selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Isnin, 28 Februari 2011

** KHASIAT MADU DAN LIMAU NIPIS **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semalam tak berhapdet
kebizian dgn program khas..hehe
saya ini bizi mengalahkan VVIP..hahaha

Alhamdulillah mek sarah
sudah kembali aktif seperti biasa
cuma menjadi semakin manja kededek!!!

hari ini saya ingin berkongsi
tentang kelebihan makan madu
yang diperah air asam limau nipis
inilah juga yang saya buat
memandangkan batuk mek sarah tak baik-baik
saya bagi makan madu + air limau nipis ini
Alhamdulillah dengan izin Allah taala
batuk mek sarah sudah baik

jadi uolls bolehlah bagi makan madu ini
kepada anak-anak yang batuk
atau pun sebagai makanan rutin setiap malam
sekarang saya amalkan kepada semua anak saya
**saya tak pasti umur anak yang bawah setahun boleh makan atau tak?**
**jika yang ada info bolehlah share**
SILA GUNAKAN SUDU PLASTIK
kerana madu dikatakan hilang khasiat dengan sudu besi~ wallahualam


so uolls sharing is caring
selamat makan madu
sebab hal ini juga baik
untuk kesihatan kita
makan madu boleh selalu
jangan BERMADU sudah!!!
ai tak sanggup uolls!!!

p/s: bolehlah cari madu yer..hehe

Sabtu, 26 Februari 2011

** LAYAN CITER BOKBONG!! **

Assalamualaikum
selamat malam semua
wah!!! malam-malam
baru hapdet..hehe

mek sarah sudah sembuh
harap-harap antibodi badannya
semakin tegar dan mantop

malam ini juga
sesambil berblog
saya melayan cerita seram weh..eeeeeeeee
"tangisan langsuir" kat 105
seram jugak wey..eee
jika macam hantu kak limah jadi lucu
ini memang serammmm!!!

saya memang jarang tengok
cerita seram ini
sebab jika hubby OS
saya pulak yang penakutnya..ehhe
macam teringat-ingat kat bokbong itew..ahhaa
kelakarkan mak budak ini..

tapi sekali sekala layan
tak dok hal kan
mengisi variasi genre drama
jika tak..saya asyik layan sinetron ajo..hehe

p/s: uolls tengok tak? minat tgk cerita seram??

Jumaat, 25 Februari 2011

** SUSAH HATI **

Assalamualaikum
selamat petang semua

sejak ahad minggu ini
mek sarah demam + batuk + semput
sampai saat ini dia masih tak baik-baik
on off on off!!!!

saya sungguh risau
nasib baik jugak semalam dan hari ini
skol saya bercuti khas
jadi mek sarah dengan saya

saya harap mek sarah segera sembuh
dan aktif seperti biasa

p/s: anak sakit--> mood blogging pom kureng..huhu

Khamis, 24 Februari 2011

** KITA MEMANG CHANNNTEEEK!! **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
saya sedang bercuti khas
hari ini dan esok..hehe

uolls hadapi masalah
mudah sunburn atau tak??
saya memang mudah sesangat

hendak putih melepak semula itu
[kekunun..macam la kulit mek salleh saya ni..hehe]
amatlah susah tetapi jika ke arah
hitam itu menawan tu..cepat bebenor..hehe

saya pulak jenis tak suka dan tak pernah
pakai kosmetik yang putihkan kulit wajah tu
takut jugak kesannya nanti jika tak sesuai
ada kawan saya sesuai sangat pakai
cantik mulus gebu uollss!!
tapi ada juga yang guna dan kurang sesuai
jadi menggelupas kulit mukanya
takmo saya jadi gtu..tengok aje macam sudah perit pedih..huhu

jadi terimalah seadanya kulit dan rupa kita
yang penting bersyukur dengan setiap
kejadian yang telah Allah ciptakan
lagipun kita sudah channteeekkkk sangat
pada pandangan mata suami dan anak-anak kitakan..yehaaaa!!!!!

Rabu, 23 Februari 2011

** IKAN LAGA DAN PUYU **

Assalamualaikum
selamat tengah hari

jika sekarang saya dapat melihat
ikan laga dan ikan puyu saya
alangkah bahagianya rasa
melihat ikan berenang-renang
boleh menjadi terapi secara semula jadi
hilang sedikit rasa tekanankan..hehe
inilah ikan-ikan saya itu :)



saya ada membaca
beberapa kelebihan memelihara ikan
terutamanya ikan puyu
dikatakan ikan puyu ini tidak pernah tidur
jadi ada dikatakan boleh mengelakkan kejadian pukau
wallahualam~mungkin kebetulan
kita tidak boleh percaya selain kuasa Allah (swt)
yang maha berkuasa ke atas segala macam hal
apa-apa pun kita boleh berikhtiarkan

tapi yang pasti
saya suka melihat ikan-ikan ini
memang menjadilah terapi itu
rumah uolls ada bela atau tak ikan-ikan ini
jika lagi vogue pasti ada akuarium besar
lagi vogue de vazz ada kolam ikan kat laman rumahkan..ehhe
rumah saya bela dalam balang kocik ajo..hehe

p/s: jom tengok gambar ikan pegun saya itu~tatap yer untuk terapi tuuuuu!!!

Selasa, 22 Februari 2011

** CHENG CHENG!! **

Assalamualaikum
faham tak tajuk entry itu uolls??

jika ikut bahasa klate
cheng cheng itu bermaksud
panas berdenting-denting

sekarang saya di stadium uolls
stadium tu..yang memang kali pertama
saya menjejakkan kaki saya

lagu ni gaya dalam stadium rupanya
selalu lalu lalang ajo
atau tengok dalam tv
saya bukan peminat bola sepak
hendak tengok "live" di stadium

tapi sekarang dalam stadium
sebab kadang-kadang kerjaya saya ini
boleh ajo jadi jurulatih sukan..hehe
olah raga lagi uolls..hahaha

sesambil memantau itu
saya sempat lagi hapdet
jika tidak agak-agak kebosanan jugak
dah puas melangut saya mengiring menongkat dagu
baik saya hapdet jap..hehe

p/s: seb baik sehari je di sini..hehe..

Isnin, 21 Februari 2011

** DI RUMAH HARI ISNIN DGN TIPS **

Assalamualaikum
selamat pagi isnin

sepatutnya saya di stadium
membawa budak olah raga
tetapi disebabkan mek sarah
kene semput dan demam lagi
saya terpaksa cuti sahaja

maka sekarang di rumah
maka jugak sempat saya
melihat MHI-->rasanya lama weh tak tengok..hhehe
rasa macam bertuah pagi ini
kerana ada satu segmen
tentang keselamatan wanita
selepas keluar dari institusi kewangan

kan sekarang banyak kes ragut
bukan ragut tengah jalan-jalan dah ni..
ragut dari dalam kereta pun hadooo!!!
jahat sungguh sesetengah manusia sekarang

antara tips yang diberi:
1. jika $$ diisi dalam sampul-->bawa 2 atau 3 yang dummy utk kelirukan penjenayah
2. jika takut boleh bawa kawan-kawan masa pi amik $$$
3. jika seorang boleh minta pok guard iring..hehe
4. masuk kereta tu jgn hendak mekap2 +tgk cermin tau..terus lock kereta
5. jgn meletakkan henbeg lawa jenama mahal itu kat seat sebelah driver
6. henbeg letak kat bawah kerusi lagi baik

ingat cerita yang sheila rusli berlakon tu
tapi saya lupa tajuknya
yang dia dan 3 anaknya dirompak
setelah pulang dari ambil $$
memang sedih cerita itu
walau diulang 2 kali kot
saya masih menangis apabila melihatnya
hendak2 saat tragik mereka ketika dirompak itu..huhu

jadi untuk kita semua
WAJIB beringat-ingat
jangan bajet kita sentiasa selamat
mata kita WAJIB melilau-lilau apabila
hendak bukak gate rumah bg yg xde autogate
tengok depan belakang kiri kanan
kot2 ada motor2 yang meround2 tanpa kita kenal
kerana kita mesti tahu bahawa
MALANG ITU TIDAK BERBAU

p/s: semoga kita dan keluarga semua sentiasa selamat sejahtera..aminn!!

Ahad, 20 Februari 2011

** SAHUT CABARAN (HAPDET) **

Assalamualaikum
selamat pagi ke tengah hari semua

baru sekarang berkesempatan
saya menyahut cabaran
daripada blogger yang paling best
pernah saya jumpa dalam alam siber
jom tengok header dia dahulu..hehe



cabaran daripada DIANA-SENYUMSENYUM
APAKAH PENDAPAT UOLLS TENTANG ENTRY SAYA??

so uolls boleh bagilah
pendapat yang jujur dan ikhlas deh
jika boleh saya akan rumuskan
daripada pendapat uolls
untuk membaiki hasil karya saya

p/s: selamat mengemukakan komen tau..hehe ^__^

Jumaat, 18 Februari 2011

** LAMBATNYA MAK DATANG!! **

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

hari ni kita stori
pasal NAJWANlah..hehe
ini gaya najwan
ketika menunggu mak
mengambilnya di prasekolah



kasihan menengoknya
tapi itulah hakikatnya
kita juga bekerja dan ada kekangannya

banyak lagi budak-budak lain
berlari ke sana ke mari
memanjat sana-sini
melompat dari atas ke bawah
sebelum semuanya diambil
sama ada oleh ibu ayah
atau van atau bas

p/s: kadang-kadang risau keselamatan mereka sebab aktifkan..huhu

Khamis, 17 Februari 2011

** KOLEKSI PINGGAN MANGKUK **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hari ini hari kalut sedunia
tapi saya dikira berada
dalam zon selamat lagi
itu pasal sempat hapdet ni..hehe

uolls pasti banyak koleksi
pinggan mangkuk puyok belango deh..
saya jugak yang kurang
membuat koleksi ini

kadang-kadang teringin gak
untuk membeli koleksi ini
jadi saya pom belilah corelle
haa...tu aje koleksi saya yang ada
sekotak aje..yang koleksi 4 segi itu..hehe

saya kat rumah
banyak guna pakai
pinggan hadiah sampingan..hehe
hadiah pinggan kolget la
hadiah sabun daya..hehe

jika ada tetamu dtg rumah
barulah pinggan lawa keluar kotak
jika tak..dok aje dalam kotak itu
kadang-kadang hubby saya tegur:
"beli pinggan lawa-lawa-buat arkib ajo"..huhu

uolls mesti banyak koleksikan
siap letak koleksi dalam almari cantik
macam kawan saya
koleksi pinggan vantage you...
lawa disusun atur..berseri-seri rumahnya
lawa macam dalam pic itu kan..



memang teringin hendak
menyusun atur gitu
tapi itulah..macam hendak buat check list bil
seperti hendak membina menara berkembar gayanya...hahhaha

p/s: psssssttttt..ada mata-mata ni tau..

Rabu, 16 Februari 2011

** SISTEMATIK **

Assalamualaikum
selamat tengah hari weh!!!
kebizian melanda tahap gaban
dalam bizi-bizi pun
hapdet mau jugak
hendak buat camno
bloglist hamba itu
sentiasa menggamit jariku
untuk terus menglik-nglik
[betul ka kata tu..hehe..cikgu BM nih]

bercakap tentang sistematik
saya hendak pujilah
nursery mek sarah
yang membuat sistem kad merah
untuk urusan pembayaran setiap bulan

bukan apa saya ini
jenis pelupa sangat
pastu mulalah asyik
dok mikir2..bayar ke dok lagi ni..huhu
ingat hendak buat check list sendiri
tapi itulah..list tinggal list
sebab hendak buat check list itu
seolah-olah hendak buat menara berkembar KLCC


ini kadnya
sangat simple
jika hendak buat bayaran
bagi duit dan kad-->setel
kerana akan dicatat terus date dan jumlah
sistematikkan..

ke saya yang ketinggalan nih
apakah uolls biasa dengan kad begini??

p/s: agak banyak jugak kene setel bil kan..tu kdg2 lupaks!!

Selasa, 15 Februari 2011

** BOYISH?? **

Assalamualaikum
selamat tengah hari
Selamat menyambut Maulidur Rasul semua
sama-sama kita berselawat
ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad (saw)

ahad lepas satu transformasi rambut
ke atas mek sarah telah berlaku
lihatlah gambar sebelum dan selepas..huhu


sekali pandang macam rambut boboy ajo
satgi saya nak kene pi beli sepit rambut kaler pink!!!!
biar nampak ayu sket macam gegirl..hehhe

rambut mek sarah ni jenis ikal
kalau bangun dari tidur
bagai dibom bentuknya..hehhe

p/s: seronok bercuti kan..ketiduran ajo..

Isnin, 14 Februari 2011

** GURU DI RUMAH?? **

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua
baru boleh hapdet..huhu

sejak mula bekerja
sampai loni..memang kebizian tahap tinggi
jadi sekarang urusan melihat
kerja rumah anak-anak saya
hubby saya yang buat..hehee

tapi saya memang hendak bgtau
walau saya guru
saya jarang mengajar anak sendiri
adalah jugak mengikut sesetengah subjek
atau ketika hubby OS..hehe
kitakan mak..banyak keje lain kene urus

urusan ini diambil alih oleh hubby saya
dia lagilah garang dari saya
itu pasal saya bgtau hubby saya
bahawa dia memang tidak boleh
menjadi seorang guru
garang yang amat
jika anak tak faham
hot temper terus..ehhee

menjadi guru memang kene sabar
hendak2 jika mengajar anak sendiri di rumah
asyik hendak marah aje kan..hehe
tapi perlu kita tahu bahawa
ibu bapa patut meninjau pelajaran anak-anak
di rumah dan tidak boleh menyerahkan
urusan ini ke pihak sekolah semata-mata

uolls camne?

p/s: musim exam sudah dekat ni..bizilah ibu bapa..hehe

Ahad, 13 Februari 2011

** REUNION **

Assalamualaikum
semalam sepi tanpa entry
blog kesayangan hamba ini

tuan tanah pi KL uolls
join togeder-geder small reunion
jumpa geng lama masa form 6
setelah hampir 18 tahun tak jumpa!!!!

seme sudah beranak pinak
paling ramai anak 5 orang
seb baik saya bukan juara sebab 4 ajo..hehe
ada yang sudah bergelar hajjah
paling ramai geng saya ialah cikgi
walaupun kami jumpa hanya berlima..haha

ini gambar masa saya form 6 di SIC
layanlah uolls..jika bole cam mana saya??


dan ini gambar semalam
kureng clear sebab amik dengan
henpon cap ayam ajo..


semua "fizikal" berbeza
kecuali saya still slim mlim..hahha
wajah tetap sama
betapa gumbira yer jika
kita masih dapat berhubung dengan
kawan baik kita masa sekolah dahulu

p/s: pasni nak buat reunion besar pulak..ecece..

Jumaat, 11 Februari 2011

** ASTRO FIRST **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sejak saya membaca entry WAHIDA
tentang astro first
hati macam teringin hendak melanggan
tetapi dek kebizian melanda
dek salu balik petang
malam ajo kol 8.30 suda fengsang
saya tangguhkan dahulu

semalam..selepas jelas tentang info astro first
semalam jugaklah saya mencuba
nyata berjayalah kami menonton
hantu kak limah balik rumah..hahhaha

memandangkan saya tak boleh
pi panggung tgk wayang
inilah cara untuk melihat movie terkini
boleh bersantai-santai
makan-makan minum-minum
baring-baring..hehe
dicampur-campur..cd player pun tarak..hehe

so uolls
bolehlah mencuba jika hendak
saya nak tggu citer khurafat lak
jika astro first buat promo lagi
dgn cara melanggan paling mudah
hanya melalui sms sahaja
bayaran akan dikreditkan dlm bil kita

p/s: boleh layan movie yg dipurchase dua hari non-stop!!

Khamis, 10 Februari 2011

** DUA MINIT SAHAJA **

Assalamualaikum
selamat petang yang mendamaikan semua

wah!!!rasa seronok berada di rumah
hapdet dari rumah
bahagianya rasa..hehe

disebabkan kebizian melanda
maka sepanjang dalam kereta
saya teringat-ingat
saya terliur-liur
saya begitu tak sabar-sabar
balik rumah mesti buat ini

V


V


V

apa lagi uolls
mee maggi sedap dimakan
mudah dimasak
campurkan telur sebiji
siap dengan chopstick itu
mahu feeling makannya
hahhaa..

jika uolls juga terliur
dapatkan stok di dapur
dan apa lagi..masak dan ngapppp!!!!

p/s: ..bersambil makan maggi mengadap blog

** ENTRY BLOG=STATUS FB**

Assalamualaikum

"kesibukan punca tekanan?"

p/s:write a comments..hehe

Rabu, 9 Februari 2011

** PENANGAN SINETRON **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sekarang ini
saya kemabukan lagi
kemabukan menengok sinetron
macam dah tak bole tinggal pulak
dulu ingat habis cerita kirana
tak nak sudah melayan lagi
aduss la..

yang saya mabuk tengok skrg
sejuta cinta marshanda
dapat gak tengok sekejap slps
berhempas pulas menghantar anak
dari sekolah ke skol agama

satu lagi - kejora dan bintang
arrramak wey..serius saya bgtau
saya memanglah kemabukan nih..
ahahahha..hingga sanggup nak tgk utiub nih
jika xsempat tgk dlm tivi..hehhe

uolls suka tak layan citer itu
itu jugak salah satu cara
saya reles stress tau..
sambil-sambil bersenam tangan melipat kain..huhu
biarlah cerita itu panjang berjela
tetap suka tengok..hehe

p/s: lagipun..tu aje citer di tv yang saya tengok..:)

Selasa, 8 Februari 2011

** BUAH CERI DAN JEJEMPUT **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sebelum memulakan
sesi naik tangga turun tangga
kita hapdet dulu noooo!!

mek sarah kene buah ceri beri
dan jejemput ala-ala semput
tang ceri beri tu saya sendiri
tak pasti sebab bukan pasal makanan
bukan juga pasal menukar susu
cuma kulit bungkus susu aje rebranding
lepas minum susu pasti terceri beri
kasihan..muka pun dah monyok

semalam dah pegi klinik
bagi sedut neb utk kurangkan semput
jika tak..memang tak boleh tidur
hendak pastikan bila semput datang
tengok ketika dia bernafas
melalui mulut dan tgk keadaan perut
mesti naik turunnya kuat


**semput dan terceri pun..masih lagi aktif nih**




**ketika neb..siap pegang sendiri ( menangis yang tak menahan itu )**

p/s: semoga mek sarah cepat baik deh!!

Isnin, 7 Februari 2011

** DIGIGIT 'PIGHAH' **

Assalamualaikum
selamat petang semua

sudah lega urusan di sekolah
sekarang sedang sambil
memblog dan mengemas..ehehe

uolls pernah tak
digigit 'pighah'..oppss!!
itu bahasa klate yer
nama stended binatang ini
ialah kutu khinzir

inilah pengalaman pertama saya
digigit binatang ini
ya Allah..bisanya sampai sekarang
padahal mak saya telah mengutil
binatang ini sejak hari jumaat lagi

saya sendiri tak sedar digigit
alih-alih rasa sakit atas bahu dan sebelah leher
urut-urut sebelah pagi ingatkan tersalah urat
tapi sebelah petang..saya terasa macam berbintil
ingatkan bisul..panggil mak saya
tengok2 dia bagitau..ni 'pighah'..huhu

dah dikutil dan ditindas
keluar darah hitam
minatang ni kecik ajo
tapi bisa sakitnya sampai sekarang
masih lagi lenguh dan sakit

nasib baik kene kat saya
kalu kene kat mek sarah yang kecik itu
bagaimana nak bgtau tang mana sakit
ada yang pernah kene minatang ni masuk
dalam telinga..tak boleh bayangkan sakitnya

uolls ada pengalaman tak
kene gigit ngan mende alah ni
sakit wey..nak2 time mencabutnya..huhu

p/s: harap cepat hilang sakit..kalu tak nk gi suntik..

** SUPER DUPER BEEZZZZ!! **

Assalamualaikum
al-kaedahnya...
saya kerinduan lagi
untuk menjenguk blog
saya berhutang kunjungan
ke semua blog kesukaan saya
kerana hari ini dan saat ini
memang super duper biziii!!!
p/s: kunjungan hormat petang nati deh!!

Ahad, 6 Februari 2011

** BUKAN SALAH BROKBEN **

Assalamualaikum
selamat petang semua

urusan mendobi
hampir 90% selesai
sambil-sambil menunggu
mesin memutar lagi
kita stori mori sket deh!!..hehe

kenapa line kureng clear?
kenapa tak boleh bertenet di kampung?
janganlah marah pada brokben tau
brokben tak salah pun
yang menyebabkan kita tak boleh
berinternet bagai nak rak itu
adalah kerana coverage 3G tidak meluas

dulu saya menyalahkan brokben jugak
macam nak tukar yang lainlah
nak pasang jenama yang melekat teruslah
rupa-rupanya..coverage 3G itu yang tak adanya
ataupun sedikit

jika uolls ada henpon cap ayam belanda
ala..akan muncul pada skrin bawah line henpon tu
signal 3G..maksudnya line clearlah tu
jika tak ada..makanya..tak ada coveragelah tu..
saya faham benar..heehe
itu pasal jika saya tgk henpon saya
signal 3G tak de..arrraaaammakkkk...
tak boleh bertenetlah!!!!!!

satu lagi..jika coverage 3G mantoppp
tapi line masih berjanggut..
tu maknanya..gig brokben sudah limited deh
jika hendak laju..sila call utk tambah gig..hehe

so uolls..hepi2 BW deh..
itu setakat yang saya faham
jika ada tambahan atau pembetulan
boleh kita kongsikan..

p/s: masih tak abis berjalan2 siber nih..huk huk..

**AKU RINDU KAMOOOO!! **

Assalamualaikum
selamat pagi ke tengah hari semua

i miss my blog
i miss my blog list

semalam bertolak jam 6 petang
semalam juga sampai jam 4 pagi..huhuhu
hampir 10 jam atas jalan uolls
jem tanpa roti jalan kat klate
dan laluan ikut pantai di tganu
memang agak jauh sket..
alhamdulillah kami selamat sampai
home sweet home!!!!

bersawang melihat
blog kesayangan hamba ini
hampir 6 hari tiada cerita
almaklumlah..coverage 3G di kampung
agak malu-malu menonjolkan diri..

tapi..pagi ini jenguk sekejap blog
sambil-sambil membereskan
urusan kain baju yang membukit
petang karang baru kita stori mori

alohaaa...tadaa..

p/s: kepala pusing-pusing!!

Selasa, 1 Februari 2011

** ALHAMDULILLAH..BARU SAMPAI **

Assalamualaikum
selamat petang ke malam semua

kami selamat sampai di klate
tetapi belum sampai ke rumah
my MIL FIL lagi
masih di bandar TM
untuk membeli beberapa keperluan

terima kasih kepada semua
yang memberi ucapan
atas ulang tahun kelahiran mek sarah
saya tak sempat nak reply
sebab faham-faham ajelah
line tenet memang slow amat
lagipun tadi otw balik..hehe

pasti rindu hendak memblog
line tenet kat kampung ini
macam malu-malu hendak menonjol..huhu
ini pun..hapdet dalam kete
sambil menunggu hubby membeli barang2..

p/s: tadaaa...line slow weh..huhu

** MY BABY GIRL **

Assalamualaikum
selamat pagi ke tengah hari

hari ini 1 februari 2011
merupakan hari ulang tahun
yang ke-2 NUR SARAH BT ZAID


**koboi tu..hehe**

selamat menyambut hari lahir anakku
semoga NUR SARAH menjadi anak yang solehah
murah rezeki, dirahmati
sentiasa sihat walafiat, aktif sokmo

**kami otw ke klate ini
**sambutan besdey akan dibuat
bila balik kuantan deh mek sarah..hehe

p/s: nok makke SR nati..