selamat pagi semua
masa cuti sekolah dua minggu lepas
banyak betul undangan perkahwinan
macam tak menang tempat hendak pergi
macam baya-baya umur saya sekarang
sudah tak ada dah kawan yang hendak kahwinnya
melainkan menambah cawangan baru..huk huk..takmo eh
alangkan saya hanya bermimpi pun
sakan menangis sampai tak hengat donia
inikan pulak betul-betul bermadu..adoiiiii!!!
lelaki-lelaki di luar sana memang suka
sebab bagi lelaki yang ada keinginan
untuk menambah cawangan
adalah perkara NORMAL
jika mereka menafikan keinginan itu
mesti ada yang pelik tu
entah-entah cawangan sudah terbentuk..hahahaha
bagi saya dan ramai wanita lain
rasanya memang tak sanggup
hendak berkongsi kasih sayang
berkongsi harta benda dapat dilihat dan diukur
tapi kasih sayang tak dapat hendak ditimbang disukat
tak sanggup melihat si suami bersanding lagi
pulak tu lebih meriah berbanding zaman kita..huhuhu
bagi yang mengalami situasi ini
mereka mesti ada pengalaman sendiri
kita yang melihat tak sama dengan mereka yang merasa
sama ada mereka semakin bahagia
atau semakin makan hati berulam jantung
ce share..ce share...peace!!!
p/s: mood dingin beku..aircond tahap dewa!!!!
23 Rajin Komen:
Yg mendapat hati berbunga gembira tapi yg rasa perkongsian itu seluruh hidup didakap gudah-gulana. Tak sanggup kakak, cikgu.
Tak sanggup bermadu...huhu
izan pun tak sanggup. dan mintak2 dijauhkan.
yang ada kes depan mata ni pun tak sanggup rasanya nak tengok keadaan keluarga mereka...
ouchh.. tak sanggup la kak.. tapi banyak2 kes kaunseling ni si suami nak tambah cawangan sebab si siteri dah tiada masa untuknya akibat si isteri sibuk dengan kerjaya.. erm...
memang tak sanggup bermadu...
ema lebih rela dipisahkan dari hidup bermadu...
tak...sy setia pada yg satu..biar susah bagai cinta zulaikha ~
nak bermadu??silekan lah..
cma bagi green light kat en hubby kak..
siyes x tipu..
(statement dlm mimpi je tu)
hehe...isteri mana yg sanggup bermadu dn dimadukan..kalu bole mmg tak nak la..tp bila dah x de pilihan,redha dgn ketentuan yg allah berikan..
~dpt payung emas tu..
pernah mimpi bermadu gak....
minta dijauhkan,amin....
p/s: jemput join GIVEAWAY nie
http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/06/1st-giveaway-princess-house.html
betul tu cikgu....memendam rasa makan hati bersupkan tulang...klu bahagia n redha dapatlah payung emas...
memang tak sanggup
dan minta di jauhkan
tapi ini kuasa Allah
cakap lebih2 kang takut pula
mulut memang boleh cakap redha/merelakan kasih sayng dikongsi tapi hati tak rela..baik tak payah!
kpd suami2 dluar sana muhasabahlah diri sebelum buka cawangan lain..ingat2 tentang pengorbanan isteri melahirkan zuriat anda..
MINTA JAUHKAN SUMUA NI DARI KELUARGA MUNNA....
madu itu manis kalau yg makan tu tp kalau bermadu tu mcm hempedu la kak..huhu
huuhuhuhu x sanggup kak ! .... x tahu mcm mana lah perasaan tuu .. minta di jauhkan .. mgkin ieda bukan wanita begitu ..
aduh.
moga dijauhkan bab cawangan tu,.
ingatkan tang cawangan niaga.. heheh
kak Es pun tak halang suami kak Es
kalau nak ikut sunnah nabi.
Tapi make sure semua sunnah lain dah buat ..
dah tak de lagi sunnah yang boleh nak ikut, barulah ikut sunnah yang satu ini ..
>_<
hangat topik arini....hu3
moga2 dijauhkan.....
saya x sanggup menduakan wife saya...insyallah..:)
sgt tak sggup..tp ad pglaman kwn ngn isteri yg di madukan
di ofc..ad yg bhgia ad yg hr2 dgn cerita duka..
sebolehnya xnak.. tapi xsanggup gak berpisah dr dia.. kalau itu KetentuanNya.. rela dalam paksa la..
Tapi dalam mimpi pun macam awak la.. nangis sampai habis lagu..
lgkan masa kapel xsgup bermadu..ni kan kawen..mintak jauh la semua tue..huk3
bos sy penah citer yg kdg2 x paham ngan pompuan..dia mimpi husband kawin lain husband yg betul kena marah..hehehe..mimpi tu kan mainan..hehe
tapi advice dia kat sy esk klu da kawin bile bini marah2 bg je baby kat dia..senyap laa utk 3-4 tahun..hehehe
Regards,
-Strider-
awe tak kuat nak kongsi kasih dan fikirkan si suami dengan perempuan lain walaupun isteri dia jugak (madu)...
Catat Ulasan