selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Jumaat, 29 April 2011

::PANGGILAN GEGAR::

Assalamualaikum
selamat petang blakow deh..

balik skol tadi
kemain saya ketiduran dengan mek sarah
ada la jugak dalam 2 jam..hehee
bila bangun terasa kesegarannya
dan apa lagi saya teruskan usaha murni
senaman tangan untuk kain-kain yang membukit
sejak seminggu yang lalu..wahahahhaa

dan ingin saya membuat seruan kepada
semua blogger yang ingin turun
ke taman bandar pada 1 mei nati agar siap siaga..hehe
bawa tikar dan air mineral
sebab kita pasti bercakap banyak..hahhaa
bertukar-tukar cerita sebab pestime bersua muka

yang penting sekali kehadiran uolls
yang penting jugak kamera tak kira
cap ayam ke DSLR..hehee
gambar mesti ditangkap!!!!!

so uolls yang sudi datang nati
kita jumpa nati deh
kepada yang lain
yang tak dok kat kuantan
saya harap hal ini
akan menjadi inspirasi untuk uolls
berjumpa dengan blogger yang satu kawasan

p/s: sambung senaman tangan sat noooo...ni amik mood jap..ehhee

::RAMAINYA ANAK::

Assalamualaikum
selamat pagi jumaat semua

berapa orang anak yang uolls rancang?
ce kira anak saya dalam gambar ini..hehhe

ada 6 orang budak dalam gambar ini
eh..eh...anak kak sarahnajwan empat aje kan..hehe
ye la tu..anak saya 4 aje
2 orang lagi tu anak sedara saya

seronoknya jika saya
ada 6 orang anak
itulah dulu zaman mudo-mudo
malas hendak preggy
sebab dahulu asyik fikir letih dan penat
anak kecik-kecik susah hendak jaga

saya sangat salute orang yang ada anak ramai
maksudnya antara 5 hingga 8
seronok tengok dan nampak meriah
sekarang umur da tuo
hendak preggy pun fikir 1001 kali

uolls hendak anak ramai atau tak?
jika umur masih muda lagi
bolehlah kan..tapi sekarang
kene rancang dengan kemas dan teliti
banyak keperluan dan kehendak
kos sara hidup juga kena rancang dan sesuaikan
sebab kos hidup sekarang memang tinggi

p/s: kalau tengok baby..jam tu jugak terasa nk berbaby lagi..hahhaha

Khamis, 28 April 2011

::JOM MAKAN!!::

Assalamualaikum
siapa-siapa yang teringin
boleh pi mana-mana kedai
yang menyediakan sajian ini..hehehe

saya hendak makan sajian ini
malam ini...siapa nak ikutttttt????

p/s: tapi kalu banyak sangat black pepper..sakit perut eden..huhu

::SAYA NAK GUMUKS::

Assalamualaikum
hari ini lambat bersiaran

saya rasalah kan..hehee
semua orang mahukan badan yang slim mlim
semua orang mahu kuruskan badan
saya pulak yang terbalik
saya mahu gemukkan badan..hehe

ce share sikit uolls deh
cara-cara hendak bagi gumuks sikit aje
hendak bagi berisi badan
sebab berat badan saya
dari zaman anak dara hingga ke mak dara
dok takuk 41-43kg ajo..huhu

bayangkan masa preggy cecah 52kg..huhu
itu berat perut membuyung
bersalin sahaja..zasssssssss berdesupp ke 43kg
itu pasal saya rasa seronok preggy
sebab angka berat naik..hehe

okeh deh uolls
ce share tau..saya nak try amalkan..tenkiu all

p/s: selera makan saya menten tau..ehhe

Rabu, 27 April 2011

::FORMAL DINNER::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semalam hari yang sangat sibuk
dengan meting pada sebelah petang
dan menghadiri formal dinner sebelah malamnya

formal dinner ini
menjadi rutin sekolah saya
dalam memantapkan sistem rumah murid
dan semalam giliran rumah sukan saya
yang mengendalikannya
dan tema yang telah ditetapkan ialah "INDIAN THEME"
uolls saksikanlah beberapa pic menariknya
yang dibuat oleh pelajar-pelajar sendiri:

 **hidangan semalam- nasi beralaskan daun pisang**

 **penuh dengan lampu**

 **hiasan guna beras warna tu..hehe..**

**saya tak sempat mencari sari la..hehe**

p/s: memang seronok dan murid-murid mmg kreatif...

Selasa, 26 April 2011

::TING TONG::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi ini kuantan dibasahi hujan

dan pagi ini juga
saya ting tong a.k.a fening-fening berpinar
gara-gara najwan batuk, semput dan senak perut semalaman

hendak dijadikan cerita
dalam keadaan pening-pening lalat
menguruskan najwan
saya boleh tertukar antara vicks
dengan ubat alegik kulit..huhu
bekas vicks yang bulat tu seakan-akan
dengan bekas ubat alegik
yang nasib baiknya
saya tak lumurkan kat hidung najwan aje..
kalu tak memang haru..hhee
kasihan anak aku tu..

itulah konon-konon
tak nak pasang lampu
takut mek sarah jaga
main ambil aje ubat tu..
pengajaran betullah..
nasib ubat sapu
kalau hak ditelan..aduyaiiiiii

p/s: ting tong punya hal..hehehe..balik skol nati nak cover tidurrrrr!!!

Isnin, 25 April 2011

::CITA-CITA MASA SEKOLAH::

Assalamualaikum
kita hapdet sebelum tidur..hehe

uolls ingat tak
zaman sekolah dahulu
asal cikgu tanya tentang cita-cita
banyaklah jenis pekerjaan yang keluarkan

antara cita-cita yang femes emes ialah
hendak menjadi guru-->sayalah tu..heehe
dan macam-macam lagi

ce citer cita-cita uolls masa skol dahulu
adakah tercapai atau tidak
jika tak uolls sebagai apa sekarang..

p/s: entry segera nih..hahhaha

::GARAM KUNYIT::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

selalu uolls hendak goreng ayam atau ikan
uolls guna kunyit serbuk
atau buat sendiri garam kunyit
saya lebih suka buat sendiri
menggunakan kunyit hidup + bawang putih
kendian diblender sebelum dicampurkan garam halus
inilah hasilnya:

hasil garam kunyit ini
saya buat stok terus
mungkin untuk sebulan dua
dan disimpan dalam peti ais

dan saya rasa buat garam kunyit gini
rasanya lebih sedap jika dibandingkan
dengan menggunakan serbuk kunyit..hehe
hendak-hendak dilumur pada ikan selar kuning ni
sangatlah sedap dan baunya lebih wangi

p/s: balik nati nak goreng ikan selar kuning..hehee

Ahad, 24 April 2011

::AYAM + LEMBU::

Assalamualaikum
selamat petang semua

saya ini bukan memilih makanan
tetapi yang pasti
dalam banyak-banyak daging
saya hanya makan daging ayam dan lembu sahaja
selain itu tak kira la kambing ka
kerbau ka itik angsa serati..huhu
memang saya tak boleh makan

saya pasti akan tahu
lauk daging yang dimasak itu
bukan ayam atau lembu
ayam pun ayam bandar aje..hehe
ayam kampung pun tak le nak telan gak..hehe
dan daging lembu pulak lembu kampung/bela
kalu yang import mari pun
arrraamak..tak leh jugak makan

uolls macam saya ka?
sesetengah orang tak kisahkan
janji lalu makan..hehe

p/s: baru hapdet..gi kenduri kawin tadi

Sabtu, 23 April 2011

::ASAL WEEKEND::

Assalamualaikum
selamat malam semua

sunyi sepi saya rasa internet pada hari ini
atau khususnya hujung minggu
jadi saya suka-suki hapdet status di fesbuk:

kenapa eh asal weken
semua orang kurang mengadap internet
atau bukan semua orang ada internet di rumah
tapi tak kan kot..hheehe

dan saya juga rasa
macam diana rasa iaitu:

blog pom kalu hujung minggu
juga semacam lesu..huhu
betulkan???

nampak gaya semua orang
menggunakan masa kualiti
hujung minggu bersama-sama dengan keluarga
jika hari bekerja sibuk pulak kan...
dan saya pasti masa berinternet banyak digunakan
semasa hari bekerja..hehe

p/s: rasa nak tgk af9 la pulok..hhehe

::HOUSEKEEPING::

Assalamualaikum

hari ini saya dan hubby
memulakan operasi mengemas bilik belakang
yang selama ini dijadikan stor
sejak kami berpindah ke rumah baru ini pada april 2009

rumah kami ada 4 bilik
dan nak tak nak saya jadikan bilik belakang
sebagai stor sementara-->kunun-kunun
dengan harapan akan dikemas untuk dijadikan bilik tetamu
last-last sejak april 2009 hinggalah sekarang
jadilah bilik stor--> 2 tahun tuuu..ehheh

maka hari ini secara rasmi
bilik yang tengah bersepah ini
akan dijadikan bilik tidur along
maklumlah tahun depan along akan ambil upsr
dan ingin mengajar dia agar berani tidur seorang diri
sekarang share dengan angah dan najwan
bersesak-sesak satu katil queen..hehe

sekarang berehat seketika
kerana selepas ini acara
mengemas bilik itu menjadi cantik pulak..hehe
malam ini along akan tidur sorang dalam bilik itu
kita tengok guaner sebab along ni amatlah penakut..ehhehe

p/s: tengah hari konpom tak masak...alasan sebab housekeeping..hhehee

Jumaat, 22 April 2011

::CUCI TANGKI AIR::

Assalamualaikum
selamat petang semua
panas sungguh petang ini
habis kain beterbangan dari ampaian...hehe

panas-panas gini
bayangkan jika tarak air?
aduyaiiii...memang parahkan
tapi saya tak nak cerita
tentang keputusan bekalan air
tetapi tentang tangki air uolls masing-masing
yang kat atas bumbung itu

pernah tak uolls
maksud saya panggil orang cucikan
atau yang tough sket
suami kita yang tersayang tulun cucikan..hehe
hubby saya pernah dua kali kot cuci
sepanjang kami dok rumah ini
bayangkan keladak yang penuh dalam tangki itu
memang tak sanggup nak tengok

jika kita tak pernah mencuci
mahunya macam-macam ada dalam itu
dan airnya itu kita buat mandian
itu pasal kadang-kadang
kenapalah airnya hanyir ini
sekali tengok..ararraaamakkkk..segala cicak, lipas etc dok berkembung dlmnya..haruuuuu

p/s: apa kata weken ni..kita pakat2 cuci tangki..yehaaaa...kasi tough hubby punya lengan..bukan lengan kita..hehe..kita hanya agen buka tutup paip ajo..

::BELAJAR MENJAHIT::

Assalamualaikum
selamat pagi jumaat semua

sudah lama saya memasang niat
untuk belajar menjahit
tetapi kekangan tugas dan yang utamanya
tak berapa hendak bersungguh
maka hasrat untuk belajar menjahit dan beli mesin jahit
masih dalam wishlist/azam dari tahun ke tahun

tengoklah gambar uniform anak-anak saya ini
dek tarak mesin jahit sendiri
saya terpaksa upah orang lain
untuk menguruskannya
alangkah mudahnya jika
ada mesin sendirikan
setakat jahit-jahit simple itu
tekan sahaja mesin itu
bukan tak boleh jahit tangan
tapi mokwey....tangan saya tarak seninya..hahhaha

saya pernah menjahit baju kurung sendiri
itu zaman anak dara sehingga habis belajar U
kahwin sahaja terus berhenti menjahit
dan faham sahajalah sekarang banyak mak lupa dah skillnya..hhaha

ada antara uolls tukang jahit tak?
untungkan sebab di samping jahit baju tempahan
bolehlah layan kehendak jahitan suami dan anak-anak..ehhee

p/s: jahit baju kurung pom boleh tahan rega sekarang..huhu

Khamis, 21 April 2011

::HOBI DI TRAFFIC LITE::

Assalamualaikum
selamat petang semua
ewahhh..hapdet petang ini
sebab idea datang masa tengah dok traffic lite tadi..hehe

apa yang uolls salu buat
jika berhenti ketika lampu merah?
ada yang termenung panjang
ada yang cari canel-canel radio
ada yang tengok-tengok meset
ada yang gentel-gentel rambut
malah yang paling banyak-->melombong hidung..wakakakakak
serius saya tengok tadi ..ehhe

entry saya lucu pulak kali ini
tapi saja-saja nak ce citer..cde citer ngan uolls
saja-saja nak buat lawak
petang-petang khamis ngan uolls..hahaha

p/s: nak pi pasar malam jap..beli ikan..ehhe

::MAK..NAK JALAN KAKI BOLEH?

Assalamualaikum
harap-harap semua beres!!..hehe

semalam menjengah blog diana
ada diceritakan tentang keselamatan
anak-anak kita ke sekolah
bagi yang menaiki van atau bas sekolah
anak-anak saya alhamdulillah
pergi berhantar dan balik dijemput

tapi kadang-kadang ada juga
terselit dialog along-->"mak, kami jalan kaki boleh??"
mereka kadang-kadang hendak test keadaan cuaca yang panas tu..ehhe
ada juga saya bagi can
suruh jalan kaki ke skol agama
itu pun sebab sangat dekat dengan rumah saya

zaman sekarang berlainan
dengan zaman kita sekolah dahulu
jika dahulu saya ke sekolah berjalan sejauh 5KM ke sekolah
dahulu keselamatan lebih terjamin
berbanding sekarang dalam rumah pun belum tentu selamat
lagi-lagi jika anak-anak kita kesorangan
tanpa ada orang dewasa

bahaya ada di mana-mana sahaja
sebagai ibu bapa kita sangat risau
takut apabila memikirkan
keselamatan anak-anak kita
semoga semua anak kita selamat!!!

p/s: amik masa sejam menaip n3 ni..kontang idea nih..hehehe

Rabu, 20 April 2011

::KES PECAH RUMAH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pada tanggal ini tahun 2010
rumah saya kena pecah - ini entrynya..huhu
trauma itu tetap ada sehingga sekarang
hendak-hendak ketika hubby OS
lagilah ketraumaan itu datang

kejadian pecah rumah/samun ini
memang menghantui setiap jwa kita
rasa tidak selamat walaupun berada
dalam rumah sendiri apatah lagi di luar rumah

walaupun rumah kita dilengkapi
sistem grill yang kukuh
sistem penggera yang canggih
atau jika mampu boleh pasang cctv
WAJIB juga kita pagarkan rumah kita
dengan ayat-ayat suci Al-Quran
kita bermohon kepada Allah
agar seluruh ahli keluarga dan rumah kita
sentiasa dilindungi daripada segala marabahaya
InsyaAllah :)

p/s: sila share pengalaman yang uolls ada deh..

Selasa, 19 April 2011

::MAKAN BUAH JOM!!::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
breakfast dengan apa semua?
dengan buah epal atau anggur ka?

rasanya saya tak pernah
breakfast dengan hanya
makan sebiji epal hijau
macam pelikkan..takut sakit perut pun ado..huhu

semalam melihat-lihat paper online
saya tertarik dengan paparan hmetro
tentang pengambilan buah-buahan
dalam diet kita seharian
tapi itulah sayakan
jarang-jarang bebenor menyelitkan
buah-buahan dalam senarai
barang runcit untuk seminggu
nampak gaya kena amalkan
seperti yang disarankan
untuk membiasakan makan buah-buahan sebagai
salah satu diet sihat saya dan keluarga

dan yang menarik
untuk saya kongsikan dengan uolls
ialah penyediaan salad buah-buahan
yang diberikan oleh artikel hmetro itu
meh saya share jugak dengan uolls deh
tapi saya ubah suai untuk makan famili saya..

1. potong dadu sebiji epal hijau/sebiji epal merah/sebiji mangga
2. potong kiub separuh nanas/separuh honey dew/sebiji belimbing besi
3. setengah kilo anggur merah/setengah kilo anggur hijau
4. 2 yogurt berperisa yang kita suka-->jika saya perisa blueberry-->meleleh sedap!!

**semua itu digaul dan sedia untuk dingap!!!!
nampak berjelirakan-->jom kita sama-sama buat..heehe

p/s: moh kita amalkan gaya hidup sihat!!

Isnin, 18 April 2011

::WAAAAAAAA...BLACKOUT!!!!::

Assalamualaikum
sekarang tengah hot..hot..hot!!!!

bateri lappy pun
tinggal kureng 10 minit ajo
bayangkan guaner nok bertenet ini
blogger tegar sungguh-->sempat hapdettttt!!!!..hahahaa
tu la semalam hubby guna lappy
tak charge..huhuhu..

blackout kat tempat keje
best ke tak eh???
panaskan..nak buat sebarang keje
pun tak boleh dah..alasan tuuuu..ehhehe
alasan tak leh guna lappy sebab bateri kong..hahahha

yang penting
kelas mesti masuk
mengajar sambil berpeluh
pah ke keting..hahhaha
demi anak bangsa tercinta..
aduh ayat..tak menahan tu..

saya callo dulu
senaman naik turun tangga
dan senaman suara
dalam suasana hot..hot..hot..!!!!!

p/s: jika ada karen..saya jalan-jalan rumah uolls deh..sediakan air teh o ais limau tau..

Ahad, 17 April 2011

::KECEK KLATE | PALING SUSAH DISEBUT?::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

susah sangat hendak
faham kecek klate ko?
apatah lagi hendak meniru berkecek atau cuba bercakap
rata-rata orang beritahu begitu

ce lihat cerita-cerita di TV
kalu ada guna dialek klate tu
memang lain bebenor bunyinya
melainkan pelakon itu
asli dari bumi klate dan memang anok jatilah
kalu bukan dari klate gak
soundnya begitu terrible..hahhaha

dialek klate ni
rasa saya ada sabdunya-->jeda tau..hehe
jika cakap dengan nada slow mlow
mungkin mudah org luar faham
tapi kalu bercakap macam monorel gak
ambo pun payoh gok nok pehe..hahahha
ada dialek ikut daerah yang agak pekat jugak
nak bagi contoh pun saya lupak..hehe

ce pi blog eelobor-->klik deh
dia ada buat soklan/test bahaso klate
seb baik saya betul semua
memang pekat sangat tuuuu...

apa-apa pun
saya suka dengar seme dialek kat msia ni
sekarang dialek yang femes emes ialah:
"KITE BAKOR....KITE BAKOR!!!
sampai mek sarah pom.."ite ako..ite ako"..hhahahaa

p/s: penangan usop wilca..mmg menjadik..

Sabtu, 16 April 2011

::LEGGING::

Assalamualaikum
saya sekeluarga telah makan tengah hari
awalkan kami makan
sebab kelaparan kerana pagi tadi
saya goreng mee-->tak cukup beb!!!

hari ini kita stori tentang legging
bukan saya yang pakai tuan puan yer..
upah pun saya tak mungkin akan pakai..huhu
ini tentang legging mek sarahlah..sapa lagi kans!!!
ce layan mek sarah berlegging
opppSSS!!!gambar dari sudut belakang ajo..hahhaa


jika budak-budak kecik pakai legging
memanglah menawan hati dan nampak kiutkan
itu pasal saya memang minat beli legging ini
tapi banyaknya buat tidur malam aje
tak ada untuk gi jenjalan
kalu pi jenjalan
mek sarah suka berjeans..hahhaha
tabiat ikut 3 hero malaya yang aktif..

so uolls
minat tak beli legging untuk anak-anak
bukan untuk uolls tau..hehe

p/s: rasa-rasa angin banyak dalam badan..huhu

Jumaat, 15 April 2011

::SEMALAMAN FENATTTT!!!!::

Assalamualaikum
baru dapat menjengah blog
kesayangan hamba ini

sekarang ada program
penting di tempat kerja saya
mungkin belah petang nanti
saya akan menjengah rumah uolls

almaklumlah semalam
langsung belah petang atau malam
saya langsung tak membuka internet
kefenatan amat-->rasa mahu kebaringan sahaja..huhu

so uolls
tunggu lepas jumaat nati deh
saya pasti akan terjah entri uolls..

p/s: badan fenat banyak angin!!

Khamis, 14 April 2011

::BILA IBU JADI BLOGGER::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hari ini saya ingin menyempurnakan
hajat seorang adik blogger kita ini--> CIK MEAW
yang ingin mengetahui dan berkongsi cerita
tentang bagaimana kaum ibu boleh menjadi blogger
ini hajatnya-->siap print screen tu..hahhahaa


saya boleh terjebak dengan dunia blog
sebab selalu dok mengusha blog orang lain
memang teringin hendak melihat
hasil tulisan sendiri keluar dalam alam siber
dan yang pasti hanya belajar sendiri
untuk membuat blog ini..hehehe

kendian saya menyepi dari dunia blog
sebabnya kekonon kureng idea hendak mengarang
setahun kemudian saya kembali aktif
dan ketika aktif inilah
saya daftar nuffnang..dah jadi mabuk dengan traffics pulak dah
jadi..time free mesti kejar traffics agar $$$ masyukkk
jadi sakanlah jugak BW pada zmn aktif ini
tetapi..lama-lama letih dik non mengejar traffics
dengan kebizian sbg pekerja dan ibu
last-last hanya tumpukan pada post entry
dan hanya menjelajah ke blog yang terdapat dalam blog list sahaja
dan keakraban dengan nuff pun sudah suam-suam kuku..huhu

biasanya post entry hanya waktu pagi
jika ada idea malam-malam buat
dan setting auto publish pada esok pagi
jika banyak idea..buat sebagai draft dahulu
then edit utk publish bila-bila perlu
yang pasti jika boleh
satu entry per day
untuk BW sekarang memang kureng buat

saya rasa semua blogger sama sahaja
membuka blog hanya ketika benar-benar free
atau kita buka blog hanya untuk releskan sedikit tekanan
sama ada kerana kerja atau belajar..

p/s: harap cik meaw puas hati deh..jika tidak..bgtau lagi yer..hehe

Rabu, 13 April 2011

::REPLY COMMENTS::

Assalamualaikum
mak aiihhh!!!!
petang-petang tajuk entri spekang..hehe

walaupun entry saya sehari satu sahaja
disebabkan tugasan yang bertambah-tambah
[esok pemantau nk dtg skol..huhuhu]
saya tak sempat hendak membalas
setiap komen yang diberikan
itulah masalah saya sekarang

baru sahaja saya sempat membalas
semua komen pada entri hari ini
yang dua entri lepas belum dibalas lagi
ini bukan bererti saya tak membaca
setiap komen uolls
saya membaca setiap komen uolls dengan gigihnya..hehe
cuma time hendak membalas itu
kita kene berfikir agar selari
dengan komen yang diberi..ehhee

saya sangat salute
pada blogger yang komen entri
satu demi satu..cayalah!!!!
uolls memang superbbb!!

p/s: malam nati saya cover seme komens..ehhe

::KEK DAN BLOGGER::

Assalamualaikum
semua orang bizi ka?

saya pon bole tahan bizi
tetapi sempat lagi berdating sekejap
dengan blogger ieda herbalife
gara-gara mengorder kek/brownies
di shahputra semalam..hehe

inilah gambar kami
yang disnap dalam keadaan
kelam kalibut sebab tak dak tempat
nak parking kereta..huhu

yang penting setelah lama
dok bercerita ceriti dalam blog
akhirnya kami dapat jumpa jugak
walaupun saya hari-hari lalu
depan shahputra itu..hehe

dan ini keknya..
memang best!!!!!

p/s: ieda blogger ketiga saya jumpa selepas cik tom dan yaty..hehe

Selasa, 12 April 2011

::BANYAK ANGIN::

Assalamulaikum
guaner hari ini?
saya sekarang tengah berangin..huhu

uolls biasa tak dimaklumkan
bahawa badan uolls banyak angin
tadi ada kawan saya beritahu saya
badan saya banyak angin
kerana apabila dia berdiri
di belakang saya
dia dapat rasa badan saya macam itu
dan ini dibuktikan apabila
dia mula sendawa yang kuat itu
itu belum lagi dia sentuh/urut belakang lagi tu..

ada tak fakta-fakta lain
saya pun rasa banyak angin sekarang
perut rasa sebu
rasa seperti mual-mual
huhuhu

boleh uolls share tak
cara-cara untuk membuang
angin dari badan
dengan cara yang paling mudah

p/s: terima kasih daun keladi

Isnin, 11 April 2011

::BORING = MIM ALIF LAM SIN?::

Assalamulaikum
selamat tengah hari semua
sekarang kureng kebizian
dan berkebetulan ada idea
untuk hapdet..hehe

uolls setuju atau tidak
jika saya mengatakan
bahawa fakta--> BORING = MIM ALIF LAM SIN
saya sangat setuju
kerana jika kita merasakan boring
secara automatik
kita menjadi malas untuk membuat
sebarang kerja yang patut
kita laksanakan
alih-alih kita hanya
ketiduran atau bermalas-malasan sahaja

kadang-kadang untuk
menyedapkan hati kita
kita bagitau semua orang
"BORINGLAH".."BOSANLAH"..etc yang sewaktu dengannya
tengok-tengok...kerja tak buat
kita pulak layan internet..wahahhaaha
alasannya hendak hilangkan boring..huhu

semua yang saya bgtau ini
memang saya yang rasakan
adakah uolls pun sama
seperti saya???
tapi ada sesetengah orang
asal ada kerja
yang patut disiapkan
pasti tidak ada dalam
kamus hidupnya BORINGGG!!
tabik kat orang gini...cayalah!!!!

p/s: jom lunch..hehe

::BASUH KERETA::

Assalamualaikum
selamat pagi isnin
harap-harap tidak blues pagi ini..hehe

semalam ada basuh kereta?
saya mintak mahaplah
sebab saya ini tak pernah
basuh kereta sendiri walaupun kereta itu
"kaghat ghamat"..heheh

seme kerja kontrek ini
my hubby yang tender
malam minggu aje
tugasannya bermula

saya adalah jugak
bagi sokongan dari segi info kesihatan
saya bgtau hubby bahawa
jika basuh dua buah kereta serentak
secara tak langsung otot-otot lengan
akan membesar macam orang main gym..huahuahua
info ini logik ka?..lantaklah..hehe

saya memang salute
jika orang pompuan basuh kereta
tak kira bini orang
atau mok we atau single..hehe
lagi salute jika
laki bini anak beranak bersama-sama basuh kereta..cayalah!!!!!
tapi anak-anak saya tak leh join ayah dia basuh kereta
sebab saya takut kebanjiran dan pembaziran air berlaku
bil air banyakkkkkk woooooo...

p/s: saya pernah gak basuh kereta..tapi upah dan bayar kat kedai..huahauaha

Ahad, 10 April 2011

::KENYANG!!::

Assalamualaikum
sekarang jam 3.30 petang
dalam keadaan hujan renyai-renyai
saya dan keluarga
baru lepas santap tengah hari..ehhe

ini menu ringkas kami hari ini
yang dimasak dalam masa 2 jam
maka hari ini saya masak lambat
sebabnya  mengambil along yang menyertai
 kem motivasi sejak jumaat lepas

ingat masa balik
mahu singgah aje mana-mana kedai makan
makan dan minum sesedapnya
tapi memandangkan hari hujan
maka hendak singgah dan melalui hujan
rasanya amat renyah

untuk semua geng blogger
selamat berhari ahad
dan jangan lupa
esok hari isnin!!!

p/s: ingat hendak pi jalan-jalan lepas asar ni..hehe

Sabtu, 9 April 2011

::SABTU|KERJA::

Assalamualaikum
dua minggu berturut-turut
sabtu bertugas
...demi tugas dan tanggungjawab

semalam juga sangat kebizian
hanya sempat jalan-jalan beberapa rumah sahaja
idea untuk mengarang
pun jadi kering kontang
sekarang pun taip delete taip delete..huhu

kadang-kadang untuk jana idea
fikiran kena tenang dan relak
jika serabut pasti idea itu dok jauh-jauh
kerja pulak rasanya banyak
pada tahun ini
terasa tidak cukup kaki tangan..huhu

dan jika  fikiran sudah tenang
bolehlah mengarang dengan baik
agar banyakkkk idea saya boleh
kongsikan  di sini

p/s: selamat berhujung minggu semua

Khamis, 7 April 2011

::NGETEH!!::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
hari ini kebizian agak kureng..hhee

jom kita stori pasal hubby la pulok..keh3
hubby saya suka ngeteh--> keluar malam-malam minum teh dengan geng!!
jika malam minggu ajo
jam 9.30pm mesti ada bunyi meset
dan jam 10pm ajo
pasti ada kereta siap menunggu kat luar rumah

kadang-kadang ngeteh ini
tak beroperasi hanya malam minggu
malam weekdays pom onnnnnn!!!

itulah hobi hubby saya
dengan geng bapa-bapa
kawasan lorong taman saya

yang pasti saya tahu
hubby keluar minum teh
jangan they all
merambu kat tempat lain...sudahhhhh!!!!

p/s: minum teh kat rumah ngan bini kureng sedap kot..hehee

Rabu, 6 April 2011

::SOSEJ REBUS::

Assalamualaikum
selamat petang semua
sudah hendak senja pun..
sambil-sambil menunggu kejora bintang
kita share menu mkn petang anak-anak saya


itulah menu yang selalu saya hidang
tak de buat pun
main yang segera jugak
potong dua dan rebus
saya memang tak goreng sosej itu
banyak masuk minyak
saya mesti rebus aje
then cicah dengan sos cili

dan menu itu
saya selang seli dengan
frenchfries atau pau segera..ehhe
hendak godek-godek sendiri
memang la mak penat..huhu

atau kalau tok cekak sangat
saya beli aje pisang goreng
hehehe

p/s: uolls gini jugok ko?..mesti ada antara uolls yang rajin buat sendiri..tabikkk beb!!!

::IKUT GAYA ABANG::

Assalamualaikum
sudah bekpes semua?
sebelum masuk kelas
kita bercerita dahulu

hari ini kita stori
tentang mek sarah la pulak
tengoklah gaya dia sekarang
ada gaya gegirl ke atau boboy nih..hehehe

sekarang ini suka sangat
nak pakai kopiah macam 3 abangnya
puas menjerit mencari kopiah dia kekononnya
ada la satu yang najwan dahulu
tapi itupun besar saiznya

inilah penangan sorang gegirl
dalam kalangan 3 hero yang aktif
perangai pun sudah lasak
macam 3 hero--> panjat sana sini
berguling-guling dan main pukul-pukul

jika siap mandi aje
hendak pakai seluar jeans
macam 3 hero..hehe

tapi satu aje yang tak menahan
bab manja kededek
merajuk sampai mak hangin satu badan
mek sarahlah juaranya
yang itu pulak
memang pesen gegirl punya fe'el
alahai!!!

p/s: memang beza sangat antara kelasakan anak gegirl dengan anak boboy..

Selasa, 5 April 2011

::PUJUK ANAK::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

anak-anak suka merajuk?
ini kes biasa dalam keluarga kita
saya ini jenis yang tak suka pujuk banyak kali
sekali dua pujuk lagi..dan lagi..dan lagi
kali keempat mulalah hangin sudah naikk!!!!

pastu saya ini mulalah
bersilat terus silambam ke hape..hehe
saya memang rimas dengan
anak-anak yang menangis berpanjangan
bukan menangis sebab sakit
tapi menangis buatan merajuk
last-last saya buat tak tahu aje
reti pulak dorang diam

sekarang yang paling kuat merajuk
jatuh kepada mek sarah..huhu
raja merajuk pulak si najwan
adoiii..

camna uolls tangani anak begini
memujukkkkk ajo ke?

p/s: nk gi bekpes jap..sblum senaman turun naik tangga..

Isnin, 4 April 2011

::KENA SURVEY DULU::

Assalamualaikum
setelah seharian berkursus
inilah masanya untuk
berdua-duaan dengan blog..hahha

saya berkursus di salah sebuah skol di sini
tempat yang saya tak biasa
jadi untuk memudahkan
perjalanan saya agar tidak sesat baghat
kita kene surveylah dahulu
tak adalah sampai kat tempat kursus itu
setelah orang sudah mula 2 jam..hehe

sangat bahaya jika
sambil kita drive sambil itulah
kita hendak memerhatikan arah
ke tempat kita kene pergi
itulah kadang-kadang
ada yang terxciden ke hape...
nampak hal ini macam remeh
tapi itulah  hakikat
dan antara kita ada yang tak amalkan

saya stori mori hari ini
sebab ramai rakan saya sesat baghatlah
maklumlah seme dari daerah bandar
tempat kursus lak jauh sikit dari bandar
kalau kita sudah tahu tempat
bolehlah kita memandu kereta dengan berhemah
jika tidak mahunya hendak pecut
mengejar waktu kursus
bahaya wey....

p/s: hati-hati di jalan raya deh..

Ahad, 3 April 2011

::AYAM GORENG!::

Assalamualaikum
sudah lunch seme?
pasti sudah kenyangkan

hari ini saya masak
pucuk paku goreng + ayam goreng
ikan selar kuning goreng + budu + timun batang
okeh la tu..konyang perut!!

**ini ayam goreng hari ini..siap ada perhiasan tu..hahaha**

bercerita tentang ayam goreng
memanglah tak dapat dipisahkan
daripada budak-budakkan
asal makan nasi ajo
mesti nak ayam goreng
seme anak saya pun gitu

jika beli tapau tengah hari pun
mesti gak selit ayam goreng
hari-hari makan ayam goreng pun ok
anak-anak uolls camtu ka?

satu petua saya nak share dgn uolls
atau uolls pun ada yang tahu kot..hehe
selepas basuh daging-daging ayam itu
saya akan rendamkan dengan cuka/air asam limau nipis dahulu
barang sejam ke supaya seme lemaknya
akan hilang dan gorengan ayam kita pun
akan rangup dan sodappppp!!
ce try deh!!

p/s: kadang-kadang manyak fening nak masak apo kan..hehe

Sabtu, 2 April 2011

::MENGADU DOMBA @ BANYAK SONGEH!!::

Assalamualaikum
balik-balik dari skol
tengok laptop dok terbuka
hah!! apa lagi hapdet dulu deh..hahaha

**3 hero masa kecil**

bab mengadu domba atau banyak songeh ini
saya bukan nak storikan tentang orang lain
ini seme tentang 3 hero saya itu
minggu ini banyak cerita tentang hero malaya ajokan..
uolls layan ajolah sampai abis deh..
mana tau kot2 dapat pengalamannya..hehe

jika seorang mengadu domba
pada saya atau ayahnya:

angah: mak..tadikan along buat ini..itu..ini..itu
dan jika saya marahkan along
atas sebab aduan tadi
punyalah suka si angah ni

satu lagi pesen gini:
mak: sapa yang buat mende ini?
secara serentak 3 hero akan berkata2:
along: angah mak
angah: wan mak
najwan: angah mak

semua tak nak mengaku
last-last saya cakap:
"tak dak sapa ngaku..mak ngan ayah atau adik sarah aje yang buat"

satu hal lagi:
mak: tolonglah angah kemas tempat tidur tu
angah: asyik-asyik angah aje..alonglah pulak
mak: kalu gitu..mak sudah bosanlah menyapu rumah, memasak, membasuh..bla..bla..bla..angah la pulak buat..

itulah anak-anak kitakan
anak-anak zaman skrg
banyak benar potensi mereka
justeru sebagai ibu bapa
kita haruslah bijaksana
dalam mendidik dan mengajar mereka..

p/s: hari ini hari hubby menjaga anak..hehe

Jumaat, 1 April 2011

::PENJAGA RUMAH::

Assalamualaikum
sekarang baru boleh hapdet
kebizian dari pagi sebab
esok ada majlis rasmi sekolah

saya cuma hendak sambung stori
tentang 3 hero yang kena ciken pox
disebabkan mereka dioff skol
maka saya dan hubby hanya
meletakkan mereka di rumah
dengan bantuan jiran untuk menengok2
jika ada apa2 hal

setakat ini mereka sudah biasa
lagipun umur 3 hero sudah boleh harap
along 11 tahun, angah 10 tahun dan najwan 6 tahun
cuma yang tak boleh nak harap
abis sepah2 rumah..huhu
tapi tak dak hal janji keselamatan mereka terjamin

kasihan pulak kepada 3 hero
sebab mereka sangat rindu untuk ke skol
macam najwan tadi..meraung2 nak pi skol..hehee

p/s: sobar ajolah..esok bertugas lagi until petang..:(