selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Khamis, 31 Mac 2011

::BLOG REVIEW ASSIGNMENT 4 OLEH JEJAKA TERHANGAT::

Assalamualaikum
selamat petang semua

saya rasa tajuk entri
paling panjang pernah saya buat..heehe
ini semua gara-gara saya ditagged
oleh solihinzubir.com untuk menjoinkan diri
dalam segmen anjuran jejaka terhangat-->sila klik untuk join!!

itu bannernya yang canggih-manggih-futuristik tu..
saya menjoinkan diri dalam segmen ini
sebab ini berkaitan dengan blog kegemaran saya jugak
sudah lama saya tak join
sebarang segmen baik contes dan GA

segmen ini ada juga kaitan
dengan agenda me"review" blog diana
saya tak pernah mereview blog orang lain
secara eksklusif dan mendalam
al-maklumlah saya memang kurang pandai
dalam ilmu-ilmu blogging ini..huhu

sekarang saya hendak langsaikan
tugasan mereview secara ringkas
blog diana mengikut kehendak blogger jejakaterhangat

perkara yang menarik tentang blog diana:
1. nukilan entrinya memang sangat mudah dan berterus-terang.
2. sentiasa up date
3.sangat ringan untuk loading
4.tuan rumah pulak seorang yang rajin berkomen/membalas kedatangan blogger lain

perkara yang wajar diberi perhatian:
1. tukar warna blog supaya nampak colourful/ceria/warna kombinasi yang menarik
2. letak header dengan segera..hehe

saya rasa itu sahaja
sebab saya rasa saya memang kureng pandai weh bab mereview ini..huhu
ni tiba bab menggetag
dan saya ingin tagged------> HANIS AZLA-->wajib join tau..hehee

p/s: join segmen ini untuk memeriahkan suasana berblog..hepi2 blogging

:CERITA PENGASUH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

mulai tahun ini
saya telah menghantar mek sarah
ke nursery berdekatan rumah
sebelum ini saya menggunakan khidmat pengasuh
memandangkan mek sarah masih kecilkan

memandangkan mek sarah sudah besar
saya menghantar ke nursery
atas alasan supaya dia belajar bersosialisasi
jika di rumah pengasuh
mungkin hanya dia dengan pengasuh sahaja
saya bayangkan jika mek sarah akan kebosanan
dan saya sekarang sangatlah sibuk
hingga selalu sahaja balik jam 4 petang..huhu

banyak cerita pengasuh
boleh kita kongsikan
ada yang bertuah mendapat pengasuh
yang menjaga anak kita
seperti anaknya sendiri

ramai juga pengasuh memilih
untuk menjaga anak guru
kerana guru banyak cuti..hehe

apa-apa pun
kita semua mengharapkan
agar di mana-mana sahaja
anak kita dijaga dan ditempatkan
semoga anak kita dijaga
dengan baik dan selamat

p/s: hari ini harus jam 5pm baru balik ni..huhu

Rabu, 30 Mac 2011

::CERITA CIKEN POX::

Assalamualaikum
selamat petang semua

saya sudah sampai di kuantan
sekitar jam 1.30 tadi
kemas-kemas sikit apa yang patut
layan cerita marshanda jap
sekarang masa utk bertenet.hehe

esok akan mula skol balik
tapi 3 hero masih off sebab
ciken pox mula menguping
ramai orang bagitau
entah mitos atau fakta
time ciken pox mengupinglah
masa ini proses jangkitan virus berlaku

saya rasa ada juga kebenaran/kebetulan
sebab dalam masa mek sarah awal-awal kene
tak dok pulak 3 hero kene
alih-alih yang mek sarah kene dalam masa hampir 2 minggu
3 hero pulak kene..sekali harung pulak itu

mak saya juga bgtau
makan kene pantang jika kene ciken pox
makanan bergoreng tak bole makan
tapi saya tak pula pantang
sebab ada maklumat
mengatakan seelok-eloknya
orang yang kene ciken pox ini
makanlah makanan yang berkhasiat
bagi melawan virus dalam badan
supaya kita lekas baik
Alhamdulillah..ciken pox yang menyerang 4 anak saya
baik dan menguping dalam masa 3 hari sahaja..

tidur malam pun saya tak alaskan daun mambu
[memang tak jumpa cari..huhu]
jadi saya sapukan calammine
ubat sapuan utk menyejukkan ciken pox
nasib baik elok aje dan 3 hero cakap ubat ni sangat sejukkkkk!!!..hehe

apa-apa pun kita ikhtiarkan
baik mitos atau fakta
yang boleh kita amalkan
untuk kebaikan kita amalkan
tak ada masalah..hehe
tapi bab kene air hujan itu
saya amat prihatin
takut lekat parut..huhu
nanti tak lawa dan tak ensem la anak saya..ehehehehhee

p/s: dari satu sudut elok juga anak4 kene ciken pox time kecilkan agar parutnya cepat hilang

Selasa, 29 Mac 2011

::WALAWEH!!::

Assalamualaikum
seharian saya bertugas
dari jam 8.00am sehingga 5.00pm

ada gap antara itu
tapi agak kemengantukan
sebab berpindah tempat tidurkan
malamnya tak leh tido

habis sahaja menjadi hakim pertandingan
saya terus ke mersing
melawat kawan-kawan lama
alamak aihhhh!!!
faham-faham ajolah jumpa kawankan
ini sahaja baru sampai
sebelum kemengantukan datang lagi
kita share stori sket..ehhehe

saya pernah menetap di mersing
dari tahun 2005 hingga jun 2008
sudah banyak berubah
dan ini sajian terbaru di sana
menaiki anak kuda
seronoklah 3 hero berciken pox naik anak kuda..hahaha

esok saya akan balik
ke kuantan doh..
balik skoloh semula la..
boleh sambung stori mori cam biasa

p/s: tak bole nak jln2 mana sb holiday+bertugaskan..hehe

Isnin, 28 Mac 2011

::DI ROMPIN::

Assalamualaikum
saya bersiaran dari Rompin

jam 1.00pm tadi
saya bertolak ke sana
atas urusan menjadi hakim
hahahhaha..hakim pertandingan ajo..hhee

sekarang baru sempat
menghapdet walaupun
line ala-ala lenggang kangkung..huhu
tapi hendak juga bagtau
tegar dohhhhh...hahhaha

lepas ini saya akan ke hotel 10 bintang..hehe
mungkin line superstar rasanya
sekarang di kawasan tepi-tepi 3G
pasni kita hapdet lebih sket deh..
pasni jugak baru dapat
berjalan ke rumah uolls
waaaa...seharian tak menjenguk uolls
ai sudah kerinduan wehhhhhh!!!!

p/s: hubby cuti dan we all seme di sini..yehaaaa...holiday time!!!!!!!!!!!!

::ALBUM GAMBAR::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

saya tahu semua orang
memang suka ambil gambar
baik guna kamera cikai atau henpon
atau yang secanggih DSLR

kalau uolls sekaranglah
selepas ambil semua semua gambar itu
uolls pergi cuci kat kedai gambar
atau masukkan dalam laptop/desktop?

jika ingat zaman belum
ada kamera digital ini
main letak kodak dalam kamera
kita mesti pergi cucikan
kalau tak..memang tak bolehlah
nak tengok gaya sakan posing tu

tapi sekarang seme gambar saya tak cuci
semua main taruk dalam laptop
gaya posing yang kureng menawan
boleh delete anytime..hehe
jika dahulu menawan atau kureng
seme kene cuci dahulu..hehe

semua album zaman muda-muda dahulu
elok aje tersimpan dalam kotak
sekali sekala buka tengok album itu
alahai..kelakarlah pulak
al-maklumlah zaman mudo..hahhaha
zaman belajar2
zaman belum kawin
zaman anak sorang duo..hehe

uolls camana ek?
rajin pi cuci gambar ke?

p/s: jika lappy rosak..abis gambar hilang..huhu

Ahad, 27 Mac 2011

::PENTINGNYA KEBERSIHAN::

Assalamualaikum
kembali bersiaran selepas
pulang dari pasar tani mega..ehhe

saya rasa saya hendak buka
sebuah restoran makanan kelantan ecececeee..
itu rancangan saya

bagi saya untuk memajukan
sesebuah restoran agar dikenali
yang paling penting ialah
keterampilan sesebuah restoran
iaitu yang utama mestilah bersih semuanya
selain faktor lain ialah masakan
lokasi, layanan dan harga

saya pernah tau singgah sebuah tempat makan
bawah pinggannya hitam wehhh
bekas gelas yang ada daki air..weeekkkkk!!!
masa tu jugak rasa mual tekak
lagi satu pekerjanya
pakaian sebijik baru bangun tidur
rambut serabai tak bertudung
berselipar jopung
camane tu?
hilang selera dan terus kenyang

uolls ada cita-cita macam saya?..hehhe
jom jadi partnership..hahahaa

p/s: nape eh blog saya jadi gini?tulisan xle rapat mcm biasa..huhu
**dah bole ejas..hehee
**saya sudah tukar ke updated editor...dulu dok guna old editor..hehe..

::ALFATIHAH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sama-samalah kita semua
membaca alfatihah
untuk arwah sahabat saya di mersing


pagi ini jam 7.09am
saya mendapat sms
memaklumkan bahawa
arwah ialah cikgu nawiah
meninggal kerana kanser paru-paru

selepas didiagnosiskan
penyakit ini saya rasa hujung tahun lepas
arwah telah pergi meninggalkan
suami dan 3 orang anak yang masih kecil
semalam pada jam 11.20pm
arwah sebaya umur saya sahaja

sepanjang saya mengenali arwah
arwah sorang yang sangat komited
dengan tugas sebagai guru fizik
dan berita tentang penyakit
yang dihidapinya
sangat-sangat memeranjatkan
kami semua..

semoga arwah ditempatkan
dalam kalangan orang-orang
yang solehah dan beriman
aminn...

p/s: alfatihah untuk arwah nawiah rosdi

Sabtu, 26 Mac 2011

::TRAFFICS DAN $$$::

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

3 hero yang kene ciken pox
tetap aktif macam biasa..hehe
anok jate kea..mano bole dok diye!!!!

hari ini rasa hendak stori
tentang traffics la pulok
lamo doh tak share-share UV kan..hehe

masa awal-awal aktif dulu
memang saya rajin BW
dengan kata lain kasi up UV
masa itu jugak suka sangat
amik port tentang BE
memang ma$$$$yuklah
time itu dengan traffics dan BE



ini UV saya sejak
dua bulan lepas saya simpulkan
menten setiap minggu begini

dan inilah blog yang tiada BE
sejak dua bulan lepas
$$$ itu pun hasil CPC blogger
yang berkunjung ke blog saya ini
terima kasih deh..

cuma saya tak pasti tentang iklan milkdeal itu
selalu ajo muncul tetapi tidak dikira BE eh?
maklumlah sekarang ini
saya memang tak mengkaji
tentang BE lagi
sejak kebizian melanda
dan kekurangan BW..ehhehe

**apa yang penting kita hepi2 blogging deh..hehe

p/s: jika line clear..nk BW hari ini..rindu pada buah BE..hehe

Jumaat, 25 Mac 2011

::TIGA HERO::

Assalamualaikum
3 hero saya kena ciken pox

balik dari skol tadi
along menunjukkan
bahawa ada bintik-bintik
pada tangannya
saya selak baju utk lihat belakangnya
mak aihhhh!!!!!da penuh bintik2 merah itu

panggil najwan pulak
rupanya ada jugak
tengok si angah pun sama
patutlah along demam sekejap
pada hari khamis dan si angah demam semalam
najwan sahaja yang teguh antibodi
tak demam tapi bintik ciken pox itu ada

alahai!!! saya dok terfikir2 ni
minggu depan semua hero off skol
mungkin mkn masa seminggu kot..
jika pi skol nati dikatakan
pembawa wabak pulak..huhu

p/s:sapa nak jaga kat umah deme 3 tu..huhu

::BANGUN PAGI::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

jam 4.10am hari ini
saya bangun kerana
semata-mata untuk operasi
melipat kain yang semakin membukit
setel!!!!!balik karang operasi menyusun..huhu

uolls biasa bangun jam berapa setiap pagi?
masa stended saya bangun jika hari skol
ialah pada jam 6.00am
dalam masa sejam itu sebelum 7.00am
saya seperti lipas kudung:
1. seterika baju
2. masak air-jika perlu[tak buat air minum pun..huhu]
3.kejut 3 hero + sorang ketua hero
4. mesin kain
5.setelkan barang2 keperluan mek sarah
6. callo ke skol..

saya memang tak biasa
sediakan awal-awal dari malamnya
hendak juga setel waktu sejam pagi itu
setakat ini saya berjaya
yang melambatkan saya ke skol saya
hanya disebabkan ke"JEM"an di skol anak saya shj
bukan kerana hal di rumah

uolls camna?setel malam atau paginya..hehe

p/s: hari ini balik lambat lagiii!!!!!! :(

Khamis, 24 Mac 2011

::MUKA SAMA RIANG::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

dek teruja hendak hapdet
saya kelupaan hendak
memaklumkan bahawa
keputusan spm skol saya
Alhamdulillah cemerlang
dan yang penting untuk
subjek saya mencapai target
yang telah dibuat


inilah wajah gembira saya
di samping seorang pelajar
yang mendapat straight A
[abaikan muka berminyak saya dengan tudung yg nmpak anaknya itu..hahha]

persoalannya:
ramai pelajar bgtau
bahawa wajah saya
dengan anak murid saya ini-->SAMA..hehe

p/s: acu uolls tilik sket..hahhaha

Rabu, 23 Mac 2011

::JAM 9.30PM::

Assalamualaikum
selamat malam semua

hari ini saya sangatlah sibuk
mengalahkan VVIP pulak
maklumlah menguruskan
hal-hal negara skolah saya..hahhaa

sekarang saya baru boleh
membuka internet
melawat kawasan-kawasan jajahan
mengetahui isi hati rakyat jelata..hehe
cuba untuk membantu dari segi komentar

bukan apa kes
jika sehari tidak
melawat kawasan
memang tak senang duduk
ai macam teringat ajo kat uolls...hahahha

p/s: ada yang rindu kat ai tak?...ececececceece :P

Selasa, 22 Mac 2011

::SAYA BERDEBAR NIH!::

Assalamualaikum
selamat malam semua

dek menunggu esok
akan diumumkan keputusan SPM 2010
dan seperti biasa-biasa
debaran guru-guru subjek
mungkin jua sama atau mengalahkan
debaran anak didik yang
akan mengambil keputusan

semoga semua anak didik SPM 2010
akan memperoleh
keputusan yang cemerlang
dengan bilangan semua A+
mengatasi keputusan
tahun-tahun sudah

p/s: oghe klate royak--> gedebar ghaik!!nalin dit dit..hahhaa

::BPA FREE| AVENT::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi yang dingin
dengan kabus yang penuh

baru-baru kita diumumkan
dengan penggunakan botol susu anak
yang seeloknya digunakan
ialah yang BPA free

maka kebanyakan ibu
yang contohnya saya
sejak anak sulung
sampailah ke mek sarah
yang sudah masuk umur 2 tahun bulan ini
menggunakan botol susu yang ada BPA..huhu

hujung minggu lepas
dengan bantuan zue [tenkiu deh!!]
saya mencari botol susu BPA free di TMT
memang hajat sudah lama
untuk membeli jenama AVENT
saya banyak mengetahui jenama ini
daripada blogger alfa juliet
[uolls yang hendak tahu tentang BF secara eksklusif
boleh terjah blog dia]


maka saya beli yang sekotak
yang membekalkan 2 botol utk 260ml/9Oz
cukup untuk sarah dan najwan
[najwan tu pra skol pun masih membotol lagi]
harganya memang mampu beli
tak cecah seratus pun

saya rasa semua ibu akan fikirkan
yang terbaeeekkk untuk anak-anak kita
paling mudah jika anak tidak membotol lagikan
maksudnya minum susu pakai gelas ajo..hehe

p/s: uolls camna?

Isnin, 21 Mac 2011

::BELAKANG RUMAH SAYA::

Assalamualaikum
selamat petang semua

hari ini hujan agak lebat
semalam saya sempat
mengambil gambar
view sungai belakang rumah saya
agak-agak dalam 500 meter kot
jaraknya tebing sungai dari kawasan/rumah saya

ni ha viewnya:

saya tak pasti nama tempat ini tetapi sangat cantik viewnya
hendak kata empangan bukan

jika musim hujan lebat
hendak-hendak musim tengkujuh
ada juga saya lihat
salah satu pintunya dinaikkan
dan kita dapat mendengar deruan air yang agak kuat

dulu sebelum membeli rumah ini
saya ada jugak risau
manalah tahukan
tiba-tiba air sungai itu melimpah dan banjir
tetapi dari sumber yang boleh dipercayai
memang kawasan/rumah saya ini walaupun
-+500 meter kot dari tebing sungai yang besar itu
banjir tidak pernah berlaku

sekarang banjir berlaku
sebabnya bukan sahaja dari sungai
tetapi sistem perparitan yang tidak terancang

jadi jagalah alam sekitar kita
untuk generasi akan datang

p/s: cewah..save de world!!.hehe

::WANITA MEROKOK::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
bersiaran dengan mood
datang bekerja..ehhe

biasa lihat wanita merokok
bagaimana gayanya eh?
adakah macam lelaki?
jika gaya merokok
memanglah samakan
tak kanlah lain pulak

semalam saya terserempak
dgn wanita yang merokok
3 hero saya pun
melihat wanita itu
dengan perasaan ingin tahu
kenapa wanita itu merokok?

agak-agak uolls
kenapa wanita/remaja perempuan juga merokok?
agak pelik dalam masyarakat kita
jika lelaki merokok biasa sangat doh!!
tapi itulah gaya hidup sekarang
gaya hidup moden

p/s: isnin yang agak kalut!!!!

Ahad, 20 Mac 2011

::LAMA DAH TAK BW::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sekarang melepaskan lelah
merite ketas exam
tapi sebelum itu
kita hapdet sikit
untuk melepaskan kerinduan

lama sudah saya tak BW kan?
usahkan BW banyak-banyak
hendak hapdet pom ambil masa sekarang
jika dahulu sambil BW idea mencurah-curah
tapi sekarang jarang BW
yang selalu saya buat sekarang
menjenguk blog list saya sahaja
atau mana-mana entry menarik
via dashboard..hheehe

saya juga percaya
dengan banyakkan BW
idea pasti datang
kerana kita membaca entry blogger lain
dari situ kita akan mendapat idea
BUKAN KOPI PASTA tau..
itu bahaya!!!!!jangan diamalkan
kerana itu bukan etika seorang blogger yang sebenar

jadi hari ini
saya ingin naik BMW..oppsss MyB ajooo..
untuk melawat jiran-jiran
dalam blog list saya

p/s: sediakan kopi o panas deh!!!

Jumaat, 18 Mac 2011

::MU ADO BLOG?::

Assalamualaikum
selamat pagi seme
sihak ko blakow?
ambo sihak wey..hehe

tajuk entry tu dalam loghat klate
itu juga soalan kawan-kawan saya
jika saya bgtau bahawa
saya ada blog..hehe

nampak pelikkan
dorang macam terkujat
bagi mereka jika ada blog
macam terer bebenor bab ICT..hahaha

banyak alasan yang mereka beri
sangat sibuklah dengan kerja
[macam saya ini tak kerja..huahuahau]
tak pandai hendak buatlah
[dorang tak tahu bahawa buat blog paling mudah
hendak menten itu yang "agak" sukar ]
tak pandai hendak mengarang
[arrramak..ini macam buat cerita seharian ajo]
dan pelbagai alasan

kawan realiti saya
yang ada blog aktif
hanyalah seorang sahaja
manakala 3 orang lagi
suam-suam kuku ajo..huhu

dan yang pasti
antara kita yang ada blog
sedikit sebanyak rasa macam bertuah
kerana tidak ramai kawan-kawan realiti kita
yang mempunyai blog
yang ramainya ialah kawan-kawan maya
VIA blog sahaja kan..ehhe

ini entry kerinduan saya
pada uolls kerana semalam
saya kebizian me"NIKE"
dan ada tetamu datang ke rumah
MAKA hari ini
sesambil me"NIKE" juga
saya akan menjenguk rumah uolls

p/s: kerinduan pada blog=ketegaran tuuuuuu!!!!!

Rabu, 16 Mac 2011

::WAJIB BELI::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi rabu yang mendamaikan..hehe
al-maklumlah tengah bercutikan

aktiviti wajib hari ini
selepas pulang bercuti
operasi "clearance" kainlah..hehe

dan aktiviti wajib balik klate
singgah rantau panjanglah
dan wajib belilah mende alah ini
taraaaa

V

V

V

V

V

V



tu dia..woh terea goreng ko bako..hahhaha
[biji ketereh beb]
lemak berkrim dan memang kene
banyak minum air sebab agak kemasinan
tapi yang tak menahan memang sedap weh!!!

sambil tengok tv layan
sejuta cinta marshanda
atau kejora bintang itu yang dah miss 2 episod itu
bolehlah kunyah mende butir terea itu..

p/s: **DAS--> aku balik cepat sebab kene tanda ketas exam wey..

Selasa, 15 Mac 2011

::@KUANTAN::

Assalamualaikum
selamat malam semua

home sweet home
saya selamat mendarat di rumah kami
merentas 3 negeri sejak jam 3.00pm

terima kasih kepada semua
yang memberi info dan panduan
tentang ciken pox yang ditanggung
oleh mek sarah..huhu

dan ciken pox itu
masih melata di badan mek sarah
berbintil merah dan ada yang telah pecah
saya sudah bagi minum air kelapa
dan esok akan disiram mandi
dengan air kelapa tanpa dilap
iaitu biarkan air kelapa itu
kering di badan

nasib baik mek sarah kene ciken pox
time saya cuti skoloh
harap-harap tak berjangkit
kepada 3 abangnya


**masih lagi tersengeh tuu..dgn ciken pox pada muka**

p/s: tenkiu uolls..semoga mek sarah cepat baik

Ahad, 13 Mac 2011

::CHICKEN POX::

Assalamualaikum
saya bersiaran dari klate nih

sekarang mek sarah kene chicken pox
sejak semalam badan dia
ditumbuhi bintil-bintil yang ada air itu

saya ingin mohon bantuan uolls
cara-cara untuk kurangkan ciken pox ni
maklumlah 3 hero saya itu
tak pernah pulak kene ciken pox ni
alih-alih mek sarah yang kena

line 3G pun guna GPRS/EDGE ajo ni
tapi saya gigih jugak
untuk publish n3 ini
agar saya dapat bantuan dan info dari uolls
tentang ciken pox ini

p/s: tenkiu uolls..

Sabtu, 12 Mac 2011

::BLOGGER "SOROK" NAMA SEBENAR::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

entry saya ini
sebenarnya rentetan daripada
entry yang ada dalam blog DIANA-SENYUMSENYUM
[boleh terjah blog popularnya deh..ehhe]
untuk menerangkan sebab musabab
ada blogger tidak meletakkan nama sebenar
seperti saya dalam PERMATA HATIKU ini

masa mula-mula memblog dahulu
skill tak berapa hendak mahirkan
dan masa hendak daftar blog pun
nama yang terlintas dalam fikiran
ialah nama anak-anak sahaja
itu pasal saya letak nama SARAH NAJWAN
sebab itu yang terlintas..ehhe

ingat saya hendak revel nama penuh sebenar
tetapi bila difikirkan semula
nama SARAHNAJWAN sudah serasi dengan uollskan
[bajet kita semua dah kawan lama deh!!!]
saya tetap rasa serasi gitu
padahal jauh benar dengan nama sebenar saya..hehe
dah itu namanya mek sarah dengan najwan

sebenarnya tak kisah
nama sebenar atau tidak
yang penting kita semua
kawan-kawan deh
takmo lawan-lawan

p/s: belum balik klate deh..hehe

Jumaat, 11 Mac 2011

::JEM ATAS BUKIT::

Assalamualaikum
sekarang hujan lebat uolls
kain tak kering lagi

kalau hujan aje
jalan hendak masuk
ke skol anak saya pasti jem
dalam kawasan skol tau
lepas tu jalannya berbukit

bayangkan jem dan terhenti
betul-betul sebelum naik puncak bukit sekolah
maknanya jika kereta manual
kene jaga-jaga dengan hand brek +clucth+minyak...adehhh
sudah jadi macam masa
belajar lesen kereta dahulu
yang mengaum bunyinya itu..hehe

saya risau aje
takut drive skill saya ke laoottt..hahhaha
manalah tahukan
sekali mengundur pulak
mintak jauh
dalam masa yang sama
saya takut jugak
kereta depan saya tuuuu
sekali tengok ada label P weh..huhu
cabarannnnnn!!!!!

apa-apa pun
esok sudah stat cuti sekolah
ramai sudah ingin balik kampung
hati-hati semua di jalan raya
tak akan lari kampung dikejar deh...

saya pun sama
harus blog ini sepi tiga empat hari
jika line 3G di kampung slow mlow
jika ada idea..auto publish juga
kasi sama entry saya..haha

p/s: pilot saya pun on de way dari KK tau tuuuuu..hehe

Khamis, 10 Mac 2011

::INDAHNYA::

Assalamualaikum

uolls pernah pi cameron highland??
saya tak pernah pi lagi
setakat ini saya layan aje
gambar yang indah ini
di cameron highland








antara uolls yang pernah pi
ce stori ce stori deh!!!

p/s: tengok buah stroberi tu mmg sedap!!!

Rabu, 9 Mac 2011

::PABILA GAMBAR BERSUARA::

Assalamualaikum








p/s: Alhamdulillah!!

::NYANYI KUAT-KUAT::

Assalamualaikum

pagi tadi
hujan lebat
jalan sesak
lagu baru AKIM:

"aku akan selalu
menjaga dan mencintaimu
aku janji padamu"
[sudah lupa lirik..ehhe]

sedap weh lagu itu
dan saya juga menyanyi
dalam kereta itu
sambil melayan ke"jem"an
kerana gara-gara ke"jem"an
saya kelewatan ke tempat kursus

uolls pernah tak
nyanyi kuat-kuat
dalam kereta??

p/s: hapdet segera masa amik anak2..nak pi kusus lagi niiii!!!

Selasa, 8 Mac 2011

::PENATKU HILANG::

Assalamualaikum
wah!!serius saya baru bertenet hari ini

buka-buka terus hapdet
tegar sungguh!!!

sepenat mana pun kita
seletih mana pun kita
apabila balik dari keje
melihat muka anak-anak
boleh hilang sekelip mata penat itu
hendak-hendak tengok anak
yang baya-baya mek sarah

jika sudah besar macam 3 hero itu
tak terasa manakan
ini yang baya-baya umur 1-3 tahun
memang yang sedang elok dipeluk
dimanja-manja digurau-gurau
mendengar mereka ketawa mengekek-ngekek itu
alahaiiiiii...begitu menenangkan jiwa
yang mungkin serabut dengan hal keje

saya pernah baca satu artikel
mengatakan bahawa
jika kita mencium anak kita
yang kecil-kecil itu
merupakan satu terapi untuk
ketenangan minda tau..
tapi saya rasa betullah

tu pasal kawan saya ada kata
suami dia asyik bergurau bahawa
rumahnya sunyi tanpa suara anak kecil
sebab anaknya yang paling kecil sudah umur 7 tahun
adakah itu tandanya
si suami hendak anak baru..huhu
uolls tahukan maksudnya
hendak suruh bini preggy lagi la tu...hahhahaa

tang ni pun
hubby saya pun salu dok cakap:
"alahai..sudah besar sarah ni..hhehe"

p/s: samakan maksudnya tuuuuuu!!!!alahaiiiii...:P

Isnin, 7 Mac 2011

::SAYA GARANG OKEY!::

Assalamualaikum
selamat petang hendak ke malam
hapdet tuuu..hehe

sekarang saat ini
bumi astana view
dibasahi hujan uolls
rasanya hampir dua minggu kot
panas berangin yang habis
kain sidaian berteraburan
atas rumput karpetku yang tak bermesin
dan yang sedisnya
habis menjadi kekuning-kuningan
dek kehausan air siraman
yang jarang-jarang
disimbahkan

nampak tak
nampak tak
saya berpuisi bagai itu
saya garang okey!!!!
saya tengah garang okey!!!
sedang garang kerana
mengajar matematik kertas 2
untuk dua hero saya--> along -vs- angah
adoiiiiii!!!!!!!


my hubbbyyyyyy!!!!!
cepat balik keje wehhhh!!!!

p/s: patut guna rotan??

::DIA TAK KENAL!::

Assalamualaikum
selamat pagi isnin blakow
sihak ko?ambo beressss!!!

pernah tak terjadi kat uolls
kita menegur orang
yang kita sangka kawan
yakin kawan atau orang yang kita kenal
tapi orang ini boleh cakap:
"saya lupalah..tak kenallah"

malu weh jika kene camtu
saya pernah kene tau
saya pun bukan main terjah cakap kenal seseorangkan
mesti kita yakin baru kita sapa
kawan yang pernah sehostel masa di UM
kawan yang pernah serumah masa khidmat siswa
boleh cakap:"saya lupa..tak kenallah"
pastu bila dia tengok muka saya berubah
terus dia belasah cakap:
"a'ah la..ingat-ingat lupa pulak"
padahal baru beberapa tahun tu..huhu

saya pulak pesen ingat muka kawan
nama sahaja kadang-kadang lupa..hehe
tapi tak adalah sampai jika kita tak ingat tu
terus belasah cakap:"saya lupa..tak kenallah"
bukan tak boleh cakap elok-elok
jagalah sikit air muka orangkan
saya pun ingatkan diri saya jugak
takut terlepas cakap

p/s: bila teringat kawan lama ni..hehe

Ahad, 6 Mac 2011

::ANONYMOUS::

Assalamualaikum
selamat pagi ahad semua

anonymous atau lebih mesra cik anon
semua orang tahu isu ini
pasti terus ke bahagian komen
komen pulak pasti yang pedas-pedas
kepada si blogger yang terkena

bagi saya cik anon ini
ada pro dan kontranya

pro atau kebaikannya
jika komen membina yang diberikan
dalam bahasa yang lembut dan penuh tersirat
tidak mengeji-ngeji atau mengutuk-ngutuk tuan blogger
secara tak langsung
jika pembaca lain membaca komennya
boleh juga mengguna pakai isi komennya

dan yang kontra atau bikin panasnya
komen yang diberikan itu menjatuhkan air muka blogger itu
diselang seli dengan kata-kata nista
secara tak langsung
pembaca pun beranggapan bahawa cik anon begini
seperti komen-komennya juga

jadi tidak salah menjadi cik anon
tetapi kena bijaksana
ada orang tidak diberi keberanian
untuk bersuara secara langsung dengan blogger tertentu
untuk menegur ke arah kebaikan
jadi mereka menggunakan saluran cik anon

dan kadang-kadang saya yakin
bahawa cik anon ini sebenarnya
ada kalangan mereka itu
kawan kita sebenarnya!!!!

jadi uolls
tepuk dada tanyalah minda
ingatlah bahawa mata "blog" lebih tajam
daripada mata pedang!!!
[mengikut situasi alaf millenium]

p/s: hepi-hepi blogging deh!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

::MAC=UJIAN::

Assalamualaikum
selamat petang semua
angin sepoi-sepoi bahasa tau
nyaman dan tenang sekali

jika waktu begini sebenarnya
sangatlah sesuai untuk aktiviti
"SENAMAN JARI"-->bertenet dan menanda sekali harung!!!!
bulan mac bulan ujian
bulan menanda bagi guru-guru
ini bundlenya--> 3 bundle dari 5


bagi semua parents
selamat mengulang kaji bersama-sama anak
sebab mostly exam untuk
anak-anak skol rendah
akan start minggu depan

p/s: selamat mengajar..jangan garang2 tau..hehe

Jumaat, 4 Mac 2011

::MALAM PEMBALASAN::

Assalamualaikum
selamat malam semua

malam ini malam memujuk
memujuk blog dengan
pembalasan komen-komen


jika kita kering idea
hendak reply komen kawan
juga mengambil masa untuk berfikir..huhu
betulkan??

p/s: ni pom sesambil layan CSI premiere..hehe..

::MERAJUK::

Assalamualaikum
selamat pagi jumaat semua
penghulu segala hari~ :)

uolls mudah merajuk tak?
saya mudah jugak merajuk
dan mudah jugak cool down
tapi kes merajuk saya jarang-jarang amat
tiga bulan sekali pun payah

bab-bab merajuk ni
pasti dengan kesayangan kitakan
contoh: kita cakap mende lain
dia balas cakap dengan mende lain
lari tajuk tu..merajuklah sket2..hahaha
gitu pom nak merajuk-->contoh yer..hehe

kes merajuk ini
biarlah kene pada hal dan masanya
jangan time-time kesayangan kita stress ke hape
kita pulak hendak merajuk
hambeekkk ko..merajuklah seminggu sorang-sorang
sebab tak koser kesayangan kita hendak layan..hahaha

p/s: semalam saya rindu~hari ini kekreatifan merajuk sebab masih lagi ketandusan idea~huhu

Khamis, 3 Mac 2011

::KERINDUAN::

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

semalam tak hapdet
bukan tidak mengadap blog
hadap kemain lama
kelip-kelip mata
taip-taip pastu padam
ada yang masuk draft
rasa macam tak menarik..huhu

last-last bengang
saya tidur dari jam 3.3o kot
sampai 5 lebih dengan mek sarah
sedar sebab bunyi bising kat luar rumah
hero saya 3 orang itu balik dari skol agama

lepas santap malam jugak saya buka blog
hanya sempat berjalan sahaja
try hendak hapdet malam pun
kering jugak idea..huhu

semua ini saya percaya bahawa
apabila kita memikirkan banyak perkara
memikirkan banyak hal yang perlu diselesaikan
secara tak langsung idea juga kekeringan
betulkan??..huhu

p/s: hubby siap tanya:"aikk...tadak stori ka?" dia pun rindu nak baca blog saya!!hehe

Selasa, 1 Mac 2011

::BAJU BERMANIK::

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

uolls minat tak baju yang bermanik
bermanik yang penuh melata
nampak vogue de vazz gitu
lebih kurang dalam gambar pinjam ini



saya memang minat jugak
ada la seketul dua baju saya
yang dimanik tetapi menggunakan manik
yang simple ajo..hehe

yang penting baju yang dimanik ini
perlulah kita menjaganya elok-elok
jika macam saya yang jenis
semua humban dalam mesin basuh
itu yang tak banyak baju bermanik..ehhe
bukan apa..kadang2 terlupa nak asingkan

nati jika semua masuk mesin
habislah manik yang lawa-lawa itu
berteraburanlahkan..
alangkan tudung bawal dengan awning
kadang-kadang terlepas jugak masuk..huhu

yang lawanya baju bermanik ini
dibuat atas baju yang tanahnya kosongkan
lawa weh...kosnya pom boleh tahan jugak
hari ini saya tak pakai baju bermanik simple itu
sebaliknya pakai baju yang ada taman bunga..hahhaa

p/s: sapa antara uolls yang tahu buat manik baju...bole tempah nih..hehe