selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Selasa, 31 Mei 2011

::FIRE STONE::

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

sebelum berkelentung kelentang di dapur
kita share satu kisah masyarakat
kita masyarakat tu..hhehe
apa lagi kalau bukan si fire stone

perhatikan yer..dalam kalangan kawan kita
mesti ada yang bersikap fire stone@ batu api ini
sila berhati-hati dengan mereka
kerana bila-bila masa sahaja
diri kita akan dianiaya atau dikenakan

ciri-ciri orang begini mudah sahaja
1. suka sangat ambil tahu kisah orang lain:
-->alih-alih stori kita dah sampai ke utara
2. suka sangat mengadu domba:
-->orang itu bla..bla....dia nak tau respons kita dan nak stori balik ke org lain
3. suka sangat memasang telinga:
-->nampak org sok sek..sibuk nak menyelitkan diri

ada juga kalangan fire stone ini
ciri-ciri di atas itu tidak kelihatan dengan ketara
mereka lebih pendiam, kurang bercakap..
nampak macam berbuat kerja sahaja
padahal...alkisahnya dialah pembawa mulut itu..huhu

dalam berkawan kita hendaklah berpada-pada
tetapi awas jugak sebab sahabat sejati juga
boleh menjadi gunting dalam lipatan
menikam sahabat sendiri dari belakang
berdasarkan satu sahaja hal yang tidak puas hati..bayangkan!!!!
perit sungguh apabila dikhianati sahabat baik sendiri

rambut sama hitam
hati lain-lain!!!

p/s: tiba-tiba teringat seorang kawan lama dan kisah-kisah lama..huhu

::POP UP KOMEN::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
saya baru selesai
makan mee goreng..
hari ini hendak share pasal komen
saya memang bermasalah
hendak komen dengan jayanya
sebab tak boleh sign in akaun google
bagi blog yang tidak menggunakan
komen jenis pop up window

sebagai contoh jika blog itu
menggunakan jenis komen begini:

saya memang tak tau kenapa
sejak blogspot ada hal hari tu

jika blog mereka tak block untuk cik anon
saya bolehlah jadi cik anon yang bernama tau..ehhe
macam hak gambar atas tu..dia tak benarkan cik anon komen..huhu

ada sapa-sapa boleh tulun setel dok?
bukan semua blogger guna pop up komen
tapi saya cadangkan sebaik-baiknya
gunalah komen jenis pop up window
sangat mudah dan mesra pengguna

hendak tukar komen pop up window?
google ajo tutorialnya..hehe

p/s: nasib baik sign in untuk ke dashboard masih boleh..huhu..kalu dok..xtau nok habaqqq!!!!


Isnin, 30 Mei 2011

::EDISI JAGUNG::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

selamat bekerja untuk semua yang bekerja
saya gembiralah sebab mulai hari ini bercuti
selama dua minggu uolls..hehe
nama ajo cuti tapi banyak keje sebenarnya
kita stori lenkali deh

tapi hari ini kita berkongsi tengok
gambar menduga akal perut ini..hehe

menu sarapan pagi ini ~ jagung rebus
petang nanti hendak bikin bubur jagung

nasib baik lunch saya tak bikin
chicken pox chop dan letak jagung rebus kat tepi..huhu
lunch tetap pulun nasi beb!!

so uolls..bagi yang bekerja
lepas ini boleh sarapan
tetapi jagung rebus tak jual kot pagi-pagi ini
dan bekerjalah dengan penuh semangat
bagi suri rumah-->macam saya sekarang
selamat menguruskan rumah tangga!!!

p/s: edisi malas-malas di rumah..^__^

Ahad, 29 Mei 2011

::CUTI SKOL=MUSIM BEKWOH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sedang bersiap-siap untuk ke kenduri kawin ka?
kalu oghe klate royak "BEKWOH"
saya pun sekejap lagi akan ke jengka 2
kawan satu skol akan berkahwin

tapi memang menjadi rutin
asal tiba cuti skol sahaja
ramai pasangan akan berkawin
maklumlah time cuti skol
semua boleh pulang ke kampung
sanak saudara sahabat handai

kalau dalam perjalanan pulang ke kampung ajo
sepanjang-panjang jalan pasti ada kon
jalan kiri kanan penuh ngan kereta paking
dan itu pasti ada majlis kawin..ehhehe

kepada semua pasangan
yang ingin melangsungkan perkahwinan
selamat pengantin baru
semoga majlis  berjalan lancar
dan sambutan meriah

p/s: teringat zaman kawin semalam..oppsss 12 tahun lalu

Sabtu, 28 Mei 2011

::28 MEI 1999::

Assalamualaikum

tanggal 28 mei 2011
genaplah 12 tahun
usia perkahwinan saya

saya berharap agar
kami semua bahagia
diberkati dan dirahmati
kekal ke akhir usia
dan anak-anak semua
menjadi soleh dan solehah
dan berjaya dalam hidup

inilah kenangan terindah 12 tahun lalu.muda sangat rasanya..hehe


dan ini sedikit sambutan - kek dari izan


ingat hendak tengok woyang
tapi 4 askariah tarak sapa hendak jago..huhu

p/s: selamat menghadiri jemputan perkahwinan deh...maklumlah cuti skol

Jumaat, 27 Mei 2011

::BILA LAMA TERPISAH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

ada yang rindu kat saya tak?
wahahahhaha..konon-konon
sebab semalam saya langsung tak berblog
hanya buka dan lihat mana yang patut
ada juga saya berkomen tapi tak banyak

maklumlah semalam masa untuk
membalikkan diri ke kuantan
masa membayangkan keadaan sampai di rumah
saya sampai di kuantan jam 6 petang

tapikan uolls perasan atau tak
setiap kali tak kira kita sendiri
atau suami yang keluar bertugas
dalam jangka masa lebih 3 hari
apabila kembali daripada bertugas
kita jadi macam "MALU-MALU KUCING PULAK"..ehhe
seperti mula berkapel-kapel la puloks
saya selalu begitu apabila pandang wajah suami
macam "ai malu you..hahaa"
itu semua kerana KERINDUAN punya pasal

begitu juga dengan mek sarah semalam
macam malu-malu kucing gak
tak melepaskan pelukan saya
bagaikan takut mak dia pi seremban lagi..huhu
3 hero MACHO tak kisah sesudah bagi hadiah sorang satu

itulah penangan jika kita berjauhan
rindu memang tak boleh tahan-tahan
sayu hati betullll!!!

p/s: nasib baik keje saya ini memang JARANG out station..Alhamdulillah

Rabu, 25 Mei 2011

::CIUM BAJU HILANG RINDU::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

uolls janganlah uwek..uwek
dengan hidangan entry saya
yang asyik kerinduan ini deh..huhu

betul ka orang cakap
jika kita peluk cium bau baju
anak kita yang belum berbasuh
kerinduan terhadap mereka akan berkurangan??
tetapi apa yang saya dengar
begitulahkan..

ini kes saya lah ni
saya lupa hendak tinggalkan baju saya
untuk bagi mek sarah gentel-gentel atau cium
mungkin boleh mengurangkan ingatan dia terhadap  mok dio ni..huhu
saya pun lupa juga
bowok baju dia

lain kali baju busuk ini kena masukkan dalam
check list barang-barang yang hendak dibawa
agar kita tidak terlupa
kerana ini salah satu petua jugak tau..
tak adalah nati kesasauan kesasaran sebab kerinduan terlampau..huhu

kita bicara hal-hal
yang boleh kita aplikasikan
khas untuk ibu-ibu
yang salu out station ini

p/s: lagi sehari..opppsss..dua hari..

Selasa, 24 Mei 2011

::ENTRY TEGUR::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi ini saya akan bertugas
secara adil lagi bijaksana..ececece

ini bukan entry sentap!!!
untuk menegur sesiapa
terutama kalangan blogger..hhhehe
amacam gempaq tak??
saya rasa saya tak pernah
buat atau publish entry sentapkan..huhuhu

ini berkaitan dengan kes menegur
atau bahasa lembut ialah memaklumkan
kepada kawan kita jika:
1. selepas makan makanan berlada--> ada selitan lada di gigi
2. ada sedikit calitan taik mata ka..hehe
3. terkeluar bulu hidung..wahaahaa
4.dan sebagainya
[INI KES LUPA NAK TENGOK CERMIN LA NI]

kadang-kadang hal ini
kita segan hendak memaklumkan
kawan kita kan
tapi kasihan kat dia
sebab jika kita tak maklumkan dia
malu dia weh sebab ke mana-mana
dia pergi..orang akan tengok aje..huhu
orang lain lagilah tak akan beritahu dia..

jadi sebagai kawan
kita kene beritahu dia
untuk penampilan diri kawan kita jugak..
dan pastinya mereka akan berterima

p/s: hari ini plan sesuatu yg gempaqq!!!tunggguuuuu..jika jadilah...

Isnin, 23 Mei 2011

::PERSONAFIKASI::

Assalamualaikum

petang semakin berlari-lari
daun palma melambai-lambai
angin merdu berlagu sendu
matahari semakin memerah keringat

hati bagaikan menjerit-jerit
jiwa bagaikan menangis rindu
mata meliar memerhati
kebosanan menggigit ingatan
ingatan menerjah kotak khayalan

saya rindu anak-anak dan suami saya
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

p/s: baru nak masuk dua hari sehari setengah tu..huk huk

::BERALIH TEMPAT::

Assalamualaikum
selamat ke tengah hari semua
baru selesai taklimat tugasan
dan saya bertuah sebab petang ini
saya tak perlu bertugas

hendak layan internet banyak-banyak
tak berapa nak seronok sebab
line 3G ada 2 bar ajo..slow wehhh!!!

kita stori pasal semalam
saya ini kalau beralih tempat tidur
kompom susah benar hendak lena
jika lena pun sekejap-sekejap sedar
lepas itu kemain susahnya hendak tidur balik
mulalah dok bayang BOKBONG..huhuhu
penakut amatttt!!!!!hahahhaha

lepas tu gak mulalah masa taklimat
asyik mengiring sebelah kanan kiri
mengantuk la tu..ZzZzZZZZzz

tapi memang betullah kan
tempat kita tak biasa
suasana berbeza
tilam lain bantal lain
sampul aje yang kita punya..huhu
itu pasal tak leh nak tidur
kalau kat hotel tu
asal lena pulak...lallalalalalalal..AGAH betul..hehe
[agah tu oghe klate royak eksyen]

p/s: im miss my hubby and my kids..:(

Ahad, 22 Mei 2011

::SURA RUMAH | MEK SARAH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

mulai hari ini hingga khamis
saya akan ke seremban kerana tugas rasmi
dan mulai hari ini jugak
secara rasminya tugas surirumah
sudah jadi SURA RUMAH..ehhehee
my hubby la take over tuuuuu..

yang pasti saya akan memudahkan
segala urusan anak-anak dan hubby
uniform anak-->beres di"IRON MAN"
baju keje hubby pun sama
baju untuk mek sarah sudah siap-siap dipasangkan
tinggal masuk dalam beg ajo..

cuma risau urusan waktu pagi ajo
mesti kelam kalibut sebab alangkan saya
jika hubby OS pun kelam kalibut..huhu

dan satu hal lagi
saya risaukan mek sarah..huk huk
camana la dengan anak dara saya
yang manjo kededeks itu
alahai..jiwa sayu nih..
alangkan balik skol lambat pun
saya kerinduan ngan dia..inikan 5 hari di seremban
yang 3 hero saya tak risau sebab demo tu doh besar

apa-apa pun lappy tetap dibawa
mengurangkan kebosanan..hehhee
ye yor or je mengurangkan kebosanan
padahal ketegaran pada blog..wahahahha

p/s: hepi weken semua^__^

Sabtu, 21 Mei 2011

::UBAT UWEK..UWEK..::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
saya bersiaran dari intekma ini...hehe

mabuk dan pening semalam itu sudah hilang
maklum la sudah lama tak makan "JEM"
tiba-tiba jadi teringat zaman kecik dahulu
asal naik bas ajo..mesti ada spare plastik "GELENYAR"..hehehe
takutlah muntah dan memang uwek..uwek.. pun..
oghe klate royak "daghat"..huhu

saya dahulu masa form 6 di skol kat KB
jadi memanglah syarat naik bas dari rumah saya
yang makan masa 2 jam jugak
memang akan muntahlah..huhu
seb baik jugak sudah ada ubat tahan muntah
maka tidaklah hal itu memalukan saya dalam bas
malu woooo..kalu uwek..uwek..dalam bas
seme orang tengok dan ada banyakkkk bau..
[jangan yang uwek..uwek..sekarang sudaaa]

saya rasakan faktor kita pening dan mual itu
sebab kita jarang-jarang naik kenderaankan
[zaman saya kecik mana mak ayah saya ada kete]

macam anak-anak kita sekarang
dalam perut lagi sudah naik kete
itu pasal dorang relak ajo..steady dan berlasak
waima dalam kereta..adooiiiiii!!!!

itu pasal semalam saya dok uwek..uwek
anak-anak saya macam pelik
bukan mek sarah nak dapat adik baru
tapi sebab makan JEM banyak sangat

p/s: amaran: jangan uwek..uwek deh baco n3 saya ini..:P

Jumaat, 20 Mei 2011

::JEM | NAK MUNTAH::

Assalamualaikum
selamat malam semua

saya sekarang dah selamat sampai kat kolompo
[hubby ada keje kat k/langat]
aduhaiiii..sana jem..sini jem
lagipun nampak macam jerebukan
ditambah dengan ke"JEM'an
yang agak teruk ni..huhu
dan saya pulak hendak ke SA

rasakan sudah lama tak menikmati ke'JEM"an
sejak berpindah dari kolompo tahun 2004
di kontan smooth and line clear ajo..

sampai-sampai ajo kat hotel
terus kepala pusing bagai nak muntah
tak kuar makan malam
sebaliknya suh hubby tapau ajo...
p/s: seb baik kete otomatiks..hheehe

::PIC PROFILE FESBUK::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
saya makan nasi ayam pagi ini
wahhhh..kenyang weh!!!
kasi bakar lemak kat tangan jap..keh3

uolls semua musti ada fesbuk kan?
musti ada sebab 2 hero saya pun hadoo..
ce tengok pic profile uolls
gambar sebenar atau gambar anak
atau gambar lain..hehe

ini status saya di fesbuk
tentang hal ini dan berikut
sebab-sebab antara kawan saya
yang bukan guna gambar diri sendiri..hehe




ini antara sebab yang biasa saya rasa
mesti ada sebab-sebab lain kan
tapi kawan-kawan kita yang lama
tak berjumpa tentu susah hendak cam kan
gambar anak mana sama ngan gambar kita..huhu

hak ini pulak katanya
letak nama sebenar
tapi mana kita ingat
nama kawan kita atau wajah..huhu

walau guna nama sebenar
dek gambar lain payah jugakkan
dan ini kesannya

apa-apa pun
semua bergantung pada diri sendiri
setiap yang kita buat
pasti ada alasan yang kukuh
saya pun ada gak buh gambar mek sarah
tapi rasanya sekejap sangat kot..ehheh

p/s: sekarang saya mabuk balik fesbuk..banyak citer hal fesbukkan..heheee

Khamis, 19 Mei 2011

::BE | PURSE::

Assalamualaikum
panas cheng-cheng sekarang
rasa balik skol
hendak mandi selaluh
tapi tak elokkan
nanti badan naik kurap orang cakap
kene sejukkan badan dahulu

sekarang kita ceciter pasal bonuslah
apa lagi kalau berblog dapat bonus
tentulah daripada nuffnang
dengan traffiks dalam area 50 - 70 sehari
blog kesayangan saya ini
boleh dapt 4 BE sekarang
hehehheheehehe..gelak orang dapat BE..


kali ini dengan jumlah
yang boleh cashout kali kedua--> opkos 50++ henggetkan
saya ingat hendak beli purse
hak ada sekarang ini
saya beli zaman lom kawin lagi beb!!!
tahan pulok tu...hehee
cuma ruangan dia agak kenit sket
maklumlah..piti$$$$ sudaaa banyakkkkkk..wahahhahaa

ni purse tok nadok saya
dibeli pada tahun 1997 tau..bahan arkib betullah..
jenama tak yah tengok deh..huhu

masa cashout pestime tu
dengan top up sket
saya beli baju sutera crepe
khas untuk baju rasmi skol saya
kali ini hendak top up gak
dengan membeli purse baru

aci la kan..dapat bonus dari nuff
walaupun ciputa ajo..
berkat dari traffics uolls
yang salu singgah di blog saya ini

p/s: tenkiuuuutttttt guysss...^__^

::TIME MANAGEMENT!!::

Assalamualaikum
sudah makan pagi ka?
saya belum..tengah hapdet ni...
tapi tengok tajuk manggrees tuuu..

kadang-kadang sebagai ibu ini
kita kene bijak mengurus masa
jika tidak perkara yang selalu
kita dengar kawan kita dok sembang
mengatakan dia tak sempat itu ini
tapi kita sempat apaaa...

seperti balik ke rumah selepas bekerja
kita seperti lipas kudung tercabut sayap
usai solat asar dan minum air masak segelas dulu
terusan menjadi pembantu rumah buat itu dan ini
selepas menyapu lantai memilih kain untuk dimesin
kain baju itu bukan main campak ajo dalam mesin
nanti cepat rosak sebab sampai nak berputar pun tak boleh

dan-dan tu jugak keluarkan lauk
yang belum masak dik non - ini jika mood masak tak ke laooot..hehe
yang keras kejung dalam peti ais tuuu
biar lembut sebelum kepala berputar nak bikin apa
sebelum itu gorengkan funfries atau kukuskan pau inti kacang
atau rebuskan sosej kalau rajin atau beli sahaja pisang goreng
sambil mata melilau lak melihat "CINTA MELODY"..
hish!!! tak pernah miss tengok tau..hahhaaa

kendian itu baru landing jap
wahhhh..indahnya dunia
sebab dapat melihat sinetron sekejap
dan itulah schedule untuk hari bekerja
tetap dan berpencen yang memerlukan
pengurusan masa dan cara pelaksanaan yang pantas

apa-apa pun setiap perkara
yang perlu kita laksanakan
hendaklah dirancang masa
agar kita gembira dan kerja kita
akan selesai dengan jayanya

p/s: dah jadi cam kaunselor pulok saya ini..:P

Rabu, 18 Mei 2011

::AKAN PANDAI SENDIRI::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sebelum senaman kaki
kita hapdet sekejap..hehee

sebelum berkahwin dahulu
saya selalu terfikir-fikir
bagaimanakah saya akan menguruskan
suami, anak-anak dan keluarga
almaklumlah saya ini
memasak agak kureng bukan tak pandai
menjaga adik-adik agak jarang
memandangkan belajar
mengemas rumah mahir..hehe
tup..tup..habis belajar--> terus kahwin..hehe

Allah maha kaya
kita dengan sendirinya
akan mahir dan kita akan
belajar sedikit demi sedikit
secara formal atau informal
untuk menguruskan keluarga

ditambah-tambah lahir anak sulong
selepas setahun berkahwin
dengan sendirinya kita tahu
untuk menguruskan bayi
dan segala-galanya..Subhanallah..
ilmu ini hadir dengan sendirinya

sementalah lagi pada zaman sekarang
ilmu boleh didapati di hujung jari ajo..internet
waima kita sebagai suri rumah atau wanita bekerjaya
semua ilmu dapat diperoleh di mana-mana sahaja
hendak atau tak hendak sahaja
jadi semua orang mampu menaik taraf diri sendiri

jangan jadikan alasan "TAK BIASA"
maka kita rasa kita "TAK MAMPU"
tepuk dada tanyalah minda

p/s: saya berbangga menjadi seorang ibu ^__^

Selasa, 17 Mei 2011

::HADIAH HARI GURU::

Assalamualaikum
selamat petang semua

hehe..tak abis-abis lagi
cerita hari guru deh..jangan uolls tak abis baca pulak
sedey ai..huhu

kali ini saya ingin tunjukkan
hadiah hari guru paling berharga
sempena hari guru semalam
hadiah ini hasil kekreatifan
anak-anak intek untuk semua guru mereka
kami para guru sangat kagum
akan hasil video ini
walaupun masanya 7 minit
tapi yang sebenarnya hanya dlm 3 minit aje..
selebihnya itu ditayang secara live
sebagai persembahan di pentas..




so uolls inilah antara hadiah yang saya dapat
tapi hadiah yang paling berharga buat seorang guru
ialah kejayaan anak didik mereka dalam pelajaran
dan anak murid itu dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara..

p/s: video ini memang kreatif dan superb!!

::SELAMAT PAGI DAN BEREHAT::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
dan selamat bercuti
sempena hari wesak
dapatlah kita yang bekerja ini berehatkan

tapi bagi pekerja yang bersuri rumah tangga
saya rasa banyaklah jugak kerja-kerja rutin kita
yang patut dibereskan..ya dak?
kain berbakul tidak berlipat
lantai sudah agak berminyak tuuu..nak kene mengemop..adooiii!!
pastu buat itu buat ini
tengok-tengok hari sudah petang
bila mahu rehatnya..huhu
malam ada acara menjadi iron man pulok..gosok bajulah..
saya tetap gosok waktu pagi..hehe

saya kalau istilah berehat
yang paling seronok
dapat ketiduranlah..hehe
bayangkan dapat tidur sekejap
selepas makan tengah hari ka..adussss..bestttnya
dapat melelapkan mata barang setengah jam pun hokeykan..

so hari ini planning mencuci mata tetap ada
jalan-jalan makan kopok gotel ko kat beserah
atau sekadar mandi manda di gambang waterpark kot
ada tiket diskaun tu yang DD pada 31 mei..
semua itu tengok keadaanlah..

so uollls..selamat berehat deh
kerjakan perkara-perkara
yang belum selesai itu
saya hendak ke dapur
membuat roti burger + goreng funfries
untuk sarapan kami pagi ini..callo bette!!

p/s: berehat=layan internet?

Isnin, 16 Mei 2011

:SELAMAT HARI GURU::

Assalamualaikum
selamat petang semua
lambat saya bersiaran
al-maklumlah HARI GURU kan..hehe

dari jam 7.30am lagi
saya sudah beraktiviti
senaman ZUMBA..apa tu??
semacam aerobik tetapi lebih menarik
sebab banyak guna muzik latin..hahaha..saya gelek/samba seyhhh!!!
lentik pinggang gua..hahhaaa

kendian biasalah sesi ucapan
melihat persembahan pelajar
yang tak menahan saya terkejar-kejar
menguruskan 3 hero dari sekolah  untuk balik rumah
kerana my hubby ke kemaman
**hendak enjoy sikit pun tak bole kans..huhu***

haaaa...jam 1.30pm yang paling best
apa lagi sesi makan-makan
di restoran yang terkenal jugak di kuantan ini
inilah menunya yang telah diusik dahulu
akibat hidangan yang menarik itew..hehe


dan ini tukang makannya
yang berpeluh-peluh datang lambat..huhu

dan acara akhirnya
biasalah bagi saya
acara masuk longkang-->juara tau..huhu
main boling masuk longkang..hehe

memang seronok hari ini
semua guru diraikan
dan tambah seronok
esok cuti lagi sempena hari wesak
kepada semua guru di malaysia
terutamanya:
cik kalamhati@wan - azhariahzuber - yasminahmad
suri solehah - cikgu nurin - jajaz - leena - jah
faezah - jia sensei - amy sensei
selamat mendidik dan mengajar anak bangsa kita!!

p/s: balik rumah terus buka lappy--> tegar sungguh..haaha

Ahad, 15 Mei 2011

::ANAK SAYA SUKA BUDU::

Assalamualaikum
semua sudah makan tengah hari?
kami sudah makan
menu yang ringkas
dan wajib ada B.U.D.U..hehe

budu memang kesukaan anak-anak saya
lagipun sejak mereka kecil lagi
saya memang ajar makan budu
legasi makanan tradisional klate tuuu..
mana boleh tak makan kan..
nati hilang "SABDU" kecek klate gamoksnya..hehe

tapi memang budu ramai yang gemar makan
tapi ada jugak yang tak gemar
waima anak klate sendiri pun..hehe
mungkin mereka ada sebab-sebab tersendirikan
tapi saya dan suami serta anak-anak
memang gemar budu ini
memang pembuka selera kami anak beranak

so uolls semua
suka makan atau tak
semua terpulang pada diri masing-masing
janji kita lalu makan=seleralah yer..ehhee
kang tak selera pulak
maka hilanglah nikmat donia itu..

p/s: panas cheng-cheng kan..hendak kuar rumah pun malashhh!!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

::MAHARAJA LAWAK | KOMEN ZERO::

Assalamualaikum
akhirnya boleh jugak
masuk new post ini
padahal semalam lagi kot bolenyer..hehe
saya kol 11.00 da sleeeppppppp!!!!

bukak-buka pagi ini
pe lagi cari maharaja lawak la
yg dioplod..hehhee

hendak tengok live
saya tak melanggan citra..huhu
tapi memang lain tengok live
dengan tengok yang dah tak live
feel dia lainlah..huhu

dan kali ini si amir oghe klate
sudah terkeluar dan harapnya
rezekinya akan luas di luar sana

************************
dan saya sejak semalam
dok risau tentang entry kita yang hilang
sebab blogspot under mentenan..hehe
sekali buka pagi ini
komen untuk last entry--> ZERO wes..huhu
sayangkan..huhu

p/s: terfikir-fikir hendak guna hosting sendirilah..huhu..:P

Khamis, 12 Mei 2011

::FESBUK | WRITE A COMMENT::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
besttt pagi ini
sejuk sebab hujan..hehehe

jika kita buat status kat fesbuk
jika banyak kawan yang respons
alangkah bahagianya kan..hehe
tapi bukan semua status kita
mendapat sambutan..hahahaaa

satu lagi pesen
status tentang mende lain
tapi komen sudah merapu-rapu ke mende lain..hahhaa

tapi tak kisahlah
janji kita bahagiakan
jika saya buat status
tarak sapa komen
saya remove terus..hahahaha

komen dalam fesbuk ini
kita macam kene tunggu aje
sebab tu boleh berbalas komen
BUKAN macam BLOG kan..
tak kira masa atau
sesiapa aje boleh komen

p/s: fesbuk dan blog--> dua dua saya mabuks...hahahhaa

Rabu, 11 Mei 2011

::SHOUTBOX | SEPI::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
pagi ini bumi kuantan sejuk
kerana dibasahi hujan

kali ini kita stori mori pasal blog
setiap blog mesti ada shoutbox
ada gak yang tak ada
dan antara alasan tuan punya blog
banyak spam dan iklan jualan
yang mengutuk-->jarang-jarang

saya ini baru tahu apa itu spam
kat shoutbox..hehee
dan tentang iklan jualan tu
jangan cakaplah mesti ada dalam sehari

bagi saya shoutbox itu memang patut ada
tak kisahlah orang hendak iklan atau spam atau mengutuk
sebab bukan seme yang singgah itu hendak komenkan
jadi sboxlah medium untuk
memberitahu kedatangan mereka
dengan harapan kita akan membalas kunjungan
tapi harus diingat bahawa
kunjungan balas itu melihat keadaan jugak tau - free atau line tip top
jangan jika blogger itu tidak buat kunjungan balas
uolls marah-marah puloks doh!!..hehe

tapi perasan tak sekarang
sbox macam sudah tak meriahkan--> hak saya la..huhu
dalam sehari itu bole kira
yang menempel singgah di sbox
macam la jugak saya
jadi malas nak tulis kat sbox..huhuhu..

jika dahulu gak
masuk blog orang/kawan
sboxlah yang dituju..pastu baru komen
sekarang komen ajo terus..ehhehe

p/s: formula sbox meriah=rajin-rajinlah BW..huhu..mak tak buat sekarang noks..

Selasa, 10 Mei 2011

::DURIAN | ISI TERUS::

Assalamualaikum
wahhh..ini baru saya buka laptop
kebizian menguruskan exam..hehe


terliur tak melihat isi durian itu
saya beli masa hari sabtu lepas
teruja pulak tengok isinya
yang kuning mengancam dan menggebu itew..hehe
harganya jangan cakaplah
tetapi elok gak beli isi terus
boleh nampak elok atau tak

jika beli yang berkulit-kulit
belum tentu isinya mantops!!!
kadang-kadang yang penjual tunjuk
molek benau isinya yang dikopek sikit itu
sekali balik rumah kopek semua
hancurrrr..isi keras atau buruk..huhu

tetapi bukan semua begitu kans
ada gak yang elok-elok kans..hehe
kalau uolls hendak tahu jugak
ini juga pestime saya beli isi durian gtu
selalu beli yang berkulit-kulit juga
kira tawakkallah akan isinya

ada yang tak gemar makan durian ko?
rugi wooooo..raja buah tu..hhee

p/s: petang ini hubby balik dari bangi..hoyehh..ai rindukan dia la..kweng3..

Isnin, 9 Mei 2011

::PAHAT DENGAN PENUKUL::

Assalamualaikum
hapdet sikit setelah
puas dok melagukan lagu merdu
dengan 4 askar yang lasak itew..huhu

peribahasa seperti pahat dengan penukul
sesuai sangat digunakan untuk
 2 hero malaya saya-->along dan angah

semua mende jika tak disuruh atau diberitahu atau DIBEBELKAN
arramakk aihhh..tak bergerak la mende itu
atau satu jam la dalam bilik air
dengan sampoo abis sekerat botol
atau melepeks la tuala tak bersidai
atau terhumbannya beg sekolah di tepi pintu bilik
tanpa kompromi..huhu

itu sebab suara merdu saya ini
pasti akan memecah kesunyian
di kawasan kejiranan saya yang aman damai
kadang-kadang malu gak..huhu

anak-anak sekarang bukan macam kita dahulukan
sekali cakap dengar terus
tengok mata mak dan ayah menjeling
sudah pasti faham kehendak mereka
anak-anak saya ini
jegil mata sampai terbuntang pun
wat donow ajew..huhu
jika di depan orang/tetamu lagilah
hendak tunjuk keheroannya
sebab mereka tahu-->"mak tak ley nak buat sepitan ketam.."

banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini
semua ibu bapa merasakan hal yang sama dengan saya--> saya rasa la kan..hehe
anak-anak zaman sekarang aktifnya memang lain macam
TAPI lebih baik anak kita aktif
daripada pasif dok diam tak bercakap apa atau berbuat
apa-apa yang rutin mengikut umur mereka..hehe

sekalipun begitu
anak-anak warna kehidupan kita
merekalah permata hati kita
walaupun lasaknya tak boleh hendak kira...

p/s: entry emosi taktala hubby di bangi..huhuhu

::KEK | HARI LAHIR DAN HARI IBU::

Assalamualaikum
selamat pagi semua
ramai ibu pagi ini tersenyum lebar
almaklumlah semalam diraikan
sempena hari ibu

semalam juga saya mendapat kek
saya sendiri yang tempah
dan saya sendiri yang mengambilnya
jadi tak ada surprise cake..hehe
kek ini ditempah daripada blogger comey lote-->IZAN

yang menjadi meriahnya
kek chocolate indulgence sebutir itu
disambut oleh 4 orang sekali harung
hari lahir mek sarah + najwan+ along
dan sempena hari ibu-->untuk sayalah :P
dasar penjimatan betullah!!!!!
inilah kek yang sangat sedap itu..keh3
[nati boleh order lagi izan deh..geng kuantan nih]

bagi sesetengah orang
setiap hari istimewa
wajar disambut secara rasmi
mesti ada kek atau hadiah
dan mesti pada tanggal berkenaan

tapi saya dan keluarga sudah biasa informal
perkara yang penting ialah
walaupun sepatah ucapan
dalam nada bergurau atau biasa-biasa
itu sudah cukup mengujakan
perkara yang diharapkan ialah
kami akan kekal bahagia dan harmoni sentiasa

setiap orang bolehlah
memilih dan membiasakan diri
dengan sambutan yang terbaik untuk mereka
lain orang lain pendapat

p/s: yang sebaknya..huk huk..hubby kat bangi semalam..diriku dengan 4 askar ajo makan kek itu..huhu

Ahad, 8 Mei 2011

::6.30PAGI::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pagi ini jam 6.30am
semua anak saya sudah bangun
semua macam hendak pi skoloh ajo..

anak-anak saya ini
bab tidur dan bangun pagi
memang boleh puji sesangat
kalau tidur paling lambat jam 9.30pm
itu pun selepas setel semua homework

dan kalau bangun tidur
waima hari cuti pun mesti bangun awal
rasanya tak pernah dorang
bangun selambat 7.30am
kalau hari cuti hujung minggu
atau time cuti sekolah

jika time skoloh
yang agak liat hendak bangun sikit
hanyalah mek sarah-->kecik lagi kan
manja kededek nak bangun
tetapi jika sebut kartun BACKKOM
laju aje bangun sebab kartun tu mek sarah suka sangat..hehe
ni kartunnya yang saya google
usahkan mek sarah suka kartun ini
saya pom layan gak sebab memang kelakar..kui..kui..kui


p/s: ke mana uolls hari ini?

Sabtu, 7 Mei 2011

::IRONINYA...HUHU::

Assalamualaikum
semua orang sudah bekpes??
saya sekarang tengah mengunyah
roti bakar buatan my hubby..hehe

wah tajuk manyak kelazzz!!!
ironinya daripada entry geraham bongsu
sampai sekarang kepala masih berdenyut-denyut
sakit yang amat dan sebab itulah
hubby saya yang uruskan anak pagi ini
dan saya selepas solat subuh
ketidurannnnnnn...

so uolls
selamat berhujung minggu
selamat menyambut hari ibu
kepada semua ibu di donia ini
semua ibu ialah super duper moms!!!!

p/s: hendak kemas rumah jap..:)

Jumaat, 6 Mei 2011

::GERAHAM BONGSU::

Assalamualaikum
lambat saya hadpet..huhu

ini semua penangan geraham bongsu..adeh la...
saya ini tak pernah sakit gigi
atau ada gigi rosak
tetapi yang sakitnya ialah
geraham bongsu hendak keluar itu
sakitnya sampai ke kepala naiknya
hendak buka mulut nak makan pun se'eh

uolls ada pengalaman berkaitan geraham bongsu tak?
ada kawan saya itu siap operate lagi tau..huhu
takmo sampai gitu deh..takuttt!!!

p/s: balik skol nak tidur!!!!

Khamis, 5 Mei 2011

::RON 97::

Assalamualaikum
selamat malem semua

tengah fikir pasal minyak naik ka?
jangan naik minyak sudaaaa..huhu

sebuah kete saya guna minyak ron 97
ternyata perfomance lagi mantap
tetapi asyik naik aje reganya
saya terpaksa beralih arah
tak menahan wehhh!!!!

harap-harap selepas ini
ron ini turun la sket
konpommmm ramai akan merujuk semula
macam saya jugak..wakakkakaa

p/s: kene beli kete guna sistem solar ni..hehehe..ada ka?

::BELI RUMAH::

Assalamulaikum semua
selamat pagi deh..

uolls semua sudah beli rumah sendiri ka?
jika begitu baguslah nooo..
bagi yang belum beli
sini mari saya hendak kasi tip yang penting..hehe

tips saya ini mudah sahaja
bukan yang melibatkan kos atau lawyer-lawyer
tapi melibatkan tip untuk keselesaan

jika hendak beli rumah
pastikan jangan mengadap matahari
yang sebelah petang punya
jika mengadap matahari waktu pagi tak pe
sinar matahari waktu pagi bagus untuk kulit
yang kurang selesa waktu petang-petang tu
yang langsung masuk ke pintu rumah
sangat panas wooooo..menguap pah ke dale rumah..huhu

saya pernah menyewa rumah cara gini
mok weyyyy..panasnya sampai ke pagi bahangnya
jadi masa saya hendak beli rumah saya sekarang ini
saya pergi tinjau sebelah petang
tengok matahari sebelah mana
jadi kita bole buat pilihan

so uolls..tak kiralah
rumah pangsa ka..teres ka..banglo ka..hendak buat sendiri ka
pastikan tips itu deh...
kerana kita berhak buat pilihan yang tepat...

p/s: rumahku syurgaku..

Rabu, 4 Mei 2011

::PANASNYA SEKARANG NIH!!::

Assalamualaikum
sudah mandi kali kedua ke belaka?
kalau dok umah bolehlah mandikan..heheh
saya bolehlah sebab sekarang tengah dok berjimba-jimba
bertonton-tonton TV dan bergolek-golek ngan mek sarah

panas betul sekarangkan
rasa macam hendak ke kedai air cond
beli air cond 10 biji ke
kendian pasang dalam semua bilik
ruang tamu dan dapur..aci tak???
macam la saya ni ada kedai cop $$$$..hahhaa

alangkan sebutir air cond pun
bilnya terlebey sudahhhhh..huhu
arraaamakkk..bil lum setel lagi tuuuu..huhu

dengan panas semacam ini
wabak batuk/selesema/demam
sangat mudah menyerang anak-anak kecik
jadi banyakkan minum air masak deh
makan banyak buah-buahan tau
adeh la..macam pakar dietry la pulak..hahaa

so uolls kalu panas-panas gini
terasa hendak jalan-jalan pun malashhhkan..
dok umah ajo la..atau kalu yang bekerja
dok opis lagi besttt sebab sejuk air cond..hehe

p/s: :)

::MAK TERLUPA NAK..HUHU::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

ini entry segera
saya baru mendapat meset
daripada nursery : "susu sarah akak lupa eh?"

wahahaha..saya ni kalau pagi-pagi
memang kelam kalibut
dalam kepala memang ingat semua
yang hendak dibekalkan kepada mek sarah

tapi jika masa kita hendak ambil
setiap benda yang kita hendak itu
tiba-tiba ada anak-anak kita panggil ke hape
KONPOM kita akan lupa benda yang kita hendak ambil
betul tak?..saya biasa begitu..huhu

itulah sebabnya pergi dapur hendak ambil susu sarah
dan angah panggil bagtau dia sudah ambil kunci kereta
mak dah lupa dah gapo nok amik kat dapur..huhu

sudahnya sekarang
kene balik rumah
ambil susu sarah sepaket
bekalkan kepada nursery..

sian anak mak mek sarah ni
ce layan pic dia yang dicilok
dari blog kalamhati...hehehe
ambo looiikkkeeeeee demo tau


p/s: asik lupa ni sb termakan byk semut kot..heheeeee

Selasa, 3 Mei 2011

::GEGAR BLOGGER KUANTAN::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

saya merindui uolls semua
semalam langsung tak bersiaran
saya dan famili ke luar kota weh..hahahha
itu nati saya stori mori

sekarang saya hendak publishkan
entry gegar blogger kuantan
yang edisi saya la pulok
sebab geng kuantan yang lain - *IEDA*ZUE*KALAM*IZAN*
semalam sudah publish - *JAJA* lum publish stori lagi..hehe
saya yang terlewat tengok gambar-gambar gempaq wealls..huhu

so uolls semua
layan aje pic gempaq kami ini deh!!!!!!!
****KREDIT PIC TO GENG KUANTAN****


 **potluck kami**

 **supan posing..wakakkakak**


 **dgn blogger kalamhati @ wan**

**dgn izan yg comelotey**

 **peace no wol..keh3**

**dari kiri-izan, jaja,zue, sarahnajwan, kalamhati dan ieda**
____you guys so awesome____

p/s: MEMANG SERONOK..NATI ADA GATHERING SEQUEL TAU..HEHE

Ahad, 1 Mei 2011

::BLOGGER KUANTAN::

**STICKYPOST**
_____ENTRY TERKINI SCROLL KE BAWAH_____


TARIKH: 1 MEI 2011
TEMPAT: TAMAN BANDAR- DEKAT PERMAINAN KANAK-KANAK
MASA: 3.30 PETANG
CADANGAN:  POTLUCK
BLOGGER
SARAHNAJWAN|EIDA|JAJAZACK|ZUE|KALAMHATI|ROZITA|CIKTOM|IZAN|
NANONANO
**LIST AKAN DIUPDATE MENGIKUT PERSETUJUAN**

::SELAMAT HARI PEKERJA::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

saya ingin mengucapkan
kepada semua rakan
selamat hari pekerja
semoga kita menjadi pekerja yang berdedikasi
bertanggungjawab dan berkarisma

kita semua ialah pekerja
jika saya dalam sektor awam
ada juga dalam sektor swasta
dan suri rumah juga ialah pekerja
kerana mereka ialah pengurus rumah tangga

p/s: selamat bercuti semua