selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Khamis, 31 Mac 2011

::BLOG REVIEW ASSIGNMENT 4 OLEH JEJAKA TERHANGAT::

Assalamualaikum
selamat petang semua

saya rasa tajuk entri
paling panjang pernah saya buat..heehe
ini semua gara-gara saya ditagged
oleh solihinzubir.com untuk menjoinkan diri
dalam segmen anjuran jejaka terhangat-->sila klik untuk join!!

itu bannernya yang canggih-manggih-futuristik tu..
saya menjoinkan diri dalam segmen ini
sebab ini berkaitan dengan blog kegemaran saya jugak
sudah lama saya tak join
sebarang segmen baik contes dan GA

segmen ini ada juga kaitan
dengan agenda me"review" blog diana
saya tak pernah mereview blog orang lain
secara eksklusif dan mendalam
al-maklumlah saya memang kurang pandai
dalam ilmu-ilmu blogging ini..huhu

sekarang saya hendak langsaikan
tugasan mereview secara ringkas
blog diana mengikut kehendak blogger jejakaterhangat

perkara yang menarik tentang blog diana:
1. nukilan entrinya memang sangat mudah dan berterus-terang.
2. sentiasa up date
3.sangat ringan untuk loading
4.tuan rumah pulak seorang yang rajin berkomen/membalas kedatangan blogger lain

perkara yang wajar diberi perhatian:
1. tukar warna blog supaya nampak colourful/ceria/warna kombinasi yang menarik
2. letak header dengan segera..hehe

saya rasa itu sahaja
sebab saya rasa saya memang kureng pandai weh bab mereview ini..huhu
ni tiba bab menggetag
dan saya ingin tagged------> HANIS AZLA-->wajib join tau..hehee

p/s: join segmen ini untuk memeriahkan suasana berblog..hepi2 blogging

:CERITA PENGASUH::

Assalamualaikum
selamat pagi semua

mulai tahun ini
saya telah menghantar mek sarah
ke nursery berdekatan rumah
sebelum ini saya menggunakan khidmat pengasuh
memandangkan mek sarah masih kecilkan

memandangkan mek sarah sudah besar
saya menghantar ke nursery
atas alasan supaya dia belajar bersosialisasi
jika di rumah pengasuh
mungkin hanya dia dengan pengasuh sahaja
saya bayangkan jika mek sarah akan kebosanan
dan saya sekarang sangatlah sibuk
hingga selalu sahaja balik jam 4 petang..huhu

banyak cerita pengasuh
boleh kita kongsikan
ada yang bertuah mendapat pengasuh
yang menjaga anak kita
seperti anaknya sendiri

ramai juga pengasuh memilih
untuk menjaga anak guru
kerana guru banyak cuti..hehe

apa-apa pun
kita semua mengharapkan
agar di mana-mana sahaja
anak kita dijaga dan ditempatkan
semoga anak kita dijaga
dengan baik dan selamat

p/s: hari ini harus jam 5pm baru balik ni..huhu

Rabu, 30 Mac 2011

::CERITA CIKEN POX::

Assalamualaikum
selamat petang semua

saya sudah sampai di kuantan
sekitar jam 1.30 tadi
kemas-kemas sikit apa yang patut
layan cerita marshanda jap
sekarang masa utk bertenet.hehe

esok akan mula skol balik
tapi 3 hero masih off sebab
ciken pox mula menguping
ramai orang bagitau
entah mitos atau fakta
time ciken pox mengupinglah
masa ini proses jangkitan virus berlaku

saya rasa ada juga kebenaran/kebetulan
sebab dalam masa mek sarah awal-awal kene
tak dok pulak 3 hero kene
alih-alih yang mek sarah kene dalam masa hampir 2 minggu
3 hero pulak kene..sekali harung pulak itu

mak saya juga bgtau
makan kene pantang jika kene ciken pox
makanan bergoreng tak bole makan
tapi saya tak pula pantang
sebab ada maklumat
mengatakan seelok-eloknya
orang yang kene ciken pox ini
makanlah makanan yang berkhasiat
bagi melawan virus dalam badan
supaya kita lekas baik
Alhamdulillah..ciken pox yang menyerang 4 anak saya
baik dan menguping dalam masa 3 hari sahaja..

tidur malam pun saya tak alaskan daun mambu
[memang tak jumpa cari..huhu]
jadi saya sapukan calammine
ubat sapuan utk menyejukkan ciken pox
nasib baik elok aje dan 3 hero cakap ubat ni sangat sejukkkkk!!!..hehe

apa-apa pun kita ikhtiarkan
baik mitos atau fakta
yang boleh kita amalkan
untuk kebaikan kita amalkan
tak ada masalah..hehe
tapi bab kene air hujan itu
saya amat prihatin
takut lekat parut..huhu
nanti tak lawa dan tak ensem la anak saya..ehehehehhee

p/s: dari satu sudut elok juga anak4 kene ciken pox time kecilkan agar parutnya cepat hilang