selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Sabtu, 23 April 2011

::HOUSEKEEPING::

Assalamualaikum

hari ini saya dan hubby
memulakan operasi mengemas bilik belakang
yang selama ini dijadikan stor
sejak kami berpindah ke rumah baru ini pada april 2009

rumah kami ada 4 bilik
dan nak tak nak saya jadikan bilik belakang
sebagai stor sementara-->kunun-kunun
dengan harapan akan dikemas untuk dijadikan bilik tetamu
last-last sejak april 2009 hinggalah sekarang
jadilah bilik stor--> 2 tahun tuuu..ehheh

maka hari ini secara rasmi
bilik yang tengah bersepah ini
akan dijadikan bilik tidur along
maklumlah tahun depan along akan ambil upsr
dan ingin mengajar dia agar berani tidur seorang diri
sekarang share dengan angah dan najwan
bersesak-sesak satu katil queen..hehe

sekarang berehat seketika
kerana selepas ini acara
mengemas bilik itu menjadi cantik pulak..hehe
malam ini along akan tidur sorang dalam bilik itu
kita tengok guaner sebab along ni amatlah penakut..ehhehe

p/s: tengah hari konpom tak masak...alasan sebab housekeeping..hhehee

14 Rajin Komen:

KizZ berkata...

Wah...bagus...kecik dah pandai mengemas yah...

Unknown berkata...

hihi, alasan tak masak sbb housekeeping tu...:)

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

bagus lah..dah besar pun..rajin mengemas sume ye..hehe..takpe order je tengahari ni :)

CIK TOM berkata...

rajinnya kemas rumah waktu weekend..bgs jgk kl tidur sorg2 boleh tumpu study sbb nak exam kan..

sarah-najwan berkata...

kizz:
bukn dorang yg ngemas..dorang tukang sepah2..

yus:
alasan yg mantopppp

awe:
hewhe..skrg pom dok tenet lagi..camne nk kemas..huhu

ciktom:
wajib buat ciktom..dah bertangguh 2 thun tuu..

En iLHAM berkata...

semoga Along berjaya mengharungi hidup tido seorang...hehe
dulu mak ngan abah saya pun wat camtu
nak upsr baru dapat bilik sorang2
mase 1st memang seram jugakla..tapi pastu dah ok

Unknown berkata...

hehe..bagus la tu kak weh..ajar supaya berani sejak kecil lg..huhu..

Memory berkata...

seronok tu kak ada bilik sendiri... shera plak, bilik share dgn adik prmpn...

sweetsal berkata...

rajin nye mengemas, bilik belakang rmh akak buat ofis siap gn komputer dsb..tang tu blh duk lama2 mengadap screen..hihi

Tanpa Nama berkata...

wahh, bagus2. nak belajar tidur sorang2. good boy anak akak tu.. :)

Cikgu Nurin berkata...

anak akan tido sorang...awal-awal malam jer..alih-alih bangan pagi esoknya, tengok dah ada kat tengah2 mak ayah...!!!!

Unknown berkata...

eh!!tak de komen saya kat sini..sah masuk kat spam ni..
hahhaah

Solihin Zubir berkata...

bagusla.. bila dh besar mmg kena asing bilik.. kan..

~izan~ berkata...

wah akak,izan pun ada satu bilik yg keempat kat atas dianggap stor sementara,tp rasanya ntah bila nk jd bilik cantik.padahal stor kt bwh tngga tu ada je then dah nak penuh hihi.