selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Jumaat, 31 Disember 2010

^ UCAPAN SARAH NAJWAN ^

Assalamualaikum
Sempena tahun 2011
yang akan menjelma
lebih kurang dalam 3 jam setengah lagi
saya ingin mengucapkan:



p/s: hepi-hepi blogging~~

^ ORIENTASI ^

Assalamualaikum
selamat tengah hari jumaat semua
hari ini lambat sikit bersiaran
saya baru balik dari program orientasi
prasekolah NAJWAN
iaitu proses taklimat kepada ibu bapalah
bukan orientasi macam dolo-dolo itu..

sekarang seme program
ada taklimat khas
elok juga supaya sebarang
ketidakfahaman dapat dijelaskan
barulah kedua-dua belah pihak
mudah bekerjasamakan..

saya jadi kelakarlah jugak
sebab NAJWAN boleh menangis
penakut sangat masa hendak beratur
mengambil kelengkapan sekolahnya
ramai jugak budak menangis
sebab ada seorang budak yang stat menangis
yang lain ikut sama..adusss



**muka monyok NAJWAN**

manja sangat budak2 zaman sekarang
itu pun nak nangis
padahal mak ayah ada kat tepi..huhu
zaman saya dahulu
tak adanya nak manja2 bagai ni..
pilih antara dua
nak menangis atau nak kene sekeh...hahahaha..

itulah penangan zaman sekarang
lain sangat dengan zaman kita dahulu
yang paling terkezut
penangan $$$$$$.....huhuhu
mak aiihhhhh...lari bajetttt!!!!!!
itu yang kene plan awal-awal..heeehe

p/s: tapi percayalah hanya dengan ilmu dan pelajaran yang dapat mengubah tahap kehidupan kita..

Khamis, 30 Disember 2010

^ KAN DAH BANJIRO ^

Assalamualaikum
selamat malam semua

tadi tengok berita
sudah ada mangsa pemindahan banjiro di kuantan nih
rujuk dalam akhbar UM pun diberitahu
sudah ada 64 mangsa dari 14 keluarga
mereka semua tinggal di sungai karang darat..

saya pun risau nih
dilaporkan juga
angin kuat dan hujan sehingga hari isnin ini
iaitu hari pertama sesi persekolahan tahun 2011

boleh bayangkan
hari pertama persekolahan
dalam suasana kehujanan
hendak-hendak ibu bapa
yang baru pertama kali anak mula bersekolah
harulah kali ini
basah lencun

sekarang pun hujan di kuantan
sudah mula reda
dan saya juga berharap agar
esok mentari menunjukkan wajahnya
sambil menyinari cahaya yang terang
agar kain sidaian saya yang macam
pasar malam itu...segera kekeringan..huhu

p/s: kalau suasana sejuk sahaja..kita jadi laparkan...nak makan mee rebuslah..hehe

^ MATA EMPAT ^

Assalamualaikum
selamat petang semua
petang ini juga
hujan masih lagi mencurah
oghe klate royak -->uje tok celik mato..hehe

bercakap tentang mata
hari ini hari rabun sedonia
al-kisahnya saya kan pakai spek
bangun pagi mesti cari spek
jika tidak terasa blurr je nak buat sesuatu

dan sudah puas dan merata-rata cari
rupanya spek saya itu tertinggal dalam kereta
dan kereta itu pulak
my hubby bw pi keje..alahai..
hendak tunggu hubby balik
barulah pandangan saya jelas sket..

kadang-kadang saya terfikir
hendak pakai contact lens aje..
bolelah saya try warna biru ka..coklat ka..
nampat vogue sketkan..
ala-ala minah shalleh gitu..
sesuai tak..kulit ala jeniper lopeh..mata kaler biru..adusss..
cam gini okeh dok???



**pic from sini**


mungkin ada pro kontra kot
pakai lens ni..
tapi saya tak pernah cuba
ada yang cakap..renyah sket pakai lens
ada yang okeh je..
banyak pendapat..
uolls ada yang pakai lens tak?
jom sharelah..hehe

p/s: saya pakai spek sejak 2005..baru aje tu..hehe..rabun jauh..

^ KETIDURAN SEBAB KEHUJANAN ^

Assalamualaikum
selamat pagi khamis semua

sejak semalam
bumi kuantan dibasahi hujan
hujan renyai-renyai tandanya
kemungkinan kebanjiro

suasana apa lagi
sejuk, dingin dan saya agak kemalasan
usai subuh seolah-olah selimut itu
memanggil-manggil menyeru-nyeru
saya pun kalah lalu..apa lagi ZZzzZZzzZzz
al-maklumlah..masih dalam musim
cuti sekolah yang bersisa 3 hari lagi..huhu

memang sudah lumrahkan
suasana dingin ini
mata pun jadi macam kuyu-kuyu sahaja
macam hendak ketiduran sahaja
buat apa sahaja pun macam mood ke lautkan...
hahhahaa..

apa-apa pun
mulai hari ini
saya mesti cergas
sebab mesti menjalankan
operasi besar-besaran
H.O.U.S.E~K.E.E.P.I.N.G!!!!!!!!!!!!!

nanti sudah buka sekolah
alasan sebab sudah sekolah pulak..hehhe
tapi yang tak menahan itu
sebelum menjalankan operasi mega
kita B.E.R.J.I.M.B.A-J.I.M.B.A
dengan B.L.O.G dahulu deh....

p/s: itu schedelu hari ni..esok pulak lain..heheh

Rabu, 29 Disember 2010

^ TELENOVELA ^

Assalamualaikum
buenos tarde --> selamat siang
hehee..saya spekang sepanyol sikit

uolls ingat tak
zmn dolo-dolo
dalam 3 tahun lepas
sebelum kita semua
mabuk tengok sinetron
terlebih dahulu saya suka
tengok telenovela dari amerika latin..hahaa

uolls ingat tak cerita betty la fea
cerita gadis yang tak lawa
tapi jatuh cinta kat bos yang hensem
atau cerita rosalinda..wahahaaa..
memang saya masa itu
tak boleh miss tengok..
memang hangatlah masa itu..

tapi sekarang macam
sudah tidak ada cerita inikan
cerita last yang dimainkan kat tv3
saya rasa cerita lola kot..hehe

itulah..kadang-kadang
suka tengok telenovela ini
sebab heroin dia lawa-lawa
hero pulak hensem-hensem
tapi yang tak menahan
panjang episodnya
tapi..suka punya pasal
banyak jugak telenovela
yang saya layan
tapi sudah lupa tajuknya..wahahaaaa...

uolls layan tak dulu2 tu??

p/s: mabuk cerita si baim yang baru ni pulak..hehehe

Selasa, 28 Disember 2010

^ MEMANGLAH SI MONYET!!!! ^

Assalamualaikum
sudah bekpes semua?
saya makan sarapan tajaan
hhehe..sempena senaman jarikan

jika kawan-kawan masih ingat
saya pernah stori mori
tentang MONYET INI
bukan sembarangan monyet
tapi monyet yang bawa geng
bongkar sampah sarap

hal tragik lagi panas hati ini
berlaku jugak kepada saya
selalunya geng monyet ini
tak boleh nak bongkar sampah
sebab dalam tongkan

tapi hendak dijadikan double troublenya
sampah dari dlm tong ini
dilonggokkan oleh pekerja lori sampah
utk memudahkan keje mereka mengutip


jadi..al-kisahnya
pagi itu semua longgokan sampah itu
ditimbunkan betul2 di depan rumah saya
saya memang sudah bengang
sebab keluar2 sahaja hendak sidai baju
penuh longgokan sampah kat depan rumah
sudahlah baunyer semerbak sebusuk banga!!!!

selang 30 minit
seorang jiran datang
bunyinya menghalau sesuatu
saya pom keluar
dan apalagi..terkezut melihat
ketua geng monyet yang tua besar garang dan ganazzz
berdiri teguh di atas batu pagar saya
sambil menyeringai2 macam nak makan jiran saya
yang datang menghalau geng monyet itu
tak sempat lak saya nk snpa picca..bengang betul..

yang saya sempat snap
gambar longgokan sampah
dan sedikit pembongkaran sampah
oleh minatang monyet ini..

siapa hendak kutip sampah2 itukan
last2 saya tunggu geng lori sampah itu datang
saya suruh dorang kutip balik seme sampah itu
dan siap bagitau dorang supaya
jangan longgokan begini
sebab anytime je..minatang monyet
boleh bongkar2kan..
uolls bolehlah bayangkan
sampah2 yang sudah 2 hari tidak berkutip
dan dibongkarkan oleh geng monyet
dan kewangian sampah itu???...huhuhuhu..
nasib baik sempat dihalau oleh jiran saya
jadi sedikit shjlah pembongkarannya..

banyak weh geng monyet
kawasan rumah saya ini..huhu
kdg2 takut sebab ada kes sedara saya
hendak diambil oleh monyet ketika dia berusia 7 bulan
parut pun masih ada tau..huhu

p/s: terpanjang lak entry hari ini..hehe

Isnin, 27 Disember 2010

^ CILOK SANA SINI ^

Assalamualaikum
entry malam-malam
selepas kekenyangan makan malam
hehe...

saya kan meting hari ini
balik pun macam opis hourlah
jadi saya pun berdepanlah
sikit dengan masalah
membesarkan pehe sebelah
hehe..kureng faham eh?
terjebak dalam ke"JEM"an lah..ehhe

sedang dok melayan
proses membuat JEM itu
saya lihatlah jugak
penunggang motosikal
yang cilok sana
cilok sini celah-celah kereta
risau jugak sebab sudah banyak
kali jugak terkena side mirror
kuda silver cap MyB saya itu..huhu
dan si penunggang ini..blah macam itu aje

tapi itulah
cilok-cilok jugak
pandanglah elok-elokkan
jangan main hdk cepat sahaja
ruang yang tak berapa nk muat
janganlah nak ditenyeh jugak..huhu
kena ada ilmu tafsir diri
jika kita sayang kereta kita macam moto tu
orang lain pun sayang jugak...

p/s: hati-hati di jalan raya ^__^: biar lambat asalkan selamat walaupun dalam ke"JEM"an..huhu

^ LAYAN MATA ANDA ^

Assalamualaikum
semoga semuanya
dalam keadaan baik-baik sahaja

entry pagi ini
jom layan mata anda semua
dengan hidangan yang menyelerakan ini
hidangan tajaan daripada
sahabat lama my hubby
yang berholiday di kuantan
hidangan yang memang meleleh dan superb!!!!!!!!!!


tapi sayang seribu kali sayang
daripada lima hidangan itu
tiga sahaja yang boleh saya makan
iaitu sayur campur + sotong + ikan
ketam + udang galah yang bergetah itu
saya tak boleh makan
atas faktor --->alegik..waaaaaa
alegik kepada makanan laut
hilang sudah sedikit nikmat donia laut itu..huhu

itulah..sob..sob..
tak boleh buat apa
jika saya masak pun
sempat hidu bau sahaja
rasanya langsung tak tercapai dek lidah
alangkan baunyer pun
saya sudah rasa mula-mula mual
jika makan gak..
mahunya saya menggaru-garu sepanjang masa kot..

semua itu sudah tersurat
tapi saya gembira
sebab banyak lagi yang boleh makan
jadi semasa kita boleh makan
kita makan sebab
jika sudah tak ada selera
atau tidak boleh makan sebab kesihatan
kita juga yang sedihkan..huhu

p/s: auto-publish sebab sedang meting untuk 3 hari..adehhh!!!

Ahad, 26 Disember 2010

^ PINDAH RUMAH ^

salam semua
entry baru lagi
sebab lambat sangat bersiaran
kita belasah dua n3 dalam masa 30 minit
hahhaha..

sebenarnya bukan saya yang pindah rumah
abang ipar saya yang kene tranfser ke kelantan
jadi hari ini ialah upacara
pengangkutan barang-barangnya

saya kalau fikir pindah rumah
tak kiralah jarak jauh atau dekat
memang penat yang amat
memang kene sedia fizikal dan mental..huhu
mahunya tak penat weh...
dari proses memasukkan barang ke dalam kotak
ke dalam lori kotak barang itu
kemudian proses menurunkan barang
mengemas barang dan serba mak nenek itu
memerlukan kekuatan mental yang tinggi
silap-silap hari bulan
memang selama sebulan gak hendak clear
semua proses yang meletihkan itu



**ni sebahagian kotak**



**proses ke lori--> ni mmg penat..tak menahan weh tengok**

kadang-kadang serik hendak pindah rumah
tetapi jika tuntutan kerja
apa boleh buat daaaa...

pindah rumah jarak jauh saya
sudah dua kali iaitu
dari klang-->mersing (disember 2004)
dan dari mersing--> kuantan (julai 2008)
memang penat..stress..beremosi

tapikan..yang jadi kebetulan
asal saya pindah rumah
jarak jauh
saya mesti tengah preggy
uolls boleh bayangkan tak
camnalah gayanya...huhu

p/s: ini pun sedang penat..padahal tadi tolong jugak..tolong tengok orang angkat barang..hehe

^ 500 BLOG ^

salam semua
lambat sikit bersiaran

kita bersiaran tentang 500 blog yer
bukan nombor apa-apa itu
nombor yang BEN ASHAARI
letak untuk segmen baru beliau



itu header BA
wajib letak dahulu

serba sedikit tentang diri saya:
1. ibu kepada empat orang anak
2. seorang guru yang peramah
3. asal kelantan menetap sekarang di kuantan

tujuan menjebakkan diri dalam memblog
kerana minat dan mengisi masa lapang
itu sahaja..tadaaaa...

p/s: hepi-hepi blogging deh..

Sabtu, 25 Disember 2010

^ MEMANG TAK BOLEH!!! ^

salam semua
selamat pagiiiiii...

setiap harikan ada sahaja
cerita pasal kemalangan jalan raya
seperti kes pelajar yang lepas ambil result PMR
yang diberitakan dalam harian metro
arwah maut dengan ibunya
dalam kemalangan yang sangat ngeri
al fatihah untuk mangsa


saya ni..serius nak bgtau
MEMANG tak boleh tengok "LIVE"
jika ada kemalangan atau sewaktu dengannya


dulu ada satu kes kemalangan
berlaku betul-betul di depan skol lama saya
hampir semua kawan saya pi tengok
kejadian ngeri itu
kereta sedan dihempap lori 3 tan
lori itu betul-betul di atas kereta
semua mangsa dewasa meninggal di tempat kejadian
kecuali seorang kanak-kanak 4 tahun yg terselamat
keadaan semua mangsa ..hanya kawan2 saya sahaja yang tengok
diceritanya pada saya keadaan itu..


saya apalagi..balik rumah
terus teringat-ingat
terbayang-bayang macam-macam
jadi macam trauma pulak hendak naik kereta
memang takut
takut jika kita mengalami begitu
mesti terfikir-fikir jugakan
kita bawa kete setiap hari ke tempat kerja
itulah..kene hati-hati
kena bersabar..kene berhemah


eeee..takutkan..sebab yang tak menahan
saya boleh pitam kot jika saya tengok jugak..huhu
mabuk darah..memang tak ada kekuatan utk tengok


p/s: alang dalam gambar pom saya tak boleh tengok lama-lama..huhu

Jumaat, 24 Disember 2010

^ GERAM KAN!!! ^

salam semua
saya baru habis meting lagi
minggu meting sedonia
minggu depan juga

kita berbalik pada tajuk
jika kita hendak cepat
ada pulak yang menambahkan kelambatan kita
memang hanginkan

tengok gambar yang saya snap pagi tadi


memang geram
geram dan hangin satu badan
padahal kat tepi jalan itu
siap buat signboard:

"Jika memandu perlahan sila berada di lorong kiri"

tapi itulah mentaliti dan kesedaran
sesetengah (bukan semua ) pemandu kita
masih ada yang kurang berhemah..bukan tidak
ketika di jalan raya

p/s: bayangkan bawa 50km/j di lorong kanan!!!!! :P

Khamis, 23 Disember 2010

^ CERITA PENDEK ^

salam semua
sekarang tengah hujan
jika hujan suasana dingin
perut mula lapar
mata mulai kuyu
semangat jadi lembut-lembut
minda sudah setting
berjalan dengan lemah longlai
ke mana lagi
jika tidak ke ruang beradu

jangan jadi macam kucing google sudah
sampai beradu atas keyboard..huhu





p/s: tapi saya baru hendak masak sebab baru balik dari sekolah..hehe

^ DUP DAP DUP DAP ^

salam semua
hari ini saya meting lagi
sambil berdebar dengan
keputusan PMR
doakan yang terbaik untuk sekolah saya
dan..subjek saya--> 100% for A..

bercakap tentang dup dap dup dap
banyak perkara yang membuatkan kita berdebarkan
macam saya sekarang ini
macamlah saya yang ambil peperiksaan itu
tetapi itulah..pelik betul

adakah berdebar itu
interpretasi kepada perasaan takut
jika berdebar sahaja
tidak jadi hal
ada yang sampai hendak terkencing
sakit perut memulas
muka sudah pucat
berpeluh-peluh
dan segala macam kelakuan
yang di luar jangka

saya rasa uolls
pernah terjebak
dalam kes mendebarkan yang amat sangatkan
saya yang paling mendebarkan
saat hendak melahirkan anak-anak sahaja
perjuangan antara hidup dan mati
betul tak wahai semua ibu???
alhamdulillah..semua debaran saya itu..selamat

satu hal lagi
saya tak boleh tengok
sebarang gambar yang ngeri2
gambar darah2
maunyer saya pitam 10 kali..huhu
berdebar ketakutan
itu sebab saya tak jadi doktor kot
walaupun cita-cita hendak jadi doktor
cayalah....hahaa..

so uolls..jom kongsi kisah berdebar anda

p/s: ni entry debaran sebab hendak tgk result PMR esok...entry auto-publish - font pom merah dan besar..huhu

Rabu, 22 Disember 2010

^ KURANGKAN KEMALASAN TINGKATKAN KERAJINAN ^

salam petang semua
sedang berehat-rehat
sambil berdampingan dengan blog
teruskan aktiviti anda
agar anda semua gumbiraaaa..

jangan muntah hijo lagi
sebab entry ini
ada sangkut paut dengan entry pagi tadi--> A.Z.A.M

pucuk pangkal segala pekerjaan kita ialah
antara kemalasan dan kerajinan
jika direnung semula
ada kebenarannya

jika tidak ada idea
kita cakap kita "tak ade moodlah"
jika kita tak nak buat sesuatu
kita cakap "payahlah buat mende alah ni"
padahal semua itu
saya rasa kita M.A.L.A.S
betul tak?
sebab itu ada peribahasa
hendak 1K dan tak hendak jugak 1K..malah mungkin lebih Knyer..hehe
ada yang tak setuju
meh kita berkongsi-kongsi

malas ini macam satu penyakit jugak
penyakit yang menyinggah dalam setiap hati kita
jika kita set dalam hati malas
maka malaslah

jadi..kene kurangkan sifat malas ini
seruan ini memang untuk saya
tahun depan saya hendak lebih rajin dari tahun ini
tahun ini kerajinan saya dalam semua hal setakat 90% sahaja
ada jugak 10%--> bergantung pada keadaan itu--> alasan banyak nih..huhu
jika tidak..prestasi saya dalam semua segi
akan sama dan mendatar sahaja
saya hendak prestasi yang gemilang

p/s: jom semua..tingkatkan kerajinan kita..moh kita bw..hehehe..sempat lagi promo..

^ CEPAT SUNGGUH!! ^

salam semua
pagi ini sekarang
sekejap lagi saya akan bermesyuarat
untuk sesi persekolahan tahun 2011
*post entry dulu..heheh*

**kredit pic google**

cepat sungguh masa berlalukan
rasa baru semalam
saya melihat betapa meriahnya
percikkan bunga api
semasa sambutan tahun baru 2010
tetapi dalam TVlah..hehe

rasa baru semalam juga
saya mengaktifkan diri kembali
dalam dunia blog
tengok-tengok
tahap keminatan @ ketegaran itu
memang mencanak naiknya..huhu
tapi hengat semuanya
janganlah extreme sangat

itulah apabila sampai
tahun baru yang akan melabuhkan
tirainya dalam masa 7 hari lagi
kita pun sibuklah membina azam baru
tidak jadi hal yer
berazam itu free
tak dak sapa marah

azam saya yang tahun lepas pun
tahun sebelum lepas pun
yang sebelum sebelum tahun lepas pun
ada juga yang tidak tercapai
biasalahkan..tidak semua yang kita rancangkan
akan terlaksana kerana kita hanya mampu merancang
Allah yang menentukan
tetapi jangan hanya merancang tanpa U.S.A.H.A

jadi sekarang
binalah azam uolls
kerana azam juga
merupakan pemangkin untuk berjaya
tidak kira dalam apa jua
situasi dan rancangan
kerana hidup mesti ada matlamat
jadi setiap matlamat mesti ada azam dan tekad
barulah hidup kita sempurna

p/s: baju skoloh anok tok beli lagi wey...^__^

Selasa, 21 Disember 2010

^ GIGINYA RONGAK ^

salam semua
janganlah terkujat buat kali kedua yer..
dengan tajuk entry itu..hehe

huhu..takmo gigi rongakkan
kita akan jadi rendah diri
kurang keyakinan untuk
berhadapan dengan khalayak

jadi jangan pandang sebelah mata
kepada gigi yer
banyak kepentingan gigi ini
jika gigi sudah hilang
barulah kita sedar sangat kegunaannya
masa tengah sakit berdenyut itu
barulah rasa hendak jaga gigi
dengan elok-elok
hendak ikut tips penjagaan yang disarankan
sebelum itu??

tapikan..semua itu bergantung kepada gigi kita juga
ada yang senang sangat rosak
ada yang tak rosak-rosak
kelebihan masing-masinglah

jadi sebelum terlambat
langkah sebaik-baiknya
periksa gigi dua kali setahun
buat scalling--> memang best sebab terasa kejarangan gigi kita..hihi
itupun kali terakhir saya buat
semasa preggykan meksarah..huhu
entah bila hendak buat pula ni...

so uolls
jom kita jaga gigi kita
gigi sihat pastinya senyuman menawan

p/s: macam pakar gigi pulaks --> ^__^

^ SELAMAT TINGGAL.. ^

salam semua
huhu..jangan terkujat dengan
tajuk entry hari ini des!!!!

tajuk itu khusus untuk
penggunaan buai untuk meksarah
tengok itu..apa yang dia buat
untuk buai dia..wahahaha..

meksarah sedang membuai
ha..inilah mangsa buai dia--> gorilla..hehe


memang semua anak saya
menggunakan buai untuk tidur
tapi mereka tidaklah extreme
apabila menginjak usia 2 tahun
keinginan untuk berbuai mulai hilang
mula tidur kat bawah sahaja
jadi say good bye to buailah..ehhee

jangan terkejut jika
saya menggunakan buai utk anak saya
seawal usia 10 hari lagi
sudahlah kita dalam pantang masa itu
si baby pulak sukar tidur
hendak tak hendak
saya letak shj dalam buai

memang banyak pro dan kontra
ada yang cakap tak elok untuk tulang belakang
saya tak kira jugak
tak kan hendak tidur sambil duduk
masa dalam pantang..tak koser makkk!!!!

uolls guna buai atau tak?
mungkin agak leceh jika
kita bekerja dan anak dihantar
ke rumah pengasuh atau nursery
tak kan hendak berbuai jugak
tapi anak-anak kita ini bijaksana
di rumah orang atau di nursery
mereka tahu membawa diri..

p/s: tapi saya tak adalah sampai beli buai elektrik..huhu

Isnin, 20 Disember 2010

^ PENANGAN PEKASAM ^

salam semua
makan tengah hari tadi memang
menyelerakan kerana bukan
menu yang vogue de vazz
tetapi masak lemak cili padi siput sedut
dengan ikan PEKASAM..

wah!!!!!!memang terangkat pinggan
sekarang pun musim hujan
memang elok dan molek sangat
makan nasi panas-panas dan ikan pekasam

ada yang tak kenal ikan pekasam?
ke ada yang tak makan?
memanglah bau ikan pekasam
yang sedang digoreng menusuk lubang hidung
sebutir taman perumahan boleh bau
apatah lagi dalam rumah
tetapi bila dimakan
mak oihhh..memang sedap sampai tak hengat
wahahahaa...

ikan pekasam pun boleh tahan
harganya mahal jugak sebab guna ikan sungai
susah nak dapatkan
mahunya 5 ekor harga dalam 3 hinggit jugak

taraaaaa...inilah pekasam
yang telah siap digoreng
dengan bawang merah + cili + telur
tambah telur sebab takut hancur sangat..
nampak kurang menarik
tetapi rasanya memang enak bangatt..


p/s: ada siapa-siapa yang sudah kecur air liur tak????

^ ANAK HILANG?? ^

salam semua
pagi ini cuaca amat baik
harap-harap saya bersemangat
melakukan senaman jari saya itu..wahahaa..

pernah terjadi pada uolls
pengalaman anak hilang atau anak sedara mara?
saya ada juga pengalaman ini
NAJWAN hilang dalam 10 minit
ketika majlis konvo my SIL

walaupun 10 minit
saya menjadi tidak keruan yang amat
melaung-laung memanggil-manggil
macam apatah..tak malu doh oghe royak
rupa-rupanya..NAJWAN nampak mak tok ayah dia
jadi dia pergi ke tempat mereka
kami pula baru mencari-cari mak tok ayah itu
hish!!!!!bikin gegar sahaja
tapi pengalaman itu memang saya tak lupa

biasa dengarkan kes anak hilang
macam di pasar raya atau water park
mesti ada sahaja pengumuman
nasib baik budak hilang itu
orang yang jumpa bawa pi tempat guard
jika bawa balik rumah sendiri?
uolls pun boleh fikirkan
minta dijauhkan dari musibah ini

kes budak hilang pun
banyak yang tak dijumpai lagi
jika fikir semula
sudah tak selamat anak-anak kita ini
semua tempat berpotensi untuk anak hilang
waima depan rumah sendiri pun
jangan pandang ini sebelah mata yer...
ingat depan rumah sendiri selamat?
no no no...

jangan main lepas sahaja anak-anak pi ke mana-mana
jika boleh dan ada masa..hantar dan ambil
jika tidak..baik anak-anak main dalam rumah sahaja
biarlah rumah jadi macam tongkang pecah pun
janji selamat..



**ANAK-ANAK PERMATA HATIKU**

p/s: anak merupakan anugerah yang paling bernilai..

Ahad, 19 Disember 2010

^ PILIHAN PASANGAN ^

salam semua

ada yang mendapat undangan majlis kahwin?
al-maklumlah..musim cuti sekolah ini
musim orang berkahwinkan
selamat pengantin baru
kepada yang melangsungkan perkahwinan



juga selamat pengantin lama
kepada yang telah mendirikan rumah tangga..heehe


**kanak-kanak gembira di majlis kawin**




hari ini saya ingin berkongsi
tentang pilihan pasangan kita
saya dahulu masa sekolah-sekolah
pernah main satu permainan
iaitu pilihan pasangan kita
caranya:
1. silangkan jari kanan dan kiri kita sesedap rasa
2. cuba tengok ibu jari mana yang di atas
3. jika ibu jari kanan --> pilihan kita sendiri
4. jika ibu jari kiri --> pilihan ibu bapa..hehe


uolls cubalah buat
tapi jangan percaya pulak
itu semua kebetulan sahaja
main-main masa zaman saya sekolah
TAPI saya memang pilihan ibu jari kanan..lalala..


perkara yang penting
sesiapapun pilihan kita
pilihlah yang mengikut kehendak Islam
jangan berpegang pada rupa semata-mata
kerana rupa tidak akan kekal weyyy!!!!
lama-lama akan berkedut juga


dan juga zaman sekarang
memang kena pandang $$$$$
bukan bersifat materialistik
tetapi itu adalah keperluan sekarang
sebulan dua bolehlah makan CINTA
[jika berkahwin dgn pasangan yang tidak bekerja terutamanya LELAKI]
kita sebagai wanita tidak bekerja
tidak menjadi hal..jika bekerja adalah bonus sebab boleh bantu keluarga
tetapi jika suami tidak bekerja--> pelik nama halnya..


yang pasti
dunia zaman sekarang
penuh cabaran dan mencabar kita
begitu juga dalam menjalinkan hubungan
jangan sampai terlalu memilih
terpilih buku tebu


p/s: senaman jariku tinggal banyak lagi..waaaa..

Sabtu, 18 Disember 2010

^ RAMAI SUNGGUH!!! ^

salam semua
baru dapat bersiaran

kelmarin saya menerima
kunjungan kawan lama
singgah dan bertandang di rumah
maka pada pagi ini
tepat jam 10am
kami semua ke
GAMBANG WATER PARK

memang mengujakan
sebab orang sungguh ramai di sana
mungkin faktor hujung minggu
dan musim cuti sekolah

usai membeli tiket
kami masuk untuk mula
menikmati sajian permainan air
yang ditawarkan di sana
memang seronok
terlalu ramai pengunjung
sangat meriah
yang tak menahan
dengan saya dan en. hubby juga main air
**itu yang snap picca pun sikit dan ambil masa betul hdk oplod-->ter"small"**



**peserta kanak-kanak**



**mek sarah dan angah yang kesejukan**




**salah satu tempat main air yang vogue de vazz**


memang seronok sampai saya nak ambil picca pun tak sempat
dan menjadi pilihan percutian keluarga masa kini
budak-budak memang suka bermain-main air
jika ada masa
bolehlah berkunjung ke sini deh..
bayaran tiket pun tidaklah mahal sangat..hehe

p/s: dari rumah saya dalam 36km sahaja..hehe

Jumaat, 17 Disember 2010

^ OLOLO..KIRANA ^

salam semua
cerita kirana sudah nak habis

persoalannya di sini
cerita yang menggantikan kirana
tidak kurang hebat pelakonnya
yang pernah menarik minat saya tengok
walaupun sudah hampir habis..wahahhaa
demam si baim wong dan marshanda..wakakaaa..

**pic si baim dgn marshanda- pelakon benci bilang cinta**
kredit to google


cerita kirana akan tamat
cerita baru akan bersiaran pada 21 dis
menggugat keminatan jugak tuh..

bukan apa..jika tak tengok
nanti macam kosong sahaja waktu petang itu
baik kita isi dengan menonton tv..ececece..
macamlah saya ini..free 25 jam..

cerita kirana pun akan ending
macam sedih jugak
sedih pada si raka kot
alahai..siankan..orang yang baik
itulah..mabuk tgk sinetron saya ini..hahaa..

jika tiada apa-apa
waktu petang itu
jom la kita layan
cerita baru --> bukan diriku
nampak gazet macam menarik..hehe
minggu depan yer..

p/s: ada tetamu mau mai kat umah nih..kene bersiap2 sket..

^ LAST TOUCH-UP ^

salam semua
saya harap semua gembira hari ini
kerana saya juga sangat gembira

semua ini bersangkutan
dengan antara tugasan saya di sekolah
selain mengajar setiap guru juga
ada memegang beberapa tugas khas

alhamdulillah
berkat kerjasama semua ajk
maka kerja-kerja ini
dapat diselesaikan
percayalah bahawa semangat kerjasama
amat penting dalam kerja sepasukan

cewah..macam pakar motivasi pulak
tapi saya memang yakin
dalam kerja sepasukan tak kira apa jenis pekerjaan
komunikasi
diplomasi
empowerment
skill
amat penting
supaya kita sebagai yang diamanahkan
tidaklah berasa tertekan

ada cara-cara yang tepat dan jitu
dalam mewujudkan hubungan baik antara sepasukan
sebab kita tidak akan berjaya
tanpa ada sokongan orang lain
saya memang percaya itu..

inilah intro hasil kami
kena touch up dahulu dan
bacaan proff sebelum dihantar untuk dicetak


p/s: hidup mesti belajar dari pengalaman : ^__^

Khamis, 16 Disember 2010

^ BILA BLACKOUT ^

salam semua
pernah blackout??
mana tak pernah
kerap atau tak sahaja

kawasan rumah saya ini
blackout kerap malam
jika siang masih boleh bertahan

masa blackout hubby ada tak po la
time hubby OS...huhuhuhu..
takut weh!!!!!!!!
hendak buka pintu dan sliding
takut yang tidak sepatutnya..bokbonggggg!!
[sekarang lagi takut orangkan]

bila blackout waktu malam
ada jiran saya siap tidur dalam kereta
mana tahan panas
nyamuk lagi
memang memeritkan

nasib baik blackout
kawasan rumah saya ini
masanya tidak lama
paling tinggi dalam 3 jam kot
buatnya semalaman
jenuhlah kalu lagu tu..huhuhu

tapi yang tak menahan
jika blackout
anak-anak saya suka sangat
suka kenapa??
suka sebab kami pasang lilin
setelah lampu emegency padam
seronoklah dorang tengok lilin itu
oghe klate kato--> DAGHAT LILIN..hahaha
tengok picca tu:siap buat peace no war yer....


apa-apa pun
jika pasang lilin di rumah masa blackout
sila awasi anak-anak anda yer..
sebab api ini
ketika kecil menjadi kawan
sudah besar menjadi lawan

p/s: bulan ini blackout asyik jam 2/3 pagi je..lagilah takut..huhu..masa itu my hubby di perak..

^ GINI ANAK GEGIRL EH? ^

salam semua
hari ini saya hendak berkongsi
cerita mek sarah pula

alangkah bahagianya
hidup saya sebab dikurniakan
seorang anak perempuan
setelah mempunyai 3 hero

banyak juga kelainan yang saya boleh simpulkan
antara anak lelaki dan perempuan:
*anak lelaki tidak banyak kerenah
*anak lelaki tidak banyak permintaan
*CUMA anak lelaki sangat AKTIF

tetapi anak perempuan a.k.a MEK SARAH
adoiiiii...banyaklah kelainnya
*cengeng/manja/pemalu/penakut dgn orang
*mudah mendengar kata
*tidaklah seAKTIF anak lelaki

dan yang paling tak menahan
jiwa raga saya
anak gegirl ini
memang naluri kewanitaan kan
tengok itu...


mok aihhhh...habis lipstick saya wey!!!!
habis bedak compact saya
memang pandai dan tahu hendak
bermake up macam orang tua
siap bergaya lagi..hehe

beginilah anak gegirlkan
mutiara hati dalam keluarga
ada yang hendak anak lelaki
sebab sudah ada anak perempuan
dan sebaliknya

semoga kita semua
memperoleh segala yang kita hajatkan
anak ialah amanah Allah kepada kita
tatanglah mereka seperti minyak yang penuh
mereka ibarat kain putih
kita sebagai ibu bapa yang akan memberikan warna
agar mereka menjadi seperti pelangi yang indah
diterapi dengan agama, akhlak dan peribadi yang tinggi

p/s: terfikir-fikir bagaimana ada orang yang sanggup mendera anak dan membuang anak..sungguh kejam dan sadis :(

Rabu, 15 Disember 2010

^ TRAFFIK JAM...MEMANG JEMMM!! ^

salam semua
pasti semua pernah terjebak
dengan traffik jam
siapa yang belum?
sila angkat keyboard..hehe

cerita tentang traffik jam
memang tak habis
tak kira masa dan tempat
cuma ketara atau tidak sahaja
sebagai contoh:kita macam bersemangat hendak balik rumah
tapi memandangkan masa petang
jam ini sudah pastilah
akan terjebak dengan traffik jam

semalamlah...selepas hampir 5 tahun
saya kurang terjebak dengan jem ini
tapi dengan entry ke MIDVALLEY itu
maka saya berdepan dengan jalan jemmmm!!!!

jika kita memandu kereta manual
setiap hari berdepan dengan jem
mahunya naik berotot peha dan betis
sebelah kiri..kang tak sama besar pulak dengan sebelah kanan
jika kereta jenis auto
layan sahaja kaki kanan itu

memang rasa agak tertekan
ditambah pula pengguna jalan raya lain
yang memandu secara hentam keromo
ibarat jalan itu dia yang punya
kita pula yang terpaksa meng"cover" kereta kita..huhu
mentang-mentanglah ai ni drebar pompuan eh..

pesanan penaja untuk uolls
yang sering terperangkap dengan jem ini
banyakkan bersabar
hidangkan telinga kita dengan halwa radio
yang macam-macam jenis itu
memandu dengan cermat
ikutlah peraturan deh..
janganlah ikut perasaan

p/s: jem jalan ini akan membuatkan kita pun jadi macam jem..hahaaa...tepu je..

^ ..KERANA KOMENMU BEGITU BERNILAI ^

salam semua
cepatnya masa berlalu
pagi rabu pun sudah mencecah jam 11 lebih

dalam minggu ini
saya agak sibuk
sibuk melakukan senaman kaki
senaman mata dan senaman jari
senaman jari saya bukan sahaja maksud berblog
tetapi tugasan penting dan PAC..heeehe

berblog pun untuk menghapdet
menjenguk blog list saya
yang saya amat dan akan rindu
tengok pula yang hapdet
mesti baca dan berkomen-komen


**kredit to google**


sebut tentang komen
saya amat berbesar hati bagai kembang semangkuk
dengan setiap komen yang ditulis
uolls memang superb ++++ vogue de vazz
kerana menyokong saya
saya sangat terharu

jadi...semampu mungkin
saya akan cuba untuk membalas balik
setiap komen yang diberi
sedaya upaya sebagai menghargai
setiap patah kata yang uolls lakarkan

uolls macamana?
membalas semua
setiap komen yang dikemukakan?
jom kita kongsi-kongsi

jika boleh saya hendak
mengaplikasi komen yang canggih itu
senang hendak reply komen terus
ada pro dan kontra ke?

p/s: sila kemukakan komen anda...hik hik..

Selasa, 14 Disember 2010

^ BERPELUH AMBO.. ^

salam semua
sejak semalam
saya berjalan-jalan realiti lagi

kali ini mengambil kesempatan
sebab hubby ada mesyuarat di PUTRAJAYA
apalagi..saya pun menonong ikut
tambahan lagi cuti sekolah
maka hari ini..semangat ingin meronda
saya memandu dengan
berbekalkan kereta VIVA my SIL - pinjam sat nooo...
kami meronda-ronda MIDVALLEY MEGAMALL
mok aihhh...berpeluh juga
memandu dari SETIA ALAM ke sana
al-maklumlah..sejak tahun 2005 saya sudah tidak menetap di selangor KL
jalan pun hampir-hampir lupa
nasib kami baik
sebab BERJAYA memparkir kereta
itu bermakna
BERJAYA sampai ke MIDVALLEY
walaupun berpusing-pusing mencari parkir hampir 30 minit..huhu

jadi..layan sahaja
kenangan picca di sana..pic kat teddy bear yg besar2 weh..

meronda-ronda di sana itu satu proses
***proses senaman kaki***
jika dapat urutan refleksologi pun bagus jugak nih...

p/s: sekejap lagi kami akan bertolak ke kuantan..

^ SPA DAN RAWATAN ^

salam semua
jika bangun pagi
uolls rasa macam lesu tak?
macam malas tak?
macam hendak tidur semula tak?

semua itu memang bermain-main
dalam minda kita
tapi demi tugasan amanah
kita gagahkan juga untuk bangun
solat dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja

apa kata hujung minggu ini
kita semua ke spa atau pusat rawatan??
hehe..macamlah saya hendak promo pula
saya sendiri pun sepanjang hayat
tak pernah mengunjungi pusat spa
apatah lagi hendak menggunakan perkhidmatan mereka

keinginan itu memang dan sentiasa ada
keinginan itu memang semakin maksimum
ketika badan sudah terasa yang amat lesu
sana-sini lenguh-lenguh kebas-kebas
tapi..hehe..biasalah setakat ingin sahaja
perginya..tidak..huhu
seronoknya jika pergi ke spa
badan diurut-urut
dalam bilik yang beraroma

uolls ada pengalaman tidak pergi spa atau sewaktu dengannya?
bolehlah share di sini
mana tahu saya dan orang lain terus terpikat

kali terakhir "terlibat" dengan yang sewaktu dengan spa ini
ketika bersalinkan mek sarah
itu pun spa kampung iaitu berurut tradisional untuk ibu lepas bersalin
tapi uolls faham-faham sajalah jika urutan ibu lepas bersalinkan

tengoklah jika ada geng yang hendak together-gather
mesti seronokkan..manjakan diri kita
apalah salahnya
badan pun rasa ringan
minda pun dapat berfungsi dengan cerdas
semua kerja pasti dapat dibereskan

**kredit pic to google**

p/s: siapa-siapa yang teringin itu..bolehlah menggoogle spa yang mana berkenan ^__^

Isnin, 13 Disember 2010

^ FLORA DAN FAUNA ^

salam semua
selamat pagi isnin
semoga uolls bahagia dan ceria
pada hari pertama kerja utk minggu ini
saya..opsss..berselesa di rumah sebab masih
dalam musim cuti sekolah

semalam saya dan ahli rombongan kami
bersenam-senaman kaki di zoo mini kemaman
sebenarnya melangsaikan 80% permintaan NAJWAN
yang hendak melihat binatang kat zoo negara
tapi disebabkan kekangan masa
dan ada cadangan dari kawan
maka kami semua ke zoo mini kemaman sahaja

memandangkan jarak dari kuantan (-+) 50KM kot
jadi jimat masa dan tenaga utk ke sana
dengan kos yang agak berbaloi
sesuai juga dengan hidangan flora yang indah dan bersih
dan jumlah binatang yang terdapat di zoo itu
bolehlah kami melihatnya
inilah antara binatang yang terdapat di sana:


dan ini pula rombongan kami..hehe..layan ajo la..


jika ada yang ingin melancong domestik
melihat keindahan flora dan fauna
bolehlah berkunjung ke sini
cewah..promo la pulak..hehe
di samping dapat melihat secara realiti
mau jugak berpeluh mengelilingi kawasan zoo
kira bersenamlah itu..ini folow n3 sebelum ini
sambil menyelam minum air..

jika berniat untuk main-main air
pihak zoo juga menyediakan kolam mandian

p/s:..sesi merehatkan minda di rumah pula..menjana senaman jari..huhu..

Ahad, 12 Disember 2010

^ MALAS BERSENAM?? ^

salam semua
selamat berhujung minggu
ada yang baru beres bersenam??
atau hujung minggu
merupakan hari tidur sedonia ka??

saya pun antara golongan yang "agak"
malas bersenam memandangkan
memegang pada prinsip--> berat badan ideal

bersenam bukan hanya untuk orang yang obesiti
tapi itulah yang sering kita faham
bersenam merupakan satu gaya hidup sihat
satu amalan kesihatan untuk sepanjang hayat

jangan dikatakan bahawa orang yang kurus
berat badan ideal atau sihat selalu
tidak perlu bersenam
kerana bersenam untuk menjana kesihatan kita
sementelah kita yang saya rasa
tidak atau jarang melakukan pemeriksaan kesihatan
yang secara keseluruhan

bagi saya sebagai suri rumah
istilah bersenam bukanlah
berjoging-joging keliling taman rekreasi
TETAPI jika ada masa terluang boleh diaplikasi
jika tidak cukuplah sekadar membereskan kerja-kerja rumah
seperti mengemop lantai
membersihkan halaman rumah
bercucuk tanam untuk sekebun kecil di laman belakang
atau yang sewaktu dengannya

jadi pesanan penaja untuk saya dan uolls
amalkan gaya hidup sihat
supaya kita sihat sepanjang hayat
dalam erti kata yang sebenarnya
supaya hidup kita dan keluarga kita yang tersayang
akan kekal bahagia
dan menjana atau memotivasi kesihatan kita selamanya

p/s: n3 sebelum xtvt berjimba-jimba ke kemaman: ^__^

Sabtu, 11 Disember 2010

^ N3 UNTUK MULUT & PERUT ^

salam semua
uolls sekarang buat apa?
tengah makan-makan ka?
hehee.. :P

sila layan gambar entry
senaman untuk mulut dan perut di bawah



**keropok lekor **



**keropok keping**



**air teh 'O'**
semua keropok dibawa my SIL
semua produk dari kemaman
dan digoreng oleh my SIL jugak
dan saya..tukang makan sahaja..

p/s: selamat menjamu selera..opsss..selamat menjamu mata '^__^

^ ADUSS!! SAKIT MATA PART 2 ^

salam semua
salam pagi sabtu

alahai..bulan ini
wabak sakit mata menyerang lagi
kira sayalah mangsa pertama
untuk famili saya..huhu

nasib baik cuti sekolah
nasib baik tugasan berjimba-jimba sudah selesai
jika tidak..macam zorro saya kerana WAJIB berspek hitam
semasa tugasan..alahai

sakit mata ini
secara automatik kita tidak akan selesa
apatah lagi orang lain yang hendak bersemuka
dengan kita semasa berurusan
sungguh TIDAK selesa..SEGAN pun ada

saya baru merancang bahawa esok
kami sekeluarga hendak "melancong"
ke KEMAMAN..hehe
aktiviti itu akan saya stori mori nanti

jadi semua rakan maya dan realiti
doakan agar sakit mata saya ini
cepat baik secara segera..insyaAllah
agar saya boleh berjimba-jimba di KEMAMAN esok
dengan gaya inilah..heehe..[ni part 1 sakit mata..huhu]
sempat lagi jalan-jalan di KP:


p/s: dalam masa 2 minggu ini..saya perlu membuat senaman jari yang aktif.. ^__^

Jumaat, 10 Disember 2010

^ MY HEADER CONTEST ^

salam semua

nampak gaya
mood untuk menyertai
segmen contest ini
muncul kembali..hehe


maka..petang ini
saya hendak menyertai :


***MY HEADER CONTEST***

contest ini telah dianjurkan oleh RIEYANA
uolls yang berminat boleh KLIK SINI
untuk melihat syarat-syaratnya

saya menyertai contest ini
kerana telah ditagged oleh YUS
dan header yang dipertaruhkan ialah

*
*
*
*


al-maklumlah..header baru seminggu kan
kita cuba nasib sahaja
memeriahkan suasana blogging

saya hendak tagged peserta bertuah iaitu:

V
V
V
p/s: sudah tamat sesi berjimba-jimba..sesi me"NIKE" pulak..huhu

^ SIANG ATAU MALAM ^

salam semua
cukup sehari lagi
entry auto publish...hehe
kerana saat ini
saya tengah berjimba-jimba lagi
dengan tugasan itu
[asyik guna jimba-jimba shj]

cerita hari ini
bukan cerita emosi
yang merobek kalbu lagi
ini cerita tentang
pilihan uolls jika pulang ke kampung
atau membuat perjalanan jauh
uolls pilih siang atau malam??

jika saya..saya lebih suka
travel waktu siang kerana
saya dapat melihat pemandangan
jadi sepanjang masa itu
kita tidak akan kebosanan
seperti pemandangan tepian pantai
ketika saya ke dungun baru-baru ini
layan aje..eheks..


ada juga orang suka travel malam-malam
kurang kenderaan katanya
bagi saya..saya takut
sebab jika terjadi hal-hal yang tidak diingini
amatlah sukar dan sulit
untuk mendapatkan pertolongan
[kang tak pasal-pasal..makhluk lain yang tolong..wahuhuuuuu]

jika diperhatikan
sekarang tidak kira siang malam
kenderaan banyak sahaja di jalan raya
seolah-olah semua orang tidak tidur..hahaaa..

cuma jika hendak memulakan sesuatu perjalanan
pastikan kenderaan anda sudah diperiksa
dengan baik dan disahkan berfungsi dengan sempurna
dan yang paling penting
"PANDU CERMAT AGAR JIWA SEMUA ORANG SELAMAT"

p/s: sebab dua tiga hari ini asyik bawa laju shj kereta..kejar masa ke tempat jimba-jimba ^__^

Khamis, 9 Disember 2010

^ HATI KECIL SEORANG IBU ^

salam semua
saat saya menulis entry ini
saya sangat merindui kedua-dua
anak saya..along dan angah

semalam
dalam hujan renyai-renyai
saya menjenguk mereka berdua (selepas 3 hari )
sedang mereka di surau mendengar sedikit
pesanan selepas solat asar
saya menunggu di dalam kereta

selang beberapa minit
saya melihat angah berlari-lari
mendapatkan saya di dalam kereta
"lainnya wajah angah," detik hati kecil saya
saya sebak...
diikuti larian along dari belakang
melihat mereka berdua
hati kecil saya meruntun-runtun kesedihan

banyak perkara yang ditanya
banyak perkara yang diminta
banyak pesanan yang sama saya sampaikan

sebenarnya di sana
along dan angah sangat gembira
semua kanak-kanak akan gembira
jika bersama dengan mereka ialah kawan-kawan
sebaya mereka dan sesekolah mereka
**sesungguhnya..kita tidak tahu perkara yang tersirat dalam hati mereka**

tapi biasalah
hal-hal begini
proses begini
memang meruntun hati seorang ibu
semua ibu akan sedih apabila
berpisah dengan anak waima sementara
walaupun anak itu sudah besar dewasakan

ini merupakan fenomena dan senario semula jadi seorang ibu
dan saya rasa seorang ayah juga berperasaan sama
cuma mungkin mereka tidak menzahirkan
melalui air mata seperti seorang ibu..

pesanan untuk saya :
~jangan dilayan perasaan ini~
sedih dan rindunya akan semakin bertandang
inilah pengalaman pertama saya sebenarnya
mungkin selepas ini..sudah biasalah..
cuma saya ingin berkongsi dengan semua ibu
akan perasaan ini kerana saya pasti
semua ibu berperasaan begini juga - sama



**pic along dan angah pada tahun 2007**

p/s: pertama kali entry emosi :(

Rabu, 8 Disember 2010

^ SEGMEN BLOGLARIAN ^

salam semua
hari ini hari menyertai
segmen memeriahkan suasana berblog

malam ini pula
saya ingin menyertai LIST BLOGLARIAN

perkara yang perlu dilakukan:
mestilah letak banner dahulu deh..hehe


dan ini linknya: KLIK SINI
atau
KLIK SINI untuk mendaftar

segmen ini mempunyai slogan iaitu:

"Saya suka berblogwalking kerana untuk mengenali rakan-rakan maya. Melalui blogwalking pelbagai jenis blog kita akan temui. Secara tidak langsung juga blogwalking ialah cara mudah untuk mendapat jumlah pengunjung ke blog kita"

untuk segmen ini
saya ingin mengetag:





p/s: hari join segmen blog sedunia..wahahaa..

^ BLOGLIST 2011..SELAMAT DATANG TAHUN BARU ^

salam semua
petang ini setelah balik
dari berjimba-jimba tugasan PAC
saya ingin "menjoinkan" diri
dalam "BLOG LIST 2011..SELAMAT DATANG TAHUN BARU"
anjuran siapa lagi jika bukan blogger terkenal BEN ASHAARI

beliau sudah membuat rombakan blog list yang lama
jika dahulu..blog PERMATA HATIKU ini
berada dalam senarai CONTENG DINDING
al-maklumlah..blog mak budakkan..
anak-anak saya memang suka conteng dinding..wahahahaa..

sekarang..kita mulakan proses menjoinkan blog ini
seperti biasa mesti letak header blog BA dahulu:


jika uolls hendak join
bolehlah klik SINI..
bukan senang blog simple kita hendak terletak
dalam blog list blogger terkenalkan..
jom..meh..maghi..kita memeriahkan
suasana..HAPPY-HAPPY BLOGGING..

p/s: ini entry fresh dari kebun..hehe..

^ PINKY ~vs~ CHOCOLATE ^

salam semua
hari ini kita stori mori
tentang warna

satu warna pinky @ merah jambu
satu warna chocolate @ koko..ye kot..hhee

nah..inilah pinky-pinky sudah mariiiiiiiiiiii...


cuba teka apa itu pinky??
itu ialah kuih pau
pau segera ya cik kak dan cik adik
saya tak reti nak godek-godek buat pau..wahahahaa..
yang saya reti..beli pau segera
balik cepat-cepat
isi air dalam kuali
ambil pengukus..masukkan pau pinky
kukus sampai lembut-lembut
taraaa....beres...boleh masuk mulut
tapi tunggu sejuk yer..
nati terbakar mulut dek inti kacang merah itu..

dan ini..taraaaaa...chocolate kehitaman sikit


dekat atas sahaja..
bawahnya..donut jer..hihi
yang ini setelah beli
boleh terus makan

itulah dua kuih yang selalu kita makan
sama ada dibuat sendiri atau dibeli
[setakat ini..saya membeli sahaja]

p/s: entry auto-publish sebab saya tengah berjimba-jimba dengan tugasan sulit ^__^

Selasa, 7 Disember 2010

^ HIJRAH ^

salam semua
hari ini ialah Awal Muharram 1432H

kita semua berharap agar
pada tahun baru hijrah ini
kita semua akan mendapat lebih
keberkatan, kebahagiaan, murah rezeki
dan segala impian baik untuk meningkatkan
kualiti hidup kita dan untuk semua
kawan-kawan kita tidak kira
realiti atau maya..

sempena tahun baru hijrah juga
blog saya buat pertama kali
ada "header"...hehe
header yang bagi saya amat
bermakna ini telah disumbangkan
oleh kawan maya saya ialah SYAMILA - Rumahku Syurgaku
terima kasih daun keladi SYA...
saya mendapat hadiah sempena hari Maal Hijrah..

hijrah itu bermaksud banyak
tetapi lebih menjurus kepada kualiti hidup
agar bertambah lebih baik dan lebih bemanfaat
untuk kita dan keluarga atau orang-orang di sekeliling kita..

"SALAM MAAL HIJRAH"

p/s: hari ini cuti..tapi saya, sarah dan najwan..hanya di rumah sahaja..

^ NAMA ANAK ^


**nama dari google**

As-salam semua
semua sedang bercuti
sempena sambutan Maal Hijrah
semoga kita semua mendapat
lebih keberkatan dalam tahun baru hijrah ini

saya rasa uolls semua
jika bakal menimang cahaya mata
perkara penting lain yang terlintas
dalam fikiran ialah nama anak

cerita saya ialah
saya menimang cahaya mata sulong
pada tahun 2000
pada masa itu
nama yang paling poupular
dan menjadi pilihan ibu bapa
bagi bayi lelaki ialah LUQMAN HAKIM
jika bayi perempuan saya rasa mesti ada SYAHIRAH..

saya pun..terpikat jugak dengan nama itu
incik suami pun setuju jugak
sebab saya yang pilih nama itu
tapi bagi anak kedua
incik suami sudah mahu namakan pulak
sah2 preggy kedua...dia namakan MUHAMMAD ZAIM
incik suami lebih suka nama yang ringkas
dan senang dipanggil baginya iaitu panggil lengkap

dan begitulah seterusnya
nama anak2 saya yang lain
agak ringkas seperti NAJWAN dan NUR SARAH

ramai ibu bapa menamakan
anak mereka dengan gabungan yang menarik
apa-apa pun
biarlah pilihan nama anak-anak kita
mempunyai maksud yang baik
kerana kita selalu memanggil mereka

p/s: SARAH NAJWAN - gabungan nama anak ke- 4 dan ke- 3 saya : ^__^

Isnin, 6 Disember 2010

^ SUKA BELA BINATANG? ^

As-salam semua
hujan turun dengan lebat saat ini

suka pelihara atau membela binatang?
sesetengah orang suka bela
kucing, hamster, arnab - ini yang biasa
ada yang eksotik seperti iguana, ular sawa dan tokek

saya berkeinginan membela binatang
seperti kucing dan arnab
tapi..memandangkan jika anak2 sakit
mereka akan alahan pada bulu-bulu binatang ini
jadi saya pendamkan sahaja..

semua anak saya
jika jumpa dengan kucing sahaja pun
sudah cukup kuat menjerit
menjerit kerana menunjukkan minatnya
pada kucing..
tapi jika kucing dekat..alamak berterabur lari..penakut
mungkin geli kot...tapi semangat hendak memegang

tapi..semalam
saya ke taman bandar
adalah kanak-kanak yang membawa arnab
mek sarah yang tak pernah tengok arnab
menjerit meraung
dan yang paling saya tak sangka
mek sarah berani memegang si arnab comel tu
saya lihat..tuan arnab yang ketakutan
sebab takut arnabnya di penyek oleh mek sarah..huhu


memelihara binatang ini memang seronok
tetapi kita kena tahu cara merawatnya dengan baik
memberi makan dan minum..aiseyyman
itu yang saya tak tahan
sebab..hobi incik suami saya ialah
jangan tak tahu--> suka membela burung..huhu

p/s:jika incik suami OS..ni ha..tukang bg makan minum kat burung tu..

^ JADI ME (metered earnings) DAH.. ^

As-salam semua
semoga kalian semua
dalam keadaan gembira dan bersemangat
untuk memulakan hari kerja
jangan risau..esok akan bercuti semula
bagi menyambut Awal Muharram..

pagi ni..saya hendak stori pasal mr nuff lah
sudah lama tak bergossip tentang nuff kan
bukan cerita tentang BE (buffered earnings)
sebaliknya ME (metered earnings)
waaaaa....

tajuk kat atas itu motivasi sebenarnya
jika BE sudah jadi ME
secara tidak langsung
jadi jumlah earnings kan..
mana tau..cukup syarat
boleh cash out..huhu


itulah jumlah BE saya yang sudah jadi ME
persahabatan saya dengan nuff baru mencecah hampir 4 bulan
seadanya..anggap sebagai bonus untuk tabungan kita secara pasif..

jika iklan nuff muncul dalam blog kita
yang muncul sebagai BE atau sekali sekala sebagai CPC
nampak macam meriahkan pemandangan blog kita
nampak macam ada widget2 yang bling-bling gitu..

p/s: jika ada rezeki..tidak akan ke mana..

Ahad, 5 Disember 2010

^ HUJAN EMAS HUJAN BATU ^

salam semua
baru dapat bersiaran

dek hujan yang sering turun
kita cerita tentang hujan
hujan emas hujan batu

sebenarnya itu ialah beberapa
perkataan daripada peribahasa ini
"HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG
HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI
LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI"

saya rasa semua orang menyimpan impian
untuk tinggal sementara di luar negara
sama ada menyambung pelajaran
atau bekerja atau melancong
siapa yang tidak mahu ke luar negara?
angkat tangan..hehe

kita semua juga dihidangkan
betapa menariknya
kehidupan di luar negara
keindahan pemandangan di sana
kelainan 4 musim daripada kita
perbezaan gaya hidup yang mungkin agak ketara daripada kita
kemajuan dan ketamadunan mereka
dan macam-macam lagi
yang boleh menarik minat kita

tapi..kita mungkin tidak dihidangkan secara langsung dengan
kesusahan keperitan kerinduan kesesuaian
dan segala macam kelainan sama ada dari segi
budaya bahasa adat agama dan sosial

betullah peribahasa orang-orang tua
seperti yang saya nyatakan di atas
tetapi...jika kita berpeluang ke luar negara
satu rezeki dan rahmat buat kita
yang tidak diperoleh semua orang
hanya melalui pendidikan/pekerjaan sahaja yang boleh membawa
kita ke luar negara
dan jika orang itu berkemampuan

jadi..sesiapa yang berpeluang ke luar negara
ingatlah peribahasa ini
di mana bumi dipijak
disitu langit dijunjung
dan
masuk kandang kambing mengembek
masuk kandang kerbau menguak



**pic rumah my SIL di bundoora, victoria-->cilok dr fb cik ta**

p/s:memang teringin sangat macam kawan saya DAS dan my SIL tu..

Sabtu, 4 Disember 2010

^ LAYAR PERAK ^

salam semua
sekarang ini
hujan renyai-renyai sejak pagi
sudah tiba musimnya kan..

layar perak atau pawagam
rasanya..hampir 12 tahun
saya tidak menonton wayang ini
sejak saya menjadi isteri orang..hehe

jika masa belajar di U
ada masa jugak tengok wayang
memang seronok tengok wayang
sebab skrinnya besar
sound effect pom bagus
memang jelas dan nyatalah..
bergegar habis segala urat dalam perut..wahahaaa..

sekarang pun
banyak blogger buat review tentang satu-satu filem baru
terasa pulak..hendak tengok wayang

ecceecee...tapi mana saya hendak tinggal permata hati saya itu?
tak kanlah hendak bawa masuk panggung
terutama mek sarah itu..kureng sesuai
mahunya dia menjerit melaung hendak keluar
sudahlah tempat itu gelap..huhu

dengan kehidupan berkeluarga ini
ada hal-hal yang terpaksa kita bataskan
setiap masa yang berkualiti itu
lebih baik dihabiskan bersama dengan keluarga

senang cerita..beli sahaja CD
pasang sahaja di rumahkan
lagi elok tengok bersama dengan anak4...

sekarang ini
usahkan hendak tengok wayang
tayangan cerita di televisyen pun
jarang-jarang saya lihat..hehe
cerita pun yang dipilih-pilih sahaja..

p/s: malam ini nak tengok TVlah..heheh

^ NI HENPON SAYA..^


**tu henpon pokcik google yer**



salam semua
sedang buat apa?
sedang menelefon sambil melayan blog?
ehhee..teruskan


zaman sekarang ni
semua wajib ada henpon
alang budak-budak skol rendah itu
ada henpon..hendak telefon mak katanya..
yelah tu...


saya memula membeli henpon
pada tahun 2004
saya beli yang paling fofular masa tu..nokia 3310
hebat dah rasanya
tahan weh henpon tu
jatuh ke kene baling ke...tahan kuat..
cuma bateri kong sebab dulukan tak de
game2 nih..internet lagilah tak kenal
maka mainlah game dlm 3310 tu..


henpon skrg lagi canggih manggih
pelbagai fungsi dan bentuk yang hebat
jika dulu..kita hanya guna untuk
telefon dan sms shj
sekarang boleh jadi macam2
saya pom tidak pandai dalam mengexplore
macam2 dalam henpon saya yang cap ayam tu
jadilah..sekadar boleh call/meset dan skrg boleh snap on de spot picture
utk ape..utk masuk blog..wahahahaaa...


sebagai ibu bapa
awasilah anak2 yg diberi henpon yang canggih2
tgk apakah isi kandungannya
jgn terkezut jika lama tak dipantau
dlm henpon anak2 kita itu ada gambar yang tak sepatutnya..
macam2 hal sekarang ini..


p/s:jom calling2..

Jumaat, 3 Disember 2010

^ EHEM...EHEM...^

salam semua
tu la..rumah orang seme
cantik-cantik
saya pun gatallah tangan
hendak tukar jugak nih

taraaa.....uolls tak silap masuk yer..
ini blog saya ni...PERMATA HATIKU..

hendak buat yang grand2..
diriku tak mampu dan tak terer
terriblekan...nahas jugak...

setakat yang ada tu
hak inilah yang saya berkenan
ciri-ciri buku itu
menunjukkan bidang kerjaya saya
me"nike" buku-buku latihan pelajar
dan buku sumber ilmu pengetahuan..

p/s: walawehh...andaikan dapat template yang cantik kan seronok..

^ ASAL BERKENAN..SALIN.. ^

salam semua
faham tak tajun entry itu
tajuk itu..khas untuk saya

asal berkenan..suka..menarik..terliur
saya akan salin..resepilah..apa lagi
lepas salin semua
hah!!!..ditempeknya kat pintu peti ais
sila lihat gambar tu..
penuh pintu peti ais dengan resepi


kekunun macam teringin hendak masak
teringin hendak mencuba keenakannya
adakah seperti yang dilihat dalam gambar
dalam internet
atau disalin dari majalah
atau disalin dari rakan-rakan..

itulah..tidak jadi hal
kerana menyalin sahaja sudah baikkan
sudah menunjukkan satu kesungguhan
untuk memasak
orang kata niat itu pentingkan..
buat ke tidak
itu lain stori...wahahahaa..

uolls macam saya jugak ke??
suka benau salin resepi
sampai my hubby cakap..
"bilalah nak makan masakan resepi yang ada kat pintu peti ni?"
hehe...ada jugak saya masak
tapi jarang-jarang
yang kerapnya..menu biasa..hihi

anggap itu..M.O.T.I.V.A.S.I yer..puan-puan..
p/s:ni nak try entry auto-publish..nak tgk jadi atau tak..akan dipublish jam 2 nanti...

^ ASYIK LUPAK SAHAJA ^

salam semua
pagi ini..hujan renyai-renyai lagi
suasana pun agak dingin..

pernah uolls lupa?
mana ada orang yang tak pernah lupa kan..
semua pernah lupa

fikiran entah ke mana-mana..contoh:
hendak ke dapur ambil buah
tapi bila ke dapur nampak gelas tak terbasuh
dalam sinki..basuh dulu
last-last keluar pi ruang tamu
duduk..dan alamak..aku hendak makan buah tadi
hishh..lupa ambil lagi..

itulah contoh situasinya
saya ada baca info
beza antara lupa atau menghidap ALZHEIMER
**minta dijauhkan dari penyakit itu**

LUPA NORMAL:
*beberapa bahagian pengalaman hidup
*tempat letak kereta
*nama seseorang tapi ingat tentangnya
*sesuatu objek seperti meletakkan kunci kereta

LUPA ALZHEIMER:
*seluruh pengalaman hidup
*cara memandu/melihat waktu
*perkara yang baru kita buat contohnya memasak
*seseorang dan langsung tidak ingat siapanya
*penurunan nilai seperti tidak dpt bezakan cuaca
*menempatkan barang di tempat tidak sepatutnya:
-letak besi dlm peti ais
-jam tangan dlm mangkuk
*perubahan mood
*perubahan keperibadian seperti bingung/curiga/takut

itulah antara info yg saya ambil dari majalah wanita..saya ringkaskan shj
harap2..kita tidak tergolong dalam kalangan yang lupa penyakit itu

ada orang berpendapat..hendaklah membiasakan otak kita berfikir
agar kita tidak terkena penyakit itu
membaca al-quran juga salah satu caranya
dan pengamalan gaya hidup sihat..
juga jangan banyak makan semut...wahahaa..
betul ke..makan semut boleh lupa???
kenapa yer??

p/s: jangan lupa semua...

Khamis, 2 Disember 2010

^ 555 ^

salam semua
selamat malam


555...
bukan buku 555
bukan sebarang nombor
tetapi jumlah follower saya sehingga petang tadi
dan follower ini ialah deCrewz
seorang blogger newbie yang bermula ogos 2010
uolls bole klik jika ingin ke blognya

setiap blogger sebenarnya berkait antara satu sama lain
mana-mana blogger baru amat memerlukan bantuan
blogger yang sudah lama bertapak dalam dunia ini
ini header blog deCrewz..kreatifkan..


saya juga blogger newbie/baru sebenarnya
sebab masa saya aktif hanyalah baru masuk 5 bulan
uolls semua boleh lihat
hasil entry saya ini


yang di luar kotak itu
entry hidup segan-segan
jika dibuka...tiada siapa pernah berkomen..huhuhu
gaya penulisan saya dulu jugak
memang lain..malu pulak bila saya lihat semula..wahahahaaa..

memang saya bermula pada tahun lepas
jikalau saya aktif sejak mula membuka blog
alamak saya ini boleh digelar blogger tegar kot..miahahaaaa..
BERANGAN TUH...ayat poyos!!!!!!!!!!!!!

so uolls...usaha tangga kejayaan
ada macam2 berpendapat
tentang follower pada satu-satu blog
pendapat saya..follower merupakan motivasi kepada blogger
pemangkin kepada penulisan entry2 seterusnya..
"TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAK FOLLOW BLOG SAYA"
[mungkin ada saya tidak terfollow mana2 blog yang follow saya...maafkan saya yer]

p/s: "FOLLOWER PEMANGKIN CETUSAN IDEA BLOGGER"