selamat datang

My Life , Love & HERBALIFE - TERKINI

Selasa, 30 November 2010

^ BLOG WALKING ^

salam semua
entry sebelum santapan malam..hehe

selalunya..malam-malam ginilah
ramai yang mula blog walking a.k.a BW
uollskan..apakah maksud BW bagi uolls??

bagi saya..BW ialah
memang jalan-jalan untuk
meningkatkan visitors/pelawat/UV
untuk blog yang disinggah
DAN...dengan harapan..
blog kita juga turut akan dikunjungi
oleh tuan punya blog
atau blogger lain yang sama-sama BW
betulkan???
jika salah fakta ini..sila betulkan

kadang-kadang
macam-macam ayat yang saya dan uolls guna
untuk menarik perhatian tuan punya blog
atau orang lain yang ditulis jejaknya
di shoutmix atau cbox..
jika saya..selalu guna:

**singgah maya~~
**bertamu di sini~~
**singgah sini jugak~~

sekarang pulak..saya guna
**jale-jale cari traffics..hahahaa..

ayat uolls macamane..
ada yang uolls tulis itu
memang panjang dan kreatif

ayat-ayat jejak itu biasanya
ditulis pada blog-blog yang memang kita berniat utk BW shj
jika singgah di blog kawan-kawan..
selalunya kita tulis jejak yang lain kan..

apa-apa pun ayatnya
tujuannya
caranya
masanya
memang BW dilaksanakan
atau dilakukan
untuk meningkatkan jumlah pelawat di satu-satu blog..
sokong-menyokong antara blogger
amatlah baik dalam mewujudkan suasana
HEPI-HEPI BLOGGING

maghi kita jale-jale cari traffics
cuma jangan sampai jadi gini
jale-jale dalam tidur
kerana mengigau..BW dalam blog..hahhaa

**pic from google**


p/s:ada byk faedah BW kerana ada macam-macam blog yang kita jumpa...

^ SEKOLAH BERASRAMA PENUH ^

salam semua
saya sebenarnya bersiaran
dari sebuah sekolah berasrama penuh (SBP)
ada kerja sedikit di sini..kerja menunggu my SIL..
bukan di sekolah saya..sb skolah saya pom SBP jugak..hehe

jika boleh..ada ibu bapa
yang sangat berminat
untuk menghantar anaknya
belajar di SBP
sesuai dengan keputusan anaknya
yang cemerlang
sangatlah elok jika anaknya
diberi peluang untuk belajar di SBP

banyak manfaat jika belajar di SBP
saya sebagai guru di SBP
faham dan akur akan kelebihan ini
jika hendak disenaraikan
memang banyak..

yang pasti..murid yang hendak belajar
di SBP..haruslah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal
suasana tempat tinggal dan pembelajaran
jauh berbeza jika mereka tinggal di rumah
atau belajar di SMK..
jika mereka tidak kuat dan "manja"
anak2 ini sudah pasti..tidak akan betah tinggal di SBP..
jika mereka mengambil keputusan untuk keluar
adalah satu kerugian kerana ada orang lain
yang selama ini termimpi2 untuk belajar di SBP
jadi..setiap peluang yang telah digenggam..
hendaklah digunakan dgn sepenuhnya...

mereka yang terpilih adalah daripada
kalangan murid yang cemerlang
justeru..semua yang cemerlang akan berkumpul
untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang..

walaupun begitu..
kejayaan ada di mana-mana
jika kita berusaha dengan lebih keras dan konsisten
di SMK mahupun di SBP pun kita boleh berjaya

cuma jika diberi peluang belajar di SBP..
pengalaman itu cukup indah..cukup nostalgia..cukup manis
untuk dikenang sepanjang zaman...
betul tak semua anak muridku di mersing dan kuantan????



**skol saya dari google earth**

p/s: mula-mula saya mengajar di SBP tahun 2005...rasa lainnya dengan mengajar di SMK walaupun saya posting pada tahun 1998...

^ BERPISAH DENGAN ALONG DAN ANGAH?? ^

salam semua
masa cuti-cuti ni
enak sangat berlingkau atas pagau yer..

sekejap lagi
saya akan menguruskan
acara packing untuk 2 orang hero saya
yang akan tinggal dan belajar sementara waktu
di pusat pembelajaran pada masa cuti
bermula esok..insyaAllah [katanya tempat terhad]
[esok jika sempat saya snapkan pic]

saya dan suami
telah berfikir masak-masak
untuk mengisi masa lapang cuti sekolah
untuk dua hero malaya itu
dengan aktiviti yang sangat-sangat berfaedah

jika di rumah
masyaAllah...hari-hari lontaran vokal saya
akan kedengaran di seluruh kawasan kejiranan saya ini
suara merdu saya itu..kalah rasa suara Jeniper Lupizz

tapi itulah anak2..
jika mereka tiada di sisi
rindu sakan pulak
sedih pulak
jika mereka di sisi
alamak aihhh....uolls pun tahulah

setakat ini..saya tidak pernah lagi terpisah dengan
anak-anak saya waima untuk sehari [jika ke kursus lain]
ini..bayangkan..along dan angah akan belajar di pusat itu
mungkin selama 3 minggu...lama tu..
adusssss....macamane yer???
nampak gaya..setiap harilah..
saya akan melawat mereka
ini..sudah macam mak yang lebey-lebey nih..



**3 hero dan seorang puteri**

p/s:kita tunggu esok deh...ada sambungan cerita ini.....

Isnin, 29 November 2010

^ TRAFFICS LITE ^

salam semua
petang ini
tiada entry pasal makanan
entry pasal jalan-jalan pulak..hehe



**pic google**
semua orang tahu traffics lite
ada yang tak tahu ke?
budak-budak pun tahu
bahawa:
HIJAU=JALAN
MERAH=BERHENTI
KUNING=????

tang kuning tu yang menjadi masalah
KUNING=PECUT!!!!!
inilah yang salahnya dalam masyarakat kita
selalu berlaku peristiwa begini
kita pun banyak menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri

banyak kenderaan dengan sengaja
MEMECUT taktala lampu sedang warna KUNING
lampu itu siap amaran lagi iaitu dibuat lip lap lip lap..

mereka tidak menghiraukan
pemandu lain kerana bagi mereka
mereka pun bayar roadtax jalan..
jika berlaku kemalangan
inilah yang dikatakan
sudah terhantuk baru terngadah...

menjadi pemandu ini
bukan mudah tetapi tidak susah
bukan diri kita sahaja yg perlu dijaga
orang lain pun sama..
janganlah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu
orang lain kehilangan orang yang tersayang

ingat yer:
lampu KUNING= SEDIA UNTUK BERHENTI
kaki pada pedal brek
bukan makin ditekan pedal minyak itu...

p/s: saya pemandu berhemah..^__^..anda???

^ JALAN-JALAN TENGOK KANGGARO ^

salam semua
bagi yang sedang bekerja..selamat bekerja
bagi yang sedang bercuti macam saya..selamat bercuti

apa kata..pagi ini
kita tengok kanggaroo..
alhamdulilah..saya sekeluarga berpeluang
melancong ke melbourne pada bulan jun 2010

banyak juga tempat yang kami lawati
antaranya di philips island dan mount buller
di mount buller itu..pernah saya publish entry di sini

insyaAllah..jika ada masa nanti
kami akan ke zoo negara..bagi memenuhi
permintaan najwan yang hendak melihat binatang
di zoo negara itu..dulu zaman along angah sudah pergi...
tetapi disebabkan kekangan masa hubby saya
yang agak sibuk sangat sekarang ini..huhu
maka saya sajikanlah dahulu
binatang dari aussie..hehe...


saya terpaksa rangkumkan pic itu
kerana masa untuk oplod terlalu lama..
letih menunggu..berjanggut eh..

seronok jugak tengok kanggaro ini
hendak2 yang mak kanggaro tu
ada baby dia dalam kantungnya itu
kanggaroo ini well trained..asyik makan aje..

itulah..jika ada ruang dan peluang dan rezeki
kita bolehlah melebarkan sayap kita
untuk melancong ke bumi asing
ini pun sebab my SIL study melbourne
senang hendak pergi mana-mana di melbourne itu
tapi saya ada seorang kawan yang tinggal di brisbane..
dekat gold coast tu..ada rezeki bole pegi lagi..hehe

yang penting..silalah rancang segalanya
baik dari segi material dan mental..
material ialah kewangan
dan mental ialah..penangan atas kapal terbang
selama hampir 8 jam wey....huhu

p/s: happy2 holiday guys...

Ahad, 28 November 2010

^ SUKA GAMES? ^

salam semua
cepatnya malam..
esok pasti ada yang monday blues
saya....opssss..cuti..

uolls suka layan games tak?
bukan games main-main sukan itu
ini kisah online games
atau siap beli cd lagi

zaman saya suka games ini
bermula sekitar tahun 2006 kot..
masa tu..seme orang dok layan games ni..
ni ha...ZUMA..pic dr google:


saya pun sama
main mende ini
memang memabukkan
jadi sangatlah ralit yang amat
ralit hendak menembak bola-bola comel tu

selepas itu..saya mula mengexplore
online games berbentuk puzzle
seronok jugak melayan games ini
jangan tak tahu
mini golf pun saya join jugak
hahaaha...

lepas itu..timbul pulak tumblebugs
yang ini lebih kurang ngan zuma
main tembak2 jugak

masa main games ini
sudah lama berlalu
sekarang masa bermain dengan blog pulak..ekekek..

p/s: lepas suka hepi2 blogging ini..kita semua akan suka apa pulak yer??

^ CACING DALAM SAYUR KOBIS ^

salam semua semua sedang berehat-rehatkan
apa kata kita berkongsi
satu info..info yang biasa-biasa..

tadi..semasa masak untuk makan tengah hari
sedang menyiang-nyiang sayur kobis
saya teringat satu peristiwa ngeri
terlihat cacing dalam sayur lemak kobis
cacing merah berulit-ulit dalam kuah lemak kobis
uolls boleh bayangkan tak perasaan saya??
dang-dang itu jugak..saya terus muntah
muntah kerana geli geleman melihat cacing itu
walaupun cacing itu sudah mati
tapi...eeeeeee....

jadi..saya cuba menggoogle untuk cari gambar cacing
alamakkkkk..geli geleman weh..
last-last..silalah layan gambar cacing clip art ni..





tahap kegelian yang tinggi itu
membuatkan saya tak berani nak save as pic cacing itu..
terlalu geli..bayangkan jika masuk mulut kita







*pic kobis pom dr kebun pokcik google*

nampak lawakan sayur kobis tu...
sebab itulah..
jika hendak memasak sayur kobis
kelopaknya hendaklah dileraikan satu-satu
bersihkan dahulu kot-kot ada terselit si cacing itu
tak de cacing pun..mungkin si telurnya..
hati-hati deh..
kang tak pasal-pasal..beranak pinak cacing itu
dalam perut..eeeeeee....ngeri weh..

tapi..bukan aje sayur kobis..
semua jenis sayurlah
cuci biar bersih-bersih
jangan main potong-potong aje..

p/s: petang ni n3 sebelum masak..ekekek..

^ INTERNET DAN KITA ^

salam semua
salam pagi minggu yang begitu cerah bersinar..
alhamdulillah..



**pic google**
alhamdulillah jugak
internet @ 3G saya kembali normal
nowadays...internet dan kita
saling berkait..saling melengkapi..saling berkehendak..saling bekeperluan

jika sehari tidak berinternet
macam demam tak kebah
mandi tak basah
makan tak kenyang
tidur tentulah tak lena
serba tidak kena
betul tak???..huhu
begitu serius sekali
tahap kebergantungan kita terhadap internet
sekarang ini..

saya rasa..termasuklah saya
bersetuju dengan penangan internet sekarang
selaras dengan arus kemodenan @ globalisasi ini
internet merupakan antara barang keperluan
dan bukan lagi kehendak..uolls setuju atau tak??

bayangkan..sekarang semua urusan secara atas talian @ online
perbankan/surat khabar/laman sosial/sembang maya/etc..
dan paling vogue de vazzz..ececeee...hepi2 blogging..huhu

internet..banyak baik dan terselit juga keburukan
jika disalahgunakan..hati-hati
dunia tanpa sempadan
maklumat di hujung jari
orang cakap..taip dan klik sahaja..

bagi ibu bapa yang mempunyai internet di rumah
pastikan..penggunaan oleh anak-anak yang di bawah umur
hendaklah dipantau..hendaklah didedahkan baik buruk internet
kerana medium pengetahuan untuk remaja terlalu luas dan mudah
mereka mudah terpengaruh jika tanpa pengawasan ibu bapa

apa-apa pun..selamat berinternet semua
selamat berhujung minggu
maghi kito pakat jale-jale maya hari ini
jiko tidok berjale-jale realiti..heheh
[spekang klate sekali-sekalo deh ambo nih..]

p/s: saya jale-jale maya ajo..eheks..

Sabtu, 27 November 2010

^ ALAHAI......^

salam semua
rasa macam hendak berpuisi pulak:

saat aku gembira
saat aku ceria
saat aku beria-ia
dikau selalu mencabar
dikau datang tanpa kuundang
tanpa keduga
tanpa kurasa
tiba-tiba sahaja
lantas
aku kehilangan modal
kehilangan idea
kehilangan rajin
kehilangan maya
aduss
alahai
aduyai
oh
line
3G
mengapakah!!!!!!!!
cabaran lagi
tetiba aje..jam 1 tadi
line 3G menghilang
apa lagi..kehilangan jejak la weh..
kepada semua
buat sementara ini
saya tidak dapat menjejakki
kalian semua
insyaAllah jika line clear esok atau malam nanti
aku kugempur kalian
yang sudi bertandang ke gerobok simpleku ini
p/s: kuciwa diriku...waaaaaa...santapan kalian petang ini..berwarna-warni..huhu

^ UMUR 5 TAHUN DAH PANDAI BACA? ^

salam semua
salam pagi sabtu
yang cerah cuacanya...amin


** anak-anak saya yang aktif**

bertuahnya badan kita semua
jika anak kita semua yang berumur 5 tahun
dapat membaca dan menulis dengan lancar
saya andaikan semua ibu bapa
menyimpan hasrat begitu
tapi..perlu diingat
janganlah disebabkan harapan
kita sebagai ibu bapa menggunung
anak2 yang menjadi mangsa..

ramai antara kita
berpendapat umur 4 tahun sudah boleh hantar ke tadika
kerana bagi mereka
daripada anak2 asyik bermain2 di rumah
lebih baik dihantar ke tadika
ada juga proses pembelajarannya kan?

saya menghantar anak saya ke tadika
apabila berumur 5 tahun
bagi saya..saya kasihan kerana umur 4 tahun terlalu kecil
utk belajar..mungkin tak banyak belajar..
hanya bersosialisasi dalam konteks pembelajaran..

lain ibu bapa..lain pendapatnya..
yang penting pilihan tadika yang baik dan tepat
yang dapat memberi ilmu kepada anak kita
di samping menjaga anak kita
sepanjang kita bekerja..

jangan mengharapkan agar anak kita
akan cepat belajar
cepat tahu menulis dan membaca
kerana kita juga perlu memainkan peranannya
jangan menyerahkan bulat2 anak kita
agar diajar oleh org lain..kita juga
patut membantu..

jika perkembangan anak kita
tidak seperti yang kita harapkan..kita jangan stress..sebaliknya berfikir dan
cepat2 bertindak dalam situasi yang tidak tertekan agar anak kita
tidak ketinggalan dalam dan mereka juga tidak tertekan
dunia pendidikan ini..

p/s:ecece..macam kaunselor pulak hari ini...miahahaaaa..

Jumaat, 26 November 2010

^ JOM NGUNDI ^

salam semua..
malam ini saya hendak buat
pengumuman

pengumuman dari BLOG PILIHAN MALAYSIA
yang membuat penganugerahan mengikut beberapa kategori
uolls bole klik sini untuk mengundi

banyak kategori blog yang dipertandingkan
salah satunya ialah BLOG PERSONAL ISTERI PILIHAN
iaitu blog saya ini dicalonkan

uolls bolehlah menjengah
jika ada senarai blog yang uolls suka
uolls bolehlah mengundi

lagi pun..hal ini
untuk memeriahkan suasana blogging
macam jugak join contest/GA/LD
sokong menyokong antara blogger
walau kita hanya kenal
melalui maya sahaja..

jadi..mana2 blog yang uolls suka
uolls klik sini untuk mengundi yer..

p/s: saya sudah undi..dalam semua kategori ..blog mana yang saya pilih..hehe

^ MAKKE COLEK WEH...^

salam semua
hari ini cipta sejarah
ini entry ke-4 hari ini..
haahaaa..mabuk-mabuk

tu pasal..lepas santap lunch tadi
ni ha....saya makan colek kedondong uolls
shedappppp...kecur tak air liur uolls..



**colek kedondong**


hendak sedap lagi..
hendak bagi kecur lagi mulut tu
sepatutnya..dicampur semua
buah-buah ini untuk dimakan bersama
aduss...
mangga muda
jambu air
nanas



**pic dari google **


boleh dikatakan
semua orang suka makan colekkan..
ada yang angkat tangan
cakap tak suka tak??

mungkin ada..tapi jarang yang amat..
makan mende masam-masam ini
sinonim pulak dengan preggy mother
betul kan?
jgn fakta sangat..sebab ada yang tak suka makan
time preggy tau..

yang pasti..saya anak beranak suka makan
sampaikan mek sarah pun layan colek nih
hendak pulak pencicah yang dibuat itu
sungguh melazatkan dan nyangkuttt...
sedap weh..nyummy..sambil2 saya mkn kedondong nih..
hehehehe..

p/s: asal petang je..entry makanan..ngeh3

^ PAGI JUMAAT YANG HUJAN ^

salam semua
barulah boleh mengarang
cerita-ceriti macam biasa
sebelum ini..entry tentang dashboard tu
alhamdulillah..sudah kembali asal
bolehlah saya terjah mana-mana blog



**pic from google**

pagi jumaat ini
sejak jam 7am lagi
hujan turun renyai-renyai
sampai saat saya tulis n3 ini
uolls biasa dengar tak
orang-orang tua bercakap
jika hujan hari jumaat
akan berlarutan selama bertemu jumaat satu lagi??
saya biasa dengar gini..

sekarang pun sudah musim tengkujuh
bahkan..mengikut ramalan pun..
kemungkinan akan berlaku banjir di kawasan pantai timur
tetapi sudah biasakan..musim tengkujuh
akan berlaku banjir
sama ada banjir yang besar seperti tahun 2007

seingat saya..yang saya tersangkut di kuantan
padahal masa itu..saya tinggal di mersing
jalan-jalan di kuantan masa itu
hendak balik ke mersing
tiada laluan melainkan meredah air banjir
di LPT dan tersangkut lak di lanchang..
nasib baik lepas...pengalaman betul
rugi masa itu tak buat blog lagi..huhu

apa-apa pun
diharapkan kita semua agar bersiap siaga
hujan yang turun tanpa henti
akan menyebabkan banjir
banyak perkara akan tergendala
justeru kita perlu selalu mendengar berita
dan laporan agar kita tidak terlepas pandang
juga...jagalah kesihatan kita
agar kekal sihat
almaklumlah..hujan-hujan ni..mudah shj hendak sakit
perubahan cuaca..

p/s:sediakan payung sebelum hujan--> 2 makna itu yer..sesuaiiiii dengan musim sekarang

^ TERIMA KASIH YANG MEMBANTU..^

salam semua..
saya sangat gembira..
hasil bantuan beberapa blogger pada entry
TULUNLAH MAK BUDAK NI
saya telah berhasil
mengembalikan dashboard saya
toce-toce-toce..

semoga ukhwah antara kita semua
semua blogger..akan sentiasa terjalin
walaupun kita hanya kenal secara maya sahaja..
im really appreciate it..

ni ha..dashboard yg dah pulih tu..hehe


p/s: i loooiikee..^__^..jika ada problem..mak budak akan tanya lagi..ngeh3..

^ TULUNLAH MAK BUDAK NI..^

salam semua
dua tiga hari ni
saya sebenarnya dok musykil nih
sama ada saya seorang ke atau uolls semua

sepanjang saya BW
tak ada lagi yang nmpk menyatakan masalah seperti saya ini
lihat pic kat bawah ni:



uolls perasan tak
dashboard sudah tidak lagi
menyenaraikan blog list yang kita follow
selalunya..saya akan buka mana2 blog yg ada di sini
utk membaca atau apa..
sebab bukan semua blog saya letak dlm blog list saya
tiba-tiba..tiada..huhu
susahlah nak tgk kalu gini

passtu..saya pom scroll tgk2
jika nak buat list
ada button ADD dan MANAGE tu..
saya klik button ADD..
mok aihh..nak kene masukkan satu-satu ke URL blog yang kita hdk tu ke???
aduyaii..layan pic tu..huhu


saya kan penakut IT sket
penakut nk try n error
takdenya nak tekan button MANAGE tu..huhu

jadi di sini..
ada tak siapa-siapa
yang ada cara yang paling mudah dan berkesan
untuk kita buat list macam
kat dashboard dulu2 tu
saya suka gitu
bole tgk direct
blog yang saya follow tu up datekan..

dashboard uolls still macam dulu ke?
atau macam saya tu..yg pic pertama tu..

p/s: mesti ada yang boleh tulun setelkan problem mak budak yang masih dalam proses belajar tentang blog ni kan..^__^

Khamis, 25 November 2010

^ JIKALAU DAPAT NI GAK..^

salam semua

"di luar sana..
hujan turun agak lebat
taktala itu
irama keroncong
kedengaran sayu-sayu
merayu-rayu
meminta-minta
agar didengari

keluhan rasa dirinya
yang mendayu
sendu pilu
resah di kalbu
kerana penangan dirimu
ah...persetan semua
aku kelaparan
kelaparan makanan petang..
miahhahahaaa..

amacam..hebat tak saya berpuisi...ngeh3..
sekali sekalakan
sebenarnya..petang2 gini
alangkah bestnya dapat merasai...
mende-mende ini..
layanzzzz..
**kredit all pic to google**



pisang goreng..walaaaaa



keropok lekor..aduss enak weh



cekodok panas..lapar lah wey..



dan..secawan kopi panas...perghh!!!

okeh tak menu tu????
uolls suka apa makan petang2 nih..
jangan asyik ngadap blog aje..hehehe

p/s: jom layan pic tu..nati plan nak gi beli aje..eheks..

^ STREAMING CLASS ^

salam semua
semoga hari ini
kalian semua gembira
menjalani aktiviti dan urusan


*pic from google**
saya jarang berbicara
tentang isu-isu pendidikan
dalam blog saya ini
walaupun saya seorang guru

maka hari ini..saya ingin mengambil
perhatian semua rakan yang sudi singgah
untuk membicarakan "streaming class"
iaitu meletakkan pelajar mengikut pencapaian
peperiksaan akhir untuk kelas terbaru mereka

mungkin ada byk contoh streaming class dan ini sebagai contoh:
jika kelas A..mungkin semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang
kelas B separuh-separuh atau pencapaian sederhana
manakala kelas C..pelajar yang agak lemah..

sesetengah berpendapat..
proses ini memudahkan p&p dalam kelas
memandangkan tahap pencapaian mereka satu level
dan pelbagai lagi pendapat..

apakah pendapat uolss tentang ini
saya pasti ada antara uolls ibu bapa
yang mempunyai anak2 yang bersekolah
juga blogger yang masih ada adik2 yang bersekolah
atau ibu bapa yang bakal berpengalaman
anak2 ke sekolah...
p/s: berblogging juga merupakan cara kita berbincang untuk memperkayakan pengetahuan kita...

Rabu, 24 November 2010

^ BIBIK a.k.a MAID ^

salam semua
selesai kerja hampir 70%
berhenti sat untuk lapangkan fikiran
kita hepi2 blogging dululah
kang sambung lagi
kerja-kerja SELEPAS..huhu

jika banyak kerja rumah beginikan
terasa hendak ambil pembantu rumah aje kan..
senang sikit
sebab ada yang membantu
menolong semua kerja-kerja
yang memang susah untuk diselesaikan hari-hari
macam kain/sapu rumah/mop-lap lantai-tingkap-sliding/iron baju/etclah...

bayangkan..jika ambil pembantu
lebih kurang sahaja bayaran kepada pengasuh dan nursery
anak2 tu...saya bayar utk mek sarah dan najwan
along dengan angah..sudah sekolah
lagi benefit sebab pembantu boleh tolong bereskan hal2 rumah
sepanjang kita bekerja sambil-sambil menjaga anak2

tapi..memandangkan..macam-macam hal
yang timbul akibat pembantu rumah ini
saya jadi macam takut-takut la pulak..
belum cuba sudah takut
kawan saya pom ada yang selalu stori mori
pasal mereka ini
ada kawan saya yang bertuah dapat pembantu yang sangattt baik/rajin
ada juga yang sebaliknya
yang sebaliknya itulah..saya takut..

setakat ini..saya masih mampu menguruskan hal-hal ini
tapi kadang-kadang macam teringin untuk ada pembantu
kita tengok keadaanlah..
lagipun saya kerja sbg guru..jam 3 sudah di rumah..
sudah boleh berjawatan sebagai suri rumah
cuti skolah pun panjang..
layan pic mek sarah..kunun-kunun nak bantu mak la tu..



p/s:jika ada maid..laju aje hepi2 blogging saya kot...hahhahaaa...

^ SEBELUM..SESEDANG.. ^

salam semua
baru boleh berentry..
banyaklah kerja
kena diselesaikan
al-maklumlah..
meninggalkan rumah selama seminggu

saya rasa semua antara kita
akan merasai pengalaman
SEBELUM dan SESEDANG..hehe
mende tu???

ni ha..yang SEBELUM..
jeng..jeng...


dan ini..SESEDANG...
sket je tu..ada kat pagar lagi..huhu



uolls boleh bayangkan yang SELEPAS X???..

inilah..rutin biasa selepas balik kampung
kain baju yang perlu disetel..
mengalahkan jualan pasar malam
saya sangat berharap agar hari ini
yang matahari sedang terang memancarkan surianya
akan berlarutan hingga ke petang

saya rasa uolls semua pun sama kan
memang mengambil masa hampir 2/3 harilah jugak
untuk menyempurnakan dan proses meg"clear"kan
baju2 dalam beg itu..huhu

saya mengamalkan cara yang agak mudah
untuk menguruskan baju2 dalam beg ini
setiap orang anak saya iaitu 4 orang
dibekalkan dengan beg masing-masing..
sendiri masukkan baju dan sendiri simpan..
senang sikit..dorang juga yang bawa dan galas sendiri
tak adalah kita yang asik nak mengangkutnya
melainkan mek sarah yang masih kenit itu..hehe

maka hari ini juga
bermulalah tugas baru saya
jawatan baru sebagai suri rumah sepenuh masa
sehingga 7hb Disember 2010
pada 8hb lak..ada tugasan separa sekolah pulak..hehe

p/s: pening tengok kain banyak..mesin baju pun jika boleh bercakap...akan bgtau..stop la wey..ambo dah penat ni..hehe...^__^

Selasa, 23 November 2010

^ DAPAT JUGAK KAMI JUMPA... ^

salam semua..
ini entry dari hotel
bersiaran sebelum saya check out
hotel yang menjadi saksi..chewaahhhh..
berjumpa secara realiti...
bukan secara maya yer..

saya rasa sangat gembira
kerana inilah kali pertama
saya berjumpa dengan blogger
yang kita kenal secara maya dahulu
dan dapat jumpa secara realiti
layan pic saya dengan cik tom..hehe
juga pic anak2 saya SARAH dan NAJWAN
dan adik2 cik tom..
**pic satu lagi tu kureng clear..xdoplod..huhu**




banyak yang kami bualkan
sehingga tidak terlayan ceritanya
sampai saya tak tahu nak bercerita pasal apa..hehe
gembirakan...i looikkeee... ^__^
sebenarnya banyak perkara hendak dibualkan
tetapi...banyak menyentuh tentang dunia blog..

saya rasa..jika berkesempatan..
elok juga berjumpa antara blogger ini
di kuantan pun...ramai juga blogger
terutamanya..saya blogger mak budak nih
kang seronok jika dapat berjumpa..bersembang..
dan macam2 lagi..

ada antara rakan blogger yang saya sudah kenal secara realiti
tetapi ramai hanya secara maya..
uolls hendak tak berjumpa..bersembang..dan macam2 secara live??
mesti seronokkan...
macam saya berjumpa ngan cik tom tu..
di tganu tu..

p/s:__entry ni dibuat..semata2 utk menghargai persahabatan saya secara maya dan realiti dengan cik tom__

^ ...MINTA GULA SKET... ^

salam pagi selasa
kita hapdet sekejap
sebelum turun ke bawah utk bekpes
anak4 saya pom masih tidur lagi
mungkin kedinginan dalam bilik
menyebabkan tidur mereka lebih enak..hehe



**pic pokcik google**
teringin tak tengok roti canai itu???
bestkan..saya suka jugak makan roti canai
tapi yang kosong sahaja
yang letak telur itu
kureng sikit..

yang pasti..makan shj roti canai
kami akan minta gula
uolls makan letak gula atau tidak dalam kuahnya??
saya lebih suka kuah kacang berbanding kuah kari
sama ada kuah kacang atau kari
WAJIB bubuh gula
barulah menyangkutttt...sedapppp..

tuang semua kuah atas roti canai
then taburkan gula...
walawehhh..sedappp..
tapi saya rasa..oghe klate je kot buat gitu
jenis cek mek molek..
suka makan manis-manis
ada orang cakap..masakan klate nih..
suko amat manis-manis..
habis la..mudah dapat nyakit diabetes a.k.a kencing manis

bagi saya..berpada-pada makan yang manis-manis
ini tidak..asal makan atau minum
manis-manis aje..wajib minum air manis setiap hidangan
lepas itu kurang pengamalan gaya hidup sihat
penyakit ini kadang-kadang ada pakej..
kencing manis+darah tinggi+buah pinggang
jadi hati-hatilah semua..

yang penting..
kurangkan manis dalam makanan
tambahkan manis dalam senyuman!!!!!!!!!
smile..smile..smile..always..
senyum itu sedekah..boleh pahala dengan percuma..

p/s: _hdk mula mengemas sebab hari ini check out dos__kuantan...here i come!!!!!!

Isnin, 22 November 2010

^ FESBUK & BLOGGING ^


**pic by google**

salam semua
ada akaun fesbuk?
ada blog sendiri?
sekarang ini..semua ada fesbuk dan berblog
aktif atau tidak sahaja

fenomena fesbuk dan blog juga telah melanda saya
kira-kira bulan mei 2009
masa tu memang tak tahu menahu pasal ini
dulu pom ada jugak kawan2 yang ada
laman sosial yang lain seperti my space atau friendster
saya tahu 2 itu sahaja
tapi tidak pernah membuka akaunnya
kureng pandai dan mahir
kureng lagi terdedah dgn rangkaian sosial..hik hik

senang nak menghubungi kawan2
sampai ada saya jumpa kawan lama yang terpisah sejak lebih 20 tahun uolls..
kawan masa sekolah rendah/menengah/universiti

perasan atau tidak
kita pom ada membacanya di akhbar2
cerita-ceriti orang ttg akibat buruk fesbuk
soalnya di sini...
fesbuk ka yang salah?
teknologi ka yang salah?
atau individu yang tidak menggunakan akal fikiran yang waras
utk menentukan yang baik atau yang buruk..

begitu juga dengan berblogging ini
seronok kita berkongsi cerita
tetapi harus berwaspada
agar cerita kita tidak menyentuh sensitiviti sesiapa

tepuk dada tanyalah minda waras kita
semua mende termasuklah berblogging dan berfesbuk
mestilah diuruskan dengan baik
agar tidak nampak kelemahan teknologi itu
teknologi dicipta utk kemudahan manusia
tetapi manusia yang kadang2 menyalahgunakannya
betul tak??
jadi nampaklah kelemahannya
padahal..kita sebagai manusia yang tidak bijaksana menguruskannya..

sekarang..fesbuk saya utk ping blog shj
buka utk komen status kawan2 shj
sudah lama tak buat status kat fb..huhu
sekarang suka blogging pulak..hehe

p/s:..tiba2 je takde idea nk karang n3..asik2 tgk blog n fesbuk..buat n3 inilah..hik hik..

^ MIL FIL ^

salam semua
hari ni bermula hari baru
minggu baru
ramai yang sudah mula bekerja
setelah bercuti sempena raya haji

sekarang juga sudah mula cuti sekolah
jika musim cuti sekolah=musim majlis kahwin
hujung minggu pasti akan ada undangan perkahwinan
apa kata..kita share info tentang MIL FIL
mother in law father in law


info ini..tentang cara2 hendak mengambil hati MIL FIL
perkara ini amat penting
dalam menjamin kerukunan rumah tangga
selain restu orang tua
hubungan baik dengan MIL FIL
sangat penting yer..
**beberapa info ini saya share dari blog sembang kosong**

berikut beberapa cara untuk mengambil hati MIL FIL kita
yang saya terjemahkan mengikut pandangan saya juga..

1. wajib kenali sifat dan sikap MIL FIL kita:
hal ini boleh kita ketahui daripada pasangan kita
tanya perkara yg mereka suka atau tidak
kita sendiri pom boleh tahu jika kita pulang ke rumah mereka
dari situ kita perhatikan

2. beramah mesra dgn MIL FIL kita:
berkongsilah apa jua cerita yg menarik dgn mereka
bercerita ttg cucu2 mereka
hanya cerita2 yg menarik dan gembira shj
kerana hal ini menunjukkan kita bahagia
maka mereka pun akan bahagia
jangan asyik bercerita masalah shj..mereka pun akan rasa terbeban

3. jagalah pertuturan kita:
bercakaplah dlm nada yang sentiasa mesra
jgn mudah melenting apabila bercakap
lebih baik mendengar dan memberi pendapat dgn cara yg paling lembut
hati org tua mudah amat terguris..

4. ringan tulang:
yang ini..wajib yer..
jangan jadi menantu yang pemalash..
bangun lambat..
tahu makan aje..hehe
faham2lah yer..

5. menyayangi mereka sama seperti ibu bapa kandung kita:
hal ini paling penting
MIL FIL wajib dianggap seperti ibu bapa kita jugak...
kita akan dirahmati Allah kerana menyayangi mereka sama kita
menyayangi kedua ibu bapa kita..

itu shj yg dapat saya kongsikan
itu shj bg saya yg paling penting
MIL FIL akan bahagia terhadap kita
jika kita memperlakukan begitu

tapi..saya pasti..di luar sana
ada orang yang menghadapi masalah dengan mentua masing2
memang ada..seperti yg kita lihat dalam drama TV
memang ada berlaku dlm masyarakat kita
tetapi..sedaya upaya cubalah utk menyayangi
dan menghargai mentua kita..
p/s: __setiap cuti panjang..wajib balik kampung tgk ibu ayah dan MIL FIL__

Ahad, 21 November 2010

^ SEDAP TAU...^

salam semua..
hapdet lagi
kebosanan..ketiduran..kelaptopan..kebloggan..hehe

uolls suka makan tak
kacang gajus a.k.a biji ketereh
bukan buahnya..tetapi bijinya yang terletak di luar itu
kang dulu selalu ada teka teki..
buah apa biji di luar=buah gajuslah..
ni ha...



saya kalu balik klate..
wajib pegi rantau panjang
beli biji gajus..
atau oghe klate panggil woh terea..
sama ada yang digoreng atau dibakar
rasanya sedap sangat..lemak2 manis + masin2
tapi makan banyak sangat..kering tekak wey..
sebab rasanya lemak dan sedikit masin..
uolls penah makan tak?
ni bentuknya...



selain buah ketereh @ gajus ni
kita makan..
pucuk ketereh jugak..enak dibuat ulam..



sekali dibeli..diikat berharga sedolas..ciput aje..
tetapi..jika dimakan dan dicicah
sama ada dengan budu >> my feverit
atau sambal belacan..juga menyangkut..
menyangkut tu..bukan sangkut baju tau
maksudnya..perghhh..sedaplah...
ibarat makan ulam petai ngan budulah..
alamak...rasa laparlah pulak..
jika dikira2...hampir seminggu sudah
sejak bercuti raya haji
diriku ini tidak menjamah BUDU...huhu

itulah keunikan buah-buahan tempatan kita
boleh dipelbagaikan rasa dan cara makan..
dari pucuk hingga ke akar
ada bahagian dan kegunaannya...


**kredit all pic to google**
p/s:__dari pakar dietry ke pakar ulam-ulaman__

^ BANYAK LEMAK WEH!! ^

salam semua
entry pagi minggu ini
al-kaedahnya
tidak ada kerja2 rumah yang sepatutnya dibuat
memandangkan tinggal di hotelkan..hehe



uolls boleh bayangkan atau tidak
apakah yang terkandung dalam mangkuk itu??
haaaa...itulah lemak
lemak yang saya ambil daripada renehan rebusan tulang rusuk
nampak tak??

lemak itu..saya sudukan dgn tekun
kemudian biarkan sejuk
baru boleh buang dalam tong sampah
jika dibuang masa cair2 itu ke dalam sinki
sinki pom boleh tersumbat tau..
bayangkanlah jika keadaan rumah kita yg dibina oleh pemaju itu
kita sendiri tidak tahu mana jaringan pembentungan untuk aliran sinki
jika sinki tersumbat???...susah weh..

sana-sini jugak kita seme berbicara pasal makan daging banyak sangat
almaklumlah raya haji
bekalan daging korban memang banyak
makan daging mmg baik..tapi hendaklah mengikut cara yang sihat
jadi..tepuk dada tanya minda untuk amalan
pemakanan gaya hidup sihat
supaya kita sihat sepanjang hayat
makanlah ikut piramid makanan itu..
**amik pic google**



hendak berkata memang mudahkan
tetapi utk melaksanakannya..teramatlah sukar
tetapi tidak mustahil kan... :D

renung2kan yer...
tengok lemak yang saya kumpul
dalam mangkuk itu
bayangkan masuk dlm perut kita
tak selerakan....huhu

pengambilam makanan berlemak juga penting utk tenaga
tetapi jika tidak diurus dgn baik
uolls tahulah kesannya sendiri
fikir2kan...saranan ini..untuk saya jugak
walaupun badan saya kureng lemak
bagaimana pula dgn kandungan kolestrol dlm badan??..huhu

p/s:___amboiiii...ambo jadi pakar dietry pulok hari minggu ni___

Sabtu, 20 November 2010

^ SEDANG BERTAPA...HUHU ^

salam semua
mok aihh..hapdet lagi
kami kebosanan di bilik hotel
hubby saya di tamadun islam..
jadi..kami..hanya..bertapa..sahaja..
waaaaa...

uolls bole bayangkan tak
dalam bilik hotel yg berukuran 20'X 30'
[saya agak aje]
saya dan 4 org anak duduk..

inilah aktiviti anak4 saya..
tak larat mak nak bersuara..
suaraku tenggelam dek keriuhan anak4
malu kat bilik sebelah wey..
**najwan tido sebab keletihan..3 lagi tu..alahai..



nasib baik line 3G power sgt..
wireless pom hado..
tak lah bosan sgt..
hendak meround2..
petang ni kot..

jom kita layan view dari hotel baru ni..
tak sangka di tepi laut uolls..
semalam tak nampak sb check in dah malam
kami dok di level 14..tingginyer..


p/s: __2/3 hari ni..kita selang seli cerita coti2 ngan n3 yer..heheh

^ JIKA MEREKA TIDUR..^

salam semua..
ecece..saya bersiaran dari hotel ni..
al-kaedahnya...ala-ala melancong
sesambil my hubby ada kerja kat tganu nih..

hari ni..kita stori mori
jika mereka tidur...
maksudnya..masa dalam perjalanan
balik ke kampung atau ke mana2 sahaja
bersama dengan anak4
alangkah bagusnya dan baiknya
jika sepanjang perjalanan
yang biasa memakan masa hampir 5 jam
jika saya dari kuantan ke klate
semua anak saya tidur..ZZZzzzZzz..



baiknya kenapa??anak4 tengah aktip..macam2 kelakuan..waima dalam kereta..
1. mereka tidak akan bergaduh-gaduh
2. mereka tidak akan melompat sana sini
[sempat melompat tu..maksudnya dari seat tengah ke belakang]
3. mereka tidak akan bising
4. mereka tidak akan merengek macam2
[such as..mak nak B*&^K...mak nak kencing..mak nak tu..mak nak ni]

bukan apa..jalan hendak balik ke klate ni kan banyak sgt kereta..
jalan agak jem..terutamanya time cuti2 perayaan
kita yang dok dalam kereta kadang2 stress kan..
sakit pingganglah
lenguh kakilah
mengantuklah

jika ditambah dengan karenah anak4..
maunyer tambah stress..hhee..
uolls macamane??sama jugak saya rasa jika anak2 sebaya anak2 saya..
anak2 bikin trouble jugak ke??
anak4 saya memang stended doh..
tu pasal saya cakap..
jika dorang tidur...amanlah sepanjang perjalanan
boleh tumpukan perhatian..hehe

apa2 pun
sepanjang perjalanan balik ke kampung
memang meresahkan
masa yang panjang hendak sampai
boleh memberi tekanan kepada pemandu
oleh itu..apa pun kekacauan sepanjang pemanduan
hendaklah diabaikan
tumpukan perhatian
kerana pemanduan yang selamat
akan menyelamatkan jiwa orang yang tersayang..

p/s:...penat naik kereta ni..kadang2 2 hari baru hilang..huhu..

Jumaat, 19 November 2010

^ HALUUUU....UP DATE DLM KETE NI..HUHU..^

salam semua...
fuhhhhh....letih bangat saya...
baru selesai majlis pernikahan my SIL
dan saya berada dlm kereta
sambil menunggu hubby membeli barang..hihi
sambil2 itu juga..
sempat lagi saya ni publish story...tegar dohhh...

sebentar lagi..saya akan ke terengganu
bercuti sambil my hubby ada kerjaan beliau
so..kami anak beranak..
lepaking kat hotellah...yoshhh..
selama 4 hari...
mendelah saya hendak buat tu..
my hubby tak pelah..sebab ada kerja
saya ni..ngan anak4 nati..
kebosanan bagai dlm bilik kecil itu..

minta2..hotel itu ada kolam
boleh bagi anak4 saya main air
tapi skrg musim hujan..
hendak layan kolam pun sejuk wehhhh....

esok sudah stat hujung minggu
hepi2 holiday guys..
esok gak..saya akan bersiaran dari hotellah..
amboiiikkkk...

p/s:...masih masak dan makan menu berasaskan daging ke??..ekekek..

Khamis, 18 November 2010

^ DAGING..DAGING..DAGING.. ^

salam semua..
baru lepas bekpes daging lembu @ korban ke?
begitulah musim raya haji ini
bekpes daging lembu
lunch daging lembu
diner daging lembu
supper pom daging lembu
mau seminggu menu asas mesti ada dagingkan..
huhu...mencanaklah naik darah tu...
ada kaitan ke daging dgn darah tinggi??

perasan atau tidak
jika raya korban aje
mana2 menu kat rumah kita
mesti diselitkan dengan dagingkan..
di sini..saya ingin share satu info tentang pemakanan
yang saya ambil daripada blog anak murid saya..irwan

saya ambil yang penting aje utk kita kongsikan..
**
jangan makan SUSU dengan DAGING
jangan makan DAGING dengan IKAN
jangan makan IKAN dengan SUSU
jangan makan AYAM dengan SUSU
jangan makan IKAN dengan TELUR
jangan makan IKAN dengan DAUN SALAD
jangan makan SUSU dengan CUKA
jangan makan SUSU dengan BUAH-BUAHAN
jangan makan BUAH selepas makan NASI
[sebaik2nya..makan BUAH terlebih dahulu..kemudian makan NASI]

**yang penting..makanan laut tidak boleh kita sekalikan dengan makanan darat..

itulah yang dapat saya share dari blog anak murid saya itu
tapi..perasan atau tidak..kita selalu setting makanan
seperti yang ditegahkan?..huhu
macam masak tomyam..
seme campur..daging+ayam+udang+sotong..huhu
buah dgn susu..macam koktel..salu aje kita buat utk makan2

kita boleh beringat2 mulai sekarang
sharing is caring
tidak salah berkongsi ilmu
jika kita hendak..kita akan cuba seribu daya
insyaAllah selepas ini..samal2lah kita
setting menu untuk keluarga kita
mengikut diet Rasulullah (saw)

p/s:..selamat makan daging..ingat..jangan makan banyak sangat..nati..tak pasal2..naik 2 kilo..hehe..saya tidaklah..menten slim mlim..

Rabu, 17 November 2010

^ BIASALAH... ^

salam semua..
saat ini baru boleh berinternet
line pom macam malu2 nak menonjolkan diri...huhu

tapi tidak jadi hal
sebab memang kat kawasan kampung saya
line 3G kureng sket
tapi..keinginan untuk mengepos entry terbaru itu
sangat berkobar2..

macamane sambutan raya haji uolls??
meriah tak?
mesti sekarang sedang bizi membersihkan daging2 dok?
saya pom sama..berkilo2 bawa balik ke rumah mak saya nih..
semalam saya beraya di rumah my hubby

nak oplod picture
mmg problem
so..kita layan aje cerita2..
tapi tak de cerita sebenarnya
sebab raya haji..bukan macam raya puasa
menziarah rumah saudara mara
raya haji..lebih kepada istilah korbankan..

so..kepada semua..selamat berbahagia
di kampung halaman masing2
jangan banyak sangat makan daging yer..
nanti sakit kepala..

kepada yang tidak dapat pulang ke kampung
meriah jugak duduk kat rumah sendiri
lagipun ada yang sudah bekerja esokkan..

tadaaaa...kehabisan idea lak saya nih..huhu

p/s: niat hati nk jalan2 maya nih..sempena raya korban..hehe..jika line mengizinkan..

Selasa, 16 November 2010

^ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ^

salam semua
esok semua umat islam
akan menyambut hari raya korban

jika tiada aral melintang
saya akan pulang ke klate
petang nanti
harap2..sepanjang perjalanan
melalui jerangau-jabor
melalui kuala berang-jerteh dan besut
melalui machang-tanah merah
tiada kesesakan jalan raya..huhu

faham2 ajelah..
bila time raya aje..
tak kira raya apa..
asal hendak balik klate..
jalan2 musti sesak..
ramai benar rakyat klate yang merantau nih..
saya pom ialah antaranya..hehe

pada kesempatan ini...
saya ingin mengucapkan kepada semua kawan realiti dan maya
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
sama-sama kita menghayati erti korban yang sebenarnya
bukan sekadar berkorban menyembelih lembu..

yang pasti..hepi2 blogging di kampung @ klate
tak boleh serancak di kuantan..
line 3G pun bizi hendak beraya jugak..eheks..

justeru..kepada semua yang akan balik beraya
pandu kereta dengan cermat
biar lambat asalkan selamat
tak lari pom rumah mak ayah kita itu..
dan co-pilot di sebelah itu..saranan untuk saya jugak
jangan terbongkang pulak ketiduran..
kasihan pilot bawa kapal terbang sorang2 deh..
ini..pilot saya..hehe..


p/s:___baju2 tak berkemas lagi___bz hendak berblog eh...hehe

Isnin, 15 November 2010

^ KASUT OH KASUT ^

salam semua
ecece..entry malam2 la puloks..
esok sudah hendak balik kampung
sempena raya haji..

kan sudah hendak raya..
sudah beli kasut baru ke?
baju raya sudah pasti dijahitkan?
aikkk...pakai baju raya puasa?
tak kisahlah..janji uolls bahagia

saya selalu amalkan prinsip
baju raya= baju kerja--> bukan yang uniform tau..hehe
di kampung kita
tak ada orang pernah nampak kita pakai baju kerjakan
melainkan..rakan setugas kita..satu kampung asalnya dengan kita
jaranglah..

saya tak hendak bercerita pasal baju
sebab sudah selalu distori mori
jom kita cerita pasal kasut
kasut yang menjadi pilihan uolls..
kasut atau sendal atau selipar aje??

saya hanya memakai kasut
ketika waktu rasmi sahaja iaitu time kerja @ sekolah
lain2 waktu..selipar aje..hehe
sendal kurang minat
begitu juga dengan ala-ala kasut
iaitu yang tidak tertutup penuh
tapi tumit hanya 1/2 inci sahaja
ada yang minat sampai 3 inci..mak aiihhh...
sakit pinggangku..
ala-ala cat walking itu..no no no..
terpeleok kang saya nanti sebab tak biasa pakai..manyak malu seyhhh...

ada sesetengah orang suka memakai
kasut yg bertumit tinggi
mungkin mereka selesa begitu
saya tak boleh dan tak biasa sebab seksa bagi kaki dan pergerakan saya

saya suka kasut yang simple seperti ini
[gambar disnap dr google]
boleh pegi kerja atau santai2..
uolls macamane yer..


tak kira lelaki atau wanita
kasut juga antara koleksi yang berharga
tu pasal ada yang sanggup berhabis beratus ringgit
semata2 kasut idaman..hehe

p/s: raya nanti...selesa selipar kot sebab musim tengkujuh...hujannnnn...

^ PANDAINYAAAA!!!!!!! ^

salam semua
harap2 semua sihat belaka
sudah puas berhujung minggu
kita mulakan hari isnin ini dengan ceria dan bersemangat

minggu lepas..kita sudah maklum akan
pengumuman keputusan UPSR
ada ibu bapa yang tersenyum lebar kerana anaknya mendapat 5A
ada yang menangis kegembiraan kerana anaknya mendapat 5A
tetapi..ada yang kesedihan kerana tidak mendapat keputusan yang diharapkan

tidak mengapa..perjalanan murid yang baru mendapat keputusan UPSR
masih lagi panjang..
dua perkara perlu dingat
bahawa..yang berjaya memperoleh 5A..
harus belajar bersungguh2 untuk mengekalkan prestasi
manakala yang gagal memperoleh 5A
perlu berfikir bahawa..mereka bukan gagal untuk selamanya
tetapi keputusan ini boleh menjadi kayu ukur utk mencapai kejayaan dlm PMR
dan seterusnya SPM

semua ibu bapa hendak anak mereka berjaya dgn cemerlang
bench mark mereka hanyalah wajib dapat banyak A
tahukah ibu bapa semua termasuk saya..perlu ingat bahawa
kita janganlah terlalu menekan anak2 kita utk kejayaan itu
kita tidak tahu masalah mereka
yang kita tahu dan hendak..wajib dapat banyak A

sekali-sekala..lihatlah anak2 kita
betapa tertekannya mereka utk itu
tetapi mereka tidak menzahirkan tekanan itu seperti org dewasa
tetapi..mungkin melalui keputusan peperiksaan mereka
tidak kiralah dlm peperiksaan awam atau peringkat sekolah

justeru...apa pun keputusan peperiksaan anak kita
terimalah seadanya..
jangan ditanya kenapa..
sebaliknya berfikirlah untuk bagaimana
di samping perkara yang penting,,jangan memberi tekanan yang
berlebihan kepada mereka semata2 utk kehendak dan kepuasan kita..


**pic mek sarah membelek buku..bukan membaca yer..kecik lagi...hehe**



p/s:__cuti sekolah nanti bawalah anak2 melancong..hehe..saranan ini untuk mr hubby saya..bawa kami pi genting highlands deh...

Ahad, 14 November 2010

^ BAHAYA BETULLAH!!! ^

salam semua
wah!!! hari minggu entry pagi nih..
sebelum start kerja2 yang sepatutnya
sebelum start keluar rumah utk makan2 angin
kita post entry dulu..

uolls selalu lihat tak
kanak2 yang dibiarkan bersendirian
dalam kereta..tanpa ada orang dewasa??
seperti meninggalkan anak2..hanya untuk seketika
manakala ibu atau bapanya..keluar utk membeli barang atau apa2?

kanak2 yang ditinggalkan itu pulak
dalam usia yang masih kecik
bawah 3 tahun..saya lihat semalam nih
kanak2 itu pulak..dok main2 kat stering kereta..aduhai..
tekan sana..tekan sini..
buatnya terlepas henbrek ke..
tertolak gear ke..
kalu kereta auto..terlepas brek dan dalam gear ke..
alamak gak..berdebungggglah..

itu satu hal..yang pasti
kita tak tahu manusia2 di sekeliling kita nih..
ramai yang sedang memerhati
itu yang ada kes..penjahat bawa lari kereta
dengan anak2 dalam kereta diangkut..
huhu...takut gini wehhhh...

saya juga ingin mengingatkan diri saya akan perkara ini
jangan meninggalkan anak2 sendirian dalam kereta
walaupun meninggalkan mereka bersama dengan anak yang berumur 9 tahun
mereka ini..tidak mengerti apa2 sebenarnya
jangan nanti..sudah terhantuk..barulah terngadah...
wajib ada bersama dgn mereka..org dewasa yang sudah boleh berfikir dgn sempurna
dan jika ibu bapa keluar sekejap ke..pastikan pintu kereta dikunci..
opppssss!!!...sempat lagi tempek pic mek sarah + najwan berangan hendak bawa kereta...
**dibawah pengawasan mak yer..heheh**



p/s:______selamat berhujung minggu___saya akan ke Dungun hari ini...

Sabtu, 13 November 2010

^ BARU BOLEH BUKA ^

salam semua..
huhu...seharian dari pagi hingga sekarang jam 5.13 pm
barulah saya boleh buka blog kesayangan hamba ini..

kebizian dan ketidaksempatan ini disebabkan dua hal yang utama:
1. pagi tadi saya meting sehingga jam 11 pagi
2. majlis tadika najwan:
sekarang kan..tadika pom buat majlis ala-ala konvo uolls..
fuhhh....budak2 6 tahun yg akan tamat tadika itu diraikan mcm graduan.
anak saya si najwan itu tidaklah sebab dia baru berumur 5 tahun
tapi diraikan juga sempena hujung tahun persekolahan

tapi..itulah saya hendak bagitau..
hujung minggu mmg jarang berinternet.
apatah lagi jika kita keluar rumah untuk soping2 atau berjalan2 ke rumah kawan
atau menghadiri sebarang majlis atau melakukan tugasan
sah2lah kita tak boleh hendak mengadap internetkan..
apatah lagi hendak mengadap blog ini..
kekangan masa..

biasalah..hujung minggu biasanya masa bersama dengan keluarga
manfaatkan masa itu untuk bersiar2..makan angin..
jika ada undangan kawan..kene penuhi..
saya rasa uolls pom samakan
weken atau hujung minggu
kita jarang2 berinternet @ berblog
banyak masa digunakan untuk jalan2..dan yang penting bersama keluarga

jadi sekarang...setelah seme kerjaan selesai..
bolehlah saya melayari internet ni..
dan apa lagi..hepi2 blogging deh..

p/s:__jom bw____

Jumaat, 12 November 2010

^ BERKATA YANG BENAR ITU PAHIT ^

salam uolls..
sedang berehat yer...
teruskan dgn sebarang acara yang boleh
membahagiakan kita..
saya..apa lgi..memblog kejaplah..

berkata yang benar itu pahit
uolls jelas tak maksud frasa itu?
macam soalan kefahaman BM pulak..
mentang2lah saya cikgu BM..hihi

maksud saya...dlm kehidupan kita seharian..
kita selalu tidak menyatakan sesuatu perkara dengan tepat
jika ditanya sesuatu pendapat..
dengan kata yg jelas..kita lebih suka berpura2
dengan harapan agar tidak mengguris perasaan hati kawan kita
dengan harapan hendak menjaga air mukanya
dengan harapan untuk mengekalkan persahabatan kita

padahal..sah2 perkara yg hendak dilakukan oleh kawan kita itu
tidak sepatutnya dia buat..
atau ini sepatutnya dia lakukan..
tapi demi menjaga hatinya..
kita tak sanggup berkata benar...huhu

pernah tak terjadi perkara begini kepada uolls?
dalam hal ini..berani dan telus itu amat penting

p/s:...susah ke senang hendak menjaga hati seorang kawan??

^ DEKO DENGAN SAYA..EHEKS ^

salam semua..
sementara rehat sekejap..
saya mengambil peluang untuk menjenguk
blog kesayangan hamba ini..
tegar dohhhh...huhu

jom kita deko2 rumah!!!!!!
al-kaedahnya hendak menyambut rayakan..
hias-hias sikit rumah tu
ramai tetamu sudah memberitahu tempahan hendak datang...hehe
itu rumah orang lain kot..
rumah saya....saya memang kureng bab2 menghias atau mendeko rumah
orang cakap memang tidak ada BAKAT dalam mendeko rumah
seadanya rumah saya itu...huhu

tapi bagi saya..janji KEMAS dan sedap mata saya dan keluarga saya memandang
deko rumah saya itu..adalah yang asas2..perabut2 yang biasa
tetapi..jika hendak menghias bagai...seperti dalam gambar pok cik google tu..
memang kureng bakat...hehe



saya ada seorang kawan..mahir yang amat dalam mendeko rumah
cantik dan kemas rumah dia..
pandai dia menata rias ruang dalam rumahnya..
walau penuh dengan perabut bagai tu..tapi still ada ruang untuk anak2 bermain
bijaklah dia..saya mmg salute kat dia..

jika keluar dgn dia...asik memilih aksesori utk rumah aje..fuhhh..fening saya tengok
tapi tidak pulak serabut rumah dia...kemas aje..
jika kita..barang2 kaca tu..tak leh dah letak simple2..
anak2 kawan saya ni..macam sudah terdidik utk itu...tak akan usik tau..
jika anak saya..letak kejap..pi dapur..dtg balik tgk..sudah beralih dah mende tu..huhu

apa2 pom..semua itu bergantung pada kreativiti..kesungguhan untuk mendeko
dan kemampuan...janganlah memaksa diri untuk mendeko rumah
kerana melihat rumah orang lain
jangan paksa diri yer..
jika kita selesa dengan keadaan rumah kita..itulah yang sebaik-baiknya...
betul dak???

p/s:...tukar langsir tak raya haji nanti???...hehe..saya nyer tu..dah hampir 2 tahun tergantung langsir marooon itu...huhu

Khamis, 11 November 2010

^ PERSIAPAN RAYA KORBAN... ^

salam semua..
lambat sedikit bersiaran
kerana saya menghadiri meting..seharian tadi
esok pom sama sehinggalah sabtu dan ahad..huhu
mende meting tu???..hehe

selang beberapa hari lagi..lebih kurang 5 hari lagi
kita semua akan menyambut hari raya korban a.k.a raya haji
nampak kita macam kureng bercerita yer..
raya haji berbanding raya puasa
kenapa yer?

jika masa hendak raya puasa dulu
kebanyakan kita dapat membaca
suasana kita semua hendak menyambut hari raya berkenaan
rata2 bercerita..semangatnya hendak menyambut hari raya
membeli baju2 raya
membeli kuih2 raya
bercerita balik raya ke mana..
dan macam2 lagi

tapi..suasana hendak hari raya haji ini..
nampak macam biasa aje..
tadi..masa rehat sekejap..
sempat saya dan kawan meround2 KP..
suasana dalam pasar raya itu biasa2 aje..

jika raya puasa..mesti kedengaran lagu2 rayakan..
suasana meriah aje..
lainnya suasana hendak menyambut raya haji..

tapi..yang saya pasti..suasana raya haji
akan meriah apabila tiba harinya
hari kita melakukan korban...betul kan..
jika di kelantan gak..meriah wey....abis tumbe lembu kene korbea..

jadi..sama2lah kita semua berkorban
tidak kira dari segi masa, tenaga, material
untuk kualiti hidup kita..

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN"

p/s:...raya ni beli baju raya anak4 aje..mak ayah..pakai baju lama..hehe..

Rabu, 10 November 2010

^ APA KELAS JENAMA? ^

salam semua
entry agak malam2
sebelum tidur publish dulu
sambil2 BW..
esok ada tugasan penting
seharian saya akan berpisah dengan lappy kesayanganku ini..

pentingkah jenama pada uolss semua??
pada saya bergantung pada keadaan
keadaan di sini ialah:

**kemampuan $$$ kita
**kesesuaian barangan itu
**keperluan atau kehendak
**banyak pilihan atau tidak

seelok-eloknya..jika mahukan kualiti yang hak milik kekal
pilihlah barangan yang berjenama
sebab itulah ada peribahasa --> alah membeli menang memakai

tapi itu semua bergantung pada keadaan yang saya beritahu itu
wajib dan mesti--> ukur baju di badan sendiri

saya selalu jugak beli barangan yg kureng jenama
tetapi penggunaannya..cecah jugak 2 tahun lebih..hehe
jika untuk penggunaan lasak2 dan aktif2..macam untuk anak2
beli aje yang biasa2..yang jenama2 itu..time2 raya aje..heheh

semua itu bergantung pada kita
kita yang menentukannya
sama ada jenama atau tidak..
semuanya untuk kepuasan diri kita sendiri..

cuma jangan taksub sangat dgn jenama
nanti memudaratkan diri pulak..
jangan sampai..biar papa asal bergaya..udahlah yer..

p/s: ..kekadang kene tgk barang untuk beli yang berjenama atau tidak..betul tak??

^ LIP LAP LIP LAP ^

salam semua
selamat pagi rabu..
uolls sihat ke semua
alhamdulillah..

lip lap lip lap..
itu bukan lampu kelip2 yer..
itu simbolik kepada barang kemas
**gambar itu daripada google yer**



menjadi adat wanita
wajib dan suka dengan barang kemas
ada antara uolls yang tak suka barang kemas??
jika ada...kita mesti hendak tahu sebab musabab dia tak suka barang kemas

wanita dan barang kemas memang tak dapat tidak dipisahkan
yang hanya membezakan..hanyalah
suka memakai dalam jumlah yang banyak atau tidak sahaja
jika boleh..ada yang suka pakai cincin semua jari
ada jugak..satu jari 2 bentuk cincin disarung
begitu jugak rantai..dua urat kat leher tu..hehe
gelang jugak..tangan kiri kanan itu
sarat mak aihhh...

bagi saya yang jenis simple ini..hhee
memang minat barang kemas..tapi membeli dan memakainya
berpada-pada..cukup satu jenis untuk satu tempat

bukan apa..sekarang bahaya
kes ragut banyak sangat
jika kita bertudung..mungkin tidak nampak hendak ragut rantai
diragutnya henbeg
tapi jika tidak bertudung..barang kemas yang dipakai itu
boleh menjadi daya penarik..
berhati-hati..jangan sampai pasal bergaya..kita teraniaya..

tepuk daya..tanya minda dan minat
tetapi sekarang..kene tengok persekitaran dan keadaan semasa

p/s:..mesti ada yang sudah berangan2 hendak tambah barang kemas untuk raya haji nanti yer...apa2 aje..janji bahagia dan utamakan keselamatan...

Selasa, 9 November 2010

^ PANDANGAN MATA KAMU ^

salam semua
sebelum balik umah..
saya hdk post satu entry

pandangan mata kamu
pandangan mata kalian terhadap
blog seseorang
adakah uolls suka singgah dan ziarah
blog yang cantik2..ada banyak perhiasan
berwarna-warni bak pelangi
ada instrumen yang unik macam nampak canggih manggih
jika saya....saya sangat suka ziarah blog2 begini..

jadi..mula2 sebelum berblog
saya banyak tengok blog2 yang cantik
teringinnya hendak buat blog macam itu
sangat2 teringin..
tetapi apakan daya..
saya tidak ada guru yang realiti untuk mengajar saya
maka..saya pom menggodek2lah sendiri

jika saya ingat blog saya dulu2
mmg banyak juga perhiasan yang saya letak
perhiasan yang simple2 aje..
untuk nampak menarik bagi saya dan juga pembaca
tapi tidaklah secantik blog2 yang memang grand..

disebabkan satu kejadian hendak mencantikkan blog
blog saya jadi tunggang langgang..lari abis setting org cakap
saya teramatlah takut..
tak berani doh hendak mencuba lagi..huhu

tetapi..setelah saya mula aktif memblog..
baru saya mendapat tahu bahawa..
kebanyakan pembaca blog
lebih berminat untuk membaca entry seseorang blogger
dan jika blognya cantik dan sangat menarik
tuan punya blogger bijak menata rias blognya
itu merupakan satu bonus..
entry menarik ++hiasan blog yang cantik=MANTAP..

jadi..tepuk dada tanyalah minda..
semua ini memerlukan usaha yang gigih utk
mencari idea menulis entry dan menata hias blog sendiri
try and error..adalah jalan yang terbaik jika kita tidak mempunyai guru yang realiti

p/s: ...tetapi saya jenis takut ict..try and error tidak bolhe jadi prinsip hidup saya dalam bab ict sahaja..huhu...dalam hal lain..xpe..saya berani..hehe

^ YANG SAMA AJE..^

salam pagi selasa
pagi ini suasana dan cuaca di kuantan cerah sahaja
harap-harap cerah dan panas ini sampai ke petang
agar kain jemuran..kering

semalam balik lambat sikit
so..mr hubby memang amat2 faham
bahawa..mood masak bini dia mestilah ke lauut...
lepas sahaja maghrib..bersiap2
terus ke kedai makan pilihan
rupa2nya..full house kedai tu
ramai jugak orang yang mood masak kelautt..hehe
masuk ke kedai dan duduk
waiter datang dan sesi mengorder pom berlaku
apa lagi..menu tetap dan berpencen jika makan kat kedai tomyam:

jika bukan tomyam..order sup2
ayam goreng kunyit
paprik sotong
siakap sweet sour



**antara menu semalam**


itulah menu yang selalu diorder..huhu
tak pernah tidak order lain..
macam tak reti pulak..
lagipun saya kan bawa 4 little child yang aktif bagai
main kejar2 kucing kat kedai..
jadi order menu itu..yang lancar kat mulut
bukan apa..senang sikit..dorang masak pom cepat..
makan2 dalam 30 minit..sudah kenyang
terus callo mallo..
uolls selalu makan apa?
bole bagi kelainan sikit..

p/s: ...malam ni nmpk gaya kene masak kot...hehe..

Isnin, 8 November 2010

^ $$$$$$$$ ^

salam semua...
entry lagi..hehe
ini entry duit..duit..duit..

bukan pasal materialistik yer
ini pasal berniagalah..
siapa-siapa yang ada bakat berniaga
memang bertuahkan
saya memang tak ada bakat itu

sekarang..banyak benar perniagaan berasaskan online
sana sini sono..
ala..try tengok dalam fesbuk
bisness online aje..
begitu jugak dalam blog2 tertentu
mereka menggunakan medium ICT sekarang kan....
canggih betul..pintarrr..

jika dulu bisness secara jualan langsung
ingat lagi tak zaman smart shop
kemain iklan kat televisyen pada era 90-an rasanya..
sekarang era online aje..hehe
mudah, senang, jimat tenaga, minyak
tapi elektrik..naik kot..yelah..on9 aje..hehe

ada kawan2 saya..untung bagai bisness gini
padahal jual tudung lycra aje..baju2 baby..
bertuah dan beruntung dorang ek..
saya memang tak pandai
bukan tak reti cari peluang tapi..jenis takut2 hendak mencuba

dulu2 pernah jual2 jugak
sekali orang tak nak beli..sudah putus asa
orang jika hendak berjaya..wajib tidak mudah putus asakan..
kita tidak tahu..ranjau duri orang2 yang berjaya dalam perniagaan
saya rasa satu resepinya ialah jangan mudah putus asakan..

so..selamat berbisness..ucapan untuk my SIL jugak
rancak benau dia bisness baju2 via fesbuk..hehe

p/s: ...sambil2 buat keje nih..kalu tak stress sb asik dok copy paste gambar utk majalah sekolah aje...ana fenin..ana fenin..

^ MAINAN TIDUR ~ ZZZzzzZzz ^

salam pagi isnin
harap2 semua berada dalam keadaan ceria
berada dalam keadaan semangat untuk minggu baru
saya begitu bersemangat
semangat untuk bekerja
memandangkan ada beberapa kerja
yang perlu dibereskan..tapi sebelum itu..kita blogging jap..panas enjin..hehe
sebelum bermula cuti sekolah

hari ini kita stori mori
tentang mainan tidur a.k.a MIMPI
uolls biasakan mengalami mainan tidur ini..



bercakap tentang mimpi
macam2 yang boleh diceritakan
paling takut masa kecil2 mimpi tentang hantu
jika malam sebelum tidur tengok cerita hantu
malam itu..konpom mimpi hantu..betul tak?
kalau saya betul..hehe..takut wey..

tapi sekarang..sejak sudah jadi mak budak
mimpi yang paling menakutkan saya ialah
mimpi my lovely hubby...kawin dua
sampai saya menangis2 dalam dua situasi
satu dalam mimpi dan apabila saya sedar..ada air mata wey...
hebat betul penangan mimpi laki kawin dua nih...huhu
nasib baik mimpi..hehe

tapi sekarang macam jarang2 aje mimpi
saya lupalah sama ada mimpi ke tidak
mungkin sebab kita penat sangat mengurus anak4 dan rumah tangga
tidur pom..main letak kepala..dan tidurrrr

yang saya tak menahan
jika anak4 saya bermimpi ++ mengigau kot
sampai abis naik kaki tangan macam sepak bola pun ada..
dengan mulut yang bercakap2
tapi saya dan suami tak faham sepatah hape...
penangan bermain lasak dan aktif sebelum tidur..huhu
sampai kita terkejut...ingat ke hape..rupanya mengigau..hehe

jadi..sebelum tidur..
amalkan bacaan surah2 yang baik
yang sesuai diamalkan sebelum tidur
ini untuk mengelakkan gangguan daripada iblis dan syaitan..
mimpi pun yang baik2 aje..seperti mimpi sungai atau banjir
sebab orang cakap mimpi begitu..ada rezeki nak masyukkkk..
betul atau tak..wallahualam..
jangan percaya yer..mungkin berkebetulan sahaja..hehe..

p/s: ...jangan tidur semasa bekerja yer...ada BOSS kat belakang tuuuuu...

Ahad, 7 November 2010

^IRON BAJU MACAM IRON MAN^

salam semua..
sudah makan malam?
saya baru shj selesai
so...ingat2 bolehlah memblog sekejap

malam ini hendak stori mori pasal kain lagi
tapi bukan masalah melipat kain
tetapi meng"iron" kain..huhu
menyeterika baju2 yang hendak dipakai esok
esok kan sudah mahu bekerja
anak2 pulak ke sekolah..

cerita bab iron baju ini
saya jenis sejak zaman anak dara sampailah ke mak dara ni
iron baju mestilah waktu pagi..
tidak pernah iron baju :
>>untuk seminggu terus
>>malam2 sebelum esok kerja

bayangkan jika iron baju untuk seminggu terus
berapa banyak mak oiitttt
anak saya 2 orang sekolah - 3 pasang X 2
saya 5 pasang + tudung2
hubby kemeja 5
memang lengan saya naik muscle kot macam iron man..huhu
tak nak eh..jadi berketul2 gitu..eheks..

banyak orang berpendapat..
jika iron baju banyak2 terus
elektrik pun jimat
tapi..saya memang tak mampu dan tak berkeinginan
mind set gitu doh..

pagi2 bangun jam 5.45am itulah
saya seperti lipas kudung
iron semua baju untuk hari berkenaan
risikonya...jika elektrik terputus..
nampak gaya pi keje ngan baju berkedutlah..hehe

ada juga kawan2 saya mengupah orang untuk tujuan ini
++bersih rumah bagai macam bibik
tetapi kita boking untuk seharian buat kerja di rumah kita
saya tidak pernah lagi guna perkhidmatan ini..hehe
bayaran dia boleh tahan mahal..huhu..ikut jam beb..

jadi..hendak ke tak nak..
setiap pagi bekerja..iron baju like iron man lah saya..
sudah rutin..no big deal..

p/s: ..ada yang sudah meng"iron" baju ke??..bagus..semangat utk bekerja esok..bravoooo!!

^ SENYUM ITU SEDEKAH ^

salam pagi minggu semua
sudah makan..sedang berehat2
jom kita layan bloglah..
kejap lagi urusan edisi kedua kene buat
apa lagi..memasak utk tengah hari la pulak..

bilakan kali terakhir uolls senyum??
mesti beberapa minit yang lalukan..
sambil2 baca entry pom boleh senyumkan..
hehe..saya pom senyum + sengeh..

senyum itu sedekah
kita digalakkan senyum
kerana senyum itu menunjukkan kita bahagia
mungkin tiada masalah yang terlalu berat untuk ditanggung
jangan asyik masam @ muncung shj..
kene selalu gembira
tapi..jika kita senyum
dan orang tidak membalas senyuman kita
jangan mudah salah sangka sebab
mungkin orang itu rabun..tak nampak kita senyum pada dia..

senyum ada beberapa jenis:
1. senyum sinis - ini perli namanya
2. senyum kelat - senyum muka tensen a.k.a paksa senyum - kureng ikhlas
3. senyum sumbing - ni senyum setelah mendapat malu seperti jatuh berdebub depan orang ramai..huhu..tak nak gini..malu eh..
4. senyum sengeh - ini nampak gigi..
5. senyum manis- ni yang kita nak..

jadi..apa pun jenis senyum
amalkanlah sebab tidak rugi
senyum juga awet muda tau..

saya ada beberapa orang kawan yang susah senyum
dan mereka ini akan mudah dapat title "sombong"
padahal mereka ini baik sangat orangnya..
cuma susah untuk memberi senyuman

tapi..harus diingat..
jangan asyik senyum sahaja
asal jumpa orang senyum manjangg..
nanti orang anggap kita ini...orang pelik pulak
tengok keadaan dan masa..

so..senyumlah untuk hari ini
semoga uolls semua murah rezeki sebab sudah memberi sedekah..
layan pic mek sarah --> senyum + sengeh..


p/s: ...senyum tersengeh sahaja...

Sabtu, 6 November 2010

^ AI LAIK..HEHE ^

salam semua..
aikkk...saya publish n3 malam?
sejak hampir 3 minggu sunyi aje
blog saya apabila malam2 kan..

sekarang...saya gembira...
ai laik uolls...sebab line 3G saya sudah kembali pulih
harap2 kepulihan ini seperti sedia kala
seperti memula saya menggunakan berukbens ini

janganlah esok...jadi mimpi ngeri pulak..
harap2 berkekalan
betapa bosan + stress jugak dengan masalah line ini
bukan hanya 24 jam...tapi hampir 3 minggu..

saya sudah siap pujuk mr hubby
hari isnin nanti nak sign up strimik
jika line ini pulih kekal seperti sediakala
hehe...tak jadilah saya menduakan beruksben saya ini
lagipun beruksben saya ini..ada kontrak lagi

so..seperti biasa..bolehlah jalan2 maya malam ini..

p/s: janganlah 3G ni buat hal lagi..adeh..

^ PANJANG KE PENDEK ^

salam semua
line macam ala-ala laju siput..
sebab saya setting 3G preffered
salu saya setting EDGE/GPRS..huhu
jika 3G..langsung tak boleh..
harap2..hari ini saya dapat melakukan xtvt BMW..

panjang ka pendek?
itu merujuk pada kandungan entry yang uolls publish
jika saya..saya suka membaca entry yang ringkas tetapi padat
jadi..sedaya upaya..saya akan mengarang entry yang begitu

bagi saya..jika saya menulis panjang2..
kandungan entry saya akan jadi melalut
panjang di sini maksudnya..mungkin lebih 500 patah perkataan kot
ruangan entry tu..kira sepenuh-penuhnya
maksudnya jugak..idea atau isi yang hendak saya sampaikan itu
lambat benar pembaca hendak faham dan jelas

sebab itu saya suka menulis sedikit-sedikit
memenuhi hanya ruangan sebelah kiri sahaja
ala-ala macam sajak gitu..hehe
tapi ada sesetengah orang suka menulis ruangan tengah sahaja
macam2 style..janji uolls puas hati sudahlah

jadi..hal ini bergantung kepada kita sendiri
jika kita suka entry2 yang panjang2..
kita secara tidak langsung..akan menulis panjang2
dan sebaliknya.macam saya
suka entry yang ringkas pendek tetapi maksudnya jelas
dan yang penting cepat pembaca dapat ideanya..

ada juga yg berminat utk masukkan gambar sebagai penyeri entry..
saya pom sangat2 suka
tetapi disebabkan masalah line..
sudah lama saya tak masukkan gambar..huhu
[jika saya posting kat rumah..lagilah..]

so..it's all up to you guys..
kita hepi2 blogging today..
kalu line channnteek hari ini...
saya hendak berjalan2 maya..

p/s: ..berharap sangat dapat BW..traffics menjunamm...

Jumaat, 5 November 2010

^ JOM MENJERIT ^

salam semua
lambat bersiaran...huhu
biasalah..jika hari cuti
line kat rumah macam siput sedut
mood nak berBW pom...ke lauttt..
nasib baik masih bole publish entry..huk huk
{saya dah plan..nak ejas strimik lak..hehe}

jom menjeritttttt...
ini bukan pasal hendak marah ke hape..
ini pasal SHOUTMIX atau CBOX

bagi saya..kotak jerit ini amat penting
jika kita menjelajah ke blog2
kita pasti akan mencari kotak ini untuk memberitahu bahawa
kita dtg singgah ke blog mereka
jika entry yang dikarang oleh blogger ini menarik minat kita
kita juga boleh tinggalkan sebarang komen atau pendapat kita

saya sebenarnya mula berblog sejak JUN 2009
saya mula aktif selepas setahun saya mula memblog iaitu JULAI 2010
sepanjang masa itu...saya hanya menjadi silent reader shj
tidak pernah meninggalkan tanda bahawa saya singgah di satu2 blog
[sebenarnya masih teragak2 dgn dunia blogkan..al-kaedahnya..masih malu2]
pertengahan Julai 2010 itulah..saya sudah tahu maksud BW..hihi

JADI..kesannya di sini..
blogger lain tidak datang ke blog untuk sama2 singgah atau membaca entry saya
kerana mereka tidak tahu bahawa saya pernah dtg ke blog mereka sb tiada jejakkan..
justeru itulah...blog saya sunyi sepi...
secara tidak langsung..kita akan mula merasakan bahawa blog kita tidak menarik
padahal..inilah sebabnya kan...
saya sendiri yang tidak mahu memperkenalkan blog saya
kepada semua blogger..

jadi..bagi pendapat saya..
jika kita mahu memblog..kita harus yakin pada diri kita
tinggallah jejak untuk kita sama2 memeriahkan suasana blogging..
tapi..kedapatan juga blogger yang tidak meletakkan shoutmix atau cbox dalam blog mereka
mungkin mereka ada alasan tersendiri

tapi saya..amat mementingkan tempat jerit
mana2 blogger yg singgah ke blog saya
insyaAllah saya akan cuba jejak balik
melainkan saya terlebih dahulu menjejaki mereka..hehe
jejakan semula pun kadang2 bergantung jugak pada masa dan ruang kita
atau sekarang..memang bergantung pada kekuatan LINE 3G saya..huhu
"HARI CUTI=HARI JEM 3G"..adess lah..

so..uolls macamane?
penting atau tidak kotak jeritan itu..hehe

kepada semua..selamat bercuti..
manfatkan cuti ini untuk berehat sakan2 yer..

p/s:..lambatnya hari senin..nak pi sign up strimik..yeyey..