selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Rabu, 18 November 2009

SPM, GURU DAN CUTI SEKOLAH


erm................lama sgt dah x update blog dgn n3 yg menarik..

masa mula2 buat blog ari tuh je..brsemangat waja menulis n3 baru...mungkin kekangan masa dan tugas jadi mcm xde idea dan ketandusan tenaga akibat beban keje kt skol...


skrg...dunia pendidikan bkn mcm dulu lagi....mcm penah diberitahu bhw..saya akan post kt sini sajak ttg guru yg pernah dideklamasikan oleh seorg guru di skol saye..hayatilah dengan penuh teliti...


**kredit to kak ham...cume nk bgtau..saye tukar nama anak jek..hehe..


MAK SEORANG GURU...


Anak-anak kesayangan mak...
Hakim, Zaim, Najwan dan Sarah...
kira-kira 11 tahun lalu
ketika ayah mencari calon isteri
ayah memilih seseorang yang bakal menjadi guru
kerana...sangkanya
kerja guru separuh hari
guru bercuti sepanjang cuti sekolah
tentu banyak masa mendidik anak-anak di rumah

Namun...
sebelas tahun telah mengubah segalanya
guru kini bukan pulang jam satu atau dua petang
bukan lagi terjamin berada di rumah hari Sabtu atau cuti sekolah
Tahukah kalian...
sayu dan hibanya hati mak
meninggalkan Sarah yang menangis minta didukung
taktala mak keluar pada awal pagi
pilunya hati mak ketika mak terkejar-kejar memasak pada waktu petang
sedangkan Sarah dan Najwan merengek minta dibelai
Hakim dan Zaim sibuk menunjukkan kerja rumah...
pedihnya hati mak
ketika sesekali mak memasak pada waktu malam
anak-anak mak telah tertidur keletihan
bangun kerana dipaksa sekadar menyuap nasi sesuap dua
atau terus tidur tanpa menjamah makanan

Sayang mak..
kekadang mak termenung sendirian
apakah anak-anak mak meredai kesuntukan masa kita bersama-sama?
apakah anak-anak mak rasa tersisih tanpa perhatian secukupnya?
apakah anak-anak mak terasa bila mak sentiasa sibuk dengan urusan kerja?
Dan
apakah anak-anak mak menghargai
segala masa dan titik peluh mak bersama-sama mak mereka?
Kepada Allah..doa mak pohonkan
semoga usaha mak mendidik anak bangsa
diterima Allah sebagai amal bekalan akhirat
semoga Allah memberi balasan
agar anak-anak mak dididik dengan baik oleh guru-guru lain
sebagaimana ikhlasnya mak mendidik anak-anak murid mak
semoga anak-anak mak akan berjaya dalam hidup masing-masing
seperti usaha dan harapan mak kepada anak-anak murid mak....


**sajak ini betul2 menyentuh hati seorang yang bergelar ibu....


0 Rajin Komen: