selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Khamis, 30 Jun 2011

*CUAK*

Assalamualaikum
selamat malam semua

sejak tengah hari rasanya
saya tak boleh sign in blog
ada gak blogger yang mengeluh
sekali yang saya pom kena juga
bad request error 400
gapo dio pom saya tak tahu..hehe

malam ini saya buka FB
blogger YUS bagitahu
satu blog yang bagi cara untuk solve problem ini


dan saya telah mencuba cara dia
alhamdulillah berjaya

jadi uolls yang ada problem
macam saya ini jugak
bolehlah try cara dari blog zafiranabilah 

p/s: mintak-mintak tak jadi dah lepas ni error camni..takutttt!!!

*KHAMIS YANG SPONTAN*

Assalamualaikum

"biar kita jadi takut
agar kita lebih berhati-hati
daripada kita terlalu berani
yang akhirnya makan diri"

p/s: ^__^

Rabu, 29 Jun 2011

*SURAT DAN SMS | ZAMAN BERUBAH*

Assalamualaikum
selamat petang semua

zaman saya zaman tulis surat
zaman sekarang zaman SMS
budak-budak zaman sekarang
hendak tulis alamat
kat sampul surat pun-->terKIAL-KIAL
"tak biasa cikgu"..huhuhu

betapa nostalgianya saat menerima surat
terutama surat cinta kan..hahhahaha

ada kawan lak yang "JAHAT"
dia gi sembunyikan surat klasik itu
yang wajib sampai sepucuk seminggu
sedih wooooo...aparaaa punya kawan
tapi dia sengaja bergurau-gurau BEWOKS tu..hahhahaa

zaman saya dahulukala..alamak..macam tradisional sangat doh..hehe
bukan ada henpon canggih macam sekarang
budak-budak bercintun zaman sekarang
sikit-sikit SMS..sikit-sikit SMS..huhu
antara ayat SMS yang femes emes seperti ini:
"WAT PE"
"RINDU AWAK"
"D MKN LOM?"
[contoh SMS ni saya amik dari fb budak-budak rumaja]

begitu berbezakan antara zaman
masing-masing ada kelebihan sendiri
macam saya zaman surat
dan sekarang zaman SMS..hehe

jangan terjebak melampau
terhadap bahasa SMS sudah
pening kepala saya membacanya
setakat sikit-sikit tu bolehlah baca
kalau sudah terlampau..tak faham weh!!!!

p/s: suko guno loghat klate dale FB..hehehe..pis!!!!!

*MAAFKANLAH DIA*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

adakah uolls seorang PEMAAF?
iaitu mudah memaafkan orang
yang telah melukakan hati kita

bagi saya tiada susahnya
untuk memaafkan kesalahan orang lain
andai orang itu sudah mengaku kesalahan
dan sudah insaf atau menyedari dirinya bersalah

tapi adakah ikhlas seseorang itu
meminta maaf dari orang lain?
kita pasti tak kisahkan
sama ada orang yang bersalah itu
ikhlas atau tidak ketika  meminta maaf

yang PENTINGnya
kita yang memaafkan itu
hendaklah ikhlas dari tulus hati kita
dengan harapan kita
agar yang meminta maaf itu juga ikhlas

bagi sesetengah orang
memaafkan amat mudah
tapi melupakan peristiwa itu
amatlah payah..betul tak?
luka sudah sembuh
namun parut tetap ada

"MAAFKAN SAYA KERANA KELAJUAN BERUKBEN SAYA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH"

**kredit to google**

p/s: entry ini tiada kaitan dengan sesiapa-->sekadar pandangan ^__^

Selasa, 28 Jun 2011

*SLOW AND STEADY*

Assalamualaikum

**kredit pic to google**

BB sudah capai bandwidth
pergerakan macam mr. kura-kura
sebijik gambar kat atas nun!!!
hendak loading satu blog
saya siap masak ikan goreng kicap berlada

GERAMMMMMM!!!!!!!!!!
sebabnya TAK BOLEH BACA PENUH ENTRY
dan opkos TAK BOLEH KOMEN..huhu

p/s: ini entry praWORDLESS WEDNESDAY
[tak retilah hendak letak gambar sahaja tanpa ayat]

*ISNIN-HARU-BIRU | KUNCI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semalam merupakan hari-haru-biru
ni ha sebabnya:
mungkin saya hendak cepat
setiap isninkan ada perhimpunan skoloh
uolls pasti ingatkan time skoloh dulu
jadi dengan tergopoh gapah
maka kunci rumah saya lupa ambil

selalu saya guna kuda MyB saya
memang kunci sudah tersedia pada kunci kereta
ini bawa kuda cap lain gak
maka kunci sudah lupa!!!!

bayangkan saya hanya masuk rumah
jam 800pm sejak keluar rumah jam 700am
dekat 12 jam di luar rumah
sepetang jugak 3 hero berMAHARAJALELA
di sekolah sebab saya meting..hehe

pengalaman betul saya ini
hati-hati deh uolls pasal kunci
jangan terkena seperti saya ini..huhu
nampak macam remehkan
jika hubby di luar kawasan..naya!!!

p/s: memang kena spare duplicate kunci kat skoloh ni..hehehehe..moral of da stori!!!!

Isnin, 27 Jun 2011

*SEGMEN JOM KIPAS BLOGGER*

Assalamualaikum
saya menjoinkan diri
dalam segmen terbitan
blogger kesukaan saya..hheehe
segmen anjuran--->dianarashid +senyumsenyum

jika mahu join
bole klik link bawah banner itu
[mahap diana..saya tak reti nk link diret dari banner..huhu]

ini linknya-->KLIK

saya telah memilih blogger azhariahzuber
blogger yang menjadi inspirasi saya
secara tak langsung memotivasikan saya
agar bergiat aktif dalam bidang blog

selama hampir setahun
saya menjadi silent readernya
saya sangat kagum dan tertarik
dengan hasil tulisannya
begitu bersahaja jika bercerita
begitu berinfo jika berkisar breast feeding (BF)
dan beliau memang tegar akan BF
tabik springggg!!!!!!!!
bagi ibu-ibu yang dedikasi tentang BF
bolehlah berkunjung ke blog beliau
galilah dan godekslah entry-entry beliau
tentang BF dan maklumat yang berkaitan

dan link menarik bagi saya ialah di sini
itu baru sedikit gambar stoknya
yang lain-lain uolls boleh godeks sendiri
dan ayat paling mahal yang saya suka:

"tak pernah sangka (bila bujang dulu), life aku selepas kawin adalah begini..
penggila beg2 tangan yg sampai sekarang tak mampu nak beli(lv, prada, gucci, channel)..
sekarang aku menggilai benda2 lain...semuanya kerana dua makhluk kecil dlm hidup aku.."


segmen yang saya join ini
bukan sekadar mengipas sahaja
sebaliknya ingin mengatakan
bahawa saya amat berterima kasih
kepada alfa juliet(nama asal azhariahzuber)
kerana banyak memotivasikan saya
untuk aktif dalam bidang berblog


so uolls selari dengan headernya-->mahap aza..saya print screen..hehe
secebis cerita secawan kopi
begitu santai rasanya membaca setiap
entry beliau..:)

p/s: thanks AZA ^___^

*DARI MAYA KE REALITI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

entry ini merupakan entry imbauan
imbauan tentang pertemuan
dari dunia blog ke perjumpaan realiti
macam tak sangka yer
dari dok berkomen-komen dalam blog
akhirnya dapat berjumpa secara realiti..
uolls layan ajo deh..hehe


**pertemuan pertama saya dengan CIK TOM - sangat TERUJA**

**dengan IEDA - kesempatan mengambil kek**


 **dengan LEENA - sekarang leena slow down dari dunia blog**


 **Dengan YUS dan famili kami semua - minggu lepas rasanya**

**PALING MANTOP - KALI PERTAMA GEDER-GEDER GENG KUANTAN**


**ini yang terbaru - Sabtu lepas di rumah IZAN**

memang seronok berjumpa begitu
pulak tu kami semua sama perangai
geng peramah terover belaka..hehee

p/s: via blog-ukhwah terjalin bertambah kawan


Ahad, 26 Jun 2011

*SAYA DAPAT SERIBU*

Assalamualaikum
selamat hari minggu semua

pagi ini saya dapat seribu
bukan duit tapi FOLLOWER
saya mengambil masa hampir setahun
untuk mencapai jumlah itu
sejak kembali aktif mulai julai 2010

**sebahagian 28 daripada 1000 follower saya**
~TERIMA KASIH~

selama setahun itu lamakan?
ada sesetengah blogger
berjaya mengumpulkan 1K
mungkin dalam masa 6 bulan sahaja
tapi yang pasti memang kena rajin BW
dan SUDAH PASTI rajin jugak
menekan widget folower
pasti ada timbal baliknya

saya hanya rajin BW dan mencari folower
ketika awal-awal aktif sahaja dahulu
rasa saya dalam dua bulan saya mengumpul folower
kemudian dengan kekangan masa
saya hanya menumpukan kepada
penulisan entry sahaja

dalam pada itu saya sangat bersyukur
kerana masih ada yang sudi mem"folow" saya
ada yang saya folow balik
dan yang pasti ada juga terlepas pandang
atau blogger ini tidak menyertakan linknya
maka saya tak boleh folow semula
[pastikan uolls semak pada setting]

banyak isu folower di sini
tapi yang pastinya jangan mudah melatah
jika isu blogger tak folow balik
jangan sedih-sedih sebab bukan semua folower kita
masuk kembali blog kita dan yang penting
BERKOMEN setiap entry kita
macam saya punya folower seribu
tidak bermakna jumlah komen saya seribu..hehe

ironinya jika blogger buka blog kita
pasti mata melihat pada jumlah FOLOWER
dan jumlah KOMEN---> itu memang pasti
jadi jika jumlah folower dan komen yang agak memberangsangkan
maka menjadi bonus kepada setiap blogger
BLOG=KOMEN + FOLOWER

p/s: usaha tangga kejayaan!!!

Sabtu, 25 Jun 2011

*ONG 21 HELAI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pagi ini sila jamu mata
dengan pokok ONG ini

jika uolls ada pokok ini di rumah
sila kira daunnya yer..hehe
jika berjumlah 21 sahaja
maka uolls ada ONG..hahhaa
payah wooo nak dapat 21
asyik jumlah 19 atau 22

uolls jangan ingat ONG itu
dapat duit ka..dapat rumah ka
hishhh..tak baik percaya begitu

yang ONGnya ialah dengan mengira daun itu
jiwa saya akan tenang dan berlapang fikiran
kan daun itu berwarna hijau
maka baik untuk mata..hehe

p/s: saya ONG hari ini sebab jam 3pm nanti dapat makan kek free..indulgence tau..:P

Jumaat, 24 Jun 2011

*ANAK KEMBAR*

Assalamualaikum
selamat petang semua

uolls ada anak kembar?
teringin untuk dapatkan anak kembar?
eh..eh..saya bukan hendak bagi petua..hehe
saya hendak bercerita sahaja

memang bertuahkan dapat anak kembar
saat menguruskan mereka masa kecil
memanglah tidak sama dengan yang seorang anak
jika saya..seorang anak pom..alahai masa pantang itew..hehe

tapi jika sudah besar
nampak begitu comel
kalau pegi mana-mana
pasti nenjadi tumpuan
maklumlah sama wajahnya
subhanallah~

melihat anak kembar ini
saya teringat masa saya budak-budak dahulu
"jangan makan pisang kembar dua"
nanti beranak kembar
ada ka gitu??
kita pun takutlah
maka pisang kembar itu tidak dimakan
dibuang begitu ajo
kenapa eh orang tua cakap begitu?
sampai sekarang saya pelik
apa logiknya?

p/s: maharaja lawak malam ni..tapi saya xde citra..huhu

Khamis, 23 Jun 2011

*T.I.D.U.R*

Assalamualaikum
selamat petang semua

mood saya kembali ke darat dah
mek sarah sudah kembali sihat walafiat
mulutnya pot pet pot pet
jika compare semalam
monyok SUPPO KETEK TUNGA
**hehe..harap-harap uolls faham deh..hehe

sedapnya petang-petang begini tidurkan
saya kategori suka tidur sebenarnya..hehe
teringat zaman preggy anak sulong
seorang senior bagitahu:

senior: tidur banyak-banyak sebelum bersalin
saya: kenapa kak?
senior: nati kalu ko dah bersalin pastu anak dua tiga , jangan harap boleh tidur
saya:..oooowwooooo!!!

sekarang baru saya faham
itulah maksudnya
jika terlelap sekarang
barang 5 minit rasanya
sangat terasa nikmatnya

macamana mahu tidur sekarang
siapa hendak pantau anak-anak?
siapa mahu buat itu dan ini
jika si ibu asyik tidur..wahahahhaa

tapi saya percaya
jika kita sudah punya anak
tabiat tidur kita yang "hardcore" itu
boleh hilang begitu sahaja
macam ajaibkan!!!!!
itulah TANGGUNGJAWAB
dengan sendiri akan hadir
taktala kita ada AMANAH

p/s: jangan ada yang ngantuk kat opis tuuuuuu..bos dok belakang nuuuu...hehhehe

*C.R.K*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hari ini bersiaran dari rumah
saya mengambil Cuti Rehat Khas (CRK)
kerana menjaga mek sarah
yang muntah-muntah dan demam
itu pasal semalam mood ke laooott
risaukan anak..huhu

saya pom tak tahu
kenapa mek sarah tiba-tiba muntah
dia aktif macam biasa hari selasa
alih-alih pengurus nursery telefon semalam
bagitau sarah muntah setiap kali selepas minum susu dan makan

dari jam 8.00am - 3.00pm
muntah sebanyak 4 kali
badan terus nampak susut
alahai..makin kecik la anak aku tu..huhu

saya harap hari ini
kesihatan dia semakin baik
makan sarapan tadi dia tidak muntah
walaupun minum air dengan banyak
mungkin sebab dehidrat semalam..huhu

p/s: tak suka tengok mek sarah monyok....huhu

Rabu, 22 Jun 2011

*A.I.R*

Assalamualaikum
selamat petang semua
sekarang hanya nampak---->A.I.R

bukan saya hendak minum air deh!!!
maklumlah puasakan..hehee
tadinya terbaca status FB my SIL
akan ada gangguan air di kawasan lembah kelang

kita sebagai orang yang biasa guna air banyak
jika terdapat gangguan bekalan air
memang rasa amat susah
rasanya semua benda tak boleh dibuat
dengan sempurna dan jayanya dan cucinya

saya ada pengalaman pi melbourne jun tahun lepas
menetap di rumah my SIL jugak
dan yang buat saya teringat pasal air ialah
hanya dalam sinki dan bilik mandi sahaja ada air
dalam tempat qada hajat itu---->TIADA
bayangkan uolls camne mahu cebok!!!!!!hahahhaa
kenalah berfikir OUT OF DE BOX..hehee

begitu juga tandas-tandas awam australia
mana ada air beb!!!!hanya di sinki ada airnya
tapi tandasnya bersih
bebas segala "ketul-ketul"
walaupun tak ada air
jadi jika hendak guna
isi air dalam botol mineral
airnya yang sejuk dingin itu
dan bawa masuklah dalam tandas...huhu..dinginnnnnn!!!!!

macam saya memang suka guna air banyak
rasa macam tak puas kalau sikit-sikit..hehee
tapi tak adalah sampai membazir
jika dahulu boleh mandi sungai
sekarang..kena pilih sungai2nya..hehe

p/s: sabar yer bagi yang ada gangguan bekalan air itu..piss!!

*LUPA*

Assalamualaikum
saya bersiaran dari dalam jet
jet cap MyB..huhu

entah kenapa hari ini
kerja sangat banyak
atau saya yang pelupa
saya menunggu anak saya
di sekolah mereka sejak jam 1.15 tadi
sehingga jam 1.45 baru saya sedar bahawa
mereka sepatutnya balik jam 2.15 hari ini
patut deme tak datang-datang..huk huk

alahai!!!!!!!geramnya
lantas ambil lappy
karang entry *LUPA*

mood ke laoott
puasa lagi hari ini

p/s: dengar lagu keroncong dale peghuk!!!

Selasa, 21 Jun 2011

*HANTU MAKAN BUDAK!!!*

Assalamualaikum

jauh kedengaran suara salakan hanjeng
sayup-sayup membelah kepekatan malam
selimut ditarik.. mata melilau
peluh dingin memenuhi dahi
tiba-tiba:
heheheheheehhehee.....

macamane????
ada takut ka??
asal cerita hantu aje
kita memang takut

kita digambarkan macam-macam rupa hantu
kalau tengok cerita pocong
haa..camtulah lompatannya
kalau pontianak..mesti gigit leher
kalau langsuir kalah kapal terbang

ceciter KENAPA kita takut
dengan segala macam cerita hantu
segala macam pengalaman orang lain
sebab saya juga terpengaruh ini
takut gak dengan hantu
nanti hantu gigit...huhu
ini sebab dari kecil
saya diriwayatkan begini..huhu

sebab tu saya panggil mende ini-->BOKBONG
padahal bokbong ini sejenis binatang rasanya
dulu ada seorang blogger yang bgtau
tapi saya lupak..hehehe

p/s: malam ini jangan mimpi BOKBONG deh!!!

*PAKAIAN LAMA*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

saya menghadapi dilemma nih..
amboi..sakan dilemma tu
padahal berkaitan dengan pakaian lama ajo..hehe

uolls buat macamana dengan pakaian lama?
hendak buang sayang
hendak simpan penuh lemari
bukan dipakai pun :(

orang tua-tua bagitau
pakaian lama jangan dibakar
saya pun tak pasti rasionalnya
jadi saya pun ikutlah jugak

dalam pada itu di kuantan ini
nasib baik ada pusat pengumpulan pakaian lama
kita hanya kumpul-kumpul
dan letakkan aje dalam bekas yang disediakan

cuma yang menjadi masalah lain pulak sekarang
perihak hendak memilih la pulok
ini KES SEMUA SAYAM la ni
pilih-pilih kemudian simpan
guaner hendak buat ni..huhu
hal ini terjadi kerana semua pakaian itu masih elok
pastu mulalah dok teringat zaman pakai baju-baju itu
terutama baju anak-anak kita
dan baju kurung lama saya
masih boleh dipakai
cuma corak lama daaaa....hehhe

yang pastikan..ehhe
baju preggy tetap simpan
manalah tahukan..lalalalalalalala :P

p/s: tak suka tengok kotak-kotak bawah katil..geng baju lama la tu..huhu

Isnin, 20 Jun 2011

*SPEK HITAM*

Assalamualaikum
selamat petang semua

panas sekarang ini memang membahang
jikalau pandu kereta itu rasa kesilauannya
itu pasallah kena pakai cermin mata hitam
kureng sikit silau dan dapat memandu dengan baik
ala..ada orang tak pakai spek hitam pun ok gak..ehhe
bergantunglah kan..

saya beli spek hitam
sebab bulan oktober tahun lalu
saya kena sakit mata
disebabkan saya terpaksa hadir mesyuarat penting
yang TAK boleh diuzurkan diri
maka saya terpaksalah beli spek hitam uolls
bayangkan dalam bilik mesyuarat itew
diriku yang cun melecun ini
berspek hitam..hahhaha...

lagi pula saya kan sudah bermata empat
hendak beli spek hitam lecehlah sketkan
kena la letak power jugak
ikut power spek biasa kita itu
kalau pakai yang tak ada power
mahu tertonggeng jerlus lubang wey..hehehe
hendak bergaya sangatkan..:P

lagi satukan..hehe
pakai spek hitam
nampak GOJES..bluwekkkkk!!!!

p/s: diriku hendak menjelajah rumah uolls sekarang..sedia jus epal deh!!!panas nih..:P

*ANOK JATE AMBO*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

anak-anak kita ini
semasa mereka masih kecil
umur bawah darjah 2 ka
hak masa itulah yang agak kita resah
mereka aktif yang amat
rasa macam tak terkawal dek kita

tapi apabila mereka sudah hampir besar
macam anak sulong saya yang darjah 5 sekarang
adalah bende-benda yang boleh diharap
contohnya saya bagi tugas untuk dia
sidai dan angkat kain sahaja
bab melipat boleh buat
tapi banyak yang saya kena baiki
baik saya yang buat..huhu

jika anak perempuan
saya rasa lagi banyak perkara
yang boleh kita suruh kan
perempuan lain sikit
minat itu mungkin lebih
banding dengan anok jate ambo ini
itu pun sudah mujur
boleh sidai kain dengan "cantik" sekali
compare dengan style ayah dia..wahahahhaa

itulah kan kita sebagai ibu
tak kira anok jate atau anok tino
mesti ajar semua hal urus rumah begitu
tak adalah nanti bila sudah kawin
satu bende pun tak pandai hendak buat
kekok semacam ajo..hahahhaa
kasihan kat bini dia itu
kalau yang perempuan lagilah dasatttt!!!
jika tak pandai hendak urus rumah

p/s: guaner dengan anak-anak uolls yer?

Ahad, 19 Jun 2011

*SILENT READER -->WALL FESBUK*

Assalamualaikum
selamat petang semua
asal weken ajo
sunyi sepi blog dan fesbuk

cerita pasal silent reader lagi
tapi kali ini pada fesbuk pulak
uollskan..kalu dok bukok fesbuk itu
asyik reply komen status ajo ko?
atau dok USHA a.k.a silent reader wall kawan-kawan..ehhe

saya rajin jugak begitu
sebab bukan hari-hari dok hapdet status fesbuk
tapi asyik dok scroll baca status dan komen rakan-rakan
hendak komen terasa malas--> macam tak ada point
paling tinggi klik button LIKE..ehhe

paling untung kalu kawan kite dari utara ka
dari timur atau perak atau nogori
sedak weh dok baca dan memahami dialek yang ditulis
ada yang saya faham dan ada yang tak
ditambah dengan ejaan yang ringkas

satu hal lagi yang dapat fekdahnya
dalam dok usha wall kawan-kawan kita itu
ada gak dapat ilmu hasil komen-komen itu

selamat hari bapa kepada yang bergelar bapa
selamat berhujung minggu ^__^

p/s: buat n3 baru sb n3 gardenlife itu dikira n3 lama..hehe

*GAME DI FESBUK*

Assalamualaikum
selamat petang semua
baru berhapdet ni..hehe

saya ketiduranlah selepas sarapan tadi
bangun-bangun terus masak untuk lunch.

uolls ingat tak dengan game di fesbuk?
saya dulu pernah mabuk main GARDENLIFE
ini contoh kebun MAYA saya itu:


ada ramai kawan saya dulu
mabuk main farmville
saya tak gemar main game tu
tapi kalau GARDENLIFE
memang mabuk ssesangat

tapikan sekarang saya pun pelik
GARDENLIFE ini sudah tak ada aplikasinya
saya hendak lah tengokkan kebun MAYA saya itu
apa cerita sesudah hampir berbulan-bulan tak tengok..huhu
sekali suudah tak adalah...

uolls ada main tak game begini
masa dolo-dolo dalam fesbuk???

p/s: hari ini bongkar entry lama-->diubah suai..ehhee

Sabtu, 18 Jun 2011

*GAMBAR DALAM ENTRY*

Assalamualaikum
selamat tengah hari deh

sebelum main masak-masak
kita publish stori la dulu
rajin pulak hari ini berblog
walaupun hari minggu

masa saya mula-mula aktif blog dahulu
setiap entry wajib tepek gambar
walau enrty itu secara umum
saya ambil gambar dari google

jika ada kaitan dengan keluarga saya
saya pun tepeklah gambar berkaitan
tapi sekarang jarang-jarang tepek gambar
sebab saya takut terlalu banyak tepek gambar
nanti kena hadkan..hish..tak tahu la jugak
sebab ada blogger yang ada problem
untuk oplod gambar dalam entry

kenapa kita mesti letak gambar
dalam setiap entry kita??
bagi saya gambar itu penyeri entry
jika kita banyak menulis
wajib diselang-seli dengan gambar
agar pembaca tak mudah bosan
bayangkan ayatttttt aje..huhu

satu lagi gambar sebagai satu medium
untuk menambahkan atau menjelaskan entry kita
sebab kadang-kadang orang tengok gambar
sudah faham maksud entry kita

tapi harus baca jugak isi entry
sebab kadang-kadang ada gak blogger
yang letak gambar sebagai penyeri entry
tapi tak ada kaitan dengan isi entry
yang tambah kantoi-->kita komen..sekali lari cerita daaaaa...hehee
pssttt..ini biasa terjadi kok sama saya...huhu..malu wesss!!!

**penyeri entry-tiada kaitan dgn isi entry**

p/s: main masak-masak jom!!!hari ini masak ayam terGOLEK..hahahhaa

*UBAH MASA PUBLISH*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sangat untung rasanya
jika kita buka new post
taip beberapa ayat dalam masa 5 minit
kemudian terus publish stori kita
mudahkan dan sudah pasti entry kita
akan terus berada di atas
dalam senarai blog list kawan kita
bagaimana jika kita ambil masa
yang sangat lama untuk mengarang?

taip-taip-->padam
ditambah pula oplod gambar yang banyak
tentu ambil masa yang lama
kemudian kita publish entry kita
dan kita BW ke blog kawan
kita tengoklah masa kita publish entry
"aaikk kenapa 45 minit yang lalu?"
padahal kita baru publish 2 minit yang lalu

ini pernah terjadi pada saya..huhu
puas fikir maklumlah kureng tahu pasal blog
dan saya jumpa cara penyelesaiannya
agak mudah sangat pun
mungkin kita tak perasan

ini pada bawah new post kita
klik post option [1] dan klik scheduled at
dan pilih masa yang kita hendak [2] - hak saya guna style masa 24 jam
ini juga cara untuk buat entry sticky post
kalu entry sticky post--> tukar pada tarikh sampai bila hendak buat sticky post


jadi habis sahaja uolls mengarang entry
siap oplod gambar bagai tu..
sebelum publish entry itu
ubah masa dulu deh
supaya entry uolls segar dari ladang..hhehehe

p/s: sharing is caring..jika ramai sudah tahu..xpe la..ecececee

Jumaat, 17 Jun 2011

*SILENT READER*

Assalamualaikum
selamat pagi jumaat semua

kita biasa menjadi silent reader
tak kira semasa BW atau mencari info
saya menjadi silent reader
ketika membaca blog-blog
yang menceritakan isu-isu panas..hehe
hendak amik tau jugak hal gitu..:P

baca blog yang ada isu panas ini
biasa akan ada rentetan cerita
siap diberi link-link tertentu
jadi kita apalagi kan
mulalah main klik-klik
dari tahu sebutir zarah dan tahu macam-macam
hendak komen memang tak lah kan
sesuailah dengan istilah silent reader

tapi uolls jangan tak tahu
sebab kedatangan kita
pasti dapat disemak di statistik blogspot
atau yang ada akaun nuffnang
boleh tengok di situ..lalalalalala

blog kesayangan saya yang sempoi ini
bolehlah saya check hari-hari
siapa yang silent reader
sebabnya traffiknya CIPUT..hehe
jika blog yang pemes emes
banyak kot dia punya listttt!!!..hehe

tapi untuk senarai blog list saya
saya tak akan jadi silent reader
begitu juga blogger lain
yang singgah dan mengomen
insyaAllah saya akan membalas jejak
dengan membaca dan mengomen
bukan sebagai silent reader
supaya kita meriahkan lagi
dunia blogging kita!!!

p/s: hendak buat scroll blog list--->tapi penakut amat!!!huhu

Khamis, 16 Jun 2011

*MAIN NOMBOR*

Assalamualaikum
alahai uolls kan
saya baru bersiaran

rindu sakan jari mulus gebus
hendak mencucuk berukben
dan seterusnya bertenet

tapi apakan daya
hari ini hari nombor sedonia!!!!!
sudah jadi macam akauntan pulak
cikgu kan serba boleh
serba bertugas..hahhahaa

ni nak cerita tentang nombor plet
uolls masa beli kereta baru
uolls boking nombor tak?
sesetengah orang tu
jika ada 3 buah kereta
semua nombor plet sama
nampak persamaankan

dolo-dolo saya ada gak teringin gtu
hendak boking nombor idaman
sekali payah gak hendak dapat
sudah ada yang boking
walaupun banyak pilihan
semua sudah ada orang..huhu
tak apalah..janji dapat naik kereta baru..hehe

ce share..ce share
jika uolls hendak boking nombor plet
nombor berapa yang uolls hendak
atau mungkin uolls sudah dapat..
apakah nombor itu??
jika saya hendak nombor
tahun lahir saya dan hubby-->7373..hehe
la..sudah boleh tahu umur saya sekarang..wahahahahaa

p/s: jangan lupa NORA ELENA petang ini..episod akhir tuuuu..^__^

Rabu, 15 Jun 2011

*HADIAH KAHWIN*

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

cerita pasal kahwin lagi deh
janganlah buhsan pulak
kita kongsi-kongsilah kan
mana tahu boleh dapat idea
untuk beri kepada kawan yang kahwin

uolls selalu bagi apa?
sayakan asyik bagi hadiah
mende yang sama sahaja
tak set pinggan mangkuk
set sarung cadar bantal
macam dah tak ada mende lain

lagi pula masa hendak pergi itulah
masa itu jugak bizi dok mencari hadiah
kelam kabutlah jugak
nasib baik membalut hadiah
kerja orang yang kat pasar raya

bagi sayalah kan
orang-orang yang baru kahwin ini
memerlukan peralatan untuk rumah mereka
itu pasal hadiah kita banyak berkisar
pada barangan begitu..hehe

ke ada yang sudah bagi
set botol susu atau baju bayi ka?

p/s: agak mengantuk skrg..huhu

Selasa, 14 Jun 2011

*PASAR MALAM*

Assalamualaikum
selamat petang semua
saya masih di skol..hehe
sambil-sambil menunggu
untuk ke pasar malam

uolls suka pergi pasar malam ka?
saya begitu sukaaaaa
sebab pasar malam sekarang
macam-macam ada
dari baju-baju hingga ke lauk pauk
banyak pilihan yang kadang-kadang
lebih berbaloi-baloi

saya bercerita sakan pasal pasar malam ini
sebab saya puasa hari ini..hehehe
macam-macam saya terbayang hendak beli
dah jadi mcm budak kecik pulak..adoiiii

yang pastinya
nama aje pasar malam
saya tak pernah waktu malam
biasa saya pegi waktu petang..hehe

p/s: asal pulak panggil pasar malam???..hurrrmmmm!!!

*TAMBAH CAWANGAN?*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

masa cuti sekolah dua minggu lepas
banyak betul undangan perkahwinan
macam tak menang tempat hendak pergi
macam baya-baya umur saya sekarang
sudah tak ada dah kawan yang hendak kahwinnya
melainkan menambah cawangan baru..huk huk..takmo eh

alangkan saya hanya bermimpi pun
sakan menangis sampai tak hengat donia
inikan pulak betul-betul bermadu..adoiiiii!!!

lelaki-lelaki di luar sana memang suka
sebab bagi lelaki yang ada keinginan
untuk menambah cawangan
adalah perkara NORMAL
jika mereka menafikan keinginan itu
mesti ada yang pelik tu
entah-entah cawangan sudah terbentuk..hahahaha

bagi saya dan ramai wanita lain
rasanya memang tak sanggup
hendak berkongsi kasih sayang
berkongsi harta benda dapat dilihat dan diukur
tapi kasih sayang tak dapat hendak ditimbang disukat
tak sanggup melihat si suami bersanding lagi
pulak tu lebih meriah berbanding zaman kita..huhuhu

bagi yang mengalami situasi ini
mereka mesti ada pengalaman sendiri
kita yang melihat tak sama dengan mereka yang merasa
sama ada mereka semakin bahagia
atau semakin makan hati berulam jantung pisang

ce share..ce share...peace!!!

p/s: mood dingin beku..aircond tahap dewa!!!!

Isnin, 13 Jun 2011

*ALAHAI SETH TAN*

Assalamualaikum
sudah makan malam ka?
ke ada yang hendak slimkan badan?
saya makan ajo..hehe

saya sudah terkena
terkena cerita si NORA ELENA
hari ini memang saya tunggu episodnya
sebab hendak tahu pasal rantai itu
***berebut remote ngan angah sebab dia fanatik cikta melody..hehe

alahai SETH TAN
lain sangat muka SETH TAN
masa dia bercerita kisah tragis nora itu
saya rasa saya tak penah tengok
ekspressi wajah lakonannya begitu..huhu
selalu tengok lakonan macam gaya macho
dan jadi gengster ajo..hahhaa
dalam filem la..dalam drama...
tapi di luar..ni ha dengan isterinya..hehe

**kredit pic to google**

p/s: pasangan ni sama cantik sama padan..ehhe ^__^

*BLOG TEMPAT BERGADUH?*

Assalamulaikum
selamat petang semua
kebizian hari pertama skol
sekarang baru nak hapdet..huhu

semalam saya tak ke mana-mana
sekadar menjana mood
untuk kembali ke skol pada hari ini
dalam dok menjana mood itu
saya ralit berjalan maya
dari blog ke blog sebagai silent reader

dari pemerhatian saya..cewah..ayat tak menahan
saya rasa fungsi blog atau media siber ini
yang digunakan untuk melampirkan..bukan hantu mak lampir
sebarang bentuk maklumat atau hal ehwal semasa
perkongsian ilmu yang boleh diguna pakai
pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan
sekarang seolah-olah sudah menjadi fungsi lain
iaitu medan menyampaikan ketidakpuasan hati
bak kata oghe klate-->"mu kato ko aku..aku kato ko mu"
jadi perkara ini semacam menjadi trend
dan nampak macam berlarutan seperti surat berantai

memang betul kata pujangga
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
pena di sini kita gantikan dengan entry kita
sama-samalah kita beringat-ingat
sebab tujuan kita berblog
hanyalah untuk hepi-hepi blogging

p/s:saya hendak kawan-kawan..takmo lawan-lawan..peace!!!!!

Ahad, 12 Jun 2011

*KEMBALI KE SEKOLAH*

Assalamualaikum
entry sebelum tidur..hehe

esok sudah mula rutin lama
profesion saya bertukar semula
dari suri rumah sepenuh masa-->guru
banyak kenangan sepanjang dua minggu bercuti
sangat seronok walaupun penat  melayan kerenah anak-anak
sangat seronok melayan INTERNET..wahahahaa

maka malam ini
saya memang bersemangat
untuk berjumpa dengan rakan-rakan
dan khasnya dengan anak murid
yang pastinya sibuk bertanya markah peperiksaan..huhu
sakan cikgunya ini pulun menanda dalam cuti

lagi pula sepanjang dua minggu ini
otak dan minda langsung
tak berfikir tentang sekolah
esoknya kesibukan akan menjelma
nantilah sahaja...hehe

apa-apa pun dengan hanya pengurusan masa yang tip top
kerja + tugasan dan diselangselikan dengan berblog dan berinternet
sedikit sebanyak tekanan yang saya rasa
dapat dikurangkan dan saya sangat percaya itu..peace!!!

p/s: kenapa monday selalu blues??saya tak pernahlah..hahhahaha

*PIALA FA 2011*

Assalamualaikum
selamat pagi ahad
pagi yang sungguh dingin
walau semalam agak hangat
terutama di stadium bukit jalil

buat pertama kali jugak
saya menonton siaran langsung
perlawanan akhir antara kelantan dengan terengganu
untuk piala FA--> semangat sangat

tapi keputusan menyebelahi terengganu
tahniah kepada pasukan terengganu

kepada the red warriors
teruskan perjuangan uolls
sebagai anak jati klate
saya tetap sokong
yang pasti melihat lautan merah di stadium bukit jalil
semangat anak klate tetap mantopppppp!!!!!!!
meme tak leh lawe hok sengoti semangat merah itu
kemah keming tok kira maso dea tempat
[uolls faham dok tu..hahhaa]

kita tunggu liga super!!

p/s: sejak semalam--> saya minat tengok bola..wahahhaaa

Sabtu, 11 Jun 2011

*PUTUS URAT PERUT*

Asslamualaikum
selamat pagi semua
sudah sarapan eh?

jangan terkujat dengan tajuk itu
bukan ada gambar yang memualkan
atau membolehkan uolls takut-takut
sebab line sudah makin kureng
maka tak leh nak oplod picture
ini pasal air-air kegemaran anak-anak kita
macam vitajen, yakot dan etc tuuu..hehee

kalau beli mende air minuman gini
arramakkk aiihh!!!!!
selang 5 minit bukak peti ais
selang 5 minit minum
selang 15 minit sudah habis
walaupun beli dalam 3 paket
bayangkan anak saya 4 kan

itu pasal saya cakap
anak-anak saya boleh minum
macam tak pernah jumpa
padahal setiap minggu beli
kalau ada aje
asikkkkk minummmmm
sudah habis semua pakat tersengeh-sengeh

memang budak-budak suka
minum mende ni
selain banyak khasiat
baik untuk perut jugakkan
orang tua juga elok minum
tapi itu la saya tak sempat
hendak minum sebab
4 askariah itu sudah main cop-cop!!

p/s: lepas minum bukok peti lagiiiiii!!!!abis gas peti ais mak nak..huhu

Jumaat, 10 Jun 2011

*AKSI BERANI*

Assalamualaikum
selamat pagi semua
selamat pagi jumaat yang mulia

pagi-pagi jumaat yang dingin ini
bukak stori dengan aksi berani sikit
aksi yang tak pernah dilakukan
atau dibuat oleh 3 hero saya
sebelum-sebelum ini

inilah aksinya:

selalunya jika balik kampung
3 hero hanya beraksi bawah pokok
tapi kali ini saya sendiri pun terkezut
menjerit la jugak sebab takut jatuhkan
3 hero tak biasa buat begitu
2 sepupu dia tu tak apalah
sebab sudah biasa..

tapi nampak macam okey ajo
lagi pula pokok itu sangat rendang
takut silap haribulan ajo..huhu

itulahkan anak-anak saya
tak pernah terdedah dengan hal begini
jika anak-anak yang dok di kampung
memang terer bab begini
kat rumah saya di kuantan mana ada pokok besar
paling tinggi ada la pokoks bunga ajo..huhu

p/s: ini auto publish sebab umah MIL FIL..line zero!!..huhu

Khamis, 9 Jun 2011

*LAKSAM DAN TEPUNG BUNGKUS*

Assalamualaikum
selamat pagi semua

dengan line seperti siput sedut
saya cuba juga untuk hapdet
maklumlah ciri ketegaran yang #1 kan..hehe

kami baru lepas menikmati laksam
uolls tahukan laksam ini iaitu
laksa kelantan atau laksa kuah lemak
laksam ini lain bentuknya dari laksa
sebab bulatannya lebih besar
masa hendak makan kenalah gunting
bentuk asal macam ini:

puas hati makan hasil buatan sendirikan
bukan saya yang bikin
tapi mak sayalah..ehhehe


dan ini ialah tepung bungkus
saya tak tahu negeri lain panggil apa
dalamnya ada tepung dan berintikan
gentelan kelapa manis
payah hendak jumpa kuih ini
ini sebab mak saya ini
bikin kuih untuk dijual

bila balik kampung
dapatlah merasa makan kuih-muih gini
kalau dok bandar
memanglah ada yang mudah mendapatkannya
tapi rasanya mungkin berbeza
dengan hasil buatan mak sendiri..ehehe

p/s: hendak bersiap-siap balik rumah MIL FIL pulak

Rabu, 8 Jun 2011

*WORDLESS WEDNESDAY | BALIK KLATE*

Assalamualaikum
kami sekarang on de way
balik kelantan!!!!!!!!!!!!!!
barangan penuh bonet yg kecik tuuu..


kita jumpa hari ahad nanti kat kuantan..hehe

p/s: harap-harap jalan jangan jem tanpa roti..adusss!!!

Selasa, 7 Jun 2011

*PACKING TIME*

Assalamualaikum
selamat malam semua
udah makan ke belum?
saya makan sudaaaa..ehhe

esok hendak balik klate
packing time masih belum buat
kalau uolls kan
packing siap-siap malamnya
atau pagi-pagi esok baru buat?
jika berangkat pagi la..

saya pesen esok juga diriku me"macking"
apa ayat cikgu BM nih..hahha
malu kat anak murid nati

yang penting siapkan checklist
jika tidak pasti ada yang ketinggalan
paling kerap yang menjadi mangsa
set penggunaan ketika mandi..huhu
pastu asyik beli ajo yang baru..

ini ciri-ciri ketegaran nombor 6..hehe
kerana tak ada entry autopublish
lagipun ciri tegar no 1 selalu ajo terasa..huhu
kene cuba bukak jugak
walaupun sudah tahu line macam siput sedut

esok saya hendak cuba buat entry
guna ayat "WORDLESS WEDNESDAY"
hehe..saya pom kurang faham sebenarnya
ayat-ayat blogger nih..wahahahahaa

p/s: selamat malam semua..

*TEGARKAH SAYA?*

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi ini saya bikin nasi lemak
maka sekarang ini kekenyangan
dan kita mulakan senaman jari ajo..hehe

adakah saya tegar terhadap blog saya dan aktiviti memblog?
saya rasa-->YA..hehe
sebab saya ada ciri-ciri ini:

1. sehari tidak memblog sendiri/berjalan-jalan ke blog kawan-kawan
    saya akan jadi tak keruan/resah/poyo...hahhahaa

2. jika sudah publish entry akan terfikir-fikir:
    sudah ada yang komen ka?
    menarikkah atau tidak entry aku hari ini?

3. ke mana sahaja pergi/apa sahaja xtvt-->wajib ambil gambar
    nati boleh fikir stori apa yang sesuai

4. sambil-sambil buat keje rumah atau opis
    dalam kepala itu juga diselit untuk mengarang entry

5. apabila idea mencurah-curah
    siap ada buku catatan tau..buku 555..hahhaha

6. jika bercuti/ berkursus/balik kampung line slow
    mesti maklumkan kepada readers takut ada yang merindui..kweng3

7. masa free/ habis keje/ dok saja2
    wajib bukok blog/jalan-jalan maya

8. tak sabar hendak baca komen kawan-kawan
    hendak me"REPLY" tu yang amik masa sket deh..hehe

9. jika tak ada idea hendak mengarang
    sangat kuciwak sebab tak dapat menyajikan bahan untuk readers

saya rasa itu sahaja ciri-ciri yang saya ada
uolls camne eh?
adakah kita serupaaaaaaaaaaaaaaaaaa..^__^

p/s: rasanya ciri no 6 akan muncul esok...waaaaaaaaaaaaaaa

Isnin, 6 Jun 2011

*MULUT LASER | MUDAH SENTAP*

Assalamualaikum
selamat petang semua

uolls biasa jadi si mulut laser tak?
uolls biasa mudah sentap tak?
saya rasa semua orang pernahkan
semua pertanyaan saya itu
patut berjawab--> mengikut keadaan

mulut laser di sini bukanlah kita yang memulakannya
dan mudah sentap ini bukanlah kita tak suka dikritik

kita boleh jadi si mulut laser
andai maruah kita dipijak-pijak
dicaci maki atau dihina
padahal kita ialah pihak yang benar

kita boleh jadi mudah sentap
andai itu juga menyangkut
hal maruah kita atau keluarga kita

perlu atau tidak kita
bersikap si mulut laser
atau mudah sentap?

tepuk dada bukalah minda
meh kita kongsi-kongsi pendapat deh!!!

p/s: entry ini tiada kaitan dengan sesiapa..peace peace peace and inner peace

*CINTA ITU BUTA*

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua
pagi ini saya ketiduran
dek senaman jari mulus
menanda ketas exam-->ada 9 skrip sahaja lagi..adooiiii!!!

kita stori pasal C.I.N.T.A lah..hehe
cinta itu buta katanya?
cinta ka atau orangnya yang buta?
kalau sudah cinta
mungkinkah seperti pantun ini:

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kekasih aku turutkan

maksud pantun ini begitu tersirat
jangan faham yang tersurat sahaja
cuba galilah maksud tersirat itu seperti:

apakah kepentingan emak dan saudara
berbanding dengan kekasih
yang mungkin kita mula kenal
ye..mungkin seawal usia dalam alam persekolahan
berbanding emak dan saudara
sejak kita kenal dunia dan lihat donia!!!

satu tips lagi dalam bercinta
bercintalah dengan insan yang ingin dan tulus serta sebenar-benarnya
mencintai kita dan bukan kita yang TERHEGEH -HEGEH
menagih cinta darinya'kerana mungkin lahir SIMPATI sahaja

p/s: ingat lagu XPDC-->C.I.N.T.A --> best sangat melodi dan liriknya..:)

Ahad, 5 Jun 2011

*KUNG FU PANDA 2*

Assalamualaikum
selamat petang semua

awesomeeee!!!!!!!!
itu ajo yang mampu saya ungkapkan
untuk movie kung fu panda 2
memang best dan lagilah
menonton 3D..superbbbb!!!!
canggih sekarang dehhh
maklumlah da 12 tak tengok woyam
sebijik-bijik rasa bola-bola api tu..hehe

permulaan masuk 4 anak teruja
sebenarnya termasuk mak dio..wahahhaa
pulak tu diberi spek mata 3D
arrramak aihh..saya berdouble spek tgk woyam
lihat ajo aksi my kids ini..hehe


mostly famili yang bawa anak-anak
menonton cerita ini
cerita yang sungguh menarik
menyentuh jiwa dan banyak pengajaran
terutama tang mak si PO iaitu si panda comey
meninggalkan si PO yang masih bayi
daripada dibunuh oleh shen..
memang menyentuh naluri seorang ibu..sob..sob

uolls yang belum menonton
jika hendak menonton movie ni
pi la tengok dengan anak-anak
berbaloi-baloi walaupun rega
untuk menonton bagi 5 kepala
kecuali mek sarah bolelah tahan..hehe
bezanya rega jaman 12 tahun lalu..huhu

p/s: keharmonian dalaman sangat penting untuk jiwa yang kuat..peace!!!

*FULL HOUSE | SOLD OUT*

Assalamualaikum
selamat pagi semua
[n3 re-post..hehe]

pagi ini mengikut entry semalam
hendak membuat ulasan
program tengok wayang kami
postmortemlah kan..
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

kami kekuciwaan oleh sebab
tiket habis beb!!!!!
kemain beli pop corn dan air
buat bekal kot-kot mek sarah kebosanan
hendak tengok yang jam 6 petang
macam tak molek sangat sebab hampir maghrib habisnya
sementalah tengok untuk jam 8..kureng sesuaikan
untuk anak-anak..hehe

untuk elakkan kekuciwaan berulang lagi
dek keterujaan 3 hero malaya
my hubby terus booking untuk hari ini
maka siarannya jam 12 noon kami boking

so uolls semua
untuk post mortem
setelah 12 tahun tak masuk panggung
tunggu stori mori malam nati

p/s: semalam memang ramai betul tengok..mostly famili..

Sabtu, 4 Jun 2011

*TENGOK WAYANG*

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

hari ini saya dan hubby plan
hendak bawa 4 orang aktif itu
ke panggung wayang..cecece
untuk melihat cerita kung fu panda

inilah pertama kali
kami semua tengok wayang
setelah along lahir pada tahun 2000..huhu
bayangkan sudah cecah 12 tahun tak tengok woyang
guaner gamoknya dalam panggung yer..hehe

sekarang ini 3 hero seperti teruja
seperti tak sabar-sabar nak tengok
guaner gamoknya woyang gambar
mek sarah wat donow ajo..hehe

kami akan lihat tayangan itu
pada pukul 2.00 nanti
dan post mortemnya
akan saya laporkan malam ini...hahhahaa
beserta gambar-gambar candid!!

p/s: doakan mek sarah tak meraung ajo dalam panggung nanti dek kebosanan!!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

*DRAMA TV POPULAR*

Assalamualaikum
selamat petang semua
tak sabar semua yang bekerja
hendak balik ke rumah
yang suri rumah macam saya pun sama
semua gara-gara--> nora elena..hehe

saya kadang-kadang pelik betullah
time semua orang menonton drama tv popular
macam cerita NUR KASIH
saya boleh tak tengok
saya pun naik hairan
kenapa saya tak tengok..huhu
apokobonda cerita TV saya tengok
saya pun lupak time NUR KASIH itu

lepas itu pi skol pun kawan dok bercerita-cerita
saya dalam hati tanam azam..wohooo
"aku nak tengok cerita itu"
tapi bila tiba masa--> saya lupak lagi..
sampailah drama itu habis

begitu juga sekarang drama NORA ELENA
banyak sudah saya baca blogger dok mereview cerita ini
sedap kalih ceritanya sebab dalam fesbuk dok
asyik baca status frenz tentang drama ini

petang ini ada dak cerita nora elena ini?
saya mahu start tengok..hehe
ke sudah banyak episod?
takut saya lambat catch up nati
lagipun ada pelakon AARON AZIZ tu
saya suka lakonannya..hahaha

p/s: cuti-cuti ni..asyik tgk tv..layan tenet..bila nok abis tanda ketas exam ni..:(

*ANAK PAYAH MAKAN*

Assalamualaikum
sudah atau sedang sarapan?
saya sudah makan mee goreng basah!!
enaknya..ecececece

tapikan satu hal ajo
anak-anak uolls senang makan ke?
maksudnya setiap yang kita masak
mereka makan dengan selera sekali
bukan main paksa-paksa makan

saya mula-mula pujuk jugak
tapi kalau sudah banyak cekadaknya
mulalah hangeen!!!! adeh la..

hendak kata memilih tu tidak
tapi makan dalam kuantiti yang sedikit
badan pun macam keding ajo..huhu
mengalahkan orang  kebuluran!!!

saya kadang-kadang hairan
ada anak kawan saya itu
hari-hari belasah telur mata ajo
badannya-->kuss semangat tambunnya!!!
mungkin tengok genetik kot kan..hehe

saya ada juga bagi vitamin
untuk bagi selera makan
tapi itulah sekejap ajo
pastu selera kureng..huhu

tapi tidak jadi hal
asalkan anak-anak saya sihat sejahtera
cuma kalau lihat anak-anak yang chubby-chubby itu
geram ajoooo....hahhahaaa
tapi takut terobesiti pulakkan..huhu
keding pun susah..chubby pun susah
alahaiiiii!!!!

Khamis, 2 Jun 2011

*TIDUR BERDENGKUR*

Assalamualaikum
selamat malam semua
sudah ada yang mahu ketiduran ka?
awal lagi ni..hehehe

uolls tidur berdengkur ka?
tak kan hendak mengakukan..hehe
tapi semua orang tak mahu tidur berdengkur
disebabkan masa tidur kita tak sedar
mana tahu kita berdengkur atau tak

jika ada kawan kita tidur berdengkur
eloklah dikejutkan..bukan apa..
kita pun boleh lena selepas itu..huhu

saya ada membaca sebuah majalah
cara-cara untuk elakkan berdengkur

1. menggunakan pelekat hidung semasa tidur--> ada eh?..hehe

2. tidur mengereng di atas rusuk kanan yang membuat jantung bebas
    daripada tekanan dan membantu berfungsi dengan lancar

3. elakkan tidur secara terlentang

cara-cara itu boleh diaplikasi
tapi yang pasti jika kita letih atau penat
mungkin akan berdengkurkan..hehe
hurmmm..tak tahulah guaner

p/s: minda kena tenang jika hendak tidur..minum air suam dulu deh!!

*MESIN MASA*

Assalamualaikum
panas sungguh hari ini
seperti juga semalam
sebab itu saya hendak order 10 butir aircond..ehhe!!
tunggu abe shayammm cop piti$$$$ dulu la deh..hahaha

meronda-ronda blog kawan-kawan yang hapdet
saya singgah ke blog diana
biasalah saya ni kan
blog diana blog saya wajib singgah
aduhhh..kipas-kipas musim panas nih..hehee
lagilah saya telah ditagged oleh beliau
untuk entry ini--> mesin masa

jadi jika saya mempunyai mesin masa
harus saya akan kembalikan diri saya
ke zaman persekolahan saya

bagi saya zaman persekolahanlah
zaman yang paling menarik sekali
zaman kita berubah fizikal dan mental
zaman kita banyak sangat kawan
zaman kita belajar erti hidup
zaman kita suka duka
zaman kita tinggal ngan mak ayah serta adik-beradik kita
zaman belajar U..kita dah dok jauh ngan famili..huhu

dan saya selalu beritahu anak murid saya
bahawa zaman sekolahlah zaman terindah
apabila kita sudah habis belajar
kita pasti rindu akan suasana itu
suasana memakai uniform sekolah
indahnya....hahahhaa

so uolls itulah hasil merepek saya
tentang mesin masa
jika wajib tagged
saya hendak tagged
1. wan kalamhati
2. jajazack
3.ieda

p/s: seronok gak berkoya-koya nih..hahhaa

*TUA SEBELUM USIA*

Assalamualaikum
selamat pagi semua
cemana hari ini??
semua sihat belaka?

zaman sekarang ini
semua orang ingin nampak muda
kadang-kadang yang tua siap cakap:
"biar umur tua janji jiwa muda"..eheks

uolls pernah buat test tak
pasal biological umur dengan umur sebenar
saya rasa itu istilah kot..hehe..lupaks
ala ada mesin yang check: tinggi - berat badan - etc
pastu they all akan kira-kira
taraa...umur biologi anda 50 tahun
padahal umur anda sekarang baru cecah 30 tahun..huhu
semua muka monyok...kuciwakk
pastu they all akan stori mori then rekomenkan bla..bla..bla..
saya pernah test dolo-dolo
dan jangan terkezut..ce teka umur biologi saya..huhu
main teka tekuk pulak..hahhaa

zaman sekarang ini jugak
kadang-kadang susah nak teka umur orang
jika umur tua sekalipun - dalam 40 tahun ke atas
jika amalkan gaya hidup sihat
elok sahaja nampak awet muda
tapi ada juga umur masih muda
raut wajah nampak sudah berumur..huhu
takmo kan..

apa-apa hal
moh kita amalkan gaya hidup sihat
hati jiwa suci dan bersih
kerana kebersihan hati dan dalaman
akan memancarkan serinya pada fizikal muka kita
cik abang pun akan salu shayammmm!!!!!
itu yang paling utama!!!!!

p/s: jadi pakar kecantikan hari ini..eheks..

Rabu, 1 Jun 2011

*DAYA KREATIVITI*

Assalamualaikum
panas sungguh sekarang ini

apa kata panas-panas gini
kita menjana kreativiti kita
tapi saya sangat yakin dan percaya
saya bukanlah seorang yang sangat kreatif
saya hanya boleh kerastangan sahaja

daya kreativiti memang satu anugerah
sangat bertuah mereka yang kreatif

dan inilah hasilnya keras tangan saya hari ini
mengubah sikit penampilan blog
tak berani nak ubah banyak-banyak
penakut amat saya nih..
takut jadi macam dulu
habis lintang pukang dan berterabur..ngeri mengenangkan..huhu

uolls kan..jika ubah penampilan blog
buat sendiri atau minta bantuan kawan??
salute kepada yang berani buat sendiri..:)

p/s: orang kreatif ni banyak guna otak kirikan..hehe..ke kanan?

*SURI RUMAH | HIBURAN*

Assalamualaikum
selamat pagi semua
cepatnya masa berlalukan
sekarang sudah masuk
setengah tahun 2011

termasuk hari ini sudah 5 hari
saya menjadi suri rumah sepenuh masa..hehe
sekarangkan musim cuti skol
maka kerja saya berubahlah sekejap
untuk jangka masa dua minggu ini

KESIMPULANNYA
tugas sebagai suri rumah memang non-stop
pelbagai kerja dibuat tanpa henti
itu pasal saya rasa sedikit tertekan..huhu
jika saya bekerja sekurang2nya ada masa rehat sendiri
dan..dan..dan.. nasib baiklah ada sedikit hiburan
iaitu INTERNET dan TV!!!!!
via internet pelbagai ilmu boleh didapati
cuma time management mesti bijaksana
jika tidak "dapur tak berasap nati"..hehe
itu jugak pesanan hubby saya..eheks

saya bukan jenis suka berlibur-libur
keluar bersama-sama rakan ke soping mall
manakala anak-anak diletakkan di nursery
saya jenis yang jika saya cuti
anak-anak memang dengan saya
bayangkan dengan 4 anak
saya mahu ke soping mall???adooiiii!!!

jika asyik buat kerja sahaja
mau jadi stresskan..hehe
takkan hendak menziarah ke rumah jiran
lain pulak stori morinya
lagi pula semua jiran saya bekerja
saya aja ada cuti panjang sebab cikgu skoloh

so uolls yang sebagai suri rumah
saya memang salute jika uolls
bijak menghiburkan diri di rumah tau
walaupun via internet!! ^__^
hebat sungguh!!!!

p/s: yang tak menahan lontaran vokal jelas kedengaran sejak dua menjak ini..huhu