selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Jumaat, 29 Ogos 2014


**SETELAH HAMPIR 3 TAHUN**


(Tajuk pun lupa nk tulis)
Assalamualaikum...

Alamak...
saya hampir lupa segala button
utk tulis new entry...

hampir 3 tahun menyepi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.....kekeringan idea terus...huhuhuhuuuu

Selasa, 27 Mac 2012

*ALHAMDULILLAH*

Assalamualaikum
lama sungguh saya menyepi

kali ini ingin saya maklumkan
ececee..macam hendak umum hari raya pulaks..hehe
saya telah selamat melahirkan
putera ke-4 cahayamata ke-5
pada 18 mac 2012

mana-mana rakan yang frenz dengan saya via FB
sudah tahu akan hal ini
tapi ingin juga saya berkongsi
hal yang gembira dengan rakan blogger saya
walau dunia blog ini..hukhuk
saya sudah hilang minat sejak awal preggy dahulu..

insyaAllah jika minat mendatang
saya akan kembali aktif macam dolo2..

inilah putera saya~

p/s: semoga masa pantang cepat berlalu..nasib baik ada internet makkk...hehehehe

Khamis, 26 Januari 2012

~RINDU UOLLSSS!!!~

Salam semua
sihat ke???

rindu pulak saya pada uolls
tetiba aje rasa hendak
mencoret sesuatu kat sini
sudah lama benar menyepikans..huhu

dengan 33 weeks preggy
saya hanya banyakkan berehat sahaja
dengan hobi baru iaitu
menonton cerita korea..hehe
kemabukan sungguh dengan chanel 393...hehe

saya sekarang tgh memupuk semangat
untuk kembali berblog..hehe
saya sajikan dgn gambar terbaru mek sarah
yang akan berusia 3 tahun pada 1 feb nanti..hehe


*tgk citer korea kat tv tu..hehe*

p/s: lama tak menulis..jadi mcm blur la puloks..hheehe

Khamis, 29 September 2011

+ENTAH KENAPA?+

Assalamualaikum
lama benar saya menyepi
blog pom semakin suram

entah kenapa
saya sendiri tak tahu
semangat untuk memblog
semakin pudar ditelan perut membesar..hehhehe

sekarang saya hanya menjadi pembaca senyap
ada juga saya singgah kat blog-blog uolls
tapi sekadar membaca
saya sendiri pun sedih tau
saat kita semua akrab dalam alam siber
saya mula jadi begini

entry ini terbit kerana saya membaca entry di blog izan
terpanggil untuk melakar sesuatu dalam blog ini
supaya blog ini tidak terus menyepi sunyi

mungkin ini pembawaan perut kot..heheh
mana tahu lepas bersalin saya kembali menggegar!!!hahahaa
saya pun sebenarnya rindu mengaktifkan diri macam dolo-dolo
alangkah manisnya...

ok la uolls..
semoga semangat memblog saya
hadir sedikit demi sedikit
seperti semangat untuk makan-makan..hehe

p/s: saya rindu uolls semua ^__^

Khamis, 8 September 2011

+JAMBU BATU KAMPUNG+

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sudah kenyang makan pagi?

uolls suka makan tak jambu batu ini?

**gambar dr google**

saya biasa makan masa kecil-kecil dahulu
sebelum stat kelas mengaji
panjat dulu pokok rendang jambu ini
makan-makan barulah naik mengaji..hehe
itu zaman kecik-kecik dahulu

dan keinginan membuak-buak
untuk makan jambu ini datang lagi
ketika saya on de way balik ke rumah mak saya
sempena hari raya baru-baru ini
adalah sepanjang jalan melihat
sebatang dua pokok jambu ini

lantas saya menyuruh hubby bertanya
tuan punya pokok untuk dibeli atau diminta
tapi biasalah orang kampung
bagi free ajo..hehe
lagi pula saya lihat buah itu
jatuh terkulai tanpa ada yang memakannya
hambekkk...satu plastik dia bagi kat saya
puas hati makan

mungkin generasi sekarang
tak makan jambu batu kampung ini\
mereka hanya tahu makan jambu besar
yang dicicah dengan serbuk asam boi..hehe

apa-apa pun jambu ini
memang sodapppppp...
rangup manis masam sikit gtu..

p/s: jgn ngidam yang pelik2 suda..hehe

Rabu, 7 September 2011

+BUKU PINK+

Assalamualaikum
saya rindu dengan uolls semua!!!!

jika berkesempatan
saya akan singgah beraya rumah uolls!!

dan ini sajian juadah raya
dari rumah saya yang sudah lama bersawang..huhu


p/s: tunggu dua minggu lagi untuk 3 bulan agar kemabukan hilang..harap-harap

Jumaat, 26 Ogos 2011

-SALAM AIDIL FITRI-

Assalamualaikum semua
apa khabar?
hampir 3 hari tidak bersiaran rasanya
rinduuuuu!!!

esok saya akan balik ke kelantan
tak sabar rasanya hendak makan aye percik
sempat lagi tu..hehee

pada kesempatan ini
dengan kemabukan saya
yang masih menebal
maka dengan kreatifnya...hehee
saya mereka cipta kad raya sendiri
khas untuk uolls semua
sudi-sudilah tengok yer
hendak design yang canggih manggih
tak terbuat rasanya
yang penting mesej sampai...hehe


semoga kita semua
selamat pulang dan kembali beraya
dalam keadaan selamat semuanya

p/s: tgh pupuk mood untuk packing baju..huhu

Selasa, 23 Ogos 2011

-MISS SAHUR-

Assalamualaikum
saya sudah mula mahu aktif
cewah!!!!hehee

semangat mesti ada
banyak blog juga saya sudah bole singgah
yang saya belum singgah
macam biasa seperti dulu
tunggu deh..hehe

hari ini sudah 23 hari kita berpuasa
maka semalamlah kali pertama
saya miss sahur..huhu
selalunya saya gagahkan diri jugak
bangun dan buat apa yang patut
tapi dalam mabuk-mabuk itu
sempat jugak masak nasi goreng
masa sahur..hehehe
kasihankan untuk hubby dan 2 hero yang puasa

tapi semalam jam henpon bunyi kul 4.00am
saya off sekejap macam biasa
pastu camne bole terlelap dan bermimpi ntah hape2
itu yang sedar-sedar sudah jam 5.20am
selalunya terlelap jugak
tapi tersedar dalam sepuluh minit kendiannya

maka saya hanya kejut hubby bangun
dan sekejap berbunyi goreng sesuatu
makan sahur wedges ajo laki aku ngan 2 hero..huhu

jadi hari ini saya ingin masak nasi ayam
saya mesti kuat petang nanti
doakan saya deh...hehhee

p/s: yg saya belum singgah..jap agi saya dtg..

Isnin, 22 Ogos 2011

-BAJU RAYA?-

Assalamualaikum
rindu kat uolls weh..huhuhu

saya pasti minggu terakhir ramadan ini
sudah pasti uolls sudah selesai membeli
segala mak nenek persediaan raya kan

untuk saya semua tempahan
kuih main tunjuk-tunjuk sudah selesai
maklumlah hal ini mudah
main tulis dan sedia ongkos sahaja

yang saya risau sekarang
bekalan baju raya anak-anak saya..huhu
dengan kudrat saya yang mabuk pening bagai ini
rasanya tak larat hendak soping

jadi hal ini saya serahkan pada hubby
tapi memang tak selesai sebab
rupanya minggu akhir inilah
ramai yang pakat keluar soping

maka jalan jem sesakkkkk
cashier beratur panjang
dan hubby hanya pulang
dengan membawa barang keperluan lain sahaja

nasib baiklah sebelum puasa hari itu
saya adalah jugak membeli siap-siap
baju melayu 3 hero dan sepasang baju kurung mek sarah

manakala baju raya mak dan ayahnya????
saya pakai baju sekolah ajolah..huhu

p/s: saya hanya sempat menjengah dua tiga blog sahaja..huhu..tunggu hilang mabuk deh..hehe




Khamis, 18 Ogos 2011

-SARAH MAKIN CENGENG-

Assalamualaikum
bersawang benar blog kesayangan hamba ini..huhu

dengan keadaan saya sekarang
sarah semakin manja amat
mungkin dia tahu bahawa
dia akan menerima kedatangan orang baru

boleh malam-malam dia bangun
dan menangis macam mendapat mimpi ngeri..huhu
lepas itu mudah merajuk bagai nak rak
puas pujuk dan mangsanya ialah ayahnya

sedih saya melihat mek sarah
terasa dia masih kecil untuk ber"adik"
masih manja sangat lagi
sudahlah dia satu-satunya gugurl..huhu
sedih weh!!!!!huhuhu

dan entah kenapa juga
saya kadang-kadang pun
mudah cengeng..huhu
dengar lagu dalam kereta pun
boleh menangis..hehe
pembawaan betul kali ini

p/s: hapdet ringkas aje..rindu kat uolls..huhu :(

Isnin, 8 Ogos 2011

-LUAHAN PERASAAN-

Assalamualaikum
ada yang merindui saya ko?
huhuhu..perasan mak!!!

buat masa ini
saya berehatlah seketika
mungkin dalam seminggu
tidak setiap hari hapdet

jika ada cerita
saya akan kongsi
walaupun sekarang banyak cerita..huhuhu
mana-mana yang pernah alami seperti saya
pasti akan tahu rasanya

walau rindu pada blog memuncak
tapi kudrat untuk mengarang
itu kurang dan terus dibawa angin kipas

yang pastinya
setiap cerita uolls
saya pasti akan rindu
rindu untuk membaca
rindu untuk berkomen
seperti setahun yang aktif dahulu

kita tunggu kemabukan ini hilang deh..
saya pasti akan aktif semula

p/s: lambatnya 3 bulannnnnn..huhu

Jumaat, 5 Ogos 2011

-AYAM PERCIK KLATE-

Assalamualaikum
saya hendak makan ayam percik klate

tapi memandangkan kesusahan
untuk proses pembuatan
terutama dari segi pembakaran
maklumlah rumah saya tak ada mikrowave
lagi pula saya suka pembakaran
melalui arang jugak yang sedappppp

hendak buat sos percik
tidak menjadi hal
hendak membakar itu yang renyah
sebab agak sukar untuk hidupkan api..huhu
adoiiiiiii...

mahu beli di bazar ramadan
tak banyak pilihan
lagi pula lain rasanya
nampak gaya kena balik klate nih..wahahahhahaha

ingat nak tepek gambar
tapi dibatalkan kerana
menyebabkan menjadi terlalu terliur..huhu

p/s: tapi nak jugak layan gambar ayam percik kat blog2..huhu..cabarannnnnnn

Khamis, 4 Ogos 2011

-NASI ATAU KUIH?-

Assalamualaikum
selamat pagi semua

jika uolls kan
masa berbuka itu selepas makan kurma
makan nasi terus atau kuih-muih dahulu?
sesetengah orang suka makan kuih dahulu
kendian solat maghrib barulah makan nasi

jika saya dan famili
wajib makan nasi dahulu
kuih muih itu akan dimakan
selepas hubby balik terawih
atau antara waktu itu sebelum tidur

tapi sekarang kan..huhu
dengan keadaan saya ini
selepas berbuka sahaja
tanpa edisi mengemas bagai-bagai
semuanya hubby yang buat
saya terus mandi dan solat maghrib
kendian berdushunggggg...tidurrrrrrr
jikalau tidak..mulut mulalah hendak
mengeluarkan segala isi
sobarrrrrr..hehee

hari ini saya terasa semangat untuk masak
hendak masak ikan siakap stimlah..hehe
makan masam-masam memang elok utk keadaan sekarang

p/s: selamat berplan nak masak apa yer..hehe

Rabu, 3 Ogos 2011

-ALAMAK..GAS ABIS!!-

Assalamualaikum
sudah plan hendak masak
untuk juadah berbuka?
saya ke param aje kot

hari ini saya mc lagi
buat kali kedua
dalam plan hendak masak itu
jangan lupa pada gas untuk memasak
nati jadi macam saya semalam
tengah ralit dok hangatkan lauk
api dapur padam tiba-tiba
sah gas sudah abis..adoiii!!!

tak apa sebab saya ada stok setong lagi
sekali hendak ambil
laa.....sudah digunakan jugak
camne saya boleh terlupa untuk replace ni..huhu

maka semalam bersahur
hanya satu lauk yang sempat dihangatkan
satu lagi makan dalam kesejukan
kasihan anak-anak dan hubby saya..huhu

so uolls..peringatan jugak
check gas dapur tu..hehehee

p/s: rumah saya dua bulan baru gas abis..hehe [abis sb byk masak air ajo..huhu]

Selasa, 2 Ogos 2011

-ALAHAN-

Assalamualaikum
uolls camne sekarang?
dengan kemabukan saya ini
memang menduga keimanan

perkara yang saya minat
blog dan fb sudah makin menjauh
semakin ke laoootttt
pembawaannnnnnnn..heheee

dengan pengalaman preggy 4 orang anak
alahan saya ini mencecah jugak 4 bulan
bersalin saya masih bertahan
tetapi alahan yang teruk
aduyaiiiii!!!!!!!

apa-apa pun uolls
jika saya beronline
saya pasti menjengah
rumah uolls..hehee

p/s: mulut payau ajooo..huk huk :(

Isnin, 1 Ogos 2011

-REZEKI-

Assalamualaikum
selamat hari pertama puasa
guaner weh uolls semua?

setakat ini saya sudah rasa keketarannya
almaklumlah sekarang meksarah
akan berubah title menjadi kak sarah!!
jadi secara tak langsung
ramadan al mubarak kali ini
saya dapat puasa penuh
insyaAllah jika morning sickness
tidak terlampau..huhuhu

itulah rezeki pada bulan ramadan ini
rezeki itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk
bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit
tetapi dalam bentuk cahaya mata

yang pentingnya rezeki kita
untuk berbuka puasa pada hari ini
pilihan memasak atau meninjau juadah
di bazar-bazar ramadan yang tumbuh
seperti kulat pusu selepas hujan..heheh

uolls hari ini memasak
atau ke bazar ramadan?
rasanya saya baru sahaja memasang niat
untuk memaku memahat mood memasak
pada bulan ramadan ini..
tengok keadaanlah kan..hehe

p/s: mahu berhibernisasi sekejap!!huhu

Ahad, 31 Julai 2011

"SALAM RAMADAN 1432H"

Assalamualaikum
saya rasa bersawang sahaja
blog kesayangan saya ini
hukhuk..

saya ingin mengucapkan
selamat berpuasa kepada semua
yang pastinya ramadan kali ini
kita perbanyakkanlah amalan kita

*********

cerita tentang geder-geder kuantan kelmarin
memang HAPPENING!!!!!!
biasalah saya ini kan
tak membawa kamera..hehe
hendak ambil gambar guna henpon
cap hayam pun malas..hehe
kalangan kami banyak bawa dslr
nati saya kopi pastalah

p/s: mahu ke bandar..makan-makan petang..^__^

Jumaat, 29 Julai 2011

"AJK KESELAMATAN"

Assalamualaikum
wah!!!!baru dapat membuka blog..hehe

sejak petang semalam
saya terlibat sebagai "mak guard"
terlibat dalam program sekolah
maka seharian mesti berada
dengan pelajar..hehee
oppsss..bukan seharian
tetapi sehingga hari ahad

kesibukan dan kepenatan
maka sedikit pengabaian
terhadap blog telah berlaku
harap-harap bersikap sementara

semoga esok semangat
akan membara kerana
jam 3.00 petang di taman gelora
kami blogger kuantan akan berkumpul
buat kali kedua..yehaaa!!!!!

nasib baik shift sbg mak guard
untuk esok jam 3.00-11.00 malam
ada kawan yang take over..hehe
nati akan distori mori kendian!!

p/s: sesi berjalan rumah uolls skrg ^__^

Khamis, 28 Julai 2011

"STEAMBOAT!! | PUAS HATI (UPDATE)"

Assalamualaikum
wah..sudah mahu tengah hari

entry hari ini saja-saja hendak bagi uolls jeles
saya sebenarnya sudah lama amat
mahu makan steamboat yang best
punyalah susah hendak carikan
sejak dok mersing lagi..huhu

tapikan semalam
saya memang terasa
hendak makan sangat
terdetik di hati hendak menggoogle
lantas terjumpalah nama kedai steamboat
EAST COAST STEAMBOT
DI JALAN BESERAH dekat Alliance Bank
(dari bandar kuantan sebelah kiri)

saya rasa selalu gak saya lihat kedai itu
ingatkan kedai orang bukan Islam
rupanya tidak weh!!!!
maka semalam memang saya puas hati
walaupun terpaksa jugak menunggu
sehingga 10 minit untuk mendapatkan meja
punyalah ramai orang di kedai itu
lain kali memang kena boking dahulu tau..hehe

silalah jamu mata uolls deh!!!..hehe
dengan sekeping sajian ini
yang pastinya memang meletop!!
sekarang sudah tak susah cari kedai steamboat
hendak makan ajo..kita boking!!...hehe


p/s: harga amat berpatutan..hehe ^__^

Rabu, 27 Julai 2011

"DUIT SEPERTI AIR"

Assalamualaikum
selamat pagi semua

hujung-hujung bulan ini
semuanya menunggukan
maklumlah ada mende hendak masyukkkk
apa lagi kalau bukan GAJI
jika kakitangan gomen
dapat dalam sekitar 25/26hb
jika swasta saya kurang pasti
yang pastinya apabila dapat gaji
maka mengalirlah duit itu seprti air

sekejap sahaja dapat merasai kewangian note duit
kemudian duit itu akan mengalir ke mana-mana sahaja
bil domestik, telefon, berukben
bil nursery, bas skolah, KAFA
insentif untuk mak ayah
payment kereta dan rumah
dan bla..bla..bla..bla..bla
mahu cecah 5K sebulan
mok wey..banyaknya
pekebenda yang dibayar tuuu!!!
itu CONTOHlah yer..hahahha

kadang-kadang betullah peribahasa
besar periuk besarlah keraknya
tapi satu sahaja saya percaya
iaitu keberkatan rezeki kita
sedikit atau banyak rezeki yang kita peroleh
andai keberkatan yang kita dapat
pasti akan cukup malah boleh ditabung

p/s: bau duit memang wangi kan..hehehhee