selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Jumaat, 26 Ogos 2011

-SALAM AIDIL FITRI-

Assalamualaikum semua
apa khabar?
hampir 3 hari tidak bersiaran rasanya
rinduuuuu!!!

esok saya akan balik ke kelantan
tak sabar rasanya hendak makan aye percik
sempat lagi tu..hehee

pada kesempatan ini
dengan kemabukan saya
yang masih menebal
maka dengan kreatifnya...hehee
saya mereka cipta kad raya sendiri
khas untuk uolls semua
sudi-sudilah tengok yer
hendak design yang canggih manggih
tak terbuat rasanya
yang penting mesej sampai...hehe


semoga kita semua
selamat pulang dan kembali beraya
dalam keadaan selamat semuanya

p/s: tgh pupuk mood untuk packing baju..huhu

Selasa, 23 Ogos 2011

-MISS SAHUR-

Assalamualaikum
saya sudah mula mahu aktif
cewah!!!!hehee

semangat mesti ada
banyak blog juga saya sudah bole singgah
yang saya belum singgah
macam biasa seperti dulu
tunggu deh..hehe

hari ini sudah 23 hari kita berpuasa
maka semalamlah kali pertama
saya miss sahur..huhu
selalunya saya gagahkan diri jugak
bangun dan buat apa yang patut
tapi dalam mabuk-mabuk itu
sempat jugak masak nasi goreng
masa sahur..hehehe
kasihankan untuk hubby dan 2 hero yang puasa

tapi semalam jam henpon bunyi kul 4.00am
saya off sekejap macam biasa
pastu camne bole terlelap dan bermimpi ntah hape2
itu yang sedar-sedar sudah jam 5.20am
selalunya terlelap jugak
tapi tersedar dalam sepuluh minit kendiannya

maka saya hanya kejut hubby bangun
dan sekejap berbunyi goreng sesuatu
makan sahur wedges ajo laki aku ngan 2 hero..huhu

jadi hari ini saya ingin masak nasi ayam
saya mesti kuat petang nanti
doakan saya deh...hehhee

p/s: yg saya belum singgah..jap agi saya dtg..

Isnin, 22 Ogos 2011

-BAJU RAYA?-

Assalamualaikum
rindu kat uolls weh..huhuhu

saya pasti minggu terakhir ramadan ini
sudah pasti uolls sudah selesai membeli
segala mak nenek persediaan raya kan

untuk saya semua tempahan
kuih main tunjuk-tunjuk sudah selesai
maklumlah hal ini mudah
main tulis dan sedia ongkos sahaja

yang saya risau sekarang
bekalan baju raya anak-anak saya..huhu
dengan kudrat saya yang mabuk pening bagai ini
rasanya tak larat hendak soping

jadi hal ini saya serahkan pada hubby
tapi memang tak selesai sebab
rupanya minggu akhir inilah
ramai yang pakat keluar soping

maka jalan jem sesakkkkk
cashier beratur panjang
dan hubby hanya pulang
dengan membawa barang keperluan lain sahaja

nasib baiklah sebelum puasa hari itu
saya adalah jugak membeli siap-siap
baju melayu 3 hero dan sepasang baju kurung mek sarah

manakala baju raya mak dan ayahnya????
saya pakai baju sekolah ajolah..huhu

p/s: saya hanya sempat menjengah dua tiga blog sahaja..huhu..tunggu hilang mabuk deh..hehe




Khamis, 18 Ogos 2011

-SARAH MAKIN CENGENG-

Assalamualaikum
bersawang benar blog kesayangan hamba ini..huhu

dengan keadaan saya sekarang
sarah semakin manja amat
mungkin dia tahu bahawa
dia akan menerima kedatangan orang baru

boleh malam-malam dia bangun
dan menangis macam mendapat mimpi ngeri..huhu
lepas itu mudah merajuk bagai nak rak
puas pujuk dan mangsanya ialah ayahnya

sedih saya melihat mek sarah
terasa dia masih kecil untuk ber"adik"
masih manja sangat lagi
sudahlah dia satu-satunya gugurl..huhu
sedih weh!!!!!huhuhu

dan entah kenapa juga
saya kadang-kadang pun
mudah cengeng..huhu
dengar lagu dalam kereta pun
boleh menangis..hehe
pembawaan betul kali ini

p/s: hapdet ringkas aje..rindu kat uolls..huhu :(

Isnin, 8 Ogos 2011

-LUAHAN PERASAAN-

Assalamualaikum
ada yang merindui saya ko?
huhuhu..perasan mak!!!

buat masa ini
saya berehatlah seketika
mungkin dalam seminggu
tidak setiap hari hapdet

jika ada cerita
saya akan kongsi
walaupun sekarang banyak cerita..huhuhu
mana-mana yang pernah alami seperti saya
pasti akan tahu rasanya

walau rindu pada blog memuncak
tapi kudrat untuk mengarang
itu kurang dan terus dibawa angin kipas

yang pastinya
setiap cerita uolls
saya pasti akan rindu
rindu untuk membaca
rindu untuk berkomen
seperti setahun yang aktif dahulu

kita tunggu kemabukan ini hilang deh..
saya pasti akan aktif semula

p/s: lambatnya 3 bulannnnnn..huhu

Jumaat, 5 Ogos 2011

-AYAM PERCIK KLATE-

Assalamualaikum
saya hendak makan ayam percik klate

tapi memandangkan kesusahan
untuk proses pembuatan
terutama dari segi pembakaran
maklumlah rumah saya tak ada mikrowave
lagi pula saya suka pembakaran
melalui arang jugak yang sedappppp

hendak buat sos percik
tidak menjadi hal
hendak membakar itu yang renyah
sebab agak sukar untuk hidupkan api..huhu
adoiiiiiii...

mahu beli di bazar ramadan
tak banyak pilihan
lagi pula lain rasanya
nampak gaya kena balik klate nih..wahahahhahaha

ingat nak tepek gambar
tapi dibatalkan kerana
menyebabkan menjadi terlalu terliur..huhu

p/s: tapi nak jugak layan gambar ayam percik kat blog2..huhu..cabarannnnnnn

Khamis, 4 Ogos 2011

-NASI ATAU KUIH?-

Assalamualaikum
selamat pagi semua

jika uolls kan
masa berbuka itu selepas makan kurma
makan nasi terus atau kuih-muih dahulu?
sesetengah orang suka makan kuih dahulu
kendian solat maghrib barulah makan nasi

jika saya dan famili
wajib makan nasi dahulu
kuih muih itu akan dimakan
selepas hubby balik terawih
atau antara waktu itu sebelum tidur

tapi sekarang kan..huhu
dengan keadaan saya ini
selepas berbuka sahaja
tanpa edisi mengemas bagai-bagai
semuanya hubby yang buat
saya terus mandi dan solat maghrib
kendian berdushunggggg...tidurrrrrrr
jikalau tidak..mulut mulalah hendak
mengeluarkan segala isi
sobarrrrrr..hehee

hari ini saya terasa semangat untuk masak
hendak masak ikan siakap stimlah..hehe
makan masam-masam memang elok utk keadaan sekarang

p/s: selamat berplan nak masak apa yer..hehe

Rabu, 3 Ogos 2011

-ALAMAK..GAS ABIS!!-

Assalamualaikum
sudah plan hendak masak
untuk juadah berbuka?
saya ke param aje kot

hari ini saya mc lagi
buat kali kedua
dalam plan hendak masak itu
jangan lupa pada gas untuk memasak
nati jadi macam saya semalam
tengah ralit dok hangatkan lauk
api dapur padam tiba-tiba
sah gas sudah abis..adoiii!!!

tak apa sebab saya ada stok setong lagi
sekali hendak ambil
laa.....sudah digunakan jugak
camne saya boleh terlupa untuk replace ni..huhu

maka semalam bersahur
hanya satu lauk yang sempat dihangatkan
satu lagi makan dalam kesejukan
kasihan anak-anak dan hubby saya..huhu

so uolls..peringatan jugak
check gas dapur tu..hehehee

p/s: rumah saya dua bulan baru gas abis..hehe [abis sb byk masak air ajo..huhu]

Selasa, 2 Ogos 2011

-ALAHAN-

Assalamualaikum
uolls camne sekarang?
dengan kemabukan saya ini
memang menduga keimanan

perkara yang saya minat
blog dan fb sudah makin menjauh
semakin ke laoootttt
pembawaannnnnnnn..heheee

dengan pengalaman preggy 4 orang anak
alahan saya ini mencecah jugak 4 bulan
bersalin saya masih bertahan
tetapi alahan yang teruk
aduyaiiiii!!!!!!!

apa-apa pun uolls
jika saya beronline
saya pasti menjengah
rumah uolls..hehee

p/s: mulut payau ajooo..huk huk :(

Isnin, 1 Ogos 2011

-REZEKI-

Assalamualaikum
selamat hari pertama puasa
guaner weh uolls semua?

setakat ini saya sudah rasa keketarannya
almaklumlah sekarang meksarah
akan berubah title menjadi kak sarah!!
jadi secara tak langsung
ramadan al mubarak kali ini
saya dapat puasa penuh
insyaAllah jika morning sickness
tidak terlampau..huhuhu

itulah rezeki pada bulan ramadan ini
rezeki itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk
bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit
tetapi dalam bentuk cahaya mata

yang pentingnya rezeki kita
untuk berbuka puasa pada hari ini
pilihan memasak atau meninjau juadah
di bazar-bazar ramadan yang tumbuh
seperti kulat pusu selepas hujan..heheh

uolls hari ini memasak
atau ke bazar ramadan?
rasanya saya baru sahaja memasang niat
untuk memaku memahat mood memasak
pada bulan ramadan ini..
tengok keadaanlah kan..hehe

p/s: mahu berhibernisasi sekejap!!huhu