selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Selasa, 5 Julai 2011

"FITNAH SEMATA-MATA"

Assalamualaikum
saya belum makan pagi..huhu
kelas dari jam 7.30 - 9.50am

hendak pergi ke kantin
semua member sudah makan
hendak jalan sensorang macam malas
alih-alih makan "blog" la dulu..heheh

saya ada cerita tentang makan
makan berdua antara kawan
jika kawan sama jantina tak jadi hal
bagaimana pula rakan lain jantina??
hal itulah yang boleh menimbulkan fitnah

kadang-kadang kita tak jangka hal ini berlaku
kita berpendapat "hanya keluar makan/hal lain dengan rakan setugas berdua"
yang jadi lainnya apabila ada orang lain melihatnya
dan tanpa disedari memberitahu kepada pasangan kita
jika kita memberitahu awal-awal pada pasangan kita
mesti tak jadi halkan
bagaimana pula jika si dia tidak tahu?

kawan kita yang memberitahu
mungkin niat dia baik untuk maklumkan kita
tapi pada pendapat uolls
jika kita melihat hal begitu
patut atau tidak kita beritahu kawan kita??

mungkin antara kita berkata:
"bersangka baiklah"
sebab jika kita tersalah melapor
itulah yang dikatakan FITNAH SEMATA-MATA
bahaya tau!!!

p/s: nak makan lunch terus!!!

21 Rajin Komen:

~ yus ~ berkata...

akak saya puasa hari ni..pagi2 tadi dah makan..hehe


rasanya mmg perlu di elakkan makan berdua je berlainan jantina. Kalau nak makan dengan rakan setugas yg berlainan jantina ni, baik bertiga atau berempat. Kurang sikit sangka buruk dari orang tu...

Farah Shamsudin berkata...

erm.. kalau suami memang dah tahu tu takpe kak.. memang la rakan setugas kan.. tapi lain jantina.. oarng yg memandang pn, mula lah nak berkata2 yang bukan2kan.. kalau saya nampak, saya senyap jee.. takde nak bagitau pasangan org tu.. bukan apa,takut nanti salah lapor.. kan susah.. xnakla macam tu..

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

mkn sis...nnt msk angin perut tu.

kisah tu mmg la kita kena hati2 kan sis.bahaya klu terkena fitnah.so baik elakkan dr berdua dgn yg bkn muhrim

ajumohit berkata...

tulah hrp2 tidak menimbulkan fitnahlah kan, saya selalu visit dgn opismate lelaki, dh gtau hubby jgn cemburu, semua kerana tugas

cik Jue Aka Ibu Farisyah berkata...

biasanya hubby tahu sapa opismate kita..insyallah takkan tibulkan fitnah....
"tp jue hari2 makan dengan hubby sebab saatu opis...."

Izan Ishak berkata...

sebaik2nya dielakkan kan kak... bukan apa benda2 gini selalunya boleh mengundang fitnah.

izan pun sarapan kopok je arini...

kakcik berkata...

Bagitahu awal2 pada pasangan - itu lebih senang. :)

diana berkata...

sebaiknya kita jangan buat sesuatu yang menimbulkan fitnah kalau tak mau orang fitnah kita.
kadang2 kita dah bgtau pasangan kita,dan dia pulak sebab nak nampak dia sporting dia benarkan je la..
kang tak bagi kita kata dia cemburu tak bertempat..ye dak???
padahal dalam hati dia,ada la jugak rasa tak puas hati...

Citarasa Rinduan berkata...

mmg ayu tak suka kawan..
tapi..

tetap layan, tanpa dia perasan..
hanya senyum tanda tak suka bak bermusuhan

Maya Mayana berkata...

seeloknya kalau memasing dah kahwin jauhkanlah dari keluar berdu-duan..lainlah kalau sama2 bujang..yana lg pagi tadi beli nasi kerabu ingat nk mkn panas-panas tp bos asyik lalu lalang je..baru lepas mkn ni :P

ieda berkata...

setuju tapi ada sedikit pelik kan .. nak2 kalau hubby kita yg jenis segan selalu dan bukan jenis yg happy tuu ahhahahah mcm somi saya .. harus saya kena hati2 .. bila ada org cakap .. terus soal .. bukan tanye ekekekek

MamaEma berkata...

sebaiknya elakkan diri dari makan berdua..nak makan dgn lelaki atau emmber opis lelaki akan lebih dari seorang...

ShErA berkata...

selalunya perkara macam ni terjadi kat tempat kerja... macam masa shera kerja dulu, shera sorang saja perempuan... nak tak nak terpaksa la makan dgn kwn2 lelaki ni... tu pun ada gak yang tengok shera pelik...

Kalamhati berkata...

kalu buleh elak memang kena elak..setiap org punya pandangan berbeza bilo tgk..
hok takutnyo bilo jd fitnah..dosa la kito..oghe hok bwk mulut tu samoteloh doh

munna berkata...

klu berdua mmg munna elakkan.... sebab mulut org mmg tak boleh nak jaga...

MamaYatie berkata...

berkawan lain jantina boleh jer..as long jaga batas, tatatertib & adat susila..

kdg2 pendapat kaum lelaki boleh diguna pakai juga :)

MamaYatie berkata...

berkawan lain jantina boleh jer..as long jaga batas, tatatertib & adat susila..

kdg2 pendapat kaum lelaki boleh diguna pakai juga :)

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kalu awe kuar makan berdua ngan kawan laki awe akan bagitau pada en hubby..biar dia tahu dari awe daripada orang lain bgtau...mulut manusia ni tak boleh ttp..jadi awe mmg apa2 hal akak bgtau en hubby dlu :)

Yasminhamid berkata...

saya memang cuba elakkan makan berdua dgn rakan berlainan jantina.. takut. tambahan pulak husband ngajar sekolah yg sama..

Yasminhamid berkata...

bukan takut apa.. takut timbulkan fitnah bak kata rozi..

♥cmª shIemª♥ berkata...

elok..di elakkan..klu x dpt di elakkan..elok lah beritahu pasangan lita supaya x timbul FITNAH...ssh nnti..