selamat pagi semua
semalam saya bersoping
untuk kelengkapan sekolah anak-anak
dua hari sebelum buka sekolah
barulah berkesempatan membeli
macamlah bizi sangat saya ni..hehe
dan ini juga dialog NAJWAN semalam:
"mak..lambat betul nak sekolah"
hehe..kemain nak sekolah
hari tu masa orientasi menangis..huhu
teringat zaman kita sekolah dulu
macam tak sabar-sabar hendak sekolah
peralatan sudah ready semacam
al-maklumlah seme barang baru
itu yang bersemangat sebenarnya
dan lagi satu semangatnya
saya rasa hendak jumpa
kawan-kawan sekolah..hehe
*******************************
begitu juga kerjaya saya sekarang
hampir dua bulan saya tukar kerjaya
dari guru---> suri rumah sepenuh masa
[walaupun ada gak ketika saya pi sekolah-setel urusan]
mulai esok saya tukar kerjaya pulak
dari suri rumah sepenuh masa---> guru
no more cuti-cuti dok berlingkau kat rumah yer..
[ada gak..hari minggu..hehe]
jadi mulai hari ini
kena terapi minda
bersedia fizikal dan mental
untuk kembali ke sekolah
demi amanah dan tanggungjawab
yang menjanjikan tugasan pelbagai
selain tugasan hakiki mendidik dan mengajar
semoga tahun 2011
saya lebih bersemangat waja
dan bersistematik serta wajib proaktif
untuk kegemilangan prestasi kerja saya

**gambar kenangan dengan rakan guru**
"SAYA BERSEMANGAT UNTUK KE SEKOLAH"
p/s: mengalahkan si NAJWAN saya ni..hhehee