selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Sabtu, 6 November 2010

^ AI LAIK..HEHE ^

salam semua..
aikkk...saya publish n3 malam?
sejak hampir 3 minggu sunyi aje
blog saya apabila malam2 kan..

sekarang...saya gembira...
ai laik uolls...sebab line 3G saya sudah kembali pulih
harap2 kepulihan ini seperti sedia kala
seperti memula saya menggunakan berukbens ini

janganlah esok...jadi mimpi ngeri pulak..
harap2 berkekalan
betapa bosan + stress jugak dengan masalah line ini
bukan hanya 24 jam...tapi hampir 3 minggu..

saya sudah siap pujuk mr hubby
hari isnin nanti nak sign up strimik
jika line ini pulih kekal seperti sediakala
hehe...tak jadilah saya menduakan beruksben saya ini
lagipun beruksben saya ini..ada kontrak lagi

so..seperti biasa..bolehlah jalan2 maya malam ini..

p/s: janganlah 3G ni buat hal lagi..adeh..

^ PANJANG KE PENDEK ^

salam semua
line macam ala-ala laju siput..
sebab saya setting 3G preffered
salu saya setting EDGE/GPRS..huhu
jika 3G..langsung tak boleh..
harap2..hari ini saya dapat melakukan xtvt BMW..

panjang ka pendek?
itu merujuk pada kandungan entry yang uolls publish
jika saya..saya suka membaca entry yang ringkas tetapi padat
jadi..sedaya upaya..saya akan mengarang entry yang begitu

bagi saya..jika saya menulis panjang2..
kandungan entry saya akan jadi melalut
panjang di sini maksudnya..mungkin lebih 500 patah perkataan kot
ruangan entry tu..kira sepenuh-penuhnya
maksudnya jugak..idea atau isi yang hendak saya sampaikan itu
lambat benar pembaca hendak faham dan jelas

sebab itu saya suka menulis sedikit-sedikit
memenuhi hanya ruangan sebelah kiri sahaja
ala-ala macam sajak gitu..hehe
tapi ada sesetengah orang suka menulis ruangan tengah sahaja
macam2 style..janji uolls puas hati sudahlah

jadi..hal ini bergantung kepada kita sendiri
jika kita suka entry2 yang panjang2..
kita secara tidak langsung..akan menulis panjang2
dan sebaliknya.macam saya
suka entry yang ringkas pendek tetapi maksudnya jelas
dan yang penting cepat pembaca dapat ideanya..

ada juga yg berminat utk masukkan gambar sebagai penyeri entry..
saya pom sangat2 suka
tetapi disebabkan masalah line..
sudah lama saya tak masukkan gambar..huhu
[jika saya posting kat rumah..lagilah..]

so..it's all up to you guys..
kita hepi2 blogging today..
kalu line channnteek hari ini...
saya hendak berjalan2 maya..

p/s: ..berharap sangat dapat BW..traffics menjunamm...

Jumaat, 5 November 2010

^ JOM MENJERIT ^

salam semua
lambat bersiaran...huhu
biasalah..jika hari cuti
line kat rumah macam siput sedut
mood nak berBW pom...ke lauttt..
nasib baik masih bole publish entry..huk huk
{saya dah plan..nak ejas strimik lak..hehe}

jom menjeritttttt...
ini bukan pasal hendak marah ke hape..
ini pasal SHOUTMIX atau CBOX

bagi saya..kotak jerit ini amat penting
jika kita menjelajah ke blog2
kita pasti akan mencari kotak ini untuk memberitahu bahawa
kita dtg singgah ke blog mereka
jika entry yang dikarang oleh blogger ini menarik minat kita
kita juga boleh tinggalkan sebarang komen atau pendapat kita

saya sebenarnya mula berblog sejak JUN 2009
saya mula aktif selepas setahun saya mula memblog iaitu JULAI 2010
sepanjang masa itu...saya hanya menjadi silent reader shj
tidak pernah meninggalkan tanda bahawa saya singgah di satu2 blog
[sebenarnya masih teragak2 dgn dunia blogkan..al-kaedahnya..masih malu2]
pertengahan Julai 2010 itulah..saya sudah tahu maksud BW..hihi

JADI..kesannya di sini..
blogger lain tidak datang ke blog untuk sama2 singgah atau membaca entry saya
kerana mereka tidak tahu bahawa saya pernah dtg ke blog mereka sb tiada jejakkan..
justeru itulah...blog saya sunyi sepi...
secara tidak langsung..kita akan mula merasakan bahawa blog kita tidak menarik
padahal..inilah sebabnya kan...
saya sendiri yang tidak mahu memperkenalkan blog saya
kepada semua blogger..

jadi..bagi pendapat saya..
jika kita mahu memblog..kita harus yakin pada diri kita
tinggallah jejak untuk kita sama2 memeriahkan suasana blogging..
tapi..kedapatan juga blogger yang tidak meletakkan shoutmix atau cbox dalam blog mereka
mungkin mereka ada alasan tersendiri

tapi saya..amat mementingkan tempat jerit
mana2 blogger yg singgah ke blog saya
insyaAllah saya akan cuba jejak balik
melainkan saya terlebih dahulu menjejaki mereka..hehe
jejakan semula pun kadang2 bergantung jugak pada masa dan ruang kita
atau sekarang..memang bergantung pada kekuatan LINE 3G saya..huhu
"HARI CUTI=HARI JEM 3G"..adess lah..

so..uolls macamane?
penting atau tidak kotak jeritan itu..hehe

kepada semua..selamat bercuti..
manfatkan cuti ini untuk berehat sakan2 yer..

p/s:..lambatnya hari senin..nak pi sign up strimik..yeyey..