang hidung
bau TAIK KUCING

oh, tidak!!!!!!!!
seorang anak saya
telah terpijak najis si comel itu
waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

comel memang comel
tapi kalau sudah membuang merata-rata
depan rumah dan atas rumput kapet saya
yang tak seberapa hendak hijau itu
memang membuatkan saya marah

ini kes jiran-suka bela kucing
kat rumah dia memanglah ada sangkar kucing
sah-sah dia peliharakan
pandai tau kucing dia - saya rasa..hehehe
membuang di kawasan jiran yang lain
tak pasti la pulak saya jika kucing dia
membuang juga kat rumah jiran yang pelihara nih..
[tak pernah tanya dan bersembang..huhu]

hendak tegur takut terasa hati
patut jiran yang bela ni prihatinlah kan
kalu hari-hari tengok jiran sebelah bersungut pasal taik kucing
kadang-kadang depan mata dok mencangkul taik kucing
faham-faham ajolah..
ni wat donowwww!!!

haru biru kelabu betullah
tak larat weh asyik cangkul taik kucing
buat jadi baja pokok mangga..huhu
pokok mangga tu tak besar-besar gak
makin kering adolah..panas taik kucing kot..huhu

p/s: ni kira entry emosi ka????huhuhuhu

Isnin, 18 Julai 2011

"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

uolls biasa dengarkan
peribahasa merangkap tajuk entry itu
maksudnya dalam setiap hal
kita mesti tahu kemampuan kita
mesti tahu kekuatan dan kelemahan kita
dan yang penting sekali
jangan hendak ikut orang

kita juga kena bataskan
antara keperluan dan kehendak
yang keperluan memang kena kita adakan
tetapi jika kehendak yang membuak-buak
itulah kita kena ingat akan peribahasa itu

sebab itu kedapatan dalam kalangan masyarakat kita
kehendak melebihi kemampuan dan keupayaan
lantas wujudlah istilah "lari bajet"...konon-konon
padahal sudah tahu natijah begitu
hendak juga meng"ada"kan yang tidak mampu itu

yang lebih parah ada yang sanggup berhutang
banyaklah alasan yang diberikan
yang pasti tak akan diberi alasan
yang sebenarnya "lari bajet" itu
itu lumrahkan

untuk itulah kita harus beringat-ingat
antara keperluan -VS-kehendak
ukurlah baju di badan sendiri
dan sediakan payung sebelum hujan KERANA
tak kanlah kita hendak tunggu basah berjeruk dahulu
barulah hendak beli payung
sudah terlambat!!!!

p/s: no monday blues!!!pis ^^__*

Ahad, 17 Julai 2011

"GANGSTER YER!!!"

Assalamualaikum
sudah makan ka?

janganlah terkejut dengan
tajuk entry itu weh!!!hehhee
tak ada sapa yang gangster
ini sebab saya mewayangkan rumah saya
menonton KL GANGSTER...hehehehe
[orang dah lama review..saya baru nak mula..hehe]

sudah lama cerita itu di astro first (AF)
hari ini baru berkesempatan mengorder
itu pun sebab hubby yang tanya--> dia nk tgknya
selalu dia tak amik kisah pasal filem-filem ini

saya kecut perut la tengok cerita begitu
asyik bertimbuk bergaduh sahaja
ngeri weh..takut tengok..sakit nampaknya

itu pasal anak saya yang join taekwando
asyik cakap tak pi kelas
kata mereka-->"sakitlah mak..huhu"
itu berlatih baru anak wey
memang kena belajar ilmu pertahanan diri nih
barulah dapat menahan diri apabila diserang

so uolls selain dok ulang tgk cerita itu
saya juga membuat senaman jari yang membukit..hehe

p/s: hepi weken..esok sudah mahu keje lol...hehe

Sabtu, 16 Julai 2011

"TERBAEEEK!!!"

Assalamulaikum
selamat pagi
ini cerita makan malam semalam
saya masak tau..hheehe
ayam masak kicap ajo
sesimple mungkin lengkap pakej
kuah dan lauk terus :)

apabila anak saya yang sulong
mencuba lauk tadi dan menyebut
"TERBAEEKKKlah MAK!!!"
saya begitu terharu..huhu
sampai nasi tidak cukup uolls
selera sungguh hubby dan anak-anak saya makan

itulah kan moral cerita ini
masakan ibu memang sedap
walaupun masak hak simple ajo
sekadar ayam masak kicap
dimakan dengan nasi panas
++budu dan ulam timun
selera gak..hehe

hak jadi problemnya
jika MOOD masak mak ke laooottt
hak tu tarak sapa dapat tolong
melainkan diri mak sendiri yang mak tolong..wahahhahaa

motivasi mak...motivasi mak
sudah hampir ramadan mak
mak kene buang jauh-jauh
mood masak mak yang ke laoot itu
ke antartika...keh3

p/s: sokonglah saya!!!!undilah saya!!!oppss..silap-silap..ehhee :)

Jumaat, 15 Julai 2011

"JARAK JAUH"

Assalamualaikum
selamat pagi semua
hari ini memang buntu idea
lama gak dok mengadap new post ni..huhu

tiba-tiba rakan sebelah  (pengantin baru)
merindui suaminya yang kini berada di KK
ahaaaaaaaa..datang idea
kita stori pasal perkahwinan jarak jauh

ada antara uolls sama nasib dengan rakan saya?
saya ada dua rakan begini
dalam keadaan begini
memang menduga hati dan perasaan
meruntun jiwa raga..huhu

saya sendiri pernah merasai penderitaan ini
ketika awal tahun 2008 - bulan februari
hubby saya ditukar ke kuantan
ketika itu kami di mersing

alhamdulillah keputusan pertukaran saya diluluskan
dan julai 2008 saya ke kuantan
walaupun selama 5 bulan berjauhan dengan suami
sangatlah perit dan lagilah ketika itu
saya tengah mengandungkan mek sarah
dan alami kemabukan yang teruk!!!!

saya dapat bayangkan
susah senang menguruskan anak
jika belum mempunyai anak
tak terasa sangat
hanya melayan diri sendiri dan perasaan sahaja

kesimpulannya la kan..hehe
memang tak sangguplah berjauhan
dengan cik abe sayammmmm itu
dan saya beruntung kerana
tugas saya sebagai guru
senang untuk mengikut hubby saya
kerana setiap daerah..ada skoloh..hehehe

p/s: sabar eh jika perkahwinan jarak jauh itu..^^__^^

Khamis, 14 Julai 2011

"MEKAP TIME!!"

Assalamualaikum
selamat petang semua

sesudah membaca semua komen
tentang skill memasak itu
saya dapat simpulkan bahawa
saya kena rajin-rajinkan meng"google"
untuk melihat resepi-resepi baru
baru idea masak bole mariiiii

sekarang kita bicara hal lain pulok
hal yang berkaitan dengan wanita..ehhe
uolls suka mekap tak?
maksud saya lengkap mekapnya
dengan lipliner, maskara, eye shadow
dan beberapa lagilah-->saya tak reti namanya..hehe

saya ini hanya tahu guna
lipstick dan bedak compact ajo..huhu
lain-lain tak pernah pakai
sekali sekala macam teringinlah
hendak dimekapkan lawa-lawa
tapi saya ini memang serius
serius tak pandai hendak guna
alat-alat mekap gtu..tak biasakan

semua wanita mesti suka mekapkan
sama ada tebal atau nipis aje
ini contoh mekap daripada
ahli MEKAP yang bukan amatur!!!!!

**sampai menangis mek sarah dimekap bedak oleh najwan**

p/s: mek sarah : lawa tak saya???

"SKILL MASAK SUDAH KURENG!!!"

Assalamualaikum
lambat saya bersiaran
kesibukan melanda
idea pun seolah-olah
cuba melarikan diri jauh-jauh
begitulah selalu..huhu

sejak dua menjak ini
memang dapur rumah saya
sudah tak berasap berkepul-kepul
yang berasap hanya masa jerang air sahaja
atau goreng french fries + rebus sosej
dalam 5 hari bekerja itu
sehari asap berkepul-kepul
4 hari asap di kedai..huhu
[read: hendak salahkan sibuk la tu..huhu]

maka saya mula perasan bahawasanya..huhu
skill masak saya sudah semakin kureng menyengat
hendak fikir menu itu sangatlah payah
apatah lagi bahagian masak-masak
hairan bin ajaib betullah

saya menjadi agak takut dan risau
kerana dalam masa dua minggu lagi
kita semua akan berpuasa
jadi masak itu amat penting
jika dibandingkan membeli di param

adakah uolls menghadapi masalah
yang sama seperti saya?
atau saya sahaja yang terperasan
skill masak saya kureng..hehehhe

p/s: puas mikir nih..huhu :(

Rabu, 13 Julai 2011

"BLOGGER POPULAR"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semua orang hendak popular
tipulah jika ada yang tak mahu
popular ini banyak benda
bukan macam dunia retis sahaja

jika dalam bidang memblog
seronoknya jadi blogger popular
link kita pasti ada dalam setiap blog
blog baru dua hari ka
blog sudah dua bulan ka
atau blog yang sudah dua tahun

sekali hapdet gak
berduyun-duyun blogger
datang baca dan menurunkan komen
dalam masa 30 minit--> 60 komen tu!!!!

itu untuk blogger popular deh!!!!
saya sebagai blogger setahun baru aktif ini
sejak julai 2010 hingga saat ini
saya amat gembira walaupun tidak sepopular
blogger-blogger popular
kerana saya mempunyai kamu semua
kamu semua yang sudi bertandang
berkomen menyokong setiap entry saya
walaupun sekarang saya tidak membalas
setiap komen uolls--->AMPUNNNN!!!!!
[read: kesibukan melanda-->klisekan..huhu]

yang penting sekali
jauh dari dalam hati saya
saya menghargai setiap nukilan uolls

p/s: entri emosi nih..sarahnajwan emosi sedih..huhu-->selesema punya hal!!!

Selasa, 12 Julai 2011

"AKAN KE EROPAH""

Assalamualaikum
selamat pagi semua

niat di hati kadang kala ada
niat untuk "honeymoon"
berdua-duaan dengan hubby ajo
4 anak yang aktif?????
ditinggalkan dan dijaga
oleh ibu saudara mereka..hehe
ambil kesempatan betullah kan

lepas itu saya dan hubby
menaiki flite menuju ke EROPAH
wah, nampak macam seronok sahaja!!
sepanjang penerbangan ralit bercerita
kita ke sana ke sini ke sinun
ambil gambar guna henpon cap aye saya..ehehe
maklumlah DSLR lum belikans...huhu
pinjam sat WAN kalam hati atau Iedaimmi

tiba-tiba tersebut cerita MEK SARAH!!
sudah tidur ka?mesti nak nenen tu
ALONG main bola kat luar ka
dengan ANGAH dan NAJWAN?

bla..bla..bla..bla..pasal 4 anak
air mata laju menitis
tak tertahan-tahan rasanya
ingin sahaja pi bahagian pilot
dan memaksa pilot buat pendaratan kecemasan
berhentiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
saya nak balikkkkkkkk!!!!

itulah situasi sebenar saya
tak SANGGUP tinggalkan 4 anak
dan kita bersuka ria dengan hubby
susah ke senang serta se'eh ko so'oh
anak-anak PERMATA HATIKU
walau sepanjang masa
mulut pot pet pot pet
habis keluar suara merdu bak tarzan
biarlah anak dengan kita
huk huk huk

p/s: uolls sanggup?????

Isnin, 11 Julai 2011

"NAK DRIVE KETE INI BOLE?"

Assalamualaikum
hapdet cepat-cepat
sebelum pi skol
kelas tambahan edisi malam deh..hehee

sudah dua hari saya tengok
sudah dua hari saya dok teringat-ingat
jikalaulah saya mampu dan boleh
saya hendak pandu kereta ini:


**kredit pic to google**
saya tahu rega kereta ini
memang tak mampu dik non
tapi saya rasa jika saya pandu kereta ini
saya rasa begitu gembira tak terkata
rasa seperti sesuai sangat dengan saya
yang kecik molek halus beles ini..waakkaka

tapi kalau yang di atas itu tak boleh
boleh pandu yang ini pun okehlah:

**kredit pic to google**

inilah kereta idaman saya
tapi mengikut kata hubby saya
"awak sesuai dengan myB ajo..cun sangat dengan awak..hehe"

p/s: aloh la hubbyku..berangan is FREE!!!

"KITA | BERSIH"

Assalamualaikum
wow, rata-rata hapdet
pasal BERSIH!!!!!

saya pun hendak ambil kesempatanlah
tapi bukan pasal ulasan bersih itu
ini pasal bersih dan berkaitan dengan semua orang

secara zahirnya semua orang suka orang yang pembersih
tapi melihat luaran bersih tidak menjamin
seseorang itu pembersih
ada yang tak setuju ke?
ini mesti ada pengalaman nih
maksud saya mungkin bukan diri kita
tetapi kawan-kawan kita yang lain

pesen gini memang kita katakan PEMALAS
kalau dia rajin mesti dia tak amalkan sifat-sifat pengotor begitu
sebagai contohnya:
rendam baju selama seminggu dalam bilik air
itulah pakej-->pengotor + pemalas

tapi selalunya insan begini dikaburi
dikaburi dek penampilan yang vogue de vazz
padahal yang tinggal dengan doranglah
tahu camane perangai dan sifat mereka

oleh itu bersih luaran bersih dalaman
agar terpancar nur dari wajah kita

p/s: jom bersihkan rumah!!!

Ahad, 10 Julai 2011

"BLOGLIST"

Assalamualaikum
petang ini saya sungguh penat
penat menaip URL untuk bloglist
bloglist sayalah-->kemas kini keadaan sikit

semua masih ada dalam senarai
cuma saya buat kategori ajo..ehhe
hendak buat scroll bloglist
masih penakut dan terkial-kial

bercerita tentang bloglist
masa saya kembali aktif dahulu
apabila saya melihat
nama blog saya dalam senarai
blog yang saya suka baca
RASANYA bahagia amat-amat
maklumlah nama blog kita tertera di situ
seperti tidak percaya
sebab masa itu baru mengaktifkan diri
kira cikgu yang baru belajar...hehehe

janganlah kita berkecil hati
andai blogger yang selalu kita singgah
siap berkomen bagai TETAPI
blogger ini tidak meletakkan blog kita
dalam senarai bloglist mereka
mungkin kekangan masa atau apa jua sebab

sebab yang utama kita berblog
untuk berkarya atas idea dan kekreatifan kita
yang penting sekali kita IKHLAS dalam menurunkan komen
insyaAllah dengan keikhlasan kita
silaturahim akan terjalin
walaupun dalam alam siber ^__^

p/s: asal weken ajo..bloglist kureng aktif..sibuk jenjalan realiti blogger2 nih..hehehe

"DUNIA DAN DUIT"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

dunia dan duit
no money no talk
semua perlukan duit
memang berkuasa duit ini
duit zaman sekarang mampu membeli segalanya

ramai yang berkata
duit bukan segala-galanya
duit tak boleh beli kasih sayang
duit tak boleh kebahagiaan
tapi dunia sekarang
tarak duit tarak segalanya
betul tak? ada yang tak setuju?

dunia sekarang memang perlukan materialistik
kita jangan hipokrit dengan situasi ini
cuma jangan jadi hamba duit sudahlah
nampak duit hilang ingatan
tak tahu mana halal haram

yang pentingnya keberkatan duit
duit daripada rezeki Allah taala
untuk makan anak-anak kita
dan diuruskan dengan berhemah

p/s: duit untuk kehidupan ^__^-->menabunglah..ehhee

Sabtu, 9 Julai 2011

"LELAKI | KERETA"

Assalamualaikum
selamat sarapan semua..heheehe
roti canai banjir aje kalu weken saya :P

lelaki dan kereta memang sinonim
mana ada lelaki yang tak suka kereta?
suka kereta maksudnya suka meng"hias"
bubuh aksesori itu aksesori ini
tukar sport rim tukar spring
pokoknya macam-macamlah
saya hendak sebut pun terkedek-kedek..huhu
sebab wanita jarang begini
ada jugak tapi boleh dikira kot..hehee

kadang-kadang saya tengok kereta itu
sudah jadi macam rumah..keh3
ada saja yang diubah suai
serba tak kena dan tak lengkap
yang tak menahan tu
kereta baru beli dalam plastik lagi
kalu kereta terpakai tu...wajarlah hendak baiki-baiki sikit

antara mereka cakap
ubah suai kereta ini
untuk kesedapan semasa memandu
untuk korner atau racing
saya pun tak pastilah

hak paling pentingnya
tengoklah ekonomikan
jangan dok fikir ke kereta ajo
makan pakai entah ke mana
satu hal lagi hak penting
mematuhi undang-undang atau tak
contohnya cermin hitam legam..ehhee

*kereta wanita tanpa ubah suai..hehee*

p/s: selamat berehat dan mencuci  kereta blakow deh!!! :P

Jumaat, 8 Julai 2011

"PERTEMUAN KEDUA | KUANTAN"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

uolls jangan cemuih deh
ini entry berkaitan GENG KUANTAN
pertemuan kedua kami..ehhehehe
mengikut butiran berikut:

TARIKH: 30 JULAI 2011
TEMPAT : TAMAN GELORA, KUANTAN
MASA : 3.00 PETANG

jadi semua blogger kuantan
semua diundang ke pertemuan ini
supaya ukhwah antara kita
semakin erat dan mesra

**pertemuan pertama kami pada 1 MEI 2011 yang sangat happening!!!**

yang bukan blogger kuantan
tapi pada masa itu berada di kuantan
boleh jugak menjoinkan diri
sama-sama memeriahkan suasana
uolls yang berminat menghadirkan diri
bolehlah memberi persetujuan
kepada saya atau IEDA
tenkiutttttttt!!!!! ^_______^

p/s: hari ini xtvt jual suara..hehee :P

Khamis, 7 Julai 2011

"ILMU TAFSIR DIRI"

Assalamualaikum
selamat malam semua
sedang makan malam ko?
saya belum..hehee
makan char kuew tiew tadi
uolls tahukan maksud ilmu tafsir diri
ini saya berikan maksud yang saya faham
iaitu ilmu yang meletakkan diri kita
dalam sesuatu hal sama ada kita suka atau tak

sebagai contoh jika kita ingin
kita dihormati maka kita juga harus
melakukan hal yang sama terhadap orang lain

kita tak suka hak kita diambil orang
janganlah kita mengambil hak orang
tak kiralah barangan ataupun orangan
saya cukup bengkek dengan orang
yang tak punya ilmu begini
pandai-pandai mengata orang
mengambil hak orang lain
tapi tiba masa orang memburukkan dia
atau mengambil hak dia
tahu pun dia marah melenting tak tentu pasal
masa dia buat pada orang lain
langsung dia tak punya ilmu tafsir diri

muhasabahlah diri kita
agar tidak terlibat
dengan unsur-unsur yang tiada
ilmu tafsir diri ini
demi kebaikan kita dan orang-orang
di sekeliling kita

p/s: entry nasihat ajo minggu ini..hehehe..sb terlibat dgn program motivasi..

"BERSANGKA BAIK"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pernah tak uolls disalahtafsirkan??
setiap perbuatan uolls orang pertikaikan
serba tak kena dan serbanya salah

sebagai contoh:
uolls bawa bekal/makanan
setiap hari ke tempat kerja
pasti ada kedengaran
orang berkata-kata--> kedekut /hendak menunjuk dia rajin

selalu jumpa bos/ketua
mesti ada yang cakap--> acara mengipas/membodek

dan banyak lagilah contohnya
dan saya pasti ada antara uolls pun ada
mengalami masalah begini

"mulut tempayan dapat ditutup
mulut manusia sendiri mahu ingat"
[ayat spontan hari Khamis]

yang pastinya kita wajib bersangka baik
terhadap semua kawan kita
kerana jika kita berprasangka yang bukan-bukan
maka boleh menimbulkan fitnah

p/s:jom senaman tangga..hehee

Rabu, 6 Julai 2011

"TUTUP BLOG"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

bukan saya hendak tutup blog
saja-saja bagi tajuk gempaq
cuma saya hendak berkongsi
dengan uolls tentang tajuk itu

mengapa mesti tutup blog?
kerana kekangan masa?
kerana mood sudah tiada?
kerana dihentam oleh cik ANON?
kerana tak mampu hapdet entry?
banyak betul kerananya..hehe
yang pasti setiap blogger
yang berniat demikian
pasti ada sebab musababnya

bagi saya tidak perlu menutup blog
jikalau sebab-sebab di atas
dialami oleh uolls
biarkan sahaja blog itu di situ

jika ada banyak masa kembali
jika mood sudah datang kembali
abaikan cik anon yang menghentam
jika sudah banyak idea mari
kita boleh menulis semula

lagipun blog ini banyak sentimentalnya
saya rasa walau kita ada niat hendak tutup blog
saya tak pasti sama ada DELETE blog
atau berehat daripada menulis entry
kita pasti rindu untuk membukanya
untuk membaca cerita rakan kita
untuk berkomen-komen
betulkan!!!!

p/s: SAYA SUKA BERBLOG..heheh :P

Selasa, 5 Julai 2011

"SAYA | SIBUK"

Assalamualaikum
jam 6.00pm saya sampai ke rumah
kuat sungguh saya bekerja loni..wahahhahaa
[itu selepas singgah pasar malam..ehehhehe..sempat lagi tu]

sejak dua menjak ini
ada sahaja kerja yang perlu dibuat
siap ada check list
supaya tugasan itu tidak keciciran
maklumlah mudah lupa..huhu

macam minggu ini
saya rasa paling sibuk
setiap petang ada acara tertentu
semua ini dilakukan demi anak murid

saya amat rindu untuk ke rumah uolls
ada yang saya singgah dan ada jugak saya terlepas
saya juga tak membalas komen yang uolls tuliskan
memang kekangan masa betul
yang PASTI setiap komen uolls saya MEMANG baca
dan sangat menghargainya

tunggu minggu depan
mungkin line clear sikit..ehhehe

p/s: ditambah kelajuan berukben slow mlow..aduhaiiiii!!!!

"FITNAH SEMATA-MATA"

Assalamualaikum
saya belum makan pagi..huhu
kelas dari jam 7.30 - 9.50am

hendak pergi ke kantin
semua member sudah makan
hendak jalan sensorang macam malas
alih-alih makan "blog" la dulu..heheh

saya ada cerita tentang makan
makan berdua antara kawan
jika kawan sama jantina tak jadi hal
bagaimana pula rakan lain jantina??
hal itulah yang boleh menimbulkan fitnah

kadang-kadang kita tak jangka hal ini berlaku
kita berpendapat "hanya keluar makan/hal lain dengan rakan setugas berdua"
yang jadi lainnya apabila ada orang lain melihatnya
dan tanpa disedari memberitahu kepada pasangan kita
jika kita memberitahu awal-awal pada pasangan kita
mesti tak jadi halkan
bagaimana pula jika si dia tidak tahu?

kawan kita yang memberitahu
mungkin niat dia baik untuk maklumkan kita
tapi pada pendapat uolls
jika kita melihat hal begitu
patut atau tidak kita beritahu kawan kita??

mungkin antara kita berkata:
"bersangka baiklah"
sebab jika kita tersalah melapor
itulah yang dikatakan FITNAH SEMATA-MATA
bahaya tau!!!

p/s: nak makan lunch terus!!!

Isnin, 4 Julai 2011

"TIPS UNTUK PEMANDU WANITA"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

minggu ini minggu saya menjadi YB
iaitu YANG BIZI..hehehe
sebelum memanaskan enjin mood
mood yang kental untuk bekerja
kita panaskan enjin kereta minda dahulu

sebut pasal kereta
saya ingin berkongsi
tiga tips utama bagi kita
pemandu wanita yang berhemah ini..ehehe

pertama:
sebelum ke kereta
pastikan kunci kereta sudah di tangan
janganlah sampai ke kereta
barulah terhegeh-hegeh mencari kunci dalam henbeg
sekali penjenayah sudah di belakang
minta dijauhkan daripada situasi begini

kedua:
sepanjang perjalanan ke kereta
gunakan kecantikan mata kita
untuk memandang sekeliling kita
semua individu ialah suspek
sebab sekarang ini semua individu nampak normal
padahal jiwa dan mental ada yang sakit
hati-hati deh!!!

ketiga:
apabila masuk ke dalam kereta
terus kunci dari dalam
walaupun enjin kereta belum dihidupkan
biarlah berpanas seketika
asalkan kita selamat
janganlah amalkan masuk kereta
pintu masih terbuka atau tidak berkunci
kita hidupkan enjin dan sempat menenyeh mekap!!!
sangat bahaya kerana bila-bila masa
orang jahat boleh masuk ke dalam kereta kita

saya rasa itu sahaja tipsnya
jika uolls ada tips tambahan
silalah kita kongsi-kongsi di sini

p/s: pentingkan keselamatan diri kita deh!!!!no monday blues..ehhee..semangatttt!!!

Ahad, 3 Julai 2011

"XTVT HARI MINGGU"

Assalamualaikum
hai semua!!!!!

pagi tadi saya makan roti canai banjir
sambil-sambil berinternet-->tegar
memang kena ambil mood
dengan publish entry dahulu
jika tidak asyikkkkkkkkkkkkkkkk
terfikir-fikir tentang blog kan

hal itu biasalahkan bagi saya ini
time berinternet hanya betul-betul free
time berinternet juga time sambil-sambil
yang pasti tak mengganggu gugat kerja lain
kalau tidak semua kerja tak siap

setel publish entry
saya mulakan housekeeping
setel housekeeping
kita berehat seketika
hendak makan kitkat tak ada lah pulok
jadi kita layan internet sekali lagi
jalan-jalan rumah blogger yang hapdet..ehhe

jam 12.30 tgh hari saya akan masuk dapur
bagilah berasap sikit sebab jika hari bekerja
dalam 5 hari--> ada la 3 hari berasap penuh dapur itu
2 hari lagi yang berasap hanya periuk letrik dan cerek sahaja

petang minggu wajib jalan-jalan
walau hanya makan kopok gotel di beserah
walau minum jus epal di jungle food court

tiba malam time rehat-rehat
senaman kain ka yang sidai tghari tadi
atau acara tengok tv
gosok baju skoloh-->totap pagi esok..hehhe

so uolls--->hepi sunday!!!!

p/s: uolls plan apa hari ini?? ke dok umah ajo..hibernisasi..ehhehe ^__^

Sabtu, 2 Julai 2011

"MABUK GAMBAR"

Assalamualaikum
selamat petang semua

baru lepas habis sukan sekolah
tahu-tahu ajolah kan
muka mesti sunburn punya
amiklah masa seminggu hendak cerah balik
saya kan kulit ala-ala mariyah karri..hehehe

jika ada acara-acara begini
majlis-majlis rasmi tertentu
pasti ada jugak DSLR merata-rata
uolls suka diambil gambar tak?

siapa yang tak suka gambarnya diambil
hendak-hendak dgn kamera yang hebat
pasti gambar kita mesti fotogeniklah
perasanlah jugak muka kita tu cun melecun..wahahhaa

ke ada orang yang tak suka bergambar?
pelik tu..memang pelik..hehehehe

sekarangkan musim kamera dslr
uolls semua ada ka kamera itu?
saya belum ada lagi
kena pupuk minta dulu gamaknya..hehehe

p/s: hepi weken uolls!!! ^__^

Jumaat, 1 Julai 2011

*BUTIR RALIT*

Assalamualaikum
selamat petang semua

hari ini hari penat sedonia
terasa balik rumah terus mahu tidurrrr!!!
sebelum itu apa kata kita layan gambar di bawah:

**kredit to google**

kami oghe klate panggil BUTIR RALIT
sebab apabila makannya kita jadi leka aje...hehe
leka mengunyah sambil tengok TV

kalau bahasa stended rasanya
panggil kuaci atau biji mataharikan?
uolls suka dok kunyah mende ni?
saya suka jugak kunyahnya
dengan rasa lemak-lemak

kalau balik kampung atau travel
kami mesti makan mende ni
lagi pula kurang sikit mengantuk
itu sebab hubby saya wajib beli dan makan

cuma untuk anak-anak terutama mek sarah
memang kene tolong buka kulit
sebab kalu tak bukak
pasti dia makan dengan kulit-kulitnya...hishh..
yang tak menahan
mek sarah mmg suka makan butir ralit..hehee
tok padea nge kecik!!!

p/s: muka habis sunburn-->nok cerah semula tu gak..adooiiiii..

"GGTK - KPSH"

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi jumaat yang mulia

pasti uolls tertanya-tanya
apokobonde la tajuk entry itu..hehe
ni haa:
GGTK - Gendang Gendut Tali Kecapi
KPSH - Kenyang Perut Suka Hati

kalau hendak tulis tajuk begitu
panjang sangattttt!!!!!
entry ini jugak sempena
sekejap lagi saya akan bertugas di padang
ada lagi acara sukan yang berlangsung

maka perlu makan untuk perut
agar dapat bertugas dengan cemerlang
kang..kalu hakim lompat jauh fengsang camno????

kebetulan hari ini
ada kawan yang sponsor pot luck
tengkiu sangat-sangat sebab sponsored..hehe

dan ini antara menunya:
pencuci mulut yang warna-warni:


dan ini untuk diisi ke dalam perut saya
banyak sangat eh?..hehehehee


p/s: tadaaaaaaaa..hendak pi amik spek itam jap..silauuu you kat padang tu!!!

Khamis, 30 Jun 2011

*CUAK*

Assalamualaikum
selamat malam semua

sejak tengah hari rasanya
saya tak boleh sign in blog
ada gak blogger yang mengeluh
sekali yang saya pom kena juga
bad request error 400
gapo dio pom saya tak tahu..hehe

malam ini saya buka FB
blogger YUS bagitahu
satu blog yang bagi cara untuk solve problem ini


dan saya telah mencuba cara dia
alhamdulillah berjaya

jadi uolls yang ada problem
macam saya ini jugak
bolehlah try cara dari blog zafiranabilah 

p/s: mintak-mintak tak jadi dah lepas ni error camni..takutttt!!!

*KHAMIS YANG SPONTAN*

Assalamualaikum

"biar kita jadi takut
agar kita lebih berhati-hati
daripada kita terlalu berani
yang akhirnya makan diri"

p/s: ^__^

Rabu, 29 Jun 2011

*SURAT DAN SMS | ZAMAN BERUBAH*

Assalamualaikum
selamat petang semua

zaman saya zaman tulis surat
zaman sekarang zaman SMS
budak-budak zaman sekarang
hendak tulis alamat
kat sampul surat pun-->terKIAL-KIAL
"tak biasa cikgu"..huhuhu

betapa nostalgianya saat menerima surat
terutama surat cinta kan..hahhahaha

ada kawan lak yang "JAHAT"
dia gi sembunyikan surat klasik itu
yang wajib sampai sepucuk seminggu
sedih wooooo...aparaaa punya kawan
tapi dia sengaja bergurau-gurau BEWOKS tu..hahhahaa

zaman saya dahulukala..alamak..macam tradisional sangat doh..hehe
bukan ada henpon canggih macam sekarang
budak-budak bercintun zaman sekarang
sikit-sikit SMS..sikit-sikit SMS..huhu
antara ayat SMS yang femes emes seperti ini:
"WAT PE"
"RINDU AWAK"
"D MKN LOM?"
[contoh SMS ni saya amik dari fb budak-budak rumaja]

begitu berbezakan antara zaman
masing-masing ada kelebihan sendiri
macam saya zaman surat
dan sekarang zaman SMS..hehe

jangan terjebak melampau
terhadap bahasa SMS sudah
pening kepala saya membacanya
setakat sikit-sikit tu bolehlah baca
kalau sudah terlampau..tak faham weh!!!!

p/s: suko guno loghat klate dale FB..hehehe..pis!!!!!

*MAAFKANLAH DIA*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

adakah uolls seorang PEMAAF?
iaitu mudah memaafkan orang
yang telah melukakan hati kita

bagi saya tiada susahnya
untuk memaafkan kesalahan orang lain
andai orang itu sudah mengaku kesalahan
dan sudah insaf atau menyedari dirinya bersalah

tapi adakah ikhlas seseorang itu
meminta maaf dari orang lain?
kita pasti tak kisahkan
sama ada orang yang bersalah itu
ikhlas atau tidak ketika  meminta maaf

yang PENTINGnya
kita yang memaafkan itu
hendaklah ikhlas dari tulus hati kita
dengan harapan kita
agar yang meminta maaf itu juga ikhlas

bagi sesetengah orang
memaafkan amat mudah
tapi melupakan peristiwa itu
amatlah payah..betul tak?
luka sudah sembuh
namun parut tetap ada

"MAAFKAN SAYA KERANA KELAJUAN BERUKBEN SAYA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH"

**kredit to google**

p/s: entry ini tiada kaitan dengan sesiapa-->sekadar pandangan ^__^

Selasa, 28 Jun 2011

*SLOW AND STEADY*

Assalamualaikum

**kredit pic to google**

BB sudah capai bandwidth
pergerakan macam mr. kura-kura
sebijik gambar kat atas nun!!!
hendak loading satu blog
saya siap masak ikan goreng kicap berlada

GERAMMMMMM!!!!!!!!!!
sebabnya TAK BOLEH BACA PENUH ENTRY
dan opkos TAK BOLEH KOMEN..huhu

p/s: ini entry praWORDLESS WEDNESDAY
[tak retilah hendak letak gambar sahaja tanpa ayat]

*ISNIN-HARU-BIRU | KUNCI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semalam merupakan hari-haru-biru
ni ha sebabnya:
mungkin saya hendak cepat
setiap isninkan ada perhimpunan skoloh
uolls pasti ingatkan time skoloh dulu
jadi dengan tergopoh gapah
maka kunci rumah saya lupa ambil

selalu saya guna kuda MyB saya
memang kunci sudah tersedia pada kunci kereta
ini bawa kuda cap lain gak
maka kunci sudah lupa!!!!

bayangkan saya hanya masuk rumah
jam 800pm sejak keluar rumah jam 700am
dekat 12 jam di luar rumah
sepetang jugak 3 hero berMAHARAJALELA
di sekolah sebab saya meting..hehe

pengalaman betul saya ini
hati-hati deh uolls pasal kunci
jangan terkena seperti saya ini..huhu
nampak macam remehkan
jika hubby di luar kawasan..naya!!!

p/s: memang kena spare duplicate kunci kat skoloh ni..hehehehe..moral of da stori!!!!

Isnin, 27 Jun 2011

*SEGMEN JOM KIPAS BLOGGER*

Assalamualaikum
saya menjoinkan diri
dalam segmen terbitan
blogger kesukaan saya..hheehe
segmen anjuran--->dianarashid +senyumsenyum

jika mahu join
bole klik link bawah banner itu
[mahap diana..saya tak reti nk link diret dari banner..huhu]

ini linknya-->KLIK

saya telah memilih blogger azhariahzuber
blogger yang menjadi inspirasi saya
secara tak langsung memotivasikan saya
agar bergiat aktif dalam bidang blog

selama hampir setahun
saya menjadi silent readernya
saya sangat kagum dan tertarik
dengan hasil tulisannya
begitu bersahaja jika bercerita
begitu berinfo jika berkisar breast feeding (BF)
dan beliau memang tegar akan BF
tabik springggg!!!!!!!!
bagi ibu-ibu yang dedikasi tentang BF
bolehlah berkunjung ke blog beliau
galilah dan godekslah entry-entry beliau
tentang BF dan maklumat yang berkaitan

dan link menarik bagi saya ialah di sini
itu baru sedikit gambar stoknya
yang lain-lain uolls boleh godeks sendiri
dan ayat paling mahal yang saya suka:

"tak pernah sangka (bila bujang dulu), life aku selepas kawin adalah begini..
penggila beg2 tangan yg sampai sekarang tak mampu nak beli(lv, prada, gucci, channel)..
sekarang aku menggilai benda2 lain...semuanya kerana dua makhluk kecil dlm hidup aku.."


segmen yang saya join ini
bukan sekadar mengipas sahaja
sebaliknya ingin mengatakan
bahawa saya amat berterima kasih
kepada alfa juliet(nama asal azhariahzuber)
kerana banyak memotivasikan saya
untuk aktif dalam bidang berblog


so uolls selari dengan headernya-->mahap aza..saya print screen..hehe
secebis cerita secawan kopi
begitu santai rasanya membaca setiap
entry beliau..:)

p/s: thanks AZA ^___^

*DARI MAYA KE REALITI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

entry ini merupakan entry imbauan
imbauan tentang pertemuan
dari dunia blog ke perjumpaan realiti
macam tak sangka yer
dari dok berkomen-komen dalam blog
akhirnya dapat berjumpa secara realiti..
uolls layan ajo deh..hehe


**pertemuan pertama saya dengan CIK TOM - sangat TERUJA**

**dengan IEDA - kesempatan mengambil kek**


 **dengan LEENA - sekarang leena slow down dari dunia blog**


 **Dengan YUS dan famili kami semua - minggu lepas rasanya**

**PALING MANTOP - KALI PERTAMA GEDER-GEDER GENG KUANTAN**


**ini yang terbaru - Sabtu lepas di rumah IZAN**

memang seronok berjumpa begitu
pulak tu kami semua sama perangai
geng peramah terover belaka..hehee

p/s: via blog-ukhwah terjalin bertambah kawan


Ahad, 26 Jun 2011

*SAYA DAPAT SERIBU*

Assalamualaikum
selamat hari minggu semua

pagi ini saya dapat seribu
bukan duit tapi FOLLOWER
saya mengambil masa hampir setahun
untuk mencapai jumlah itu
sejak kembali aktif mulai julai 2010

**sebahagian 28 daripada 1000 follower saya**
~TERIMA KASIH~

selama setahun itu lamakan?
ada sesetengah blogger
berjaya mengumpulkan 1K
mungkin dalam masa 6 bulan sahaja
tapi yang pasti memang kena rajin BW
dan SUDAH PASTI rajin jugak
menekan widget folower
pasti ada timbal baliknya

saya hanya rajin BW dan mencari folower
ketika awal-awal aktif sahaja dahulu
rasa saya dalam dua bulan saya mengumpul folower
kemudian dengan kekangan masa
saya hanya menumpukan kepada
penulisan entry sahaja

dalam pada itu saya sangat bersyukur
kerana masih ada yang sudi mem"folow" saya
ada yang saya folow balik
dan yang pasti ada juga terlepas pandang
atau blogger ini tidak menyertakan linknya
maka saya tak boleh folow semula
[pastikan uolls semak pada setting]

banyak isu folower di sini
tapi yang pastinya jangan mudah melatah
jika isu blogger tak folow balik
jangan sedih-sedih sebab bukan semua folower kita
masuk kembali blog kita dan yang penting
BERKOMEN setiap entry kita
macam saya punya folower seribu
tidak bermakna jumlah komen saya seribu..hehe

ironinya jika blogger buka blog kita
pasti mata melihat pada jumlah FOLOWER
dan jumlah KOMEN---> itu memang pasti
jadi jika jumlah folower dan komen yang agak memberangsangkan
maka menjadi bonus kepada setiap blogger
BLOG=KOMEN + FOLOWER

p/s: usaha tangga kejayaan!!!

Sabtu, 25 Jun 2011

*ONG 21 HELAI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pagi ini sila jamu mata
dengan pokok ONG ini

jika uolls ada pokok ini di rumah
sila kira daunnya yer..hehe
jika berjumlah 21 sahaja
maka uolls ada ONG..hahhaa
payah wooo nak dapat 21
asyik jumlah 19 atau 22

uolls jangan ingat ONG itu
dapat duit ka..dapat rumah ka
hishhh..tak baik percaya begitu

yang ONGnya ialah dengan mengira daun itu
jiwa saya akan tenang dan berlapang fikiran
kan daun itu berwarna hijau
maka baik untuk mata..hehe

p/s: saya ONG hari ini sebab jam 3pm nanti dapat makan kek free..indulgence tau..:P

Jumaat, 24 Jun 2011

*ANAK KEMBAR*

Assalamualaikum
selamat petang semua

uolls ada anak kembar?
teringin untuk dapatkan anak kembar?
eh..eh..saya bukan hendak bagi petua..hehe
saya hendak bercerita sahaja

memang bertuahkan dapat anak kembar
saat menguruskan mereka masa kecil
memanglah tidak sama dengan yang seorang anak
jika saya..seorang anak pom..alahai masa pantang itew..hehe

tapi jika sudah besar
nampak begitu comel
kalau pegi mana-mana
pasti nenjadi tumpuan
maklumlah sama wajahnya
subhanallah~

melihat anak kembar ini
saya teringat masa saya budak-budak dahulu
"jangan makan pisang kembar dua"
nanti beranak kembar
ada ka gitu??
kita pun takutlah
maka pisang kembar itu tidak dimakan
dibuang begitu ajo
kenapa eh orang tua cakap begitu?
sampai sekarang saya pelik
apa logiknya?

p/s: maharaja lawak malam ni..tapi saya xde citra..huhu

Khamis, 23 Jun 2011

*T.I.D.U.R*

Assalamualaikum
selamat petang semua

mood saya kembali ke darat dah
mek sarah sudah kembali sihat walafiat
mulutnya pot pet pot pet
jika compare semalam
monyok SUPPO KETEK TUNGA
**hehe..harap-harap uolls faham deh..hehe

sedapnya petang-petang begini tidurkan
saya kategori suka tidur sebenarnya..hehe
teringat zaman preggy anak sulong
seorang senior bagitahu:

senior: tidur banyak-banyak sebelum bersalin
saya: kenapa kak?
senior: nati kalu ko dah bersalin pastu anak dua tiga , jangan harap boleh tidur
saya:..oooowwooooo!!!

sekarang baru saya faham
itulah maksudnya
jika terlelap sekarang
barang 5 minit rasanya
sangat terasa nikmatnya

macamana mahu tidur sekarang
siapa hendak pantau anak-anak?
siapa mahu buat itu dan ini
jika si ibu asyik tidur..wahahahhaa

tapi saya percaya
jika kita sudah punya anak
tabiat tidur kita yang "hardcore" itu
boleh hilang begitu sahaja
macam ajaibkan!!!!!
itulah TANGGUNGJAWAB
dengan sendiri akan hadir
taktala kita ada AMANAH

p/s: jangan ada yang ngantuk kat opis tuuuuuu..bos dok belakang nuuuu...hehhehe

*C.R.K*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hari ini bersiaran dari rumah
saya mengambil Cuti Rehat Khas (CRK)
kerana menjaga mek sarah
yang muntah-muntah dan demam
itu pasal semalam mood ke laooott
risaukan anak..huhu

saya pom tak tahu
kenapa mek sarah tiba-tiba muntah
dia aktif macam biasa hari selasa
alih-alih pengurus nursery telefon semalam
bagitau sarah muntah setiap kali selepas minum susu dan makan

dari jam 8.00am - 3.00pm
muntah sebanyak 4 kali
badan terus nampak susut
alahai..makin kecik la anak aku tu..huhu

saya harap hari ini
kesihatan dia semakin baik
makan sarapan tadi dia tidak muntah
walaupun minum air dengan banyak
mungkin sebab dehidrat semalam..huhu

p/s: tak suka tengok mek sarah monyok....huhu