selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Isnin, 31 Januari 2011

** ALAHAI CUCU **

Assalamualaikum
selamat petang semua

dekat-dekat hendak
balik kampung ini
mestilah anak-anak
asyik 25 jam bertanya
"bila nk balik..bila nak balik"

saya rasa semua akan hadapi
rengekan yang samakan
jika balik kampung gak
alahai cucu mak tok ayah!!!
disiplin lari weh!!!

tahu sajalah budak-budak ini
balik kampung semua mende nak buat
kita mak ayah ni
geram sahaja nengoknya
kalu kat rumah sendiri
mau dah kene sedas dua das
sepitan ketam cap rotan panjang!!

tapi demi depan mak tok
tahan aje sabarnya
dalam hati sambil mengetap gigi
gerammmmm!!!!!
saya selalu guna ayat gini
"balik kuantan..siap deh!!"
sambil cakap sambil senyum sumbing..ehhe

perlu persediaan mental dan fizikal jugak
hendak balik kampung nih..hehe

p/s:MODE:KLATE!!..hehe

** ANAK RAMAI?**

Assalamualaikum
selamat pagi semua

zaman sekarang ini
usia mencecah 35 tahun ke atas
ramai yang sudah "tutup kilang"
tapi jika kita tengok mak-mak kita dahulu
beranak ajo..itu pasal jumlah anak
boleh cecah sedozen
tapi relak sahaja mak kita itu kan
mak saya sampai gak 9 orang..ehehe

zaman sekarang
jika anak lebih 4
kira sudah ramai
si mak sudah pening kepala
hendak mengurus dan mengawal anak-anak
lagi pula anak-anak zaman sekarang
aktifnya sangat berbeza

lihat sahaja zaman kita dahulu
tak adalah kita semua lasak
macam anak-anak kitakan
anak-anak saya la tu
sampai saya sendiri hairan
kita dulu budak baik ajo..hehee

ada kawan saya suka anak ramai
meriah suasana katanya
sehinggakan ketika dia bersalin
anak yang ke-8 kot..
anaknya yang sulong tolong jaga dia
ketika dalam pantang..

anak-anak ini
masa kecil-kecil aje agak complicated
ditambah jika kita bekerja
dan dalam usia yang banyak menguji kesabaran
iaitu ketika sekolah rendah..
jika mereka sudah tahu berdikari
mudah kerja kita

yang penting didikan di rumah itu
adakah didikan kita sudah sempurna untuk mereka?
saya juga sedang berusaha untuk
melengkapkan diri saya
dengan parenting-skill
maklumlah..dengan keaktifan anak4 ini
memang menguji kesabaran kita
bayangkan 4 anak=10 orang budak
oooo...riuh rendahnya rumahku sekarang!!!!!

p/s: asal cuti sahaja..lontaran suara merduku pasti kedengaran di kejirananku...adussss!!!!!!

Ahad, 30 Januari 2011

** MAIN BOLING!! **

Assalamulaikum
selamat tengah hari semua
pagi ini saya pening kepala weh!!!

lepas baring-->baring
baring-->baring-->baring
mana hendak hilang peningkan
last-last bangun masak tengah hari
sambil-sambil masak
buat entry dulu
YUS-->tegar doh akak nih..hahahhaaa

saya belum balik klate lagi
mungkin lusa atau tulat
sebab hubby masih keje
dia bukan cikgu skoloh..hehe

semalam saya menjoinkan diri
melihat hubby main boling
bukan saya yang mainnya
jika saya gak..daripada 20 balingan
90% masuk longkang..hehehe


**lama tak selit pic dalam entry-->pemain amatur semalam**

lepas itu teknik pun salah
bukan teknik sebenarnya me"layang"kan boling
sebaliknya melemparkan boling..failed!!!!

tapi saya serius bagitau
bolinglah saya tak suka main
bola dia berat weh!!!
sakit jari-jari halus mulusku ini
lenguh-lenguh dan pegal-pegal rasa belakangku
takmo eh...

uolls suka main boling tak??
ada yang memang sukakan
tiap-tiap minggu main boling
main boling pun elok
untuk stamina dan kentalan otot lengan
pejal-pejal gitu..wah!!!

p/s: MODE:KLATE!!

Sabtu, 29 Januari 2011

** NYAKIT WAS-WAS **

Assalamualaikum
laporan cuaca:hujan lagi

pernah tak berlaku
uolls keluar rumah
hendak jalan-jalan
atau balik kampung
tiba-tiba teringat
bahawa uolls tak tutup
api gas atau paip air
atau seterika???

hal ini ada gak berlaku
pada saya yang boleh
dikatakan agak pelupa
dan mudah was-was

penyakit ini sebenarnya
tak boleh kita cuba ingat-ingat
jika sudah naik kereta itu
lupakan sahaja hal di rumah
ini..naik kereta aje
mulalah terfikir-fikir banyak hal

uolls camne?
ada jugak penyakit
yang sekejap datang
sekejap pergi ini?
bukan apa saya ini
jika hendak balik kampung aje
mulalah nyakit ini datang
jangan sampai dok kat kuala berang
teringat-ingat paip kat meter
belum tutup lagi...huhuhu

p/s: MODE:KLATE!!!!!

Jumaat, 28 Januari 2011

** CUTI SKOLOH **

Assalamualaikum
entry lagi..yang ke-3 hari ini
hahaha..emosi punya pasal!!!!
but im very2 ok rite now..

sekarang laporan cuaca
keadaan panas kembali
cuaca pon tak tentu sekarang
macam "cuaca" orang jugak deh!!!

mood sebenarnya sudah kembali suka hati
sebab mulai esok
saya akan mula bercuti
selama seminggu uolls
sempena CNY..apo lagi ambo
balik klate la..
ado bekwoh besar ni..
makke aye percik cap klate la gamoknyo..

tapi yang tak berapa nok boleh tahannya
jika balik kampung gak
aktiviti berinternet akan tergendala la weh!!!!
LINE KURENG CLEAR BEB..
why?..bakpo?..por que?..hehee

jadi saya tak bolehlah
nak berblogging bagai2 nih
[itulah..ciri2 ketegaran sudah ada sebenarnya nih..hahahaa]
tak ngaku..tak ngaku...hahahaa..

untuk semua
selamat bercuti...

p/s: psstttt..napok gayo keno buak n3 otopablis nih..kecek klate tok sir wi napok tegar sgt2..hehehe

** MODE: EMOSI **

Assalamualaikum
selamat petang
sekarang sedang hujan renyai-renyai
angin bertiup agak kencang
habis kain sidaian berterbangan
###############################################
saya ingin meminta pandangan
dan juga pendapat
tentang situasi ini:
uolls sudah bersemangat
sudah bersedia
sudah merancang segala-galanya
TETAPI
disebabkan satu..satu hal sahaja
SEMUA tergendala
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
apakah yang uolls akan fikirkan?
apakah yang uolls akan rasakan?
apakah yang uolls akan lakukan?
_________________________
p/s:**saya jarang emosi..huhu**

** OMG, WHATs A BIZI DAY!! **

Assalamualaikum
im breakfast at 11.00am!!!!

wah!!spekang terus
inilah realiti hari ini
untuk senaman wajib naik turun tangga
sebanyak 3 kali
senaman selesaikan kes
sebanyak tak terkira

prong prang prong prang
selesai juga satu tugasan
yang agak besar
untuk permulaan buka sekolah
selepas CNY..alhamdulillah

sekarang barulah masa
untuk hapdet
untuk membalas komen yang lepas
tetapi tak boleh lagi
untuk menjelajah blog list saya
yang tengah rancak hapdet
atau membalas jejak untuk
blogger yang sudi singgah di sbox..

tadaaa...senaman lagi
untuk kali ke-4 naik tangga turun tangga

p/s: speechless!!!!!!!!!!!

Khamis, 27 Januari 2011

** MANUSIA SERAKAH **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pagi-pagi dengar dalam berita
dua cerita yang agak menyedihkan
kita baru sahaja digemparkan
dengan kes ibu menikam bayi
berkali-kali yer..tak dapat dibayangkan

dan pagi ini dengan kes
buang bayi lagi dengan diletakkan surah yassin
dan bapa yang menendang anak
gara-gara tersilap membeli rokok!!!

inilah antara fenomena dalam masyarakat
fenomena bersifat di luar batas-batas
nilai-nilai murni dan perikemanusiaan
manusia yang normal fizikal
tetapi SAKIT MENTAL

kadang-kadang manusia begini
dia sendiri tidak sedar bahawa
dia sebenarnya sakit jiwa
jika kita manusia normal
tetap dengan ajaran agama
dan penuh dengan nilai-nilai murni
tak mungkin tergamak
melakukan sesuatu yang di luar
batas dan norma manusia

untuk semua termasuk saya
sentiasalah amalkan gaya hidup sihat
dan sentiasa bermohon agar ditetapkan keimanan kita
agar kita terhindar terus
dari kesakitan jiwa ini
kerana jika hal ini berlaku
mungkin ada jiwa yang menjadi mangsa..

p/s: B.I.Z.I~

Rabu, 26 Januari 2011

** MAIN KUTU **

Assalamualaikum
selamat pagi
hari ini laporan cuaca
hujan lebat lagi
++ kekalutan sebab en hubby
pi KL kerana ada urusan
[tu yang makan nasi ajo semalam..huk huk]

eh..uolls main kutu ka??
saya baru selesai membayar duit kutu itu
bukan apa main kutu ni
tabungan secara mendadak tau
maknanya sekali dapat
boleh banyak..ehehee
bolehlah tambah barang kemas ke
tambah kain baju sutera ke
tambah tudung awning cap mahal2 ke
ehhehehe...sedang terfikir2 hendak buat apa nih..

main kutu ini untung gak
dalam jangka pendeklah
jika kita bijak menjana $$$ itu
lagi baik sebab boleh digunakan
untuk jangka masa panjang pulak

yang penting kita main kutu
dalam kalangan kawan2 sekerja kita sahaja
janganlah pulak dengan ahli2
yang jauh2 atau sukar untuk berhubung
nanti boleh menimbulkan masalah pulak

p/s: jika tak main kutu itu..menabunglah terus di bank2 yer..hehe

Selasa, 25 Januari 2011

** AISEYMANN!! FOLLOWERS **

Assalamualaikum
saya kenyang makan nasi ajo
huk huk..(akan distorimori esok)
malam ini hendak bertanya sikit
bukan hendak berbahas
i follow you
u follow i deh!!

bagaimana saya hendak
memollow balik blogger
yang memollow saya
kerana saya tidak dapat
menjejak link blog mereka
ini sama ada:
1. tidak tinggalkan jejak di sbox
2. nama di sbox lain dan di blog lain
dan dia punya kotak untuk dijejaki
hanya begini:



jika begini mudah
walaupun blogger itu
tidak meninggalkan jejak
di sbox atau nama lain
tapi link dia tetap ada
jika saya klik gambar follower itu
macam ini akan kuar


jika boleh dan semestinya
saya akan follow balik
sesiapa yang sudi follow
blog simple saya ini
kerana saya tahu dan pernah rasa
besar harapan org yg memollow itu
walaupun untuk mengumpul
seramai 100 follower...
saya pernah berada dalam situasi itu..
jika ada yang boleh bantu
bolehlah sharekan yer..
sebab ada antara follower saya itu
saya tak follow semula kerana tiada link
utk diklik..

p/s: follower juga penyumbang kepada pemangkin untuk berentry ^__^

** COBAAN **

Assalamualaikum
bersiaran dalam mood
perut berkeroncong **wink**

hubby: hello..bla..bla..bla..ye ye..
operator: ye..ye..
hubby: large hawaian chicken+ garlic bread+mushroom soup
operator: ye..ye..
hubby:okeh!!

itu dialog biasa hubby
jika kami dalam mood
hendak makan ini

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

**kredit pic to google**

p/s: malam ini berlakulah conversation macam dialog kat atas nun..hehe

** POSTO-POSTO **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
laporan cuaca hari ini
hujan sejak semalam
maka kehujananlah kami
di dalam kereta..ehhee

posto-posto-posto!!!!!!!!!
teringat zaman dolo-dolo
mesti menunggu layangan surat
ehem..ehem..dari orang tersayang!!!
cewah..mengimbau kenangan betul

ada antara uolls sekarang
menunggu surat berbau bedak
dari pasangan masing-masing??
mana ada zaman sekarang ini
semuanya berasaskan teknologi
sms/henpon/chatting/web camera/etc

jika zaman saya dahulu
suratlah penghubungnya
jika ber$$$ sikit hasil lebihan duit belajar
pegi cari sahaja public phone tau
mana ada henpom2 canggih bagai nih
jika sapa ada henpon zaman saya dahulu
memang orang itu sangat mewah..ehhhee

jika hari raya gak
macam tak sabar-sabar
menunggu kad raya..ehhehe
sekarang hado???..tak adanya layangan kad raya
yang adanya layang kad sms dan mukabuku sahaja
betul tak???

mengimbau betul zaman dolo-dolokan
uolls ingat tak???..hehehe

p/s: hendak senaman naik turun tangga nih..ehhehee

Isnin, 24 Januari 2011

** BEKERJA SEBUMBUNG **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

sesekali uolls terfikir tak
jika uolls dengan pasangan
bekerja di bawah satu bumbung
means tempat kerja sama
pejabat sama dan sama sahaja bidang kerja
uolls suka atau tak??..hehe

saya ada juga beberapa rakan sekerja
yang bekerja di bawah satu bumbung
pergi balik bekerja bersama-sama
mesyuarat bersama-sama
makan itu kadang-kadang bersama-sama
kadang2 jeles tengok..wahahaa

tapi bila ditanya pada mereka
ada yang suka begitu sebab asyik boleh jumpa aje
ada yang kurang selesa sebab jadi macam segan pulak
saya pun tak tahu segan camne tuh..hahaa..

jadi ada pro dan kontralah di sini
jika diberi pilihan
uolls hendak bekerja sebumbung dengan pasangan
atau tak?
jika saya..ermmmmmm!!!!..ehhehe..

p/s: minggu ini minggu datang awal sebab bertugas!!!!!!

Ahad, 23 Januari 2011

** S.M.S **

Assalamualaikum
selamat pagi minggu

berapa banyak sms sudah
uolls hantar pada pagi ini??
sehingga jam ini 9.54am
saya belum sentuh henpon lagi..hahha

antara sms dan calling
mana uolls pilih??
hahhaa..saya tanya ini sebab
ada kawan saya hobinya smsssssss manjang
dia memang tak suka call orang lain
jika orang call dia ...dia suka...hahaaha

hendak cakap dia terer bab sms nih
tak pandang skrin henpon tu
sambil bercakap dengan kita ke..sambil makan ke..
tangan dok nyot nyet sms..

masing-masing ada pilihanlah
saya ni kategori mak budak
maka suka call ajolah
cepat dan tepat maklumat sampai
jika generasi muda sekarang
memilih sms kot..jimat dan uolls mmg terer
dalam "bahasa sms"...

jika yang masih sekolah
jangan jadikan amalan dalam penulisan
...sebab ada yang terlepas juga..

p/s: pagi ini kebosanan lagi~

Sabtu, 22 Januari 2011

** HARI TIDURR **

Assalamualaikum
selamat petang semua
sekarang jam 3.45 petang
baru saya bersiaran..hehe

inilah hasil daripada
acara merentas taman perumahan
pada pagi tadi
menyebabkan saya dan 4 anak
ketiduran terus sejurus balik
ke rumah jam 12.00 tengah hari
skolah along dgn angah pun acara merentas desa juga
tetapi acaranya dilakukan di taman bandar
acara mengelilingi tasik

semua acara tamat jam 11 pagi
kemudian ada sedikit jamuan
santap sekenyang mungkin
sebab bila balik saya dah tak koser nak masak
sebab fenattt!!!
semua anak saya uruskan walaupun hari sabtu
sebab my hubby ada pertandingan volibol

jadi balik sahaja ke rumah
bersihkan diri masing-masing
berdushungggggg!!!! masuk tidurrrrr!!!!
bayangkan kami semua tidur
dari jam 12.30 tghari kot hingga 2.30 petang
wah!!!! memang hari tidur sedoniaa!!!
betapa segarnya apabila bangun deh...hehe


**ini hasil along dan angah merentas taman - dapat juga pingat utk tempat ke6 dan ke7**

p/s: hubby lak blik jam 6ptg..dok rumah ajolah petang ini..huk huk..tak leh jenjalan..

Jumaat, 21 Januari 2011

** KEPALA BESI **

Assalamualaikum
selamat pagi ke tengah hari semua

sekarang barulah
boleh berehat sekejap
dari senaman naik turun tangga

hari ini mahu stori
tentang kejadian semalam
sebelum latihan check poin itu
kepala besi punya cerita
kepala si najwan
inilah hasilnya--> cermin kereta saya retak!!!
[saya bg clear sket sb gmbr xjelas]

ini ialah kejadian ketiga
kepala besi najwan
dua yang dahulu
kene pada cermin kereta satu lagi

saya cukup hairankan
kadar hantukan itu
bukan kuat sangat
tapi kene dengan momentum
yang sesuai kot..jadilah..prakkkk!!!!!
jadilah rabak $$$$$..huhu

yang nasib baik
setiap kali kene kepala najwan
tiada apa-apa kecederaan di kepalanya
alhamdulillah..

apa-apa pun
kene baiki sebab takut retak semakin besar
sebab kadar retakan itu
agak ketara jugak
tapi masih bertahan kot..hhehe

p/s: nampak gaya lepas ni..kene insurans jugak cermin ni...yg sebuah lagi sudah diinsurankan sebab takut kepala besi najwan..ehhe

Khamis, 20 Januari 2011

** CHECK POINT **

Assalamualaikum
selamat petang semua
berentry kedua
selepas pulang dari training
merentas desa weh!!!!

dalam minggu ini
jam 3.00 petang sahaja
mulalah latihan merentas desa
bukan saya yer...
anak2 murid sayalah
saya tukang check point aje..hehee

ini acara wajib setiap sekolah
mesti ullos ingat
zaman-zaman uolls berlari-lari
keliling kawasan kampung
kenangan semua itukan
pernah menang tak???

paling tidak acara ini
dikategorikan gaya hidup sihatkan
lebih kurang joging 7km aje..
untuk bakar lemak dan kalori
dalam badan uolls


**ini pembantu check point termuda di donia**

p/s:..sabtu ini skol ganti=acara merentas desa ini..

** HALWA TELINGA **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

pasang radio tak dalam kereta??
mestilah pasangkan
itu acara wajib bila masuk kereta
tekan aircond dan mesti radio

pandu kereta ini
kadang-kadang kita akan stress
dengan masalah jem tanpa roti
antara cara hendak kurengkan stress itu
buaikan halwa telinga kita
dengan dendangan dari radio
biasanya kita akan ketawa sorang-sorang
mendengar celoteh DJ yang bertugas

saya paling suka dengar radio paling hangat itu
hendak2 panggilan hangit
memang sukalah
kena pulak masa disiarkan itu
saya on de way ke skoloh...hehe
kita jadi tersengeh-sengeh sensorang
**agak-agak orang lain tengok camno yer..ahhahaha
**nape dia ni tersenyum tersengeh dalam kereta

jika perjalanan balik kampung
ada yang suka pasangkan ayat-ayat al-quran
terutama jika memandu waktu malam
ada saya dengar kawan bagitau
jika kita pasang ayat al-quran
pastikan tingkap dibuka sedikit
agar makhluk halus yg ada dalam kereta
akan keluar - jika ada yer!!
TAPI ada gak yg bagitau
tak boleh buka tingkap walau sedikit
dikhuatiri makhluk ini akan masuk
mana satu yer??

apa-apa pun
pemanduan yang selamat amat penting
gunakan apa-apa cara sahaja
agar kita tidak berasa tertekan
sepanjang pemanduan

p/s: panggilan hangit hari ini memang superb!!..hahaaha..

Rabu, 19 Januari 2011

** KOMEN DAN TRAFFICS **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sudah banyak minum
air masak semalam?
kalau sudah banyak minum
amatlah bagus untuk kesihatan

hari ini kita stori mori
tentang blogging pulak
antara komen pembaca
dengan jumlah traffics
mana yang uolls utamakan??

saya memilih komen
berbanding traffics
alasan saya kerana
dengan kekangan masa
saya kurang boleh untuk
BW sepanjang masa untuk mendapatkan traffics
saya sangat percaya bahawa TRAFFICS=BW sahaja
jika tidak BW jangan harap traffics hendak cecah 150++
melainkan saya merupakan blogger terkenal femes emes..hehe


**traffics saya sepanjang minggu ini dan lepas**
saya sangat memilih komen
kerana setiap entry saya yang dikomen
saya berasa sangat gembira
dan sangat memberikan kepuasan berblogging
kita mesti rasa sedih (jangan nak tipu yer]
jika entry kita tidak mendapat komen
[saya pernah rasa dulu ketika awal2 buat blog]

bagaimana pilihan uolls??
rasa dengan title blogger mak budak ini
rasanya ramai yang memilih komenkan
sebab jika memilih traffics..letih mak oiii..
traffics asyik lari ajew..eheks...
cuma yang pasti..INSYAALLAH
setiap terjahan di blog saya
sama ada untuk komen yang sangat saya hargai
atau terjahan BW..saya pasti akan membalasnya

p/s: masa untuk menerjah blog list saya dan terjahan BW dari kamoo..kamooo.kamooo!!!!!!

Selasa, 18 Januari 2011

** MINUM AIR MASAK **

Assalamualaikum
selamat pagi selasa semua
harap-harap hari ini
dan seterusnya kita akan
terus sihat sentiasa

bercakap tentang kesihatan
antara gaya hidup sihat ialah
banyakkan minum air masak
paling kurang ialah 8 gelas sehari
jika lebih lagi baik
tapi yang menjadi masalah
hendak mendisiplinkan diri
untuk minum sebanyak itu

kita hanya minum air
ketika makan
ketika dahaga
itu yang biasa
sepatutnya kita minum air
disarankan ada masa-masa tertentu
kerana hal ini sangat baik
untuk menjana kesihatan kita

info ini saya ambil
daripada SINI
antara masa dan faedah yang dinyatakan ialah:

*minum 2 gelas air masak selepas bangun tidur:
-ini untuk mengaktifkan organ dalaman

*minum segelas air masak 30 minit sebelum makan:
-ini membantu proses penghadaman yang membolehkan perut bersedia untuk memberi ruang kemasukan makanan

*minum segelas air masak sebelum mandi:
-ini untuk membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

*minum segelas air masak sebelum tidur:
-ini dapat mengelakkan serangan strok dan jantung ketika tidur

itulah yang dapat saya share di sini
saya pun dalam usaha
untuk mendisiplinkan diri
agar banyak minum air masak ini
kerana banyak faedahnya

p/s: meh kita amalkan gaya hidup sihat ini ^__^

Isnin, 17 Januari 2011

** JATUH TERPELEOK **

Assalamualaikum
selamat pagi isnin

al-kisahnya hendak bercerita
saya hampir jatuh tersembam
depan klinik pagi ini

tadi jam 9.30
saya ke klinik untuk
membawa along dan sarah yang
terkena semput sejak hari ahad

tak tahu macamane
tangga yang gedabak itu
boleh saya tak nampak
bukan tak biasa pegi klinik itu..huhu

malu weh!!!!!
ada la dua tiga customer dalam klinik
saya dengan selamba masuk
mereka apalagi
memandang saya dengan muka yang terkulat-kulat
hendak senyum dan sengeh sama banyak
tapi saya tetaplah kontrol cun tau..ehhehe
dalam hati malu yang amat
yang nasib saya tak tersembam
tak boleh bayangkan..huhu

ini pengalaman kedua saya di kuantan
yang pertama masa tengah preggykan mek sarah
saya terpeleok terduduk di depan pejabat pos besar
dengan perut memboyot
seme orang yang ada kat situ menjerit
termasuk saya..hehe..
dorang risau sebab saya preggykan..huhu
nasib baik tak de apa-apa hal..

uolls ada pengalaman gitu tak?
meh stori-mori..hehe

p/s: kadang kala tapak kasut atau sendal yang licin tau..huhu

Ahad, 16 Januari 2011

** GELAS BESAR **

Assalamualaikum
selamat petang semua
harap sedang berehat-rehat blako deh!!!

pernah minum air gelas besar tak?
mesti pernah kan
saya minum air ni
di terengganu masa hujung tahun lepas
kira gambar lama entry baru..hahaha

yang bestnya tentang air ini
memang dalam gelas yang besarlah
ikut permintaanlah
hendak yang biasa pun ada

air yang dibuat pula
memang campuran pelbagai jenis buah
hendak perabis tu
memang ambil masa
jika yang suka lepak
lama-lama kat kedai tu
elok sangat mencuba..hahaa


macam yang dalam gambar itu
seingat saya campuran buah
nangka, tembikai, anggur, strawberi
kiwi dan karot...hahaha
rojak habis dalam gelas itu
tapi rasanya memang sodap!!!!!!!

tapi yang tak menahan
disebabkan gelas sangat besar
najwan kene berdiri
untuk menikmati airnya
layanzz!!!!!!!!


p/s: kat kuantan ni..kat mana ada air gelas besar? saya hendak terjah..hehe

** BELIAN ATAS TALIAN **

Assalamualaikum
selamat pagi minggu semua
semua gembira??
alhamdulillah

hari ini saya ingin berkongsi cerita
tentang belian dalam talian
uolls ada pengalaman tak??

saya pernah juga membuat urus niaga ini
tapi terasa seperti tidak berbaloi
jadi semacam serik untuk membeli
nasib baik kosnya yang sedang-sedang
jika sampai 3 angka..huhulah jawabnya

satu hal yang patut kita tahu
urus niaga begini dilihat menerusi gambar
yang kita dapat tengok dan perhatikan
tetapi materialnya tak dapat kita rasa

bukan menidakkan urusniaga begini
ramai kawan saya yang selalu
membeli dalam talian
molek sahaja barangannya
dan berkualiti lagi
cuma sebab saya sudah terkena
jadi saya seriklah..hehe

sudahnya hubby saya cakap
beli sahaja di mall
sudah terang lagi bersuluh
boleh pegang-pegang boleh sentuh-sentuh
jika terbeli dan tidak puas hati
kita sendiri yang salah
sebab tersalah memegang...hahhahaa

p/s: yang plan hendak soping..selamat berbelanja~

Sabtu, 15 Januari 2011

** TEKANAN PERASAAN **

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua
sesi memblog pada hari sabtu
bermula agak lambat
pagi-pagi saya telah membuat:
"senaman tai-chi bersama kain-kain
untuk stok seminggu"..huhuhu

jangan tertekan
jangan stress mress
jangan depressed
jangan dilanda jiwa kacau

sekarang ramai orang
menghadapi tekanan perasaan
nampak sahaja mereka
seperti orang yang normal
berkahwin, ada keluarga, bekerjaya
tetapi sebenarnya tertekan
tertekan dengan pelbagai perkara
itu pasal ada kes mendera
kes lari dari rumah
dan lebih parah sehingga membunuh
minta dijauhkan

sebab itulah
sekali-sekala kita patut bercuti
berekreasi bersama-sama ahli keluarga
berkongsi-kongsi cerita dan masalah
kerana dengan bersama-sama orang lain
kita lebih bahagia dan rasa dihargai

jika kita tertekan
dan hanya menyendiri
kita akan bertemankan suara-suara halus sendiri
dan selalu akan berfikir bukan-bukan
oleh itu..carilah rakan yang boleh dipercayai
untuk meluahkan tekanan anda



**mek sarah tertekan**
tiada kaitan dgn entry..hhee

p/s: jom kita senaman kaki di mall hari ini

Jumaat, 14 Januari 2011

** DATING!!! **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
sudah bekpes??
saya baru selesai
makan nasi ayam terus!!!hahahahha

bercakap tentang dating
bilakah kali terakhir uolls
makan minum bersendirian
dengan pasangan masing-masing?
tanpa "keriuhan" anak di meja makan
maksudnya hanya berdua dgn suami atau isterilah

saya sendiri pun sudah lupa bila..hehe
tapi bila sekali berfikir
rasa hendak sahaja dating berduakan
pegi tengok wayang, makan, jalan-jalan
berpegangan tangan..ececee..
[mana hendak letak askar dan wataniah 4 orang tuuuuu!!!!]

ini tidak..cakap sudah tualah
malu hendak pegang tangan bini..huhu
malu orang lain tengoklah
takut orang sekeliling pandang peliklah
banyak benar alasan

sekali sekala berperangai
macam pasangan baru kahwin kan elok
elok untuk meningkatkan keharmonian
rumah tangga agar kekal selamanya

p/s: tenkiu kepada yang bagi cadangan suplement itu..nati saya cuba dapatkan..

Khamis, 13 Januari 2011

** UBAT KUAT **

Assalamualaikum
selamat pagi semua


**pic from here**

jangan pulak terkezut badak
dengan tajuk entry saya itu
saya merujuk kepada
kesinambungan entry semalam
tentang keletihan kami sekeluarga

saya ingat saya inginkan
cadangan daripada uolls tentang
suplement untuk kecergasan diri dan kesihatan juga
untuk tampil bertenaga setiap masa
agar saya dapat menguruskan
keluarga dan kerjaya dengan jayanya

uolls boleh tolong sayakan..ehhee
sejak bekerja 2 minggu ni
setiap hari balik sama dengan geng opis hour..huhu
penat weh!!!!..anak-anak saya pun sama...waaaa

p/s: ingat weken ini..nak beli suplement yg uolls cadangankan

Rabu, 12 Januari 2011

** MEREKA PUN LETIH **

Assalamualaikum
selamat pagi rabu

bercakap tentang letih
kita asyik terfikir kita yang dewasa
sahaja yang berhak letih
pernahkah kita terfikir
anak-anak kita juga letih??


tengok pic najwan dengan menongkat kepala
ketiduran sambil makan cococrunch!!


anak-anak tidak begitu
menzahirkan keletihan mereka
seperti orang dewasa
paling tidak mereka hanya akan membuat
muka monyok macam masa
kita suruh buat keje rumah @ skolah
jika masa main waktu petang
memang langsung tiada istilah letih


ini schedule 3 hero saya
seharian waktu hari sekolah
7.30am - 2.00pm--> sekolah harian
2.30 - 5.30--> sekolah agama/kafa
6.00 - 6.30--> buat homework
6.30 - 7.00--> sempat lagi main-main dgn kawan2
8.00 - 9.00--> sambung homework/study sket
9.30pm--> tidur..bangun pulak jam 6.30pagi


padat jugakkan dan agak meletihkan
fizikal dan mental
tahu-tahu sajalah budak-budak ini
berlari ke sana ke sini
aktif sangat dan tak reti dok diam
kita yang melihat nampak dorang penatkan..


kadang-kadang saya kasihan
melihat schedule itu
tapi apakan daya
itulah pesen hidup anak-anak sekarang
yang akan ada anak berumur 6 tahun ke atas..boleh sedia mental fizikal sekarang..


p/s: tapi kanak-kanak tidak pernah penat emosi kot..ehhe

Selasa, 11 Januari 2011

** SAYA SUDAH BERSALIN **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

alhamdulillah
saya selamat melahirkan
keempat-empat anak saya..hehe
bukan saya baru bersalin
anak ke-5 yer..hehe

perihal bersalin ini
bagi semua ibu merupakan
satu pengalaman yang paling berharga
hendak diceritakan rasa sakit bersalin
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
entahlah..tidak boleh dikarang ayat untuk itu

yang pasti apabila sahaja
jeritan anak kedengaran
apabila disuakan anak kepada kita
sakit ketika hendak bersalin
seolah-olah hilang ditelan bunyi
jeritan pertama bayi-bayi lain
subhanallah!!! maha besar dan agung Allah taala

pengalaman melahirkan mek sarah
adalah yang paling indah
sebab encik suami ada bersama-sama
dalam labour room
[tak sempat keluar..hehe..kene tengok jugak]

itulah ceritanya
bagi yang belum kahwin
pasanglah niat untuk
sama-sama berkongsi
pengalaman bersalin si isteri
[jika rasa mampu tengoklah
ada sesetengah orang boleh fengsang kot..tgk darah..]



layan pic mek sarah masa berumur sehari dan sekarang..da lain..
[mek sarah je byk gmbr sebab gmbr hero3 lain masa kecik
tak le nak save dlm lappy..huhu]

p/s: ke ada yang sudah hendak fengsang atau rasa sengal kat perut???

Isnin, 10 Januari 2011

** RM41.20 **

Assalamualaikum
hari ini hujan lagi
[asyik-asyik laporan cuaca..heehe]

tengok tajuk itu
menunjukkan harga
barangan basah yang saya beli semalam
ikan siakap seekor
ayam seekor [siap dipotong]
sotong 3 ekor
sayur petola - yang saya masak lemak itu
dan santan

pada asalnya dengan gaya muka saya
saya agak terkezut dengan harganya
yang agak boleh tahan menipiskan dompet
nasib baik semalam saya bawa purse
jika tak..alamak berhutanglah..hahahaha
nasib baik jugak ini kedai yang biasa saya beli
atau kot2..tokey kedai salah kira kot..hahhaa
[sebab pernah kene sekali dia salah kira.masa tu jugak saya sedar.tapi yg ini saya rasa macam betul..hehe..nasiblahkan..]

rasa macam mahal jugak
nilai duit dengan jumlah barang
tapi itulah realiti sekarang
RM50= diaper size M + susu dutch lady 1,2 ,3 mek sarah je...huhu

nampak gaya
kene fikir sesuatu ni
saya hendak berniagalah pulak
nak tambah pendapatan

uolls boleh bagi pendapat
apakah urus niaga yang boleh saya jalankan???
yang elok-eloklah dan sesuai dengan masa kerja saya..hehe

p/s:beranganlah saya tu..eheks..xpe..berangan is free..

Ahad, 9 Januari 2011

** ENTRY NAK KASI LAPAR **

Assalamualaikum
selamat petang semua
sudah makan tengah hari??
saya pun sudah..sudah kenyang pun..

ini menu saya
yang simple bagai nih
hanya dua sahaja santapan
petola/tenea masak lemak putih
ayam masak pedas


dengan suasana yang dingin
bagai berada di obersee nih
makan pun berselera sungguh
memang sedap sangat
ini anak saya cakaplah
hahahaha
masuk lif tekan sendiri :P

sekarang tiba masanya
untuk hidupkan enjin blog
padahal sejak pagi lagi sudah stat
untuk bergerak menuju ke destinasi BW

p/s: bak kunci along, angah, najwan dan sarah!!!!!!!!!!!!!

** HUJAN **

Assalamualaikum
entry selepas bekpes

sekarang masih lagi hujan
hujan sejak awal pagi
hingga sekarang
sudah musim diakan
semalam je sekejap panas
bagi peluang utk keringkan kain..hehe

keadaan banjiro di kelantan
semakin meningkat mangsanya
alhamdulillah dan nasib baik
rumah mak ayah saya tak kena

hujan itu satu rahmat
rahmat yang Allah turunkan kepada kita
jika keadaan panas sangat
kemarau sampai 2 minggu
kita rindu pulak kat hujan kan..
hehe

seronok jugak hujan ni
suasana dingin dan sejuk
ala-ala suhu bawah 20 darjah
kan nak sama dok kat obersee tu...hahaha

tapi yang tak menahan
perut sentiasa minta diisi
kenapa eh?
sebabnya kita asyik dok berhibenisasi je ke??

p/s: waaaaa..kasut skoloh anok tok basuh lagi wey!!!!!!!!!

** SELAMAT PAGI MINGGU **

Assalamualaikum
selamat pagi minggu semua

pagi ini saya bangun
usai apa-apa yang patut
saya bersarapan dahulu dengan blog
wahahahaa...tegar doh!!!!!!!
tegar ke???

selepas ini barulah
hendak stat enjin kereta
hendak pi beli roti canai
my hubby masih di desaru
sejak hari jumaat
petang ini baru sampai
jadi kami berlima
akan bersarapan roti canai

bayangkan..
roti canai lembut dalam pinggan
dicurah kuah kacang --> banjiro
dibubuh sedikit gula
mamah..mamah..mamah..telan
saat ditelan itu..pergghhhh!!!!
sedap sangat..

okes..kepada semua
selamat berhujung minggu
jika hari panas sampai ke petang
sangat eloklah membasuh kain lagi
masih ada stok semesin itu..

p/s: perutku sudah berbunyi lagu roti canai..callo mallo ^__^

Sabtu, 8 Januari 2011

** ALHAMDULILLAH **

Assalamualaikum
selamat petang semua
sekarang saya sedang tengok raja lawak
semalam tak tengok sebab remote tv=anak saya punya
hahaha

alhamdulillah hari ini
cuaca cerah sejak pagi hingga jam 2 kot
semua kain saya
seperti pasar malam bergantungan itu
kering dan siap berlipat
saya berjayaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!
tapi tidak bersusun lagi
itu pun salah satu masalah jugak
hendak menyusun dalam almari..
tengok ini hanya bersusun dalam bakul..huhu


tak mengapa
kita ambil mood dahulu
dengan melayari blog
sambil-sambil melayan tv

semua kerja
wajib dengan mood
jika sudah mood ke laut
jangan haraplah hendak buat
hanya tahu bermalas-malasan sahaja
tetapi jika mood sudah mariii!!!!!!!!
kita pom macam lipas kudung
tak berhenti buat kerja rumah

go mek sarah go...
[agen mengube rumah]

p/s: faham dok mengube tuuuu...

** HOT AND COOL **

Assalamualaikum
selamat tengah hari semua

semalam sehingga jam 11
saya dok melangut BW
kekonon hendak dapatkan traffics
sebab dalam minggu ini
sayakan kebizian

keinginan BW saya terbantut
apabila saya terjumpa
beberapa blog yang memperkatakan
satu isu hangat sekarang
iaitu pemakaian tudung SHAWL

jangan ketawakan saya
sebab saya ini hanya tahu
tudung BAWAL bukan ikan
dan tudung AWNING bukan yg kat luar rumah deh..hehe

saya jadi tertarik dan menarik
untuk membaca keseluruhan n3 dan komen
pelbagai komen yang ditulis sama ada +ve atau -ve
pastu ada yang bagi link
saya pi pulak blog itu
sehingga banyak benar blog yang saya buka
dan baca semuanya...hahaaaa
padanlah saya ini

setelah difikirkan semula
kita kene ingat KENAPA kita buat bloglah kan
hendak berkongsi cerita suka ria gembira
hendak bercerita sambil menyelitkan maklumat dan info
atau hendak apa???
dan kita juga perlu ingat
bahawa setiap orang yang berhak ke atas diri dia sendiri
secara mutlak

tepuk dada tanya selera
yang penting
setiap lakaran tulisan karya siber kita
janganlah sampai menyentuh hati mana-mana pihak

p/s:kita semua HEPI-HEPI BLOGGING DEH!!!!! i loiikeeeee ^__^

Jumaat, 7 Januari 2011

** HELLOWWWW!!! **

Assalamulaikum
wah!!! hari ini saya buat hatrik
3 entry suda...hahaaa
itu pom nak bising saya nih..hehe

saya ada seorang kawan
$$$ banyak la jugak
[laki dia keje besawkan]
tapikan..asyik saya aje yang sms dia
telefon dia dan saya ajelah yang mula
hendak tahu kenapa dia tak le sms saya
"KREDIT AKU ABIS LA WEY"

alahai...sudah kerja elok
$$$ banyak
asal pakai top up lagi
lainlah jika muda belia
atau masih belajar lagi
tapi ada kot yang muda belia guna linekan..

saya memula pakai henpon
tahun 2004 kot..lupak lak
time tu pakailah kredit
yang 50 hinggit 2 bulan punya
guna tak banyak saya ni
bukan bizi pom
last-last kredit banyak tapi xle guna
sebab limit time..jika gi top up bole guna..

last-last hubby bagi plan skrg
senang pakai line je
nak guna setara mana
gunalah..janji cukup bulan bayar

ada pro dan kontra line dan top up nih
bagi yang suka bergayut top up kot elok
sebab boleh manage
jika guna line gak..mak ooiiiitt..
$$$ utk tabung belajar..jadi duit bayar bil kot...hahahaa

pilihlah yang mana berkenan di hati
jika susah..pakai dua henpon
satu utk line dan satu lagi utk top up
tiada diskriminasi..



**SARAH SAID:HELLOWWW!!**

p/s: "terbuat" entry sebab asyik dok membelek henpon cap ayam saya...hehee

** LAGU FT **



Assalamualaikum
bersiaran sebelah petang
ini pertama kali
saya post video dari youtube
layan aje lagu faizal tahir nih
hahahaa...saya suka lagu dan suara dia
memang mantaplah
dan harap FT akan menang
AJL malam ahad nih
chaiyokk FT..
p/s: layan lagu ajelah.. heehee

** FAKTOR USIA **

Assalamualaikum
selamat pagi yang dingin
hujan masih membasahi
mendingini setiap ruang

adakah uolls dengan pasangan
sangat-sangat berbeza usia??
maksud saya berbeza dalam 5-10 tahun ke?

ada antara kawan saya
yang berkahwin dengan lelaki muda
maksud saya beza jugak usia hingga 3 tahun
si isteri lagi tua dari si suami

yang pasangan biasa ialah
sama umur macam saya dengan hubby
atau si suami lagi berusia dari si isteri

saya lebih suka yang sebaya
kerana kita akan mempunyai pemikiran yang sama
sama-sama mula bekerja
sama-sama muda
dan sama-sama tua...hahahha
tak menahan tu..

ada yang suka pasangan dia
lebih berusia
banyak pengalaman hidup
sudah mantap dari segi kerjaya
sudah ada segalanya

masing-masing punya pendapatlah
sebab masing-masing yang empunya diri
asalkan..kita bahagia sokmo-sokmo
yang penting pilihlah yang berkenan di hati
jangan terpilih buku tebu sudahlah...

p/s: hujan=sejuk=laparrrr...grrr!!!!

Khamis, 6 Januari 2011

** PERNAH TAK?? **

Assalamualaikum semua
bersiaran sekejap sebelah petang

uolls kan pernah tak
rasa kerja banyak yang amat
tak tercapai dek tangan
tetapi tak tahu hendak buat yang mana
hehehee

tak kiralah kerja rumah ke
kerja pejabat ke
kerja dok goyang kaki ke
mesti kita pernah rasa gini

dan jalan penyelesaiannya
seme kerja kita hold
last-last kita dok main tenet..
jika dulu zaman tak glemer tenet
kita akan berdushung tidurrrr....
[entry ni sebenarnya hendak memanggil mood penulis yang ke laoottt]

p/s: ^__^

** NASI LEMAK **

Assalamualaikum
pagi ini hujan lagi
sangat lebat pulak

jika hujan mesti laparkan
jika lapar meh kita cerita
tentang makanan

mana yang uolls suka
nasi lemak bungkus daun pisang
atau yang tak berbungkus
[makan direct dlm pinggan la]

saya hendak stori
nasi lemak bungkus daun pisang
yang best di R&R temerloh
melalui LPT
ni ha nasi lemaknya..


saya kalu ikut hubby pi KL
mesti singgah sini
dan makan nasi lemak ini
memang sedap sgt
walau nasinya simple shj
hanya dengan telur rebus..hehe

tapikan saya hendak tahu faktanya
kenapa jika kita makan nasi lemak
waktu pagi ke tak kira masa
kita akan mengantuk
sebab apa eh???

p/s: jawab jangan tak jawab..

Rabu, 5 Januari 2011

** MANIS, MASIN DAN TAWAR **

Assalamualaikum
selamat pagi semua
minggu pertama skoloh nih
memang sibuk yang amat
hari ini pun..huhu

sejak bekerja jugak
mood memasak memang ke lautan pasifik
sebab balik ke rumah pun sudah melepekz
apatah lagi hendak memasak
memang bercinta sungguh..hehe

cerita tentang masak
bukan hendak belanja resepi lagi tau
cuma hendak berkongsi pendapat
tentang cara kita semua

ada orang cakap
oghe klate suka masak-masak
makanan akan jadi manissss
gulai ayam manis
ayam masak pedas jadi manis
pokoknya semua manis
sebab semua masakan ditaruk gula..ehhee
saya tak la pulak jadi manis gitu
hanya letak gula sebagai bahan perasa sahaja
sebab saya tak guna pak haji

sesetengah orang dikatakan "penawar"
penawar di sini maksudnya
setiap masakan dia
kita rasa tawar
padahal bagi dia sudah sedang molek

jika gitu kita dikategorikan dia sebagai "pemasin"
orang lain rasa masakan kita..memang masin..hehehe
macam jugak buat air teh 0..
kita rasa macam tawar je..kedekut gula ke..hehe
padahal yang tukang buat itu
sudah rasa manis yang elok..

uolls macamane?
saya memang kategori tawar dan kureng manis..hehee
tapi orangnya manis..ececece
minum air teh o saya
macam rasa manis buah aje..
baik untuk kesihatan..hahahhaa
lagipun harga gula sudah naik..eloklah tu..
jika hendak cuba
mai datang rumah deh....eheheee..

p/s: jika sibuk..idea hendak menulis entry pun macam lambat je datang..huhu

Selasa, 4 Januari 2011

** SUAMI BUAT KERJA ISTERI?? **

Assalamualaikum
selamat pagi selasa semua

hari ini bersiaran awal pagi
sebelum saya bersenam
naik turun tangga dalam masa
sejam suku lagi..hehe

hari ini jugak kita stori mori
tentang hal lain pulak
semalam banyak betul
cerita tentang sesi persekolahan kan..hehe

suami buat kerja isteri??
pelik ke??
zaman sekarang sudah berubah
maksud entry itu
dengan kata lain ialah
suami menolong melakukan kerja rutin isteri
kan elok, bagus dan ini untuk
keharmonian rumah tangga

sekarang zaman isteri bekerjaya
dari satu segi isteri menolong suami
untuk menambah pendapatan keluarga
untuk kesenangan dan kemudahan keluarga
tidak menjadi kesalahan
jika suami menolong isteri jugak

jangan pula kerana suami suka
buat-buat kerja isteri
dilabel pulak si isteri ini QUEEN CONTROL
si suami pulak dilabel TAKUT BINI
tapi itulah senario dalam masyarakat sekarang
baik ditepis tanggapan ini
sebab kita semua diberi akal fikiran

bagi saya si isteri sangatlah bertuah
kerana mendapat suami
yang ringan tulang membantu
waima sekadar menolong menyidai kain waktu pagi
mengangkat kain, mengemop rumah sebulan sekali ke...hehe
walaupun tidak mahir memasak si suami
tapi rajin bersembang ngan isteri
ketika si isteri sedang masak ke..
itu menolong jugak..menolong meneman..hehe

apa-apa pun
suami tetap kita hormati dan sanjungi

p/s: semalam kepenatan betul..xbukak blog pun..lepas ni sesi lawat kawan2 deh..

Isnin, 3 Januari 2011

** HARI PERTAMA **

Assalamualaikum
selamat petang semua

al-kaedahnya saya baru
sampai di rumah
selepas semua kerja selesai
kira-kira jam 4.30 petang
fuhhhh..semangat betul hari pertama
bekerja nih..

hari ini pun..tengah hari sudah
barulah saya menjenguk blog
ketika hapdet entry tadi sahaja
kendian sambung tugasan lagi
tak boleh nak layan mana
blog kesayangan hamba ini..huhu

nampak gayanya
permulaan bekerja ini
memang sibuk
ini pun sebab hubby buka tenet
saya tumpang semangkuk hapdet

biasalah saya rasa
permulaan sesuatu perkara
kita sukar untuk mengurus dengan cekap
al-maklumlah sebab hampir dua bulan
tak turun naik tangga sekolah setinggi 4 tingkat itu
ginilah jadinya...hahahaaa..

p/s:semoga esok..line clear sahaja..

** TEMPAT SEMANGAT **

Assalamualaikum
selamat pagi..opsss tengah hari semua

hari pertama sekolah
memang kelam kabut
kenderaan penuh di jalan raya
laluan agak sesak
terutama di sekolah anak saya..hadoiii.

hari baru semangat baru
dan baru hari ini
saya mengemas meja
untuk proses meng"clear"kan
segala harta benda 2010
tadaaa...inilah hasilnya:


kepada semua rakan sekerjaya
dan rakan yang bekerja
selamat bekerja hari ini
kerjalah dengan penuh semangat waja

p/s: ada kerja pembersihan pulpa dan kertas yang perlu diselesaikan ni..tata...

Ahad, 2 Januari 2011

** TERAPI MINDA **

Assalamualaikum
selamat pagi semua

semalam saya bersoping
untuk kelengkapan sekolah anak-anak
dua hari sebelum buka sekolah
barulah berkesempatan membeli
macamlah bizi sangat saya ni..hehe

dan ini juga dialog NAJWAN semalam:
"mak..lambat betul nak sekolah"
hehe..kemain nak sekolah
hari tu masa orientasi menangis..huhu

teringat zaman kita sekolah dulu
macam tak sabar-sabar hendak sekolah
peralatan sudah ready semacam
al-maklumlah seme barang baru
itu yang bersemangat sebenarnya
dan lagi satu semangatnya
saya rasa hendak jumpa
kawan-kawan sekolah..hehe

*******************************

begitu juga kerjaya saya sekarang
hampir dua bulan saya tukar kerjaya
dari guru---> suri rumah sepenuh masa
[walaupun ada gak ketika saya pi sekolah-setel urusan]
mulai esok saya tukar kerjaya pulak
dari suri rumah sepenuh masa---> guru
no more cuti-cuti dok berlingkau kat rumah yer..
[ada gak..hari minggu..hehe]

jadi mulai hari ini
kena terapi minda
bersedia fizikal dan mental
untuk kembali ke sekolah
demi amanah dan tanggungjawab
yang menjanjikan tugasan pelbagai
selain tugasan hakiki mendidik dan mengajar

semoga tahun 2011
saya lebih bersemangat waja
dan bersistematik serta wajib proaktif
untuk kegemilangan prestasi kerja saya


**gambar kenangan dengan rakan guru**

"SAYA BERSEMANGAT UNTUK KE SEKOLAH"

p/s: mengalahkan si NAJWAN saya ni..hhehee

Sabtu, 1 Januari 2011

** SAYA BELANJA **

Assalamualaikum
Selamat tahun baru 2011

permulaan tarikh 1.1.11 ini
saya mulakan entry yang lain sikit
iaitu saya belanja..bukan belanja makan
tetapi belanja resepi puding roti..hehe

bolehlah uolls try buat hari ini
memandangkan hari ini cutikan
mudah/sedap/cepat dan bahan-bahan ringkas

jangan ingat saya hendak buat
blog resepi pulak sempena tahun baru 2011 ini
hidangan blog saya tetap seperti biasa deh...

terlebih dahulu layan gambar puding
ini selepas diproses


bahan-bahan + cara-caranya:

1. blenderkan 3 keping roti, 1/2 cawan susu pekat, 250ml susu cair, 2 biji telur, satu sudu teh esen vanilla dan 1/2 cawan air

2. didihkan 10g agar-agar serbuk, 3 cawan air dan 1/2 cawan gula

3. kendian masukkan yang no 1 itu dalam no 2. pastu masukkan 2 sudu marjerin

4. kacau hingga mendidih

5. jika sudah--> masukkan ke dalam loyang yang sesuai. bolehlah letak sikit pewarna dan kacau ala kadar je..hehe

6. simpan dalam peti ais dalam sejam

7. ready untuk dipotong macam picca di bawah dan sedia untuk masuk mulut


taraaaa..mudah sahaja
bolehlah cuba buat hari ini tau..
sedap sangat..hehee

p/s: berharap agar cuaca panas hari ini agar semua kain kering..