selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Ahad, 31 Oktober 2010

JOM NYANYI!~

salam semua
saya stress betul bab line yang kat rumah nih..
memang nk tggu loading..
saya boleh masak
sapu rumah
melipat kain
dan pelbagai perkara

kang tak buka blog
saya kerinduan bagai...
jadi hari ini
saya hdk hidangkan satu seloka
lagu versi katak oh katak...
layannnn...

line oh line
kenapa engkau semput
macamane aku tak semput
3G tak leh guna
3G tak leh guna
3G oh 3G
kenapa tak leh guna
macamane aku boleh guna
kata ada problem
kata ada problem

setakat tu ajelah yer..
kang tak abis pulak seloka saya ini sampai ke petang
banyak xtvt berinternet saya tergendala
urusan on9 banking
baca berita
dan yang paling terasa..
urusan laman sosial..
laman sosial tu..heheh

saya akan tunggu sampai esok
itu janji pihak yg terbabit..
jadi hari ini...
saya tidak dapat menjelajah semua blog list saya
tidak dapat berkongsi idea dan komen
tidak dpt berBW macam biasa..
huhu

p/s: selamat berhujung minggu...nampak gaya..saya kene berBW realiti nih..pi taman bandar..tengok tasik lagi tenang jiwa..

Sabtu, 30 Oktober 2010

SEDONDONNYA...WADUH!!~

salam semua
saya sudah bekpes
tapi kureng lalu sebab
badan macam panas2..nak demam kot
bulan ini memang bulan sakit sedonia..haruuuu..

bercakap tentang sedondon
mesti terpikir kat minda kita tentang pakaiankan..
saya teringat kat kawan lama saya di selangor
dari bawah sampai ke atas semua sedondon warna
jika pepel...semua pepel
kasut, baju, tudung dan henbeg
banyak uolls koleksi dia
semua kaler dia ada
tabik spring saya kat kawan saya nih

bagi dia
kurang keyakinan jika tidak sedondon
kita kene hormat pandangan diakan..
sesetengah orang memang cenggitu
tak dak hal kan
asalkan korang bahagia..heheh

bagi saya
saya tidak kisah mane pasal sedondon ke idak nih
janji tak adalah sampai orang tgk kita wierd
misal kata baju kaler pepel tak kan nak pakai tudung kaler oren..hawauuu...
orang kata..yang sedang-sedanglah..hehe

jika hendak sedondon pom
ramai yang buat masa rayakan
semua anak dan suami dengan kita sama kaler
macam saya tahun ni..tema kaler biru..sedondon jugak..hehe
bukan apa..senang org nak tahu..ni geng saya..
tu geng my SIL..hehe

tapi hari ini..disebabkan kesiangan..
nilah hasilnya...
sedondon atau tak??
heheh..

p/s: lakukanlah pelbagai perkara..asalkan kita bahagia..horeee..

Jumaat, 29 Oktober 2010

SAYA SEORANG GURU~

salam semua
salam mulia pada hari jumaat
hari ni hdk stori mori
tentang kerjaya saya

sebenarnya..banyak pengalaman
yang hendak saya kongsikan
atas tiket seorang guru

saya memula posting di sebuah sekolah di selangor
iaitu di sekolah menengah harian pada tahun 1998
pengalaman pertama yang menarik ialah
sebelum saya melapor diri
saya dengan semangat berkobar2
meninjau2lah keadaan sekolah berkenaan
cubalah survey2 kat pejabat sekolah
melihat saya yang tertinjau2 di situ
seorang kerani sekolah menegur saya:

"adik nak daftar tingkatan 6? kat sekolah ni..xde tingkatan 6"
huhu..mungkin badan saya kecil
maka saya seperti pelajar tingkatan 6..heheh

tapi di sekolah itu.... selama 6 tahun
banyak pengalaman yang dapat saya kutip
cabaran mengajar dan mendidik di sekolah menengah harian biasa
begitu besar..amat bermakna utk kerjaya saya sebagai seorang guru
saya berdepan dgn byk cabaran yg boleh menjadikan kita semakin kental
bukan senang utk memanusiakan manusia
jika dapat mengajar murid dalam kelas2 yang bijak
kita tidak menghadapi banyak maslah kerana mereka hendak belajar
tetapi..jika mengajar di kelas yang kurang bijak pelajarnya..
mengundang banyak cabaran seperti :
pelajar yang tidak minat belajar
terlibat dgn masalah disiplin
ada pelajar yg minat belajar tetapi tidak mampu utk menguasai p&p
dan macam2 cabaran
alhamdulillah..semua cabaran itu berjaya saya tempuhi
kerana kita sbg guru wajib bijaksana utk menanganinya
jangan mudah berputus asa
dan cuba zon selesa sendiri agar kita tidak tertekan..

tahun 2005..saya mengikut suami berpindah ke johor
di sana..saya ditempatkan mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP)
sungguh lain suasana dan situasi mengajar di SBP
pelajar2 yang terpilih sahaja utk memasuki SBP
berdasarkan keputusan UPSR dan PMR
semua pelajar di sbp ini..memang hendak belajar sahaja
cabaran masalah disiplin tidak menjadi hal
kerana pelajar2 ini terpilih
guru2 hanya perlu mengekalkan kecemerlangan mereka
agar mendapat kejayaan yang diinginkan
cabaran juga sebab hendak mengekalkan prestasi itu
tanggungjawab sangat besar

sekarang saya di kuantan
juga mengajar di sbp..
saya berharap agar saya akan menjadi guru yang terbaik
untuk semua anak didik saya..

buat semua yang ingin bergelar seorang guru
tahniah kerana impian anda itu
berusahalah utk mendapatkan peluang menjadi seorang guru
apabila sudah tercapai impian utk bergelar guru
tanamkan keikhlasan utk mendidik dan mengajar anak2 bangsa
supaya menjadi warganegara yang akan berjasa kepada
agama, keluarga, masyarakat dan negara

**mata masih sedikit merah..gaya guru ke sekolah..hehe**



"SAYA BANGGA MENJADI SEORANG GURU"


p/s: ecece..macam buat karangan la pulaks..heheh

Khamis, 28 Oktober 2010

BERTUAHKAH KITA??~

salam pagi khamis
harap2 semua berada dalam keadaan
bahagia
tenang
relak dan
bertuah..

konteks bertuahkah kita
sangatlah luas dan mencakupi pelbagai aspek
adakah dipanggil bertuah
jika kita terjumpa seguni emas di tengah jalan?
padahal..dalam masa yang sama kita terfikir2
emas ini kepunyaan siapa?
haruskah aku mengambilnya
nanti tiadakah tuan punya emas ini mencari aku?
halalkah aku makan hasil emas ini?
macam2 persoalan bermain dlm fikiran

bagi diri saya
saya sangat bertuah
saya mempunyai keluarga yang bahagia
saya mempunyai pekerjaan yang tetap
tiada langsung masalah hutang yang terlampau
selalu dikelilingi oleh ahli keluarga dan saudara mara yang prihatin terhadap saya
saya mempunyai ramai kawan yang betul2 kawan sejati
dan pelbagai kebertuahan

sebenarnya kita tidak sedar bahawa kita
memang sudah bertuah
cuba lihat di sekeliling kita
ada yang masih hidup menyendiri dan kesunyian
ada yang masih menunggu kehadiran cahaya mata penghibur duka
ada yang masih belum terjumpa pekerjaan yang sesuai dgn jiwa raga
kedapatan juga yang dibelenggu masalh kredit terlampau
manakala..ada yang dipulaukan oleh kawan2 sendiri
dan pelbagai lagi ketidakbertuahan...

seharusnya
kita sendiri yang tahu bahawa kita memang bertuah
kita sendiri yang merasai kebertuahan itu
rebutlah setiap peluang
dan yang paling penting jangan mencari masalah
kerana dengan masalah
sedikit sebanyak kebertuahan kita akan semakin menghilang

untuk itu
berusahalah untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi
kerana itulah ciri2 bertuah
setiap orang mempunyai peluang itu
lambat atau cepat sahaja
tepuk dada..tanya selera
di mana ada kemahuan. disitu ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

p/s: sekarang saya sangat bertuah sebab berjaya mengup date satu entry...yahuuuuu

Rabu, 27 Oktober 2010

MASIH BELUM SEMPURNA~

salam semua....
sudah 2 hari bersiaran masa tengah hari..huhu
esok sehari lagi
sebelum kembali masa normal bekerja

masih belum sempurna
heading agak estetika..hehe
semua ini ttg situasi skrg jugak

semua orang mahu dilihat sempurna
baik dari segi fizikal dan juga mental
semua hendak dilihat cantik @ hensem
semua mahu bergaya @ trendy @ up to date
supaya kita tidak dikatakan ketinggalan zaman

tidak ada rasanya orang
mahu dilihat tidak menarik
atau dianggap kurang sempurna
walaupun setiap makhluk ciptaan Allah ini
memang sudah sempurna

yang chubby2
hendak slimmy2
yang kurang2 cerah
mahu dilihat putih2
macam2 keinginan lagi

rentetan itu..
pelbagai cara dicuba
pelbagai produk dimakan
pelbagai cadangan diikut
pelbagai saranan dilakukan
hasilnya..
ada yang baik..memuaskan atau langsung tiada

tapi sesetengan orang terlalu obses
mereka sepatutnya bersyukur
macam saya..menten slimmy2
sejak zaman anak dara
sampai sudah anak 4
tapi masih berkeinginan utk chubby2..huhu
kelebihan saya..boleh makan apa2 sahaja atau pakai apa2 sahaja
cuma adakalanya sedih jugak
terutama jika terjumpa rakan lama yang akan stended soalan mereka
"bilalah mu nak gemuk"

tapi jawapan skema yang tetap dan berpencen saya ialah:
"hehe..semua org nak slimmy2.."
hik hik
betul x?

kita semua harus dan wajib bersyukur dengan diri kita seadanya..hehe

p/s: masih problem ngan line..xle oplod gambar..huhu

Selasa, 26 Oktober 2010

SURI RUMAH -VS- BEKERJA~

salam semua
sempat lagi saya bersiaran
sementara rehat sekejap ni

semalam pi lagi sedut gas utk kali ke-3
doktor bgtau bahawa
"im not happy with her lungs"
means..paru2 mek sarah mybe ada jangkitan kuman
jika saya hantr kat spital..maybe kene admin wad..

sepanjang dlm kereta saya berfikir
alangkah baiknya jika saya jadi suri rumah
boleh tengok2kan anak4 saya sepanjang masa
anak sihat atau tidak
urus makan minum
kemas rumah
dan pelbagai perkara

saya akan buat semua perkara utk anak4 saya
saya tak perlu terkocoh-kocoh setiap jam 1.40pm utk ambil anak kat sekolah
terjerit2 menyuruh along dgn angah mandi dan bersiap
jika saya ada kelas petang
terintai2 mek sarah kat rumah pengasuh yg di depan rumah saya
mana2 hdk ambil najwan di nursery
hendak mengemas rumah
dan segalanya

TAPI..
sepanjang saya bercuti sekolah hujung tahun
yg cuti agak lama
saya merasalah jadi suri rumah sekejap
mak aiihhh...
jangan uolls tak tahu
rupanya jadi suri rumah sepenuh masa ini
begitu meletihkan rupanya
bekerja dari start celik mata hingga hendak tidur
betul x?

sekurang2nya jika kita berkerja..
dok di opis bolelah rehat2 sebab bukan kerja angkat batukan..
balik rumah pun sudah petang
jika mood ke laut..bole makan kat luar
tapi kalu jadi suri rumah
suami mesti pandang semacam aje jika mood masak ke lautt..

jadi..ada pro dan kontra dialah
sama ada suri rumah atau bekerjaya
sudah ditakdirkan saya untuk bekerja
jadi saya menerima takdir itu sepenuhnya
Allah jadikan setiap perkara itu
dengan banyak hikmahnya..

p/s: bole tahan panjang nih...jangan bosan yer utk membaca..heheh..

Isnin, 25 Oktober 2010

TAGGED DARI CIK TOM & DIANA~

salam..
bersiaran edisi malem2 nih
demi nak langsaikan hutang tagged
dari cik tom dan pn diana ..hehe

esok saya ada tugasan penting
selama 3 hari meting
saya akan berspek itamlah..ala2 panca sitara gitu
[tapi stress kat line sb xle oplod pic..huh!!]

tagged yang dimaksudkan ialah
~~identiti blogger semakin hilang~~
gitu kot tajuknya..hee..saya lupak pulak..
xpelah..janji langsai..

orang yang kene tagged nih
kene bercerita ttg diri sendiri
sebanyak 25 hal uolls..mak aiihh...
lepas tu..tagged pulak 25 orang
aduss!!!
jom layan aje..

1. ibu kepada 4 org anak
2.kecil molek slim mlim je saya nih..heheh
3. suka senyum plus sengeh2
4. asal kelate deh..
5. pernah tinggal di meru, s'gor (98-04), mersing (05-08) dan skrg kat kuantan
6. kerja sbg guru
7. ada lesen memandu sejak 2001
8. peramah orangnya..ye ke..
9. pakai jam dan bawa henbeg time keje @ rasmi shj
10. henbeg & kasut akan dipakai selagi tak rosak..means..xbyk koleksi nih..huhu
11. suka tgk tv & berinternet
12. suka mkn nasi dan masak simple2 aje..janji lalu weh..
13. suka mkn colek
14.suka basuh kain sb guna mesin
15. suka sapu rumah..xle pijak lantai yg berpasir
16. suka pokok bunga yg berdaun shj
17. suka ramai kawan
18. petang2 suka sembang ngan jiran2..hehe
19. suka main games..hhehh
20. paling benci kaki bodek @ ampu @ kipas
21. benci si pemalas
22. mood ke laut dlm bab lipat/susun dan iron baju..huhu
23. takut try n error
24. takut binatang yg lembik2 mcm ulat/ular/pacat dan sewaktu dgnnya
25. takut bila hubby outstation..huhu..paling takut nih..

tadaaa...siap..skrg
calon2 utk ditagged ialah:
alfajuliet aka aza - tagged awak nati saya langsai gak
yasmin - tagged awak nati saya langsai gak

tu je..banyak dah tu..alahai..
harap uolls langsaikanlah jika berkesempatan deh..

p/s: skrg dah pukul 12.00am wey..

JIKA ANAK-ANAK SAKIT~~

salam pagi isnin
hari ini..monday agak blues
saya bercuti sebab pahang holiday
mood:sedih plus risau

jika anak2 sakit
ibu bapa sangat susah hati
mana nak fikir cara nak sembuhkan anak2
hendak buat apa jika kecemasan malam2
kita secara tak langsung akan jadi panik

mek sarah in da house again
sejak minggu lepas sakit mata
5 hari kemudian..mata mek sarah sudah baik
[mak pulak yang kene..huhu
sampai saat entry ini ditulis mata saya masih merah
bukan setakat sebelah..dah berjangkit dua-dua belah]
aduhaiii...

mek sarah sekarang on de way dengan ayah ke hospital
pi bahagian emegency utk sedut gas bagi lancarkan pernafasannya
ni sakit semputlah
semalam sudah pi sedut sekali
pagi ini terpaksa pergi pulak sebab nafasnya tercungap-cungap..
[saya tak bole pegilah sb sakit matakan]

itulah dugaankan
semoga mek sarah dan saya cepat sembuh
esok saya kene bertugas..sudah xbole mc lagi
memandangkan ada tugas yang penting

doakan untuk saya dan mek sarah yer..

p/s: terima kasih daun keladi..

Ahad, 24 Oktober 2010

DAUN SERAI -VS- DAUN LIMAU PURUT~

salam semua
sudah bekpes?
alhamdulillah jika sudah
ke ada yang masih berselimut lagi?
bangun wey...rezeki murah pagi2 ni
kami baru siap bekpes
mihun goreng tomyam...ahaaa..
pernah makan?

selalu makan mihun tomyamkan
mihun goreng tomyam pesen lain sket
saya tak boleh oplod pic
sebab linelah yg semput2 bahasa tu
seme n3 minggu ni
xmeriah tanpa gambar

lain kali ek
saya oplod dengan resepi sekali
sedap sangat..saya pun first time buat
jadi hendak dijadikan stori mori pagi ini
berkaitan dengan mihun goreng tomyamlah

saya telah menyuruh angah ambilkan daun limau purut
yang ada kat belakang rumah
di samping pokok limau purut itu
banyak pokok serai

datang2 angah kat dapur
terkezut saya sebab dia belasah ambil daun serai
"hendak masak apa daun serai??"
"mak cakap ambil daun limau purut"

angah jawab.."nilah daunnya mak"
"itu pokok"..katanya kat pokok daun limau purut
aduhaiiii...angah ini sudah darjah 3 tau..
daun serai dengan daun limau purut boleh tak kenal..

jadi...moral daripada insiden ini
anak2 patut juga kita ajar perkara2 asas
selain hal2 akademik di sekolah
kita anggap anak2 kita tahu semua perkara asas yang mudah2
tetapi sebenarnya mereka tidak tahu

macam kes along..
saya suruh dia keluarkan kuih pau segera daripada peti ais
dia boleh tanya kuih apa berulang-ulang kali
letih saya nak explain
sudahnya bawa dia dan tunjuk
dia boleh cakap spontan
"nape mak tak cakap kuih ni"

jadi di sini..kuih pau itu namanya kuih ini..hahaha..lawak2
hal ini terjadi sebab kadang2 kita membeli kuih pun ..kita tunjuk dan sebut:
"kuih ini..kuih itu"
betul tak??

jadi kita semua secara langsung atau tidak
patut memberi pengajaran secara tak rasmi di rumah
tentang perkara2 asas ini

p/s: selamat "mengajar".. jadilah cikgu2 yang terbaik utk anak2 kita sendiri...tapi kadang2 anak2 kita ni..lebih percayakan cikgu dia daripada mak ayah sendiri..heheh

Sabtu, 23 Oktober 2010

FIRE!!!FIRE!!!...TERBAKARR~

salam..
alluuuuuuuu semua..
mood baik nampak..heheh

tak ada maknanya
kalau line semput-semput bahasa gak..
fire!!..fire!!..terbakar!!..

bukan pasal apa2 yer
saya saja2 heading tajuk gitu
tetapi hendak stori mori pasal--> FIRE DRILL
heheh..buat teknik suspen sikit..

malam bilatah..
hubby saya terlibat dgn program firedrill di tempat kerjanya
jadi banyak bebenar cerita kelakar pasal budak2 nih
uolls sendiri tahukan
firedrill ni..pepagi buta buatnya..jam 2-3 pagi
time enak dibuai mimpi
tiba2..ada siren kebakaran
maunya tak lucu
pelbagai ragam + gaya + peel + mengigau + mimpi..etc
uollss pun masa sekolah2 dulu jika yang dok hostel pom pernah rasakan

jadi di sini..
peringatan utk kita
agar sentiasa berwaspada pasal hal2 yang boleh menyebabkan kebakaran

kadang2 hal itu nampak remeh aje
seperti masak air cerek yang tiada bunyi
mau kering air dlm cerek tapi tuan rumah pi soping moping
bayangkan..nasib baik tak jadi apa2..
kalau dok kwsan rumah teres..tak pasal2 rumah org lain @ jiran pom
boleh jadi mangsa jugak

begitu juga dgn sambungan elektrik
jika boleh satu tempat tu..bersambung2
extention tu pelbagai2..bahaya betul..

jadi..kita semua harus dan wajib peka akan hal ini
jangan ambil mudah..

p/s: dalam hati ada "fire"..heheh

ASYIK-ASYIK IKUT MOOD~

salam tengah hari
hari ini bersiaran agak lambat
banyak hal yang perlu diselesaikan

*pegi klinik lagi sebab sakit mata belum baik..aduyaiii
[hari selasa depan ada meting private n confidential]
*ke klinik juga utk najwan yang semacam ada merah2 di badan-maybe campak..huhu

harap2 semua dalam keadaan baik dan sejahtera
doakan utk saya dan keluarga

asyik-asyik ikut mood nih..
mood yang setinggi gunung himalaya hendak
*mengupdate blog
*menziarah kawan2 dalam blog list dan berkomen2
*berjalan2 maya utk up traffics

tetapi..moodku sudah dikantoi oleh speed line yang kian merosot
moodku sudah ke lauttttt..lautan pasifik kot
hendak tggu loading blog sendiri pom..berjanggut nih..
apatah lagi hendak berziarah maya

kadang2..mood kita sangat baik utk buat itu dan ini
tetapi ada2 aje yang menjadi kekangan @ halangan
itulah..kita mampu merancang
kita tidak tahu perkara yang akan berlaku

jadi mood hari ini
MOOD MENCUBA~
maksudnya..try n try line..
mood hendak berjalan2 realiti ke soping2 ke..terkandas juga
mata merah semacam..takkan hdk pkai spek itam aje sepanjang masa

uolls sekarang mood mesti baikkan..

p/s: nasib baik bole jugak update blog..jika tidak sunyilah blog ini tanpa entry..huhu..lambatnya hdk tggu hujung bulan supaya line 3G kembali normal..huhu

Jumaat, 22 Oktober 2010

BERBLOG AJE KE??~

salam
sempat lagi bersiaran edisi petang
sebelum cerita kirana berlangsung
ekekee

uolls berblog aje ke
jika berkelapangan
bagi saya yang ada keluarga hdk diurus ini
berblog time semua kerja rumahtangga udah beres..
jika tidak..kene setel dulu..
nanti en hubby itew..menjeling2 manja gitew..eheks..

jadi..masa free saya
yang dikira betul2 freelah..barulah berblog
bagi yg muda belia itu
mesti ada aktiviti lain selain berblogkan
such as tengok wayang ke
main futsal ke
menjahit ke
atau menanam pokok bunga

tapi hal yang penting di sini
berblog kadang2 boleh mereleskan ketensenan
banyak org yang meluahkan pendapat
memberikan info
berkarya dalam blog
mana2 yang boleh dijadikan input
kita apply dgn situasi
tapi jangan addicted pulak
asik duduk ngadap blog aje..
silalah lakukan aktiviti2 lain yg sihat

tapi bagi yang berkerjaya atau belajar
setelkan dulu kerja anda..
layan blog ni kadang2 ber"hantu"
heheeeeeeeeeeee.....

p/s: selamat berblog ~~

KECEK KELATE KO KECEK LUAR?

salam pagi semua..
walau line semput2
nasib baik bole lagi post n3..
sekurang-kurangnya
blog ini tidak sepi

hari ini sebab bercuti di rumah
kita cakap kelate la puloks..hehe
ni saya hdk share pasal anak4 saya

saya dan suami org kelate
jadi ramailah kawan2 tanya
adakah anak-anak saya spekang kelate jugok?
kecek kelatelah..atau..
kecek luar itu bermaksud..bercakap bahasa standard melayulah..

walaupun saya dan suami spekang kelate di rumah..
dgn anak2..secara automatik cakap BM standard
tidak tahu kenapa
mungkin saya kene biasakan anak2 begitu kerana faktor persekolahan
faktor kawan2 anak-anak sayakan
nanti kalau dorang cakap kelate..kawan2 tak fahamkan susah pulak

pernah anak saya tanya beberapa perkataan yg saya terkeluar jugak kelatenya:

"tubik sekarang"
"bowok demo gi keda"
"tok sir doh makenyo"

dorang mesti tercengang tak faham
kenelah saya translate..hehe

uolls macamane??
anak2 fasih atau tidak berbahasa dialek masing2
anak2 saya mmg surrender
tak reti langsung
kadang2 mereka cakap.."mak cakap apa?"
satu aje yang saya hdk puji semua anak saya
mereka memang suka sangat BUDU
bagussss!!..ecece..

p/s: line masih tenat..jika boleh saya hdk jengah semua blog list saya..tapi terhad kelajuannya..mampu buka dan tinggal jejak yg cbox aje..yg okeh boleh buka kotak komen..tu pom berjanggut tggu..huhu

Khamis, 21 Oktober 2010

HARAP2 BOLEH "BERJALAN"~

salam pagi khamis semua
entry pepagi sebab tgh try speed line

nampak gaya masih slow mlow
bagai angin kus-kus
sekejap laju sekejap ala-ala dondang

semalam pihak yg terlibat sudah call
dan memberitahu bhw
usaha2 membaik pulih masih dijalankan
tunggu aje hujung bulan
baru line clear

jadi..aktiviti berjalan2 maya
nampaknya terhadlah walaupun saya bercuti bagai kat rumah
jika hdk buka satu2 rumah tu...berjanggut tunggu
lepas itu..mesti satu2 aje
tak leh byk2 mcm time line clear tu
alih2 dapat buka...error lgi..
itulah..cabaran dunia maya..ekeke

so..tidak jadi hal
bolehlah saya jadi surirumah yang tegar
sambil2 itu..kita check2 line kot2 sudah pulih
yang tak menahan..berharap lagi tuh..ehehee..

p/s: harap2 boleh "berjalan"...

Rabu, 20 Oktober 2010

MC 2 HARI DEH!!~

salam semua..
huhu..sedihlah ni..

mana xsedih..
SAKIT MATA WEY..
pagi ni..kugagahi jugok ke skolah
tapi smpai ke tengah hari
aikk..semakin memerah mataku ini
aduss...

kol 2..zasss ke klinik
tunggu punyer tunggu..
check punyer check
dapatlah mc dua hari
aduyaiii..

sakit mata ini mungkin rentetan daripada mek sarah ari tu..
dia dah ok..mak puloks yang kene..
alahai..
tak kan nak pi kerja..
kasihan kat member2..semuanya dah pandang tak pandang mukaku ini
takut berjangkit..huhu..
hahahaa..

apalagi..stat esok..jadi surirumah lah wey..
banyak gak keje2 tertunggak tu such as KAIN oh KAIN..hehe
lagipun plus hari isnin (25/10), pahang cuti
saya bercuti sakan 5 hari..whoaaa..

tapi ada yang kureng best
speed line masih prob di kawasan rumah saya
hanya line gprs/edge aje..
harap2 esok kembali speedy seperti biasa..

p/s: sakit mata ni..leceh lah jugak..bert*^k aje..rimas weh..ekeke..kalu nak keluar rumah..sambar spek itam satu..

DAH TUTUP PUN MASUK JUGAK~

salam pagi semua
jom kita stori mori

tajuk tu nampak lain
tapi sebenarnya pasal ni ha..
orang2 yang hendak menjual baranglah
hendak membuat survey bina pasar rayalah..
minta dermalah
check wayar dapur gaslah
macam2 mak nenek dorang hendak mintak

yang jadi hal..
kita sudah elok2 tutup gate rumah
kunci tidaklah sebab dah ada kat umah
mereka ini..selamba aje buka dan nonong masuk
jika grill pintu tak kunci...harus masuk ke dalam rumah
bahaya betulll...

saya memang stres klau jenis gini
siap sound lagi..
"dah org tutup tu..tak nak bagi masuk"
mereka diam aje dgn muka tersenyum2 kambing

ada jugak jenis melaung2 kat luar..memanggil2 tuan rumah
saya order anak2 aje..bgtau .."mak cakap dia xde"
heheh..org tu mcm terkulat2 sb dgr.."mak cakap mak xde"

kadang2 saya nyamar jadi bibik..
"ibuk belum pulang"
percaya dorang terus belah...heheh..aktress aku sat..

itulah..utk keselamatan..kunci grill bagai tu
jgn bukak sembarangan
jgn jawab salam sembarangan
ilmu2 pukau skrg bermaharajalela..
ini utk kita dan keluarga kita..

p/s: dok rumah sendiri pom takut skrg..ramai org jahat..

Selasa, 19 Oktober 2010

BER"ANGAN" ITU FREE~~

salam semua
ni kira entry sebelum balik
lepas buat2 kerja yg sepatutnya..
moh kita balik..

"berangan itu free"
bukan buah berangan yang digoreng itu yer..
berangan is dreaming
dreaming is free..
spekang londong uollss..

smlm tertgk citer dottie..
suka benar ngan mak dia tu..
hebatlah lakonan dia
simple bagai..kelakar..
tu..dialog mak dottielah..

semua org suka berangan atau ingin atau hajatkan
saya pom..dok saje2 tu
beranganlah..semoga keje cepat siap
semoga hari ini xpenat..bole kemas2 umah
dan macam2..paling nak..speed line biar laju..whoaaa..hehe

harap2..berangan itu..biarlah yg optimis
yang rasa kita mampu buat
tanpa menyusahkan org lain
jangan angan2 mat jenin
jatuh dari pokok kelapa
sekarang..jatuh dari bangunan tinggi
sebab angan2 xsampai
mana nak sampai..tak pernah usaha..

jadi..berusahalah utk dpt angan2 itu..
sekarang saya berangan hdk kereta ini--->
ermmm...tunggu dulu deh..
tak jadi hal kan...sebab
"DREAMING IS FREE"

p/s: pasang angan2 uolls sekarang..hendak apa..???

MARI HIJAUKAN BUMI~

salam semua
saya ada terlibat dgn program pertanian
agro-tech-->program hijaukan bumi..hehe

bercakap pasal menanam
atau berbudi pada tanah nih..
saya ada lah jugak ambil bahagian
bahagian saya hanya plan2 tempat aje..
bahagian menanamnya..en hubby..hehe
tangan sejuk..pokok cepat hidup

tapi ada faedah juga menanam di sekitar rumah
sekadar serai, daun pandan, limau purut, daun kari
boleh petik bila2 masa
bukan apa..jika tak ada mende alah ni..
hdk beli kat kedai..sudahlah kos..
contoh mcm daun limau purut..
sekali beli setangkai..sehinggit pulak
guna utk tomyam ke hape..3 helai aje..
sudahnya..layu dalam peti ais..
rugi tu..kasihan kat daun2 itu..

jadi jomlah kita menanam..
di samping hijaukan bumi atau kawasan rumah
boleh jimatkan kos..
yang penting..sebarang pembaziran yang dianggap mudah ini
dapat dielakkan
kita mesti berhemat..








tgk nih..pengalaman pertama utk tahun ini memegang cangkul
acting utk masuk blog aje..ngeh3..anak2 murid pom nak menempel...


p/s: sambil2 itu..jika berkebun ke hape yg sewaktu dengannya..bolehlah bersenam..amalkan gaya hidup sihat..

Isnin, 18 Oktober 2010

MAK AIHH...TRAFFICS~~

salam semua
sejak semalam tak bertenet
sebab masalah speed line
hari ini macam clear sket

so..jom kita tgk carta sket
carta sb line kureng clear..hehe
mmg kuasa betul BW nih..
tgk 17 okt tu..line xclearkan..
tanpanya...layan aje gambar gunung UV yang semakin menurun itu..hehe


saya juga tidak dapat menjengah
blog kawan2 yang biasa saya jenguk
memberi komen dan sewaktu dengannya
jika line baeekkk hari ini.
saya akan ziarah..

kemerosotan UV juga mempengaruhi bonus nuff..hehe
tapi nasib baik..masih lgi menari2 iklan itew kat atas sana..
tq mr nuff..sebenarnya..nampak cantik blog nih jika ada iklan nuffkan..heheh

p/s: sambil2 melayan kerja..kita layan jalan2 maya.. :P

Ahad, 17 Oktober 2010

SUDAH TAHU BAKPO JADI GTU~~

salam..
ni tak tahu dapat publish atau tidak
sebab line EDGE/GPRS sahaja
kalau dapat publish ..okeh

saya sudah tahu sebabnya
mengapa line slow/speed dikurangkan
tadi sudah telefon pihak yg terlibat
usage utk penggunaan sudah melebihi had yang ditetapkan
itulah..penggunaan banyak sangat..ngeh3..
sebelum ini tidak berlaku hal ini sebab usage tidak melebihi had..

lain kali..jika hendak beli ataupun join apa2
silalah kaji dan baca dengan teliti setiap terms and condition dengan betul2..
jika tak..haru birulah..

kita macam terlepas pandang akan hal ini
main taram aje
jadikan ini sebagai pengalaman
bukan tidak biasa terjadi kepada kita
tetapi asyik aje leka dan anggap setiap perkara itu mudahkan..
ingat itu yer..setiap perkara ada syarat2nya..

p/s:nampak gaya..misi diteruskan dengan edisi menenyeh kertas exam ajelah..bagus jugak..siap wajib tanda tu..

Sabtu, 16 Oktober 2010

BAKPO GINI WEY~

kenapa
why
bakpo

line internet
sangatlah slow mlow
rasa tidaklah seronok dan gembira

apatah lagi nak buat proses "berjalan"
dari blog ke blog
mok aihhh!!!
berpuluh2 minit nak loading
pahtu..done with error ke hape
lepas tu..kong @ hang terus
refresh..refresh..refresh..hang sebutir laptop

nampak gaya...
sesi luahan dlm entry aje..
tak mampu nak "berjalan2"..
kes ini..sejak pagi tadi lagi
harap2 esok okey macam biasa

brokbeng dah setting..
apalagi probnyer..

p/s: tunggu esok pulok..selamat malam semua..

YAHUUUU!!!BERJAYA MENJAWAB EXAM~

salam semua
sedang berehat2 sambil berblog ek..
teruskan..teruskan

jam ini baru dapat menengok blog
al-kaedahnya
baru abis exam jam 4 tadi
dua kertas amikkan..
hah!!!pulun menjawab

biarlah bajet semalam mengatakan
ptk akn dimansuhkan tahun depan
tapi jgn suka-suki dek non yg gomen2 tu
ada pesen lain penilaiannya
mok cik tak tahu macamne

jadi..cerita ptg ini
saya berjaya..berjaya..berjaya menjawabnya
al-maklumlah soalan ABC @ aneka pilihan
pilihlah yang paling tepat
tetapi..menduga juga tahap profesionalisme saya..

apa2 pun..
saya berdoa agar saya mencapai tahap yang ditetapkan
supaya..profesionalisme saya akan bertambah..

p/s: apa pasal line tenet hari ini manyak kong..bukan takat kong..king kong lagi...haruuuu
hdk berblog pun xshenang...xle oplod gmbar..huhu

CERITA-CERITI MAKAN KAT KEDAI~

salam semua
sudah bekpes?
masak ke beli aje kat kedai?
tidak jadi hal..asalkan dapat mengalas perut
sebelum melakukan pelbagai kerja

pagi ini
meh kita kongsi2 pasal
cerita2 jika kita makan kat luar
jika saya..mood hdk memasak ke lautlah tuh..
so..alternatif..makan kat luar ajew..ngeh3




***ni pic mkn kat luar betul..mkn kepsi masa otw blik kuantan raya ari tu..hehe**

mesti kita alami pelbagai situasikan

1. order lain dapatnya lain..
sebagai contoh
saya pernah dapat TEH AIS LIMAU
pernah ada org minum air gini?
saya order TEH O AIS LIMAU
tak ke haru..dapat air teh ngan susu ++limau diperah
mau cerah perut aku gini mok cik wey...

2. menunggu bagai nak pecah perut..
ya ampun..kita pegi dgn perut sudah berlagu keroncong ++dangdut
tambah lagi dgn anak4 saya yang aktif bagai
kejar kucing..panjat kerusi..lompat sana..terbang ke sini..hish
dok melangut menunggu...kalau saya masak yang ringkas2 pom dah siap..ngeh3
[tapi sabao je lah sb mood masak ke lautkan..hehe]

3. persekitaran kedai yang agak kurang menepati tahap..
yang ini bergantung kpd kita jugak kan
pilihlah kedai2 yg kita rasa bersih dan nampak selesa
jgnlah kat kedai tu..cik ti dok main kejar2 pulak..
kang xpasal2 anak2 kita dok mengejar cik ti itew..hehe

4. kadar bayaran..
sesetengah kedai agak mahal berbanding kedai lain
padahal makanan sama aje..
mungkin pandangan saya kot
tapi..raselah jugak perbezaan itu..ermmm

5. layanan..
bab ini byk sgt pendapat
macam2kan..sabao aje
ada satu kes
kita nak bayar pom dia main sergah..
huh!!!tak patut betul
aparaaa..xde PR langsung
kedai itu..sumpah saya xpegi doh..skrg kalu lalu kedai itu..lengang aje..tu lah..bekeng lagi

itu aje yang dpt saya share..
uolss bole jugak share2 pengalaman uolls..
sharing is caring sb bole jadi pengalaman
satu proses pembelajaran juga ialah melalui pengalaman

p/s: sambil2 study nih..create n3 dulu..kalau x..ai rindu kat blog nih...huhuhu

Jumaat, 15 Oktober 2010

ESOK SAYA EXAM!..FOKUS~

salam



**pic anak2 murid saya exam tu..hehe**
biasalah
kakitangan gomen mcm saya ini
kene exam utk urusan2 seterusnya
dalam2 perkhidmatan masih kene exam..


jika ada rezeki anak4
peluang terbuka luas
tetap ada dan ada
kita yg perlu bijak utk mendapatkannya


jadi..
seperti pesanan penaja kepada setiap anak murid saya
study smart..
doakan kejayaan saya


p/s:..study..study..study..tapi hati nak blog...blog..blog...haruuuuuu~~~

PERNAH SERVIS KERETA??~

salam pagi jumaat
sambil2 makan nasi lemak dibungkus daun pisang
makan aje sejak semalam
pastilah sebab..makan itu untuk kelangsungan hidup..



**pic kredit to google**


pernah servis kereta?
saya tak pernah
sebab yang tukang servis bukan saya
mekaniklah kan..hehe


maksud saya urusan servis menyervis ini..
hehe..saya mmg angkat tangan
langsung kurang..bukan tidak
ambil tahu pasal2 kereta ini
dari segi teknikal sampailah bawa kereta ke stesen servis
sebenarnya..kurang elok gini


jika boleh kene juga ambil tahu
sedikit sebanyak
tapi saya yakin..jika kita sudah berkereta dan belum berkahwin
kita pasti akan ambil tahu hal servis menyervis ini
bagi yang ada suami gak..macam saya..urusan ini 95%..suami yg urus..
saya 5% aje iaitu bahagian ambil kereta..^__^


kita kurang tahu pun pasal minyak hitam
tool2 dlm kereta itu
nasib baik isi minyak sendiri...saya tahu..
uolls macamane??


p/s: n3 sambil tunggu hubby call utk diambil kereta utk diservis..ngeee~~

Khamis, 14 Oktober 2010

MENU MALAM KHAMIS~

salam
bersiaran malam2


ini aje menu malam khamis
bukan dari rumah
tapi dibuat di kedai
di makan di kedai..hehe

hari ini mood masak ke laut
[alasan baeekk yg bermaksud tidak sudi masak..ngeh3]
seminggu sekali makan kat kedai..tidak mengapakan..
jika hari2 itu..mungkin kekangan kerja dan waktu..hehe

so..entry malam2 yang ringkas tapi mengenyangkan perut
jika teringin..boleh order di kedai2 berhampiran

p/s: selamat malam semua..hdk berBW jap..sblum ZZzzZZz..tadaaa..

JANGAN DIBIARKAN YER~~

salam pagi khamis
sudah bekpes semua
alhamdulillah
saya makan nasi dagang bungkus daun pisang uolss..
nyummy dan best sangat
ada kawan yang prihatin
singgah dan belikan..baguskan..

tengok tajuk jgn terkezut
saya ingin mengingatkan diri saya juga
jika anak4 diam tanpa kita tahu mereka buat apa2
sepantas kilat kita wajib periksa

hah!!inilah yang najwan buat
dalam bilik sorang2
sedangkan org lain semua kat hall tgk tv..



semangat you...tgk2 dah jadi gini
seb baik duit sehinggit
kalu 50 hinggit dan 2 keping lak?
menangis mok gini..ayoooo..rugilah...
tak kan nak frame kot...huhu

dulu pernah sekali
along buat hal..masa tu dia dlm 7 thun
dia dok senyap2 dalam bilik pak sedara dia
dia bantai cukur kening dan rambut
guna pisau pencukur uolls..
hah!! amik..muka tak ada kening...kelakar
masa tu tak pulak snap pic sb belum kenal blog lagi..miahahhaa..

jadi..jika anak4 kita tu senyap..xbising mcm biasa..sepi suasana
better pi tengok..kang tak pasal2..jadi lady gugu lak..ngeh3..

p/s: ari ni pening lgi pikir camna nak letak large rectangle tu...tulunnnnn!!!!!..kat tempat saya keje ni..xde blogger otai...tulunnnn...

Rabu, 13 Oktober 2010

ADUSS!! SAKIT MATA LA PULOK~

salam
bersiaran edisi malem2
walau mata tgh berpasir2 rasenya

ini semua penangan mek sarah
kene sakit mata wey..aduyaiiii
mok mungkin off kerja esok
kalau mek sarah sakit jugak
tak kan hdk suruh pengasuh jagakan
nanti berjangkit abis anak beranak pengasuh itu..

sakit mata ini mudah berjangkit
disarankan..jangan memandang mata org yang sakit
itu mitos atau fakta yer??
sejak dahulu lagi digembar2 macam itu
nasiblah..

ada lagi mitosnya
jangan disebut sakit mata
kene sebut mende lain..[tak bole publish..keh3]
kalau tidak
sah2 berjangkit
betul ke??

jadi..entry segera malam ini pom
ikut mitos sikit2
tak ada gambar yang memeriahkan entry
sebab jika baca dan pandang gambar
HARUS berjangkit..

p/s: harap2 sudah taruk ubat..esok mek sarah sudah okeh..mok pom bolehlah kerja..doakan semua..tenkiut..

MACAM INI KE?~

salam pagi
sebelum bizi dengan program yang akan berlangsung
kita post entry dulu
hehe

hari ini nak kongsi
tentang bila kita ke supermarket
bagaimana anak4 kita semua
aktif berlari2kan
ke sana ke situ ke mari ke mana2
jika terlepas pandang..takut perkara yang tidak diingini berlaku
minta dijauhkan

saya selalulah jugak
buat gini..hehe..
sambil2 ambil letak barang
hah!! dok situlah mek sarah
tu pom takleh lama2..meraung hdk didukung
atau berlagak hdk berjalan sendiri
padahal..masih terkedek2
tapi xpelah..janji dok jugak walau sekejap..



bagi anak yang masih baby
boleh letak dlm stroller
tapi..anak2 saya
tak berapa suka duduk dlm stroller
sekejap aje..pahtu gak..nangis2 nak didukung ke hape
last2..stroller itu..terbiar gitu aje
sudahlah gedabak hdk dibawa masuk dalam bonet kete..hehe


kita takut jugakkan
sambil kita leka2 dok memilih barang
membelek barang
anak2 tidak tahu ke mana
banyak kes pelik2 skrg nih..takutt..

jika ada pilihan
kalau hdk membeli dalam kadar yg banyak
tinggal aje anak2 kat rumah
tapi kita tiada pilihan
bibik pom tak ada
last2..gendong semua..
tapi wajiblah berhati2..
jangan terlepas pandang

p/s: jarang2 pi soping..sebab penat kawal hero3 dan puteri..beli aje sket2..hehe

Selasa, 12 Oktober 2010

Eee...TAKUTKAN~~

salam semua
jangan takut baca entry ini yer
hehe

minggu2 lepas..lupa pulak minggu bila..
saya memenuhi undangan
OH

rumah kawan ini sangat cantik
terletak dalam satu kawasan perumahan khas
iaitu pembelian rumah beserta dgn tanah dalam satu ekar..saya rasa
bayangkan..besarkan

kawasannya cukup luas
seperti rumah dalam dusun
yang menjadi persoalan dan ketakutan di sini
rumahnya antara sebuah dengan sebuah itu
jauhlahkan..itulah yang takut

alang2 rumah saya yang dekat2 ini pun takut
inikan pulak jauh2 gtu..
sekarangkan macam2 hal berlaku
minta kita semua dilindungi..
saya mcm trauma akan hal ini
sebab rumah saya pernah kene pecah..siang hari dlm masa 30 minit aje..

sekarang semua orang pasang alarm atau cctv..
semua untuk keselamatan keluarga dan rumah
kita juga pasang grill bagai rumah kita
jangan lupa pagarkan dgn ayat al-quran..
insyaAllah selamat..


**ni rumah jiran saya..ki3**

p/s: semoga kita semua dilindungi..

LARGE REC~


**pic cinonet amat**
salam semua
pagi ini agak spoil
kesiangan mok cik..hahaha

tapi tidak mengapa
kita stori mori pasal hal gembira sikit
BE oh BE

cerita pasal nuff ini
buat saya motivasi lebih sket
tak boleh lawan yg blogger2 hebat..lagi masyukkk..
anggap aje sebagai bonus untuk kita semua
hepi2 blogging deh..

dalam 2 minggu ini
saya dapat BE baru
yang nokia itu
dulu ada 2 yg digi
satu sudah jadi ME..mybe kempen sudah tamat

cuma satu aje satu musykil
pasal LARGE REC
tengok bintang2 ini
LEADER BOARD ialah ads yang kat atas nun..
SKYSCRAPER ialah ads yang tgh2 itu
[xpenah dpt BE yang ini..tapi yang CPC aje..xpe..]


itu menunjukkan kedudukan ads sayakan..
satu aje tidak ada iaitu LARGE REC
psttt...saya sebenarnya..tak reti nak letak ads itu
huhuhu..tak tahu mana nak letak kod dia

siapa2 yang sudi buat tutorial..bolelah bantu saya yer..
terima kasih daun keladi..

p/s: hepi2 blogging..jika ada masyukkk...kita anggap sebagai bonus..jom kita meriahkan dunia blogger..hehe

Isnin, 11 Oktober 2010

GOOD BYE MY FREN~

jangan terkezut dgn tajuk itu..
edisi malem2 ini
entry khas untuk kawan lama saya..hihi

bukan ape..
huk huk huk..
kawan saya ini..DAS LI
akan berangkat ke australia
hujung bulan ini
kerana mengikuti hubbynya yang melanjutkan pelajaran



**bersama DAS LI**

saya sedihlah jugak
sebab kami telah terpisah selepas tamat belajar tingkatan 6 tahun 1992
berjumpa semula
melalui fesbuk dlm bulan mac tahun ini
dan kene berpisah lgi selama 3 tahun..huhu
begitu sedihkan
itu pasal saya janji hdk buat n3 khas utk dia
sedihkan jika kita sudah terpisah dan berjumpa balik
kene berpisah balik..huhu

walaupun DAS LI ada juga blog
kalau biasa kwn2 tgk komen..
tapi dia belum bersedia utk "open-air" blog dia
saya pun tak tahu bahawa blog ini kita boleh invite org
maksud saya privacy utk org2 tertentu
tapi saya jenis "open-air"
sebab saya suka berkongsi2 cerita..hehe
mungkin nati dia sudah di aussie..mintak2 dia open air ek..
[jange maghoh das..aku gurau ajo]

seronokkn dapat tinggal di negara luar
memang lain dgn negara kita
pengalaman baru..
bilalah kita dapat peluang cenggitu
sambung belajar aje kot
masalahnya..otak gue udah karat..keh3..

xpelah..kita tgk gambar2 menarik obc
via internet ajo deh..

untuk DAS LI..
semoga selamat berangkat
n3 keluar awal sebab minggu2 ini dia sgt bizi
uruskan hal ke obc..
mungkin xsempat hdk baca atau komen sepatah dua kata di sini
huk huk..

p/s: saya dah xde geng bawa anak4 pi mandi kolam lepas ini..

MENGIDAM EK!!!~

bersiaran edisi petang isnin
wah!!!tajuk vogue de vazz you
bukan mak cik mengidam hape..
cuma ada kawan saya yang buat n3 pasal
makanan jepun
saya teringat zaman2 saya mengidam dulu..hehe

masa itu preggykan angah
tahun 2001
dekat tv tengah rancak cerita saya pom lupa tajuknya
challenging on fire ke hape
cerita ini pasal game show org2 jepun
antaranya ialah GAME MAKAN SUSHI
mok aihhh....




angahlah ni..tgh marah mak amik pic dia..


saya yg tgh preggy tuh..
ya Allah amat2lah terliur bagai dengan sushi2 itu
tidur, sekolah, makan etc
asyik ingat kat sushi kat tv tu..


**kredit pic sushi 4 google**

last2 hubby bawa pi kedai sushi kat SJ masa itu
seronok sakan saya
hah!!!..pilih mok cik..pilih..
then saya amik satu sushi..
bawa ke mulut..errrrrkkkkk....tidak boleh telan..
cukup setakat bawa masuk shj..kunyah tidak
tidak tahu kenapa..
mungkin sebab terliur sgt..bawa masuk mulut pun..jadilah..hihi

itulah pengalamankan
teringat2..
uolls ada pglaman mengidam kronik x?
yang ada isteri ke..ada x pglaman ini..

p/s: sampai sekarang saya masih ingat..kes xjadi telan sushi kot yang angah tu asik suka sakat adik dia..aktif berdo'oh...ermm..

SUKA MEMBACA??~

salam pagi isnin
morning monday blues
blues tak pagi isnin ini?
hehe..
biasalah..hari pertama kerja
mood yang nak kene2 tiup biar datang..

pagi ini hdk stori mori pasal membaca
uolss suka membaca??
bagi yang sudah bekerjaya mcm saya ini
membaca majalah2 ilmiah shj
untuk dapatkan maklumat
mengisi masa lapang

tetapi bagi yang masih belajar
wajib membaca buku dlm konteks study smart
bacaan majalah ilmiah hanya utk menambahkan ilmu shj

sejak dua menjak ini
sejak mula berkenal-kenalan dgn fesbuk
sejak mula terjun dalam bidang hepi2 blogging ini
majalah yang selalu saya langgan dan baca
hampir2 dilupakan..huk huk
langgan itu tidaklah
tetapi wajib beli setiap bulan
edisi akhir saya beli
rupa2nya..huh!!! bulan april you...
boleh den tak hengat!!!
itulah..mabuk fb +++ blog..ngeh3


**itulah koleksi majalah yang masih dlm kotak you..hehe**


skrg ini baru hendak rujuk balik
tapi kenelah masa pesta bukukan..
barulah ada edisi2 yang lepas2 itu..

p/s: semalam mengubat rindu kat majalah kesukaan i tu..i beli mingguan wanita..hehe
oppss..dok dlm kereta lagi..sb balik aje dari kedai..zasssss...cari my lappy..keh3..

Ahad, 10 Oktober 2010

WWF SEBAB TV??~

aduhai....
gaduh..gaduh..gaduh..
WWF aje..mok yang pening
bising bergaduh..berebut remote

beginilah hari2..
uolls yang ada anak pom samakan..
tapi saya rasa..masalah hendak control macho remote tv ini
masalah global kan??
betul x?

semua org hdk tgk channel kegemaran masing2
usahkan yg budak2
mak dengan bapak budak pom sama
budak2 citer kartun..25 jam
mak budak..sinetron/hindi/drama aje layan
bapak budak..apalagi..makan bola..mandi bola..tidur bola

kadang2..anak saya sembunyi remote tau..
puas satu rumah cari..
masing2 tuduh menuduh..
last2..terkedek2 mek sarah datang..."ni lemot"..keh3..
mek sarah yg sembunyikan..tu la..padan muka blako..
mek sarah stress tidak boleh tgk citer kartun kegemarannya..backom
hahhahaa..



**mek sarah pom suka tgk tv**


tapi..yg tersirat..tv ni mcm juga internet..
tidak bole tersangat dilayan..berhantu
betul tak?
kita kene bijaksana..hehe

p/s: malam ni marathon CSI..spnjg mggu ini xtgk sb..pe lagi berBMWlah..ngeh3..

MAKAN APA PAGI INI??~

salam pagi weken
ini dikira entry segera dan cepat

makan apa pagi ini??
saya sefamili makan mee goreng aje ------------->
masakan ini yg segera dan cepat
anak4 pun suka
masak pun senang
bahan2 pun ringkas
dalam 30 minit..siap

uolls yang dah makan..
bekpes apa pagi ini??
ke ada yang belum lagi..

pi makan dulunya sebelum berBMW..hehe
perut kosong pepagi ni bahaya utk kesihatan
jika jadi tabiat..bole mengundang penyakit

p/s: selamat berhujung minggu..berehatlah sepenuhnya sebab esok mesti monday blues..huhu

Sabtu, 9 Oktober 2010

ZzZzzZZ...:SENANG KE SUSAH~

edisi malam2 pulak
sesuai jugak dgn tajuk n3 kn..hehe

tapi bukan hdk tidur skrg
banyak mende lagi hdk buatkn
melainkan..tadi uolss penat ke hape
pi soping2 sakan ke..siap mandi, solat
zassssss--> terbongkang doh..hehe

stori mori ketiduran
uolss senang ke susah tidur??
means..jenis yang senang yg amat
seperti letak aje kepala..krohh..krohh...

tapi ada yang susah sangat
mata terbuntang memandang sepi siling
tak lena2..last2 kene buat mcm mr beans yang kira shaun de sheep
xdelah gtu dok..hehe

anak4 saya..memang senang tidur
jam 9.00 - 9.30 malam..wajib masuk tidur
dorang akan ikut dan xsampai 1/2 jam..ZzzZZz!!!
bukan jenis sesetengah kanak2
seperti anak jiran saya
yang jam 12 tgh mlm..dok layan tv sorang2
bayangkan..


layan pic mek sarah dan najwan tido dulu..hehe


sepatutnya...kanak2 kene tidur cepat
sebab baik utk tumbesaran
tips saya ialah jangan dilayan sgt kerenah anak2 yg suka berjaga smpai lewat mlm ini..
tutup aje lampu..gelap gelita..mesti dorang akan tidur..

bagi yg teruna dara masih belajar..
uolss mesti tidur lambatkn..study punya pasal..jgn asik dok berBW aje yer..heheh
[macam cikgu bagi nasihat kat anak murid pulak]

p/s: selamat malam semua..hehe

JOM MANDI KOLAM~

salam..
baru dapat bersiaran
selepas siap kerjaan
untuk sesi pagi sahaja
belum masuk tengah hari pulak
hari inikan cuti..jadi housewife la..

pagi ini hendak stori mori
pasal mandi kolam
mesti semua org suka mandi kolam
yg pasti kanak-kanaklah


semalam..dan setiap jumaat
jika berkesempatan
saya akan bawa anak4 mandi kolam
kalau sebut shj mandi kolam
minat yang amat
mana ada budak2 yg tak suka main air??
tak adanya..semua wajib suka

dan berkebetulan
bayaran masuk kolam kat WB kuantan nih..
murah yer..hanya sehinggit utk kanak2..
hah!! mandi dan mainlah setakat mana yg budak2 hdk
tapi..mak dan bapa budak yg tak tahan..letih hdk jagalah
sekali-sekala bolehlah main2 kolam nih,,hehe
penat menjaga..hdk2 mek sarah tuh..kecik benit lagi..
tapi hdk main jugak..hish!!sampai sejuk ketar you..

selain tmn permainan...
mandi kolamlah rutin budak2 zaman sekarang
kalu zmn dolo2...keceburrrrrrr dalam sungailah..
tapi sungai sekarang..masyaAllah..kalah teh ais dan air milo...pencemarankn..

so..apa rancangan uolls yg ada anak2 tu hari ini
mandi kolam??..jom!!!

p/s: ada lgi jemputan OH..tapi sb dah abis bulan syawal...jadilah kenduri doa selamat..cepatkan masa berlalu..

Jumaat, 8 Oktober 2010

CONTEST @ GA @ LUCKY DRAW~

salam pagi jumaat semua
baru dapat berentry pagi ini
oppsss...bukan saya hendak melancarkan contest+GA+LD
belum sampai masaya lagi..
jika ada rezeki..insyaAllah


**pic kredit to google**


cuma saya ingin kongsikan
pengalaman menyertai semua itu
memang seronok
walaupun belum ada rezeki
yang memihak kepada saya..hehe
[baru join sikit aje..tgk banner kat bwh tu]

saya juga suka join LD
cepat dan ringkas
keputusan pun diketahui pada hari yang sama

yang penting
saya seronok menyertai semua ini
dapat berkenalan secara maya
kalah menang itu adatlah
janji memeriahkan suasana

ada sesetengah blogger
sangat bertuah
rezeki masing2..

uolls macamane?
suka join x?
saya join pom yang ada kaitan dgn anak2 shj
yg karang-mengarang dan pelbagai itu
belum lagi
perlu kreatifkan..menjana minda jugak..

p/s: selamat bercontest semua..good luck

Khamis, 7 Oktober 2010

SUKA MAKAN TAPAI?~

edisi petang nih..
cerita ttg makanan pulak

tapai..macam2 tapai
semalam..skol saya buat pot luck
antara menunya ialah tapai pulut

saya memang suka makan tapai pulut
dengan tapai ubi kayu
kalau di kelantan
tapai ubi kayu ini..siap digoreng mcm pisang goreng you..shedap!!



itulah tapai2nya..kecik2 pulak..

hendak stori mori sket pasal tapai yang saya makan semalam
bersama2 tembikai, roti jala dan lain2
makan..makan.makan..
tiba2 terdetik dalam hati saya
ADAKAH BAHAYA MAKAN TAPAI BERSAMA BUAH TEMBIKAI?

tidak ada apa2 pun yg berlaku
tapi apabila dtg perasaan was-was
macam2 boleh kita fikirkan
kawan2 saya pulak sibuk dok menakutkan saya
hhehee..aparaaa dorang nih...

p/s: setahu saya..tembikai tidak boleh mkn dgn madukan?..betul tak?

YANG MANA SATU~

assalamualaikum...
setelah berBW sekejap..
kita kongsi entry pagi khamis pulak

yang mana satu
idaman kalbu
[itu lirik lagu citer labu labi kot]
tapi tak ada kaitan dgn cerita itu
cuma tentang tudung
suka atau selesa tudung bawal ke
atau tudung femes skrg..tudung awning?


[ni gambar model berbayar..hhe..nati saya kene blanje bekpes nih]

macam2 sudah jenis tudung yang up to date
tapi yang tetap tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ialah tudung bawalkan..

mungkin sekarang kita fikirkan keselesaan
fikirkan kesenangan hdk memakai
macam tudung awning itu
saya pom ada koleksinya
mmg mudah dipakaikan
selesa dan cepat..
hendak2 time pagi pegi skolah
jam dah cepat
sarung aje kn..mudah dan kemas

tapi sekarang..dkt fesbuk dan media lain
ada diterangkan tentang tudung awning ini
kita baca dan analisis sendirilah

bagi saya..saya gilir2 pakai
kalau rasa pagi kerja itu tidak kelam kabut
saya gosok tudung bawal
tapi kalau pagi itu kelam kalibut
tudung awninglah pilihannya

uolls macamane??

p/s: en suami ckp - "banyakknya tudung...dah xmuat lemari nak letak..sangkut lagi..ini nak beli lgi"...aduyai..kalau telah nama perempuan @ wanita kan..faham2ajelah..soping tudung ajew..keh3

Rabu, 6 Oktober 2010

ASAL KE DAPUR..BUKA PETI~

bersiaran edisi malam pulak *pic google*
ni kira entry segera
ada jugak..hehe
tgk tajuk pom dah tau
mesti pasal anak3 saya
itulah kerjaannya
asal masuk dapur--> buka peti ais
50 kali dorang pi dapur..50 kali buka peti
bayangkan...contohlah..saya xkiralah pulok..hehe
[ni yang askar 3 org tu..yg wataniah belum lagi sb masih kenit]

kadang2..balik skolah panas2 tu..
dorang boleh berlari pi dapur
buka peti...hendak ape?
hendak sejuk...sobar ajelah

peti ais ni kan bukan bole asik2 buka tutup buka tutup
nanti gas akan byk keluar
jadi..kurang sejuk dingin tu
itu pasal barang2 yg disimpan
mudah aje jadi xsegar
[ye kot..saya agaklah]

bagi uolls yang masih ada anak2 yg kenit2 macam mek sarah
kurang mengalami situasi begini..
tgk kalu anak2 da besar sket...
peti ais itu jadi tempat kegemaran
kerana banyak sumber dalamnya..makanan..hehe
itulah keletah anak2ku...
p/s: peti ais saya dah bersound mcm enjin kabel api lak..nape eh?

PENGALAMAN BERKERETA~


[pic from google]

salam semua
harap pagi ini ceria2
saya..alhamdulillah

pagi ini nak story pasal bawa kereta
pagi ni saya macam laju jgk sb agak terlewat
hehe..
nasib baik sampai sedang molek jam..
kalau tak..karer merah you..
hish!! xpenah lgi karer itu..

kadang2 kita sebagai pemandu
tanpa kita sedar atau tidak
kita tergolong dalam pengalaman ini
ini semua juga berdasarkan pengalaman saya juga
tgk contohnya:

1. bawa 60/70 tetapi dok lorong laju:
-pernah kene gini? ...nak2 kalu time nak cepat..kereta kat depan bw mcm makan angin aje
-geram sgt2..tapi nak buat mcmane..mybe dorang tidak perasan kot banyak kereta do Q belakang...

2. cepat panik:
- kadang2 bercakap itu amat mudah..tetapi..jika sudah kene batang hidung sendiri..baru tau
-kita berharap..jika berlaku apa2 sepnjg pemanduan..harapnya tenangkn..panik nati kita jadi tak boleh berfikir dgn baik..

3. suka menyelit @ potong Q:
- time jem..ada2 shj yg begini...jadi bertambahlah jem..jalan utk 2 lorong..mau jadi 3 lorong..

itu shj saya hdk share hari ini..
yang penting..sepanjang pemanduan..
kuncilah kereta anda..
macam2 hal bole berlaku..
orang jahat pom boleh merompak dalam kereta
kita pom dah byk baca dalam paper
kes ragut pom sama
boleh berlaku dlm kereta...
minta dijauhkan...

p/s: prihatin jugak lesen memandu itu..saya pernah terlepas pandang..hee..skrg pom saya nk check..hehe

Selasa, 5 Oktober 2010

IMAGINASI NAJWAN~

salam..
bersiaran edisi petang
rasa hdk kongsi cerita tentang imaginasi

bukan imaginasi saya
tetapi imaginasi anak saya yg ke-3..najwan
atau lebih tepat..teman imaginasinya

mesti uolls mengalami hal yang sama dgn saya
perasan atau tidak
anak2 yg ditinggalkan bermain sendirian
anak2 yang berumur lingkungan 4-6 tahun
kdg2 bercakap sorang2
kita nampak dia..seolah2 sedang bermain dgn sesuatu
jika ada mainan..dgn mainan itulah dia bercakap..hehe

itu ialah mungkin rakan imaginasinya
anak2 begini dikatakan kreatif kerana
berjaya mencipta sesuatu sbg rakannya

yelah..dia pun bosan sorang2
adiknya sarah...xmasuk geng dia
dua org abang pi skol agama waktu petang
alih2..dgn rakan imaginasi dan mainanlah dia bercakap..haha
hdk bercakap dgn mak ayah..kang xsama level lak..


gambar atas:
tengok najwan tgh mencipta rakan imaginasinya..mcm org2..mende tah..

gambar bwh:
inilah rakannya...kalu kami mkn mlm kat luar..nak bg najwan dok diam...bagi aje dia kertas tisu...digentel2 kertas tisu jadi ginilah..
yang penting..dia diam..kalau x..masyaAllah..asyik dok kejar kucing aje..

p/s: najwan berumur 5 tahun..hehe

SOKONG TAK?~


**google pic**

salam semua
semoga pagi ini semua ceria..
[saya sekarang tgh kecut perut ni..huhu..anak2 didik tgh "berperang"]

hari ini saya ingin berkongsi pengalaman
berhepi2 blogging
en suami sokong @ suka atau tidak?

bagi saya..hal ini penting jugakan
supaya hepi2 blogging yang menjadi minat kita
direstui oleh en suami..
alhamdulillah..

kadang2..saya akan berkongsi idea dgn en suami
ttg apa2 pengalaman atau cerita yang ingin dipublish
al-maklumlah..dunia tanpa sempadan ni
semua org bole tgk..baca..komen..etc..

tapi satu hal yg saya nak kongsi di sini..hehe
time saya tgh mengarang entry..
jika en suami dok tengok..mesti jadi blurrr..idea terus lenyap..hehe
saya tak bolehlah.. sb jadi segan..hehe..siap bgtau en suami:

"ayah..baca lepas publish yer..malu..hehe,"

uolls macamane?
en suami atau cik isteri sokong atau tak uolls hepi2 blogging?
bagi cik dara atau en teruna..bagaimana?
jom kita share2 stori...

p/s: apa yang penting..kerje2 rumahtangga..begheh boh!!!!!

Isnin, 4 Oktober 2010

TIPS PENYUSUAN BAYI~


**kredit to google**

salam semua
rajin pulak menulis n3 hari ini..
semua ini gara2 kes bayi yg meninggal dunia
akibat tersedak susu

info ini penting jgk
memandangkan saya juga bagi susu botol kpd anak2 saya

sambil membelek2 akhbar BH
saya terjumpa artikel ini
kaedah penyusuan kita kdg2 yg silap
mendorong kejadian tersedak susu
tanpa kita sedarkn...minta dijauhkan

cara yg tepat utk memberi susu ialah
kepala bayi hendaklah diangkat setinggi 45 darjah semasa menyusu
janganlah membaringkan bayi sendirian
ketika menyusu [kdg2 ada diletakkan bantal untuk sendal botol susu itu]
kita pulak ke dapur utk memasak atau buat xtvt lain
kita selalu ambil mudah perkara inikan..

pengalaman sayalah kn
perasan atau tidak kdg2 anak kita tersedak jg masa kita pegang
eee..takutkan..takut susu itu masuk ke saluran paru2
yg bole menyebabkan bayi sukar bernafas..
bayangkn waktu itu..bayi keseorangan..minta dijauhkan

jadi sama2lah kita beringat ttg hal ini..
berkongsi untuk kebaikan...

p/s: semoga kita dan keluarga dilindungi...amin..

DOAKAN KEJAYAAN ANAK2 DIDIKKU~

salam semua
entry pagi isnin
monday blues sket

esok..semua calon PMR akan menduduki
peperiksaan awam itu
termasuklah anak2 didikku

usai perhimpunan
satu majlis restu ilmu diadakan
bertemu dgn semua calon pmr..bersalam memohon restu guru2
sblum esok mereka akan "bertempur" di medan peperiksaan

biasalah..kita semua juga pernah mengalami situasi
takut @ cemas @ gementar @ gabra @ macam2..
ketika hendak menghadapi peperiksaan awam
yg akan menentukan masa depan kita

justeru..harap semua anak2 didikku
dan seluruh calon pmr...
akan berjaya menempuh pmr mulai esok..

doakan kejayaan mereka
kami ingin mencipta sejarah tahun ini
terutama utk subjek saya..
insyaAllah



**inilah calon2nya..


**dan ini..guru2nya..[selalu guru lak yg takut/kecut perut jika anak2 didik nak exam..ki3]


p/s: semoga mereka berjaya...

Ahad, 3 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA..OPPSS..LORONG TERBUKA~

salam semua
sedang berehat2 sambil melayari internet..bagus..

pagi ini saya ingin bercerita tentang
LORONG TERBUKA..

pernah dgr atau tidak??
macam tidak pernah dgr
tetapi biasa dibuat
cuma tidak seglamor RUMAH TERBUKA

idea ini timbul
dalam usaha hendak merapatkan silaturahim antara
jiran2 dlm kawasan perumahan sahaja
tetapi lebih kepada lorong kwasan rumah saya sahaja
sebab lorong rumah saya shj yg agak meriah
jiran2 yang selalu berbual2..anak2 yang riuh bermain
jika lorong lain..semuanya duduk dlm rumah shj
itulah skrg..faktor keadaan dan semasa
membataskan hubungan sesama jiran
senario skrg..

tapi di lorong saya lain..itu sebab semalam ada lorong terbuka
kami berpakat utk sama2 berkongsi segalanya dlm menjayakan majlis itu
maka terhasillah acara semlm dgn jayanya..
barulah dpt berbual semeja bercerita lebih lanjut..
layanlah pic semalam...




*gambar atas itulah lorong saya..anak2 riuh bermain

*tukang bakar ayam BBQ ( saya yg perap tu..hehe), sotong, ikan dll





**antara juadah yg disediakan sendiri oleh ahli lorong..
hdk buat rumah terbuka agak ruwet bg tuan rumahkn..hehe
apakata kita pakat2 share..buat gini..seronoklah juga..

p/s: jiran sepakat membawa berkat..

Sabtu, 2 Oktober 2010

LONTARAN VOKAL~


**pic google**
hari ini hari sabtu
hari lontaran vokal

jangan salah faham yer..
bukan hendak masuk audition menyanyi
tetapi "menyanyi" lagu2 merdu
dengan THE THREE MUSKETEERS and THE PRINCESS

alahai anak-anakku...
lontaran vokal mok hari ini bermula sejak pagi2 lagi
pagi2 lagi..jiran2 sebelah sudah mendengar "nyanyian" mok
yang bagai buluh perindu..oppppss..buluh betung tuh..

kalau tidak menyanyi..sakitnya hati..bagai dirobek2
melihat telatah @ kerenah @ perlakuan
meruntun hati betul

itulah hakikatnya..mempunyai 3 hero yg aktif @ lasak @ cergas
tak pernah reti duduk diam walau 5 minit
diam hanya ketika TIDUR sahaja..
rumah dah jadi macam taska pulak dah..
padahal 3 orang je hero..tapi keadaan rumah dah jadi mcm auditorium
hahahha...

tapi ada yg tersirat
anak2 yg aktif...cergas fizikal dan cerdas mentalnya
kita tak mahu anak kita pasif semacam
takut perkembangan ini tidak normal..

alahai anakku...sabarlah.. kekuatan mok ini..[kdg2 xsabar jgk]

p/s: kejap lagi hdk pergi rumah terbuka lorong..pelikkan???..esok saya buat entry itu..

KEPUTUSAN "API"+"LINE"~


selamat pagi..
semalam hari yang spoil...

kalau uolls diberi pilihan
mana satu yang dipilih
rumah keputusan api @ elektrik
atau keputusan bekalan air..
kalau boleh dua-dua kita xmahukan...
semalam kawasan rumah saya
sampai dua kali keputusan elektrik
sekali ketika sedang molek melihat cerita kirana..selama sejam
[xsempat abis tgk]
dan sekali lagi time2 nak tdo dlm pukul 10.30

kalau dulu ..kejadian xde api ni
acara mingguan
stress kan...
panas..nyamuk jika malam2 [banyak time malamlah api xde ni]
macam2 hal...ada jiran saya..siap tido dlm kereta..sb panas..

semalam juga
line pom kureng clear..
asal hdk bw..hang..
xsempat hdk mnjelajah dunia maya..

hari ini pom..
line kureng lgi
terpaksa setting GPRS/EDGE only
sobar je lah..

p/s: hrp2 hari ini baik2 dan kita semua ceria2..

Jumaat, 1 Oktober 2010

HAIRAN BIN AJAIB~


salam..
hari ni xtau nape...
publish yg entry draft
macam biasa
tapi bila kita pi bw kat blog kwn2
yang list blog kita dlm blog dia

___tidak ada entry kita yg baru itu___

yang ada entry yg semalam
kenapa jadi begitu yer???
ada apa2 yg terklik ke??
musykil saya

hari tu da blaja sket2 cara nak auto publish
buat seperti itu..
tapi tidak jadi jugak

last2 kita delete semula n3 itu..
nanti buat yg baru kot..

nampak gayanya...belum kuasai sepenuhnya
dunia berblog nih..
masih banyak yg perlu dipelajari..

jika yang hendak membantu
silakanlah...huk huk

p/s: sedih gak trpaksa delete dulu n3 yg dikarang pepagi tu..