selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Khamis, 2 Disember 2010

^ IKAN MASIN @ KERING ^


**pic cilok dr google**

salam semua
pagi-pagi..sebelum masak tengah hari
apa kata kita cerita pasal ikan masin

haa....boring jugak asyik makan ikan
yang mahal-mahal tu..hehe
macam makan selalu saya ni..meowwww

ikan masin yang paling saya suka ialah
ikan gelama mak elaik..elaik..
ni jugak menu makan masa dalam pantang..wahahaaaa..
kasihankan...masa pantang itu
sudahlah badan pucat kurang tenaga
mak kita asyik suruh makan ikan masin @ kering aje..huhu
saya kadang-kadang tak ikut gak...hehe

ikan masin jugak
enak dimakan goreng dan ditambah sikit dengan bawang dan lada
fuhhhh...meleleh sedap wehhhh..
macam ikan terubuk sarawak tu..

ada yang rajin
boleh masak gulai dengan nanas..
macam ikan kurau
itu pun sodapppppp...

apa-apa pun
nampak macam "selekeh" aje ikan masin @ keringkan
tapi jika dimakan dengan nasi panas
masak ala-ala kampung gak
terangkat pinggan itu
asyik mintak tambah nasi aje..eheks..

p/s: jom semua..menu hari ini..mesti ada ikan masin..wahahaaaa..

Rabu, 1 Disember 2010

^ KENAPA BERBLOG? ^

salam semua
malam ini terasa
ingin bercerita tentang
mengapa uolls ada blog??

jika saya
mula-mula membuat blog
kerana saya:
suka tengok blog orang lain yang cantik-cantik
dan berfikir bahawa orang ada kita pom hendak jugak..hihi

kemudian..dengan perasaan itu
blog saya tidak meriah
mungkin sebab kurang ilmu
dalam memblogging
kesukaan saya lama-lama menurun
dan semakin menyepi

selepas hampir setahun
kesukaan saya berubah menjadi minat
minat untuk berkongsi cerita juga dengan orang lain
tidak hanya membaca yang orang sahaja

maka..sedikit sebanyak
ilmu tentang memblogging saya belajar
baru tahu pasal blog walking
baru tahu pasal folow-mollow
baru tahu pasal berkomen-komen

untuk sampai ke tahap ini
banyak juga cabarannya
cabaran untuk menulis entry
agar sebarang tulisan kita tidak menyentuh sensitiviti orang lain
cabaran masa untuk berdampingan dengan blog
kerana antara kita ada yang bekerjaya
cabaran traffics untuk motivasi
dan cabaran paling utama..line 3G..hehe

apa-apa sebab yang difikirkan
percayalah..bukan semua orang
boleh membina sebuah blog sendiri
hasil usaha sendiri
kerja keras sendiri
kita patut yakin kepada diri kita
kerana tanpa itu..kita tidak akan berjaya..

p/s:..saya macam kering idea malam ini..ingat dekat along dan angah ke???

^ WAJAH ANAK-ANAKKU ^

salam semua
...lambat bersiaran hari ini..

seharian di pusat pembelajaran baru
along dan angah
bayangkan..dari jam 9 pagi hingga jam 3.00 petang
barulah semuanya selesai..

inilah wajah terbaru..
along dan angah
mulai hari ini sehingga 26 disember


pengisian ilmu di pusat ini
lebih kepada ilmu agama
diharapkan..along dan angah
akan menjadi anak-anak yang berdikari
dapat belajar dengan tekun
tanpa bantuan mak dan ayah
sepanjang tinggal di sana

along dan angah juga di temani
oleh sepupu rapat mereka
iaitu aiman dan faris

"semoga mereka dapat menempuh
suasana dan pembelajaran di sana
dengan jayanya"

p/s:..sedih jugak apabila ingatkan along dan angah kat sana tu..